Lelaki paksa anak saudara buat seks oral dihukum penjara dan sebat


SUNGAI PETANI: Akibat memaksa anak saudaranya berusia tujuh tahun melakukan seks oral, seorang penganggur menerima hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Sungai Petani, hari ini.
 
Hakim N Priscilla Hemamalini memerintahkan hukuman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Disember lalu.

Tertuduh mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa dengan tujuan seksual di sebuah rumah di Taman Aman Perwira, dekat Kuala Ketil, pada jam 10 malam 15 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Bagi dakwaan mengikut Seksyen 16 akta sama juga, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.
 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Savinder dalam pendakwaannya memohon mahkamah memberi hukuman maksimum kepada tertuduh kerana kekerasan digunakannya dalam memaksa mangsa melakukan perbuatan tersebut.

Selain itu, hukuman berat dipohon pihaknya juga dengan mengambil kira perbuatan dilakukan itu membabitkan kesalahan serius terhadap anak saudara sendiri.



Source link

read more

Indonesia kecilkan zon berbahaya volkano Gunung Agung di Bali



JAKARTA: Kerajaan Indonesia telah mengecilkan zon berbahaya volkano Gunung Agung di pulau peranginan Bali, sekali gus membolehkan beribu-ribu penduduk tersingkir yang tinggal di luar zon itu kembali ke rumah masing-masing, lapor agensi berita China memetik kenyataan seorang pegawai kerajaan.

Agensi vulkanologi Indonesia pada Khamis mengumumkan bahawa zon pemindahan dari kawah gunung berapi itu telah dikecilkan kepada 6 kilometer radius berbanding 8 hingga 10 kilometer sebelum ini.

“Bermula hari ini (Khamis), zon berbahaya Gunung Agung dikurangkan kepada 6 kilometer dari kawah. Penduduk yang sedang berlindung di tempat lain boleh kembali ke rumah masing-masing selagi rumah mereka terletak di luar radius 6 kilometer dari kawah itu,” kata Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia Ignasius Jonan.

Volkano Gunung Agung masih berada pada tahap amaran tertinggi kerana aktiviti seismiknya kekal tinggi, kata Ketua Agensi Geologi Indonesia Rudy Suhendar.

Kira-Kira 44,000 orang melarikan diri dari rumah masing-masing dan mencari perlindungan susulan letusan volkano Gunung Agung, demikian menurut agensi pengurusan bencana nasional Indonesia. 

— BERNAMA



Source link

read more

Hadi kafir, pengkhianat – Tun M


PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, melabelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, Hadi hanya menggunakan Islam kerana pernah mendakwa kerajaan sebagai kafir dan wajar ditentang.

“Hadi adalah orang yang hanya menggunakan Islam. Dia pernah kata kerajaan kafir dan perlu ditentang, jika anda mati dalam penentangan itu, anda akan masuk syurga.

“Itu yang dijanjikan (Hadi) dan ia bertentangan dengan ajaran Islam, namun mereka yang pakar agama hanya berdiam diri.

“Mengikut kata PAS, jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu akan menjadi kafir.

“Jadi sekarang dia bekerjasama dengan UMNO dan sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, jadi dia ‘mengkafirkan’ diri sendiri,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, langkah PAS bertanding sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang tanpa gabungan mana-mana parti pembangkang lain hanya membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Hadi tahu PAS akan kalah di kebanyakan kerusi ditandingi mereka dan langkah ini hanya membantu Najib untuk menang dengan memecahkan undi pembangkang… itu niat dia dan ia tidak Islamik.

“Dalam bahasa Melayu, kita panggil itu sebagai pengkhianat kerana itu adalah dia (Hadi). Dia akan pergi bertanding di mana dia tahu akan kalah dan dia tahu kesan daripada pertandingan itu,” katanya.

Mengulas laporan polis dibuat Pemuda UMNO susulan kenyataan beliau ingin menggulingkan Perdana Menteri, Dr Mahathir mempertahankan pendirian itu dengan menekankan kerajaan yang teruk wajar digulingkan.

“Di seluruh dunia kita lihat rakyat menggulingkan kerajaan. Jika anda ada kerajaan yang teruk, gulingkan. Ia proses demokratik tapi budak-budak (Pemuda UMNO) tidak faham politik,” katanya.

Mengenai tindakan beberapa bahagian PPBM mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat mesyuarat agung tahunan (AGM) yang didakwa tidak sah dan melanggar perlembagaan, Dr Mahathir berkata, tiada apa-apa kenyataan dikeluarkan ROS berhubung AGM itu.

“Kalau tidak betul, tolong minta ROS buat kenyataan rasmi kata AGM itu tidak sah.

“ROS tidak kata apa-apa, tapi orang ini lebih pandai daripada ROS,” katanya sambil memaklumkan PPBM mempunyai sebab tidak mengadakan mesyuarat cawangan dan bahagian sebelum AGM diadakan.



Source link

read more

BAM announces its Thomas and Uber Cup squads


chongwei22
MO,4/1/2018, KUALA LUMPUR: There were no surprises in the Badminton Association of Malaysia’s (BAM) team line-up announcement for the Thomas and Uber Cup qualifiers scheduled to take place next month. World No.2 Datuk Lee Chong Wei will lead the 10-man squad in their bid to make the top four cut at the Asia Team Badminton Championships in Alor Setar from Feb 6-11.

The other three men’s singles shuttlers selected were Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin and Soong Joo Ven. Asian Junior champion Leong Jun Hao and two-time national champion Lim Chi Wing did not make the team.  Both were touted to be handed a surprise call-up.

The doubles challenge will be carried by Rio Olympics silver medallists Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin and Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. There was no place for independent shuttler Tan Boon Heong, who had earlier expressed his interest to beef up the team.

For the women’s Uber Cup team, the BAM named Sonia Cheah, Goh Jin Wei, Lim Yin Fun and S. Kisona for the four singles slots while the doubles pairings are made up of Vivian Hoo-Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean and Goh Yea Ching-Yap Cheng Wen.

–TheStar



Source link

read more

Pekerja Malaysia paling lama bekerja tapi masih kurang produktif – Laporan


KUALA LUMPUR: Golongan pekerja di Malaysia direkodkan bekerja paling lama di rantau ini, dengan purata 15 jam lebih lama daripada waktu bekerja dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun golongan itu juga mencatatkan antara kerugian produktiviti tertinggi di rantau ini.

Hasil kajian Tempat Kerja Paling Sihat AIA 2017 mendapati lebih separuh (53 peratus) warga Malaysia berhadapan dengan tekanan di tempat kerja. Kajian berkenaan melibatkan 5,369 responden di 47 syarikat di seluruh negara.

Ia adalah sebahagian daripada lebih 10,000 responden yang dikaji di Hong Kong, Australia dan Singapura.

Kaji selidik berkenaan juga menunjukkan pekerja Malaysia tidak cukup rehat.

Dalam kaji selidik berkenaan, sebahagian (56 peratus) responden tidur kurang daripada tujuh jam sehari dengan 67 peratus daripadanya dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah tidur.

53 peratus golongan pekerja di Malaysia berhadapan dengan masalah tekanan di tempat kerja berbanding Australia (50 peratus) dan Singapura (43 peratus).

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 12 peratus pekerja Malaysia mengalami tekanan yang serius atau berdepan gejala kemurungan teruk.

Dalam pada itu, syarikat di Malaysia mengalami kerugian dalam produktiviti di mana kajian mendapati purata setiap pekerja hilang 67 hari bekerja setahun.

Ia melibatkan anggaran purata kerugian RM2.7 juta kepada setiap organisasi.



Source link

read more

MAHFUZ MARAH DILABEL SEPERTI “PONDAN” kerana tidak berani nak meninggalkan PAS!!


Ooo!!! Patut la Si Mahfuz Bean tu mengamuk tak tentu arah macam orang hilang akal sebelum ini. Rupanya dia digambar seperti seorang “Pondan” kerana tidak berani nak meninggalkan PAS.
Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu sebelum ini, dia mendakwa Pengkhianatan yang dilakukan selama hari ini tetap dianggap ‘Gentleman’ kerana dibuat secara terbuka.
Kenyataan itu dibuat bagi membidas tindakan Naib Presiden PAS yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang menyindir Si Mahfuz Bean melalui media sebelum ini.
Antara lain, Naib Presiden PAS tu mendakwa, tindakan yang dilakukan oleh ADUN Anak Bukit yang menyertai PPBM itu membuktikan bahawa dia memiliki keberanian seperti seorang ‘Anak Jantan’.
“Secara jujurnya kita beritahu, berita ini tidak mengejutkan kita dan dalam jangkaan Pas. Saya ucap tahniah kerana dia (Amiruddin) lebih ‘jantan’ dari Pokok Sena (Mahfoz Omar). Dia sampai sekarang pun tidak berani keluar Pas,” katanya.
Ketika ditanya mengenai lafaz Baiah yang diikrarkan pemimpin itu, Mohd Amar berkata, Amiruddin perlu menanggung sumpah yang dibuat walaupun ianya tidak melibatkan taklik.
“Negeri lain baiah saja, baiah untuk kekal dengan parti, tidak keluar dari parti dan baiah ini besar sebab dimulakan dengan lafaz wabillahi, watallahi, siapa langgar, dia kena tanggung.
“Sebab itu Timbalan Presiden Pas nasihat supaya ingat tentang Baiah, sebab baiah ini dia dengan Tuhan, kita manusia tidak dapat ambil tindakan apa-apa,” katanya.
Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS itu yang membuatkan Si Mahfuz Bean meroyan tak tentu arah sedangkan hakikatnya dia memang macam seorang Pondan yang suka menjahanamkan parti secara dalaman!!!



Source link

read more

Heavy rain, strong winds warning


4met_field_image_listing_featured.variant

MO,4/1/2018, KUALA LUMPUR: The Meteorological Department has issued severe weather warning today, following continued heavy rain and strong winds in Kemaman, Kuantan, Pekan, Maran, Bera as well as Rompin. In a statement, the department also said several other areas are also likely to see bad weather today.

“The areas are Dungun, Terengganu, Jerantut, Temerloh and Bentong, Segamat, Mersing, Jelebu, Jempol and Tampin it said in a statement today. The department also issued a category two warning for strong winds and waves in Condore waters and north-west Reef North until tomorrow.

It said North eastern winds from 50 to 60 kilometers per hour and waves up to 4.5 meters are likely to see strong winds and turbulent seas, which is dangerous to all shipping and coastal activities, including fishing or ferry services. The department also issued a Category 1 warning for strong winds and rough seas in the southeastern waters of Samui, Tioman, southern Condore, Bunguran, Reef South, southeast of Reef North, Layang-Layang, Labuan and Palawan until tomorrow.

A thunderstorm warning later this morning was also issued for waters in the northern Straits of Melaka and Tioman, as well as in the waters of East Johor and Pahang. “Category one strong winds and rough seas are also expected tomorrow at Kelantan, Terengganu, Pahang, East Johor, Sarawak, Interior, West Coast and Kudat in Sabah as well as Labuan,” the department said.

Meanwhile, the department detected a Tropical Storm at about 276 kilometers (km) to Southeast, Nha Trang, Vietnam and 781 km to Kudat North Sea, about 5am this morning. “The Tropical Storm is moving towards West with a speed of 25 kmph. There is no direct impact on our country,” he said.

–NSTP



Source link

read more

Tuntutan palsu Bekas pengurus besar kanan MAHB didenda RM46800


SHAH ALAM: Bekas Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM15,580 untuk rawatan kecantikan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Hakim Tuan Adli Abd. Ghalib memutuskan agar tertuduh, Md. Shamsuri Md. Isa, 42, dikenakan hukuman denda sebanyak RM46,800 bagi kesemua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Md. Shamsuri didakwa telah menggunakan tiga dokumen Card Credit Detail Form yang mengandungi butiran palsu iaitu pengesahan penggunaan kad kredit bagi tujuan rasmi MAHB sedangkan ia digunakan untuk tujuan peribadi merupakan rawatan kecantikan di sebuah klinik.

Tuntutan tersebut masing-masing berjumlah RM2,000, RM3,800, RM3,980 dan RM5,800.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 Mac hingga 19 Julai 2016 di Pejabat Korporat MAHB, Sepang.

Md. Shamsuri diwakili peguam Cheow Wee.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Laila Mohamed Nazil, Abdul Rashid Sulaiman dan Muhamad Atif Abdullah.



Source link

read more

#LensaNegaraku | NajibRazak.com



4 January, 2018


Dalam satu sesi sembang santai bersama rakan-rakan online yang terdiri daripada jurugambar dan personaliti media sosial popular tahun lalu, saya berpeluang melihat karya-karya mereka, dan berasa cukup kagum dengan kreativiti serta bakat mereka menunjukkan satu sisi Malaysia yang unik dan cantik, menerusi kaca mata mereka.

Bertitik-tolak dari situ, saya mencadangkan supaya satu platform khas diwujudkan bagi membolehkan mereka berkongsi bakat, kreativiti serta hasil kerja mereka.

Maka dengan itu, lahirlah #LensaNegaraku di laman 1Malaysia.com.my, di mana anak-anak muda cukup berbakat ini bukan sahaja berkongsikan foto-foto hasil karya mereka, tetapi lebih daripada itu, bagi membolehkan mereka berkongsi kepada semua keunikan dan keindahan Malaysia dari kaca mata dan lensa mereka.

Saya mengajak anda semua untuk sama-sama mengikuti pengembaraan mereka ini melalui laman www.1malaysia.com.my/lensanegaraku dan juga di Instagram 1Malaysia, semoga dengan itu kita dapat sama-sama lebih menghargai bumi bertuah Malaysia ini.

#LensaNegaraku
#NegarakuKebanggaanku



Source link

read more

Zaid BOTOL Sah Jadi Calon DAP Selepas Kurang Ajar Dengan Sultan Selangor.


Pemimpin DAP pasti amat berasa puas hati apabila ahlinya berbangsa melayu memainkan peranan sebagai tukang skrew melayu dan perlekeh raja raja melayu yang cukup efektif.

Zaid bagai telah memahat nama beliau sebagai calon DAP tanpa perlu lobi kepada tokong DAP,cukup sekadar tunjuk besar kepala dan kurang ajar kepada raja raja melayu pasti nama akan tersenarai .



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons