LONDON 4 Jan. – Pemain pertahanan, Hector Bellerin muncul penyelamat Arsenal daripada kalah di tangan Chelsea apabila jaringannya dalam masa kecederaan membantu kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi ini.

Walaupun di awal perlawanan, Bellerin, 22, menghadiahkan penalti kepada pasukan pelawat selepas mengasari Eden Hazard untuk menafikan gol pembukaan rakannya, Jack Wishere namun di penghujung permainan, pemain dari Sepanyol itu kembali menjadi wira untuk menafikan pula gol kedua Chelsea yang dijaringkan Marcos Alonso pada minit ke-84.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea kembali ke tangga ketiga liga, 16 mata di belakang Manchester City dan satu mata di belakang Manchester United manakala Arsenal di tangga keenam liga. – AFP



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: