Malaysia ranked fifth in the list of retirement havens for 2018


FG__7217

MO,4/1/2018, Considering criteria such as cost of living, healthcare and climate, Costa Rica has been named as the ideal destination to retire in for 2018, according to a new Retirement Index from InternationalLiving.com.

The annual InternationalLiving.com Retirement Index compiles the top 24 retirement havens worldwide, based on key criteria for a happy and successful retirement. No less than 12 factors are taken into account when assessing potential destinations, such as cost of living, political life, retirement benefits, climate and healthcare, all based on a couple of retirees living with at least $1,500 per month.

This year sees Costa Rica jump from fourth place to top of the list. The Central American country nestled between the Caribbean and the Pacific Ocean is a safe destination both at day and night thanks to low levels of crime. Moreover, Costa Rica is focused on environmental preservation, with 25percent of the country’s territory protected. The economy is also seeing constant growth, reports InternationalLiving.com.

Portugal is Europe’s top retirement haven, followed by Spain, while Malaysia ranks highest for Asian destinations.

The top 10 best places to retire in 2018-

1. Costa Rica

2. Mexico

3. Panama

4. Ecuador

5. Malaysia

6. Colombia

7. Portugal

8. Nicaragua

9. Spain

10. Peru

— AFP Relaxnews



Source link

read more

Dua bapa kandung didakwa cabul rogol anak bawah umur


SUNGAI PETANI: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram ke atas anak perempuan masing-masing di Jeneri dan Kuala Ketil pada tahun lalu.
 
Tertuduh pertama berusia 49 tahun yang hanya berkain pelikat dan berbaju kemeja T berwarna merah berdepan dua pertuduhan.

Tertuduh kedua berusia 59 tahun yang berkemeja T berwarna jingga dan berketayap putih pula dihadapkan dengan satu pertuduhan jenayah seksual.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pertama yang bertugas sebagai buruh didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Mukim Jeneri, Sik, dekat sini pada 20 Disember tahun lalu jam 10 malam.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa meletak dan menggosok kemaluannya pada kemaluan anak kandungnya yang berusia 13 tahun itu di sebuah rumah di kawasan sama seperti pertuduhan pertama pada 22 Disember tahun lalu jam 9 malam.
 
Bagi tertuduh kedua pula, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kuala Ketil, Baling pada 21 Disember tahun lalu jam 1 pagi.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pertama dan kedua didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh pertama juga turut berdepan dakwaan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 untuk pertuduhan kedua yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Priscilla kemudian memerintahkan tarikh sebutan semula kes berkenaan dilakukan pada 6 Februari ini untuk tertuduh pertama, manakala 5 Februari bagi tertuduh kedua untuk lantikan peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Kedua-dua tertuduh juga turut tidak dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah kerana mengambil kira keselamatan saksi yang tinggal serumah dengan tertuduh.



Source link

read more

Aktres Filipina ditabal wanita tercantik dunia



PELAKON muda terkenal Filipina, Liza Soberano, dipilih sebagai wanita tercantik di dunia untuk tahun 2017 oleh sebuah portal gaya hidup terkemuka, TC Candler.

Portal yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu sudah mengeluarkan senarai 100 wanita tercantik di dunia sejak 28 tahun yang lalu.

Soberano, 20, berdarah kacukan Filipina-Amerika, dikenali di Malaysia menerusi drama Forevermore.

Tempat kedua dan ketiga diisi oleh peragawati Perancis, Thylane Blondeau dan penyanyi Taiwan, Chou Tzu-yu.

Pelakon dan peragawati dari Malaysia, Yumi Wong, turut tersenarai di tempat ke 57.

Antara nama-nama besar yang berjaya memasuki senarai itu ialah Emma Watson (14), Emilia Clarke (26) dan Natalie Portman (50).

Untuk senarai 100 lelaki paling kacak pula, ia didahului oleh bintang KPop, Kim Tae-hyung atau lebih popular dengan nama V, diikuti pelakon Jason Momoa dan Armie Hammer.

Dalam keterangan yang dikeluarkan bersama senarai itu, portal berkenaan memaklumkan senarai berkenaan bukan sekadar mengukur kecantikan atau kekacakan seseorang, tetapi bertujuan untuk memberi informasi dan meluaskan pandangan orang ramai tentang definisi cantik.



Source link

read more

Audit Forensik ke atas projek KLVC



4 January, 2018


1. Sebuah firma audit luar telah pun dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk melaksanakan audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang sedang dibangunkan oleh Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) atas tanah milik FELDA.

2. Firma audit ini akan menjalankan audit forensik ke atas semua aktiviti, keputusan dan tindakan berkaitan dengan projek ini. Ianya juga akan menilai semula proses pengawalan yang berkaitan, termasuk kelemahan dalam pentadbiran dalaman serta pengawasan FELDA ke atas FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

3. Siasatan firma audit ini juga akan membabitkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Siasatan firma audit ini dijangka akan siap dalam tempoh 30 hari dan  laporan penuh akan dikemukakan kepada JPM.

4. Pelantikan firma audit ini adalah susulan arahan saya kepada FELDA dalam satu surat bertarikh 11 Disember 2017, untuk menentukan sama ada berlakunya ketidakpatuhan kepada tatacara sedia ada atau berlakunya unsur-unsur salah guna kuasa dan perlakuan rasuah berkaitan projek KLVC.

5. Dalam surat tersebut yang dihantar oleh JPM kepada Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad,  saya juga telah mengarahkan FELDA untuk membuat laporan polis terhadap SPSB untuk “criminal fraud” serta mengambil tindakan undang-undang untuk “civil fraud” bagi pemindahan hak milik tanah FELDA tanpa pengetahuan dan kebenaran.

6. Saya telah mengarahkan tindakan-tindakan ini diambil bagi melindungi kepentingan FELDA dan peneroka, tidak dikompromi dan bagi memastikan tanah-tanah tersebut terus kekal menjadi milik FELDA.

7. Pihak polis juga telah menjalankan siasatan dan tanah-tanah terlibat telah turut dikaveat. Oleh itu, laporan yang mengatakan tanah-tanah itu sudah hilang adalah tidak tepat. Kaveat Pendaftar yang telah dikenakan ke atas tanah-tanah itu akan memastikan kepentingan FELDA dilindungi.

8. Tindakan undang-undang akan diambil jika siasatan firma audit luar dan polis menunjukkan adanya salah laku oleh mereka yang terbabit dalam projek ini yang telah dipersetujui pada tahun 2014.



Source link

read more

Schools reopen in flooded Kelantan, but rivers still above warning levels


NSTP

MO,4/1/2018, KOTA BARU: Five schools which were closed due to flooding in the state on Tuesday were reopened today. Kelantan Education Director Zahari Othman said the schools resumed operations after floodwaters at access roads to the schools subsided overnight.

However, he said another school in Kuala Krai remains closed, forcing its 168 pupils to miss classes for another day.

“The school is SK Pasir Kelang. Its 168 pupils and 20 teachers have not been able to access the flooded school since Monday,” he said in a statement.

The overall flood situation in Kelantan has improved – however, four rivers in the state are still above their warning levels as of 10am.

The rivers are Sungai Golok in Rantau Panjang, which is at 8.09 metres (warning level is 8 metres); Sungai Tualang is at 31.97m (warning is 31m); Krai Steps is at 23.11m (warning is 22.50m); and Guillemard Bridge is at 14.41m (warning is 14m).

–NSTP



Source link

read more

Tunjuk perasaan di Iran Rakyat Malaysia diingat supaya sentiasa berwaspada


KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menasihati rakyat Malaysia yang berada di Iran atau merancang ke negara itu untuk sentiasa berwaspada.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, rakyat Malaysia juga dinasihati untuk mengelak daripada berada di tempat yang sesak.

“Mereka perlu sentiasa berwaspada terhadap situasi sekeliling setiap masa, sentiasa berhati-hati semasa program keramaian serta mengelakkan diri daripada tempat yang sesak.

“Mereka juga perlu peka terhadap laporan media berkenaan situasi semasa serta mengambil pertimbangan dalam setiap perkembangan semasa merancang perjalanan,” memetik kenyataan media tersebut.

Malah, Kementerian Luar sentiasa memantau situasi semasa di Iran.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam siri tunjuk perasaan di negara itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut boleh terus ke Keduataan Malaysia di Iran di No.25, Second Alley, North Zarafshan St., Eyvanak Blvd, Phase 4, Shahrak Qods, P.O. Box 868, Tehran.

Ia boleh dihubungi di talian (+9821) 8807 2444 atau (+9821) 8807 8606, faks (+9821) 8807 8716 dan emel [email protected]

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera kerajaan di Iran.

Tunjuk perasaan yang bermula Khamis lepas di bandar Mashhad itu pada awalnya berpunca daripada kemarahan terhadap kenaikan harga barang dan rasuah sebelum merebak kepada anti kerajaan.



Source link

read more

Isteri sedang tunggu ujian darah bimbang terkena virus MERS-CoV – Ajak Shiro


PELAWAK dan penyampai radio Ajak Shiro mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya, Afifah Amin.

Ajak, 32, ketika dihubungi Astro Gempak berkata, tiada apa-apa yang serius dan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri saya, jangan risau tiada apa-apa yang serius dan dia sihat-sihat sahaja.

“Sebenarnya isteri saya demam selepas pulang daripada mengerjakan umrah dan terpaksa di kuarantin kerana bimbang virusnya merebak.

“Buat masa ini, dia masih dipantau oleh doktor dan belum boleh dibenarkan keluar daripada wad,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Katanya lagi, dia dan isteri sedang menanti keputusan darah untuk memastikan sama ada ada terkena jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) atau tidak.

“Insha-Allah, esok keputusan darah keluar harap-harap tiada apa-apa yang serius,” ujarnya.

Sementara itu, Afifah ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu, dia berada dalam keadaan baik cuma mengalami sesak nafas.

“Semalam Ajak bawa saya ke hospital selepas saya mengadu sesak nafas dan demam tidak kebah sejak pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

“Selepas pemeriksaan dilakukan doktor tidak benarkan saya pulang kerana bimbang demam melarat,” katanya.

Ajak kira-kira pukul 11 pagi tadi memuat naik video isterinya di hospital menerusi ruangan IG Story sebelum berkongsi satu lagi foto di Instagram (IG).



Source link

read more

PEMIMPIN PKR PERSOAL, KENAPA TUN M GELOJOH!!! ~ SEMUT HITAM


Wujud tentangan daripada beberapa pihak berkenaan cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku calon rasmi Perdana Menteri gabungan itu.

Bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali mempersoal mengapa Pengerusi PH itu terburu-buru untuk menamakan calon perdana menteri yang didakwa akan diumumkan 4 Januari ini. 

Sebelum ini, gabungan Pakatan Haprak itu dijangka akan mengumumkan nama Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri secara rasmi dalam konvensyen yang akan diadakan Ahad ini.

Malangnya, wujud unsur – unsur tiada kata sepakat dikalangan mereka bagi menentukan sama ada Tun Mahathir itu perlu dinamakan sebagai ‘Perdana Menteri Sementara’ atau tidak.

Memetik sumber yang dilaporkan sebuah portal, pengumuman itu tidak akan diteruskan sekiranya tiada sebarang konsensus berhubung perkara itu menerusi mesyuarat MPP Pakatan, esok.

Terdahulu, permukiman yang diadakan dalam bulan Disember yang lalu, puak Pakatan itu katanya telah mencapai sokongan majoriti untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai PM Sementara.

Namun, tindakan itu tidak mendapat persetujuan dari kalangan pemimpin – pemimpin PKR yang jelas tidak memberi sebarang kata putus dengan alasan mahu mendapat ‘restu’ dari Si Ketua Penipu tu.

Walaubagaimana pun, bagi sesetengah pihak, pendirian PKR yang enggan menerima pencalonan itu dapat dilihat apabila masih ramai dikalangan mereka yang bersikap skeptikal terhadap Tun Mahathir yang pernah dilabel sebagai pemimpin Diktator sebelum ini!!!




Source link

read more

DAP jadikan Mahathir alat pecahkan undi Melayu!


Tun Mahathir Mohamad sebagai ‘alat’ untuk memecahkan undi Melayu di Semenanjung serta melemahkan pengaruh parti dominan di Sabah dan Sarawak bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata DAP menerusi Pakatan Harapan menggunakan strategi itu dengan harapan dapat membentuk kerajaan Persekutuan dengan merampas sehingga 50 kerusi Parlimen tertentu di Sabah dan Sarawak dalam PRU akan datang.

“Semuanya ini strategi yang diatur DAP. DAP menggunakan Dr Mahathir dan parti Melayu untuk memecahkan undi Melayu di Semenanjung dan berusaha memecahkan parti dominan di Sabah dan Sarawak.

“Ia dilakukan dengan tujuan supaya DAP dapat menguasai (kerajaan) walau pun tidak dapat memerintah,” katanya dalam Program BICARA BH: PRU14: Antara Mimpi & Realiti di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini, yang dikendalikan Pengarang Bersekutu (Ehwal Semasa) BH, Kadir Dikoh selaku moderator.

Bagaimanapun, Annuar berkata, DAP harus sedar strategi parti itu tidak mudah diterima pengundi terutama orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Saya hendak tegaskan DAP jangan mimpi orang Melayu akan menerima begitu saja taktik mereka. Jika mereka anggap mereka boleh lakukan di Sabah dan Sarawak, mereka sebenarnya silap.

“Apa yang DAP lakukan ini hanya akan mendorong rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak lebih bersatu. Di Semenanjung pula, orang Islam dan Melayu akan lebih bersatu,” katanya.

Malah, Annuar berkata, gabungan orang Islam dan Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kedamaian dan kemakmuran akan membantu BN untuk mendapat keputusan lebih daripada majoriti mudah dalam PRU akan datang.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons