Selepas 40 tahun Tok Mat Hasan masih digantung kerana kad merah



SEREMBAN: Meskipun bergelar Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), namun tidak siapa tahu, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan pernah digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh persatuan itu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau yang juga tidak mahu penggantungan itu ditarik balik kerana mengakui kesalahannya dalam insiden berkenaan.

Beliau berkata, ada usul dari Ahli Majlis PBNS kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu untuk menamatkan penggantungan berkenaan, namun katanya, ianya tidak perlu dilakukan dan beranggapan dirinya layak dibuang padang atas kesalahan yang dilakukan dan perlu menanggungnya.

Mengimbau semula insiden itu, katanya ia berlaku semasa perlawanan akhir liga tempatan pada tahun 1977 melibatkan pasukannya, NS Malays dengan NS Indians di padang Majlis Perbandaran Seremban.

Dalam perlawanan itu, beliau yang ditugaskan sebagai pemain pertahanan perlu mengawal pemain kebangsaan, G. Torairaju yang ketika itu dikenali sebagai pemain yang cukup bagus dan laju.

Selepas mengasari Torairaju, beliau dilayangkan kad kuning dan bertindak membantah dengan menendang bola sehingga terkena pengadil.

Beliau kemudian sekali lagi dilayangkan kad merah pula, namun dengan berani merampas kad berkenaan dari tangan pengadil sebelum membalingnya ke atas lalu tersangkut di atas pokok.

Ekoran kejadian itu, Mohamad tidak lagi dibenarkan bermain seumur hidup.

“Saya masih digantung. Walaupun saya dah jadi presiden, saya masih digantung. Ada usaha tujuh atau lapan tahun dahulu bawah usul Ahli Majlis (PBNS) untuk menamatkan pergantungan tersebut, tapi saya kata tak perlu lagi lah. Saya memang salah pun. Memang saya harus dibuang padang dan digantung seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri Sembilan hari ini.

Mohamad mengulas demikian ketika ditanya mengenai kisah insiden kad merah ‘Tok Mat’ yang kini tular di laman sosial.



Source link

read more

Bob Lokman dikejarkan ke hospital akibat masalah jantung paru-paru



KUALA LUMPUR: Bekas pelakon dan penulis lirik Bob Lokman, 54 tahun, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital UiTM Sungai Buluh, pukul 11 malam tadi.

Lapor Facebook parti politik yang disertainya sejak tahun 2011 itu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah jantung dan paru-paru.

“Bob Lokman, jam 11 semalam telah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital UITM Sungai Buluh. Jantung dan paru-paru Bob Lokman ada masalah,” tulis laman Facebook berkenaan hari ini.

Laman Facebook itu merayu orang ramai menghulurkan bantuan kepada isteri Bob Lokman, Relawati Daud bagi mengurangkan bebannya dalam menghadapi musibah tersebut.

“Tanggungannya ramai dan isterinya tidak bekerja. Diharap ada yang boleh beri sumbangan untuk meringankan beban yang dihadapi,” tambah laman Facebook itu.

Bob Lokman pernah dikejarkan ke Hospital Taiping, Perak selepas mengadu mengalami sesak nafas pada 6 Disember 2013 ketika sedang makan durian.

Dua bulan kemudian, beliau sekali lagi dikejarkan ke hospital di Sungai Buloh, Selangor selepas mengalami masalah yang sama.

Bob popular menerusi lagu Isabella yang ditulisnya untuk kumpulan Search sekitar tahun 1989.

Selain itu, Bob juga pernah menulis lirik untuk lagu popular seperti Taman Rashidah Utama (Wings), Warisan Wanita Terakhir (Teahcer’s Pet) dan Kasih (Ella).

Sumber: Facebook



Source link

read more

‘Ayah Non’ tumpas | Merdeka Online


04ketumab.transformedMO, 3/1/2018, KUALA LUMPUR – Sindiket pengedar dan memproses daun ketum tumpas selepas polis menyerbu sebuah makmal di Taman Setapak, dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan itu, polis menahan empat lelaki, berusia antara 21 tahun dan 56 tahun, termasuk dalang utama dalam sindiket berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata serbuan pada jam 3.45 petang itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju selepas melakukan risikan ke atas rumah berkenaan.

“Sindiket ini dikenali sebagai ‘Ayah Non’ yang sudah bergerak aktif di Kuala Lumpur sejak tiga bulan lalu.

“Hasil pemeriksaan di makmal berkenaan, kita berjaya merampas 96 bungkus beg plastik daun ketum sebanyak 96 kilogram (kg), 217 bungkus air ketum 173.6 liter dan satu bekas besar berisi daun ketum 20 kg bernilai kira-kira RM19,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Mazlan berkata, sindiket itu membawa daun ketum dari utara sebanyak dua kali seminggu menggunakan bas ekspress dan diproses di makmal di sini.

“Daun ketum itu diproses menjadi air dan diedarkan kepada ejen untuk dijual kepada pembeli.

“Sebungkus air ketum dijual pada harga RM10 dan suspek dianggarkan boleh memperoleh keuntungan kira-kira RM6,000 sebulan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Source link

read more

Percutian pelakon pengarah filem ke Korea terjejas akibat ditipu



PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab dan Pengarah Filem, Aziz M. Osman membuat laporan polis selepas ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai ejen agensi pelancongan ketika mereka serta keluarga bercuti ke Korea Selatan pda 24 hingga 28 Disember lalu.

Ekoran itu, aktiviti percutian rombongan keluarga mereka bersama 22 pelancong lain terjejas pada hari ketiga selepas isteri Aziz, Lily Lokman menyedari hotel penginapan mereka tidak dibayar.

Menurut Den atau nama sebenarnya, Zaharudin Abd. Wahab, 54 tahun, dia membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara di sini selepas mengalami kerugian sebanyak RM90,000 meliputi kos tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan, makanan serta pengangkutan.

Katanya, mereka mula menyedari ditipu individu terbabit pada hari ketika apabila secara tiba-tiba diminta keluar dari hotel penginapan selepas pihak Agensi Pelancongan Arba Travel & Tours tidak mendapat sebarang bayaran.

Mereka turut mendakwa telah melakukan pembayaran secara tunai berjumlah RM50,000 bagi kos tiket penerbangan pergi, makanan dan pengangkutan kepada wanita itu sebelum datang ke Korea selain terpaksa mengeluarkan wang sendiri RM40,000 untuk membeli tiket penerbangan balik.

“Saya rasa tidak perlu lagi perbincangan sebaliknya (wanita itu) membayar semula segala apa juga yang telah dia hutang kepada kami. Wanita ini juga dikatakan telah melakukan penipuan ke atas orang lain,” katanya.

Tambah Den, dia berharap agar individu itu dibawa ke muka pengadilan supaya orang ramai tidak menjadi mangsa pada hari kemudian selain memberi tempoh seminggu kepada waita itu untuk menjelas kesemua bayaran yang telah dibuat.

Katanya, para mangsa tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti sebenar wanita itu kepada umum selain mengambil tindakan undang-undang.

“Wanita itu dipercayai aktif menipu orang ramai menerusi pakej pelancongan murah yang ditawarkan,” katanya.

Selain itu, Pengarah Operasi Arba Travel & Tours, Ammar Shahri sebaik berkata sahaja menyedari ditipu, pihaknya ada menghubungi wanita itu namun dia berdolak-dalik selain mengugut untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes tersebut.



Source link

read more

Coklat mungkin pupus pada 2050 nanti



PENGGEMAR coklat mungkin suatu hari nanti tidak dapat menikmati manisan itu lagi kerana ia mungkin akan pupus akibat kesan pemanasan global.

Menurut para saintis, suhu yang terlalu panas serta cuaca yang kering boleh mengancam penanaman kakao, iaitu tumbuhan yang menghasilkan coklat.

Kakao hanya boleh tumbuh di kawasan sempit tanah hutan hujan sekitar 20 darjah utara dan selatan khatulistiwa dengan suhu, hujan serta kelembapan adalah tetap.

Lebih separuh daripada bekalan coklat dunia kini dihasilkan dari dua negara Afrika Barat, iaitu Cte d’Ivoire dan Ghana.

Peningkatan suhu untuk beberapa dekad akan datang atau pada 2050 nanti menjadikan kawasan tersebut tidak lagi sesuai untuk penanaman kakao.

Bagaimanapun, penyelidik dari University of California kini sedang bekerjasama dengan syarikat pengeluar coklat terkemuka, Mars, bagi menyelamatkan tanaman kakao.

Mereka kini menggunakan teknologi yang dikenali sebagai CRISPR untuk mengubah suai DNA kakao supaya ia dapat bertahan di bawah iklim yang berbeza.

Para saintis itu berharap dapat menghasilkan tumbuhan kakao yang tidak rosak pada suhu yang tinggi.



Source link

read more

Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri


04partid.transformedMO, 3/1/2018, KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat laporan polis hari ini, mendakwa menerima mesej ugutan dan kata-kata kesat, susulan tegurannya terhadap perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, Sabtu lalu.

Mohd Asyraf Muhammad Asri, 30, yang mengetuai Pemuda PPBM Bahagian Kuantan, berkata beliau menerima mesej selepas kenyataannya disiarkan dalam laporan Buletin Utama TV3 pada malam selepas perhimpunan berkenaan.

Beliau yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mendakwa mesej terbabit dihantar seorang individu dalam PPBM peringkat pusat, dikenali sebagai Mr Zack.

“Dalam mesej itu, Mr Zack turut menyatakan seluruh Malaysia ingin berkenalan dengan saya dan meminta saya ‘standby’ (berhati-hati),” katanya.

Mohd Asyraf mendakwa, surat itu juga antara lain mengandungi ayat kesat selain menuduhnya terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta dikatakan menjadi tali barut parti lawan.

“Saya percaya ugutan dan kecaman itu kerana saya mengeluarkan kenyataan kesal apabila golongan muda tidak berpeluang menyoal berkaitan sebarang isu terkini mengenai kepemimpinan parti (PPBM).

“Dalam temubual (media) itu, saya memberi kenyataan apa sebenarnya berlaku, termasuk isu suara golongan muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti,” katanya.

Berikutan ugutan yang diterima, Mohd Asyraf berkata, beliau bimbang keselamatan diri dan keluarganya, sekali gus meminta polis menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Asyraf yang juga perwakilan ke perhimpunan agung sulung parti berkenaan di Shah Alam, Selangor, kesal kerana generasi muda tidak berpeluang menyoal pemimpin parti berkaitan isu terkini.

Beliau juga dilaporkan berkata, suara generasi muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti.



Source link

read more

Pak andam ditemui mati dengan kesan darah di leher



KUALA KRAI: Mayat seorang jurusolek ditemui dengan kesan darah di leher kiri dan kanan di rumahnya di Guchil Enam,kira-kira jam 10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat Rudy Alpian Zahari,37 tahun,ditemui terbaring di atas katil sebuah rumah yang didiami bersama rakannya.

“Kematian mangsa yang juga juru solek hanya disedari rakan serumahnya setelah majikannya datang untuk mengajaknya ke sebuah sekolah untuk membuat gubahan bunga.

“Apabila rakan serumah mengejutkannya,lelaki itu tidak bangun,lalu dia memeriksa nadi dan mendapati badannya telah sejuk,” katanya.

Abdullah berkata, rakannya kemudiannya memanggil majikan mangsa untuk memeriksa nadinya sekali lagi.

“Sementara itu, temubual dengan majikannya mendapati  mangsa  mengambil sejenis produk kecantikan dalam bentuk kapsul untuk melangsingkan badan sebagai persiapan  menyertai  pertandingan ratu cantik di Thailand pada bulan Februari depan.

“Mangsa juga dipercayai telah makan pil tersebut sebanyak  tujuh botol dan  hanya makan nasi  seminggu sekali serta seringkali mengadu penat dan sakit di bahagian dada sejak mengamalkan produk jamu berkenaan,” katanya.

Abdullah berkata, hasil pemeriksaan dalam bilik mendapati terdapat kesan darah pada bantal di bawah kepala mangsa.

“Bilik tersebut dalam keadaan kemas tanpa sebarang  kesan geledah,telefon bimbit  serta beg tangan berada bersama mangsa.

“Hasil pemeriksaan  di bilik juga tidak menjumpai tali atau senjata ,polis bertindak merampas bantal dengan kesan darah serta telah di rampas dan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini polis tidak menemui sebarang  unsur jenayah berhubung kematian mangsa.

“Bagaimanapun, kita menunggu keputusan bedah siasat ke atas  mayat mangsa yang  telah di hantar ke Hospital Kuala Krai,” katanya.



Source link

read more

PPBM TEMERLOH DAKWA AGM SYOK SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) digesa membuat siasatan terperinci terhadap mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabtu lalu kerana didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.

Ketua Bahagian PPBM Temerloh yang membuat dakwaan itu berkata AGM dilihat “syok sendiri” kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

“Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Pemuda) dan Srikandi juga tidak diadakan.

“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak JPPM membuat siastan terperinci berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di JPPM hari ini.

Sabtu lalu, PPBM dikatakan telah mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh JPPM.

Amerus berkata AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pemimpin yang tertentu sahaja dan perwakilan diperingkat Bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.

“Matlamat sebenar penubuhan PPBM sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak diselesaikan,’ katanya.

Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.

Sebelum ini, JPPM memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan 3 kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.




Source link

read more

Lebih 100 kucing ditemui mati reput dalam rumah pasangan warga emas



TAMPA: Pihak berkuasa tempatan Florida, Amerika Syarikat terkejut apabila menemui lebih 100 bangkai kucing yang mereput dalam sebuah kediaman yang dihuni sepasang warga emas.

Lebih menjelekkan, pihak berkuasa yang memasuki rumah Cheryl Smith dan John Ellis itu turut menemui 63 bangkai haiwan itu yang disimpan beku dalam peti sejuk.

Bangkai kucing yang selebihnya ditanam di halaman rumah.

Unit pendingin hawa di rumah tersebut juga didapati sudah tidak berfungsi lantaran tersumbat dengan bulu kucing. Keadaan itu menyebabkan Cheryl, 70 tahun, seorang bekas jururawat, dan John, 66 tahun, seorang veteran tentera, sesak nafas dalam bahang iklim Florida.

Metro UK yang memetik berita Fox melaporkan, sekumpulan pembersih yang ditugaskan untuk membantu pasangan itu juga mendapati rumah itu dipenuhi pijat, lipas, labah-labah dan semut.

Lantai rumah itu ditutup dengan tiga lapisan permaidani, namun permukaannya dikotori kencing kucing dan najis daripada tikus dan lipas.

Keadaan itu membuatkan Cheryl, yang menghidap skoliosis (sakit tulang belakang), terpaksa tidur di atas kerusi.

Media tempatan melaporkan, John pula lazimnya terpaksa tidur di atas tilam yang ‘kelihatan seperti dari lokasi jenayah’.

Ceritanya bermula daripada tabiat Cheryl dan John yang suka menyelamatkan kucing terbiar sejak tahun 1990-an, dengan niat untuk memberi tempat tinggal yang lebih baik.

Mereka bagaimanapun tidak mampu menghantar haiwan itu untuk dikembiri.

Selama bertahun-tahun, kucing-kucing itu terus membiak, hingga mencetus masalah kepada pasangan berkenaan.

Sejak pendedahan itu, pasangan tersebut telah dibantu oleh sekumpulan petugas sukarelawan khas untuk membersihkan kediaman mereka.



Source link

read more