Spotify berdepan saman hak cipta AS1.6 billion



SYARIKAT penstriman muzik Spotify disaman oleh Wixen Music Publishing Inc pada minggu lalu kerana didapati menggunakan ribuan lagu, termasuk daripada Tom Petty, Neil Young dan The Doors, tanpa lesen dan pampasan kepada penerbit muzik itu.

Wixen, yang memiliki lesen eksklusif bagi lagu-lagu seperti Free Fallin oleh Tom Petty, Light My Fire oleh The Doors, (Girl We Got a) Good Thing oleh Weezer, serta hasil karya penyanyi seperti Stevie Nicks, menuntut ganti rugi bernilai sekurang-kurangnya AS$1.6 bilion dengan injunksi.

Spotify gagal mendapat lesen wajib atau secara terus daripada Wixen yang membolehkan ia menerbitkan semula dan mengedar lagu, kata Wixen dalam saman tersebut yang difailkan di mahkamah California.

Wixen juga mendakwa Spotify melakukan penyumberan luar kepada pihak ketiga, iaitu pembekal perkhidmatan lesen dan royalti, Harry Fox Agency, yang juga tidak menepati syarat pelesenan.

Spotify enggan untuk mengulas tentang perkara itu.

Spotify yang merancang untuk disenaraikan dalam pasaran saham tahun ini, telah berkembang kira-kira 20 peratus kepada sekurang-kurangnya AS$19 bilion dalam beberapa bulan kebelakangan ini.



Source link

read more

PM Najib pantau situasi terkini banjir


imageMO, 3/1/2018, KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memantau situasi banjir di beberapa negeri di selatan dan pantai timur serta memastikan bantuan mencukupi diberikan kepada mereka yang terjejas.

Perdana Menteri juga mengingatkan semua mangsa mengutamakan keselamatan diri dan mendengar arahan pihak berkuasa serta meminta mereka supaya tabah.

“Saya memantau keadaan di beberapa negeri di selatan dan pantai timur yang dilanda banjir. Kerajaan akan pastikan bantuan mencukupi, dan saya harap semua yang terlibat tabah, utamakan keselamatan serta mengikuti arahan pihak berkuasa,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Setakat hari ini, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak dilanda banjir dan mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Situasi banjir juga menyebabkan beberapa sekolah di kawasan terjejas terpaksa ditutup untuk sementara waktu.

 

– Bernama



Source link

read more

LAPORAN DARI INSTANBUL: UMAT ISLAM MAHU DS NAJIB & MALAYSIA MAIN PERANAN UTAMA ISU BAITUL MUQADDIS


Instanbul, Disember 13, 2017 – Saya bertolak awal ke Istanbul melalui Tehran. Sesampai di airport Imam Khomeini, kami disambut Mr Sarsen seorang Turkish yang fasih berbahasa Melayu campur Indonesia.

Cuaca sederhana 14 darjah celcius mengembalikan ingatan saya kepada suasana bandar lama Philadelphia, USA. Kata Mr Sersan, Turki 30% berada dalam benua Eropah, 70% di benua Asia dan Istanbul berada di dalam benua eropah.

Persidangan tergempar OIC di sini sangat mengujakan,bersemangat dan menyerlahkan perpaduan dalam kalangan negara-negara Islam. Sekretariat OIC sangat gembira dengan kehadiran DS Najib. Mereka menganggap Malaysia mempunyai kekuatan diplomatik yang boleh membantu menyelesaikan kebuntuan di Baitul Muqaddis.

DS Najib menyuarakan dengan tegas kebahayaan provokasi menggunakan Baitul Muqaddis untuk memenuhi nafsu serakah Israel boleh merosakkan keseimbangan keamanan dunia. 

Pelobi-pelobi Israel di White House seperti kata Senator P. Findley tidak pernah berhenti untuk memenuhi apa jua kepentingan NGO-NGO JEWS dan penaja-penaja belakang tabir untuk memastikan sesiapa sahaja Presiden USA akan menuruti kehendak mereka. Kumpulan Freemason sejak Amerika merdeka pada tahun 1776 merupakan pendesak paling keras.

Hubungan baik DS Najib semasa Presiden Obama dan kini Presiden Trump dilihat masa yang sesuai untuk membantu menyelesaikan isu Baitul Muqaddis. Terdapat pandangan orang Turki mencadangkan supaya DS Najib dilantik sebagai orang tengah untuk menyampaikan suara OIC dan umat Islam kepada Presiden Trump.

Mereka melihat sumbangan DS Najib melalui konsep Kesederhanaan dalam kemelut Semenanjung Gaza Palestine, Selatan Filiphina, Selatan Thailand sangat berjaya. Ianya boleh digunakan dalam isu Baitul Muqaddis.

Kepada rakyat Malaysia di tanah air, teruskan berdoa. Kota suci Baitul Muqaddis milik umat Islam, penganut Kristian dan milik rakyat Palestine sejak sekian lama beribu-ribu tahun, tetapi bukan memilikjadikan Baitul Muqaddis sebagai ibu kota baru Israel. Israel sudah ada Jerusalem sebagai ibu negaranya sejak sekian lama. 

 



Source link

read more

Album baharu Justin Timberlake disambut dengan reaksi bercampur



JUSTIN TIMBERLAKE mengumumkan akan mengeluarkan album yang paling peribadi buatnya, ‘Man of the Woods‘ pada 2 Februari nanti.

Walaupun album itu tidak akan dilancarkan hingga bulan depan, Timberlake memberitahu peminatnya bahawa beliau akan mengeluarkan salah sebuah lagu dari albumnya seawal Jumaat ini.

“Album ini mengambil inspirasi dari anak saya, isteri saya, keluarga saya dan asal usul saya. Ia sangat peribadi,” kata Timberlake dalam video promo yang dimuat naik ke YouTube pagi Selasa.

Penyanyi ‘Sexyback‘ itu bersama isterinya, Jessica Biel dan anak mereka, Silas muncul dalam video berdurasi satu minit itu yang dirakam di pelbagai lanskap.

Turut muncul secara cameo dalam video itu ialah Pharrell Williams yang kelihatan berada dalam studio bersama Timberlake.

Walau bagaimanapun, netizen memberi reaksi bercampur-campur dan kebanyakannya mempersendakan pengumuman tersebut.

‘Man of the Woods’ merupakan album studio pertama Timberlake dalam 4 tahun.



Source link

read more

KL cops start off 2018 with ketum syndicate bust


KETUM

MO,3/1/2018, KUALA LUMPUR: The police smashed a syndicate operating a ketum processing plant here on New Year’s Day. On Jan 1, narcotics policemen from Wangsa Maju raided a house in Setapak, where they found ketum leaves weighing 96kg and some processing equipment.

Four men aged between 21 to 56, who formed the ‘Ayah Non” syndicate, were also arrested during the raid. The mastermind of the group is believed to have a prior police record, including ketum manufacturing.

In a press conference held at the state police headquarters on Wednesday (Jan 3), city police chief Comm Datuk Mazlan Lazim said that the estimated value of the seized drugs was about RM6,376. “The four suspects have been remanded until Jan 7.

“It is believed that the group received their supply from northern states via express buses. Our investigations show that they generally received about 50-60kg of the leaves at one go,” he said. He added that the group is believed to have been operating for about three months.

-TheStar



Source link

read more

‘Dr M has no right to address issue’


51470240284_tunmahathir

MO,18/12/2017, PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad is the least qualified to use the strength of the ringgit to criticise the Prime Minister, says Barisan Nasional’s strategic communications deputy director Datuk Eric See-To. Writing on his Facebook page, See-To said that when Dr Mahathir first became Prime Minister in 1981, the ringgit was RM2.30 to the US Dollar and RM1.10 to the Singapore Dollar.

“Never once in the entire time under Dr Mahathir had the ringgit ever strengthened appreciably against the USD,” See-To wrote. He added that the ringgit plummeted to as low as RM4.86 (intraday) before Dr Mahathir pegged it at RM3.80 using capital controls.“This means that under Dr Mahathir, the ringgit had weakened 65% from the day he started as PM to the time he retired or RM2.30 to RM3.80,” See-To wrote, adding that there was no 80% collapse in oil prices to explain the ringgit’s weaker position.

In contrast, the ringgit strengthened as much as 30% from RM3.73 to RM2.96 against the USD in 2012 and 2013. And it was the United States’ intention to end its Quantitative Easing and raise interest rates, along with the 80% oil price collapse in late 2014 that saw the ringgit drop significantly.

“Along with the recent recovery of oil prices, our ringgit has now recovered part of its losses and is now at RM4.07, which is 9% weaker than when Datuk Seri Najib Tun Razak first became the Prime Minister. “Or 7% compared to the RM3.80 level that Dr Mahathir had pegged it at for many years,” See-To stated.

The recent trend also shows that the ringgit’s recovery had gained pace with many analysts predicting Malaysia’s currency would recover further to levels below RM4, added See-To.

–TheStar



Source link

read more

Iqram Dinzly punya pemikiran halus – Ustaz Kazim Elias



PENDAKWAH terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui gembira apabila dapat bertemu dengan Iqram Dinzly selepas mereka lama tidak berjumpa.

Menurut Kazim Elias, dia sempat memberi nasihat kepada Iqram Dinzly memuji pelakon itu kerana mempunyai pemikiran yang halus. 

“Menerima kunjungan Iqram. Dah lama tidak jumpa dia. Syukur dia sihat, OK sangat, dan lama juga borak dengan dia tadi. 

“Halus pemikiran dia. Saya sampaikan juga nasihat kepada dia. Begitu juga dengan pelakon Johan Asaari.

“Empat bulan lepas saya ajak dia ke Al Barakah, hari ini dia datang dengan sahabat yang lain. 

“Ceria dan sejuk memandang mereka. InsyaAllah Johan akan belajar di Al-Barakah begitu juga dengan Iqram, cuma dia perlu menemani ibunya yang masih dalam eddah.

“Tahniah Iqram dan Johan. Saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat,” tulisnya dalam entri di Facebook.

Sebelum ini, Iqram menjadi pertatian ramai selepas perilaku aneh dia mula menjadi tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Perubahan sikapnya itu, turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.



Source link

read more

Hilang pekerjaan layak dapat bantuan RM600 sebulan


indexMO, 3/1/2018, KUALA LUMPUR – Mereka yang kehilangan pekerjaan tahun ini layak mendapat bantuan interim sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan di bawah Akta Sistem Insurans 2017.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata langkah itu bertujuan memperkasa perlindungan keselamatan sosial melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

“Melalui SIP, pekerja yang terjejas akan dibantu secara khusus bagi mendapatkan pekerjaan baharu melalui perkhidmatan pekerjaan yang diberikan oleh pegawai perkhidmatan pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka yang layak memohon bantuan interim itu  pada masa yang sama perlu menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula yang akan dikawal selia oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk meningkatkan kebolehkerjaan mereka.

Permohonan bagi bayaran interim boleh dilaksanakan melalui portal dalam talian laman sesawang www.perkeso.gov.my/sip atau  hadir sendiri di kaunter  Perkeso di seluruh negara.

Selain itu, bermula Februari ini, majikan boleh mendaftar dan membuat bayaran caruman  melalui  portal “Assist Perkeso” manakala pembayaran faedah SIP akan bermula pada Januari 2019.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SIP boleh menghubungi Perkeso di talian 1300 22 8000 atau melayari laman sesawang rasmi Perkeso. –Bernama



Source link

read more

Azwan Ali buat laporan SPRM


DReALS-UEAAtF6gPUTRAJAYA – Selebriti, Azwan Ali, hari ini menyerahkan beberapa dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan dan kekayaan luar biasa dimiliki seorang individu.

Tanpa menamakan individu berkenaan, beliau yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata dokumen itu disimpan sejak 30 tahun dulu iaitu ketika beliau mula bergelar selebriti sehingga kini.

“Tidak ada pihak yang memaksa saya untuk membuat laporan dan menyerahkan bahan bukti yang disimpan.

“Sebagai warga negara yang bertanggungjawab, saya perlu berbuat demikian bagi mencegah perkara tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap dengan penyerahan dokumen dan laporan ini ia dapat membantu SPRM menjalankan siasatan, seterusnya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Saya menyimpan banyak bukti yang masih belum diserahkan kepada SPRM dan jika diarahkan, akan berbuat demikian dalam jangka masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan laporan di pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azwan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, yang mengusulkan beliau menyerahkan bahan bukti yang disimpan kepada SPRM.

Media sebelum ini melaporkan, Azwan mengadakan pertemuan dengan Razali untuk berkongsi kandungan dokumen berkenaan.

Bagaimanapun, Razali menolak untuk mengkaji dokumen terbabit dan mengusulkan bahawa pihak terbaik untuk beliau memfailkan aduan adalah SPRM.

Kata Razali, walaupun beliau bertanggungjawab ke atas hal ehwal SPRM, beliau tidak berada di kedudukan yang membolehkannya mengambil tindakan.

Terdahulu, Azwan tiba di pejabat SPRM, di sini pada jam 10 pagi dan dilihat keluar sejam kemudian.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini, Azwan membuat kejutan menghadirkan diri ke perhimpunan itu dengan ditemani Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.



Source link

read more