Pengendali umrah dinasihat tidak anjur lawatan ke ladang unta


untaMO, 4/1/2018, PUTRAJAYA  – Syarikat pengendali pakej um­rah dan ziarah dinasihatkan tidak menganjurkan lawatan ke ladang unta bagi mengelakkan jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, lawatan ke ladang haiwan itu boleh menda­tang­kan risiko jangkitan MERS-CoV  kepada jemaah umrah ke­rana jangkitan  respiratori yang di­sebabkan oleh virus korona disyaki berpunca daripada unta.

Menurutnya, perkara tersebut dibangkitkan dalam mesyua­rat Jemaah Menteri hari ini dan pihak kementerian menasihatkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Agama) untuk menasihatkan agensi pelanco­ngan agar tidak menyediakan pakej lawatan ke ladang unta.

“Kementerian  Kesihatan tidak boleh mengeluarkan larangan, jadi saya meminta kerjasama dua kementerian itu agar perkara ini boleh diumum dan dimaklumkan kepada jemaah umrah agar tidak perlu melawat ladang unta (di Tanah Suci) bagi mengelakkan daripada dijangkiti MERS-CoV,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya,  kedua-dua kementerian itu memberikan respon positif dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan  jangkitan MERS-CoV dalam kalangan jemaah umrah, jemaah haji dan pelawat dapat dicegah.

Mengulas lanjut, Dr. Subramaniam berkata, seorang lelaki warga Malaysia yang disahkan dijangkiti MERS-CoV telah dimasukkan  ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh dan keadaannya dilaporkan stabil serta tidak bergejala.

Beliau berkata, sejak 30 Disember lepas, pihaknya telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesa­nan kontak seramai 70 orang melibatkan anggota keluarga serumah, saudara mara, sahabat handai dan anggota kumpulan pakej umrah yang disertai oleh lelaki berusia 55 tahun itu.

Aktiviti  pengesanan turut dijalankan terhadap anggota kesihatan yang mengendalikan kes di klinik swasta yang dilawati dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang serta penumpang-penumpang yang duduk berhampiran dengannya bagi perjalanan pulang ke Malaysia pada 23 Di­sember lalu, katanya.

– BERNAMA



Source link

read more

CIMB jangka pertumbuhan ekonomi lebih perlahan tahun ini


KUALA LUMPUR: CIMB Bank menjangka ekonomi negara akan tumbuh 5.2 peratus tahun ini, lebih rendah berbanding jangkaan pertumbuhan 5.9 peratus bagi 2017.

Bank itu berkata kitaran perdagangan yang positif, didorong oleh pengukuhan harga komoditi dan sektor E&E serta pembuatan pada 2017 dijangka akan menyederhana pada 2018.

Ia turut menjangkakan pertumbuhan pinjaman sektor perbankan kekal mendatar pada 4.0-5.0 peratus bermula 2017 hingga 2020, dan kadar ringgit akan menyusut ke 4.20 berbanding dolar Amerika pada 2019 dan 2020.

CIMB bagaimanapun menjangka kadar dagangan ringgit akan pulih ke 4.05/USD pada 2018 berbanding 4.30/USD pada 2017.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, CIMB masih berpendapat pertumbuhan KDNK tahun ini masih memadai untuk menyokong pengembangan ekonomi.

“Kami menjangkakan pertumbuhan 5.2 peratus ini dipacu oleh (pengukuhan harga) komoditi, serta sektor pembuatan dan E&E.

“Sementara perbelanjaan modal persendirian dan penggunaan kapasiti yang lebih cekap akan menyokong pelaburan infrastruktur,” katanya.

CIMB merupakan antara institusi kewangan besar pertama yang meramalkan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan tahun ini.

Pada Rabu, Ambank menjangkakan pertumbuhan 5.5 peratus bagi KDNK negara untuk 2018.

Sementara itu, firma penyelidikan seperti MIDF Research lebih optimis dengan jangkaan prestasi pasaran negara pada 2018.

“Kami jangka aliran masuk pelaburan asing akan berterusan pada 2018, terutamanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 selesai kerana ia akan menambah kestabilan di dalam pasaran,” kata MIDF dalam laporannya pada Selasa.

Sentimen positif MIDF terhadap 2018 turut dikongsi beberapa pakar ekonomi yang ditemu bual Astro AWANI.

“Bursa Malaysia mungkin menyentuh paras 1,900 hingga 2,000 mata tahun ini,” kata Shan Saeed, Ketua Pakar Ekonomi IQI Global kepada Astro AWANI pada Selasa.

Shan menjangka momentum positif 2017 juga akan menolak naik harga minyak dunia kepada setinggi AS$87 setong dan pertumbuhan KDNK negara ke julat 4.8 ke 5.4 peratus.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata Bursa Malaysia juga dijangka mendapat manfaat daripada pergerakan positif ringgit tahun ini.

“Keuntungan tukaran asing akan memainkan peranan penting dalam menentukan pulangan bagi pelabur asing. Jadi hala tuju ringgit adalah faktor penting yang akan menentukan aliran masuk dana ke Bursa Malaysia tahun ini,” katanya.

Afzanizam menambah ringgit juga mempunyai potensi kenaikan yang tinggi tahun ini, memandangkan mata wang tempatan itu masih dinilai lebih rendah daripada sepatutnya.

“Dengan kadar tukaran sekitar RM4.03 or RM4.05 berbanding dolar Amerika kini, ringgit masih lagi jauh dengan purata jangka panjang sebanyak RM3.51/USD yang direkod dari Julai 2005 sehingga hujung 2017,” katanya.

Pada Khamis, ringgit ditutup pada 4.0075/USD, kadar tertinggi sejak 22 Mac 2016.

Manakala indeks FBM KLCI di Bursa Malaysia ditutup 10.66 mata lebih tinggi pada 1,803.45 mata.



Source link

read more

Sanggup diliwat demi dapatkan suara merdu



SEORANG dukun di Jakarta, Indonesia, ditahan polis setelah didakwa meliwat kira-kira 25 anak muda yang meminta bantuannya.

Kisah pelik Alias Babeh ini bermula selepas dia dikatakan mampu membekalkan minyak pengasih untuk memerdukan suara, yang menyebabkan ramai anak muda, khususnya lelaki, datang bertemu dengannya untuk meminta minyak pengasih itu.

Namun ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi, antaranya pemberian sejumlah wang. Mereka yang gagal menyediakan wang berkenaan, akan diberi pilihan sama ada mahu ‘disumpah sial selama 60 hari atau diliwat’.

“Mangsa akan diminta untuk membayar sejumlah wang. Jika gagal memberikan wang, suspek akan meliwat mangsa, tetapi jika mangsa masih enggan, suspek akan mengugut mangsa akan disumpah selama 60 hari.

“Kebanyakan mangsa masih muda, jadi apabila diugut, mereka takut,” kata jurucakap polis, M. Sabilul Alif.

Menurut laporan media tempatan, bukan sahaja diliwat, mereka yang terbabit juga akan disuruh menelan bola logam kecil, yang didakwa sebagai salah satu ritual wajib jika mahukan minyak pengasih itu berkesan.

Alias yang tinggal bersendirian kerana isterinya bekerja di luar bandar, dikatakan mereka cerita tentang minyak pengasih itu mempopularkan perkhidmatannya sebagai dukun kampung.



Source link

read more

AZMIN TAK JADI BERTANDING DI PEKAN??? ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Bacul sungguh Si Azmin Ali ni rupanya. Ingatkan dia Anak Jantan. Tapi rupanya dia seorang pemimpin yang Pengecut. Setakat bercakap je berapi – api kat atas pentas Politik.

Tapi hakikatnya, Buah Kerandut Si Azmin Ali ni dah kecut. Kalau sebelum ini, bukan main Sombong lagi Si Azmin Ali tu kata dia nak bertanding di Parlimen Pekan dalam PRU yang akan datang.

Kononnya Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, tindakan untuk bertanding dikawasan Parlimen Pekan itu merupakan langkah strategik bagi PKR yang akan menguntungkan parti.

“Kalau parti suruh saya pindah, dari segi strategi saya nak pindah Pekan,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Namun, sumber dalaman PKR mendedahkan, keputusan mesyuarat parti baru – baru ini menetapkan Si Menteri Besar Selangor tu untuk bertanding dikawasan Parlimen Shah Alam.

Selain darip nama Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Si Mak Lampir Zuraidah yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang itu dikatakan akan dipindahkan ke Parlimen Hulu Langat.

Sumber itu berkata, nama mereka dan dua kerusi Parlimen berkenaan telah dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Selangor di Shah Alam hari ini.

Sebagai rekod, kerusi Parlimen Hulu Langat dan Shah Alam sebelum ini telah dimenangi PAS dalam PRU ke-13 yang pada ketika itu masih lagi bersama dengan pakatan pembangkang. 

“PKR mungkin bertanding di kedua-dua kerusi itu namun ia masih dalam perbincangan dan memerlukan persetujuan semua rakan komponen PH,” demikian menurut sumber itu.

Desas desus mengenai perpindahan kerusi Parlimen dan DUN pemimpin PKR hangat menjadi bahan bualan serta menarik perhatian rakyat, terutama dikalangan ahli parti itu sendiri.

Dan sekiranya benar Si Azmin Ali tu akan bertanding di Shah Alam, bermakna khabar angin yang mengatakan bahawa Si Khalid Samad tu juga akan berpindah turut menjadi kenyataan.

Sebelum ini, penyandang kerusi Parlimen Shah Alam itu juga turut dikatakan akan berhijrah ke Johor kerana prestasinya sebagai wakil rakyat kurang disenangi serta sokongan terhadapnya semakin berkurangan sejak dia bertindak mengkhianati PAS!!!




Source link

read more

Rafizi makes U-turn over Rahman Dahlan’s ‘brother’


PUJI
MO,12/12/2017, PETALING JAYA: Rafizi Ramli  has made a reversal on his claims that an appointed contractor for Expo Negaraku was Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan’s brother.   The backtrack was reported on online news portal The Malaysian Insight on Monday (Dec 11) where the Pandan MP had admitted that he made a mistake.

Rafizi had earlier said that PICO Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd chief executive officer Raslan Dahlan was Abdul Rahman’s brother. Rafizi, when contacted, said: “Because they (Malaysian Insight) were there throughout the press conference.” Rafizi earlier gave a press conference claiming that a million-ringgit contract was awarded to an event management company without open tender.

He claimed he had proof that the CEO of the company, Raslan, was the Minister in the Prime Minister’s Department’s brother.  “Come tomorrow (to the press conference) and you can ask anything,” Rafizi said.   Attempts to contact Abdul Rahman were futile, although his press secretary said the Kota Belud MP will respond to Rafizi on Tuesday (Dec 12) morning.

Abdul Rahman had refuted claims made by Rafizi that he had appointed his brother as the contractor for Expo Negaraku. He also said that he would speak with his lawyer to discuss legal action against Rafizi. The expo is a month-long event which started on Nov 15. It is handled by the Economic Planning Unit under Abdul Rahman. The event showcases the nation’s achievements under Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

–TheStar



Source link

read more

Ekonomi Malaysia terus berkembang, asas kukuh


ekonomiMO, 4/1/2018, KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang tahun ini didorong asas ekonomi yang kukuh, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Zafrul berkata, walaupun pilihan raya umum akan berlangsung tahun ini, industri dijangka menerima impak yang minimum, dan ringgit diunjur mengukuh berbanding dolar US.

“Tidak ada impak ke atas kumpulan, namun dari segi ekonomi, ia mungkin bergantung kepada keputusan pilihan raya.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan peningkatan positif dari segi aliran masuk dana yang akan diterjemahkan kepada pengukuhan ringgit,” katanya pada taklimat media berhubung Hari Korporat CIMB ke-10 di sini, hari ini.

Zafrul berkata, ringgit dijangkakan mengukuh kepada 4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2018 berbanding 4.30 pada 2017.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina memandangkan Parlimen ke-13 Malaysia akan dibubarkan secara automatik pada 24 Jun tahun ini.

Zafrul juga berkata, sektor komoditi, elektrik dan elektronik serta perkilangan akan terus menyokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“KDNK dijangkakan berkembang pada kadar 5.2 peratus, dan beberapa industri utama akan memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi tempatan tahun ini,” katanya.

Industri utama yang dijangkakan cergas tahun ini termasuklah e-dagang, perbankan dan insurans serta infrastruktur, katanya.

Zafrul berkata pasaran bon Malaysia diunjur terus berdaya tahan, dan ekonomi serantau akan terus berkembang tahun ini. – BERNAMA



Source link

read more

‘Mass desertion’ of cars in Germany actually traffic jam in China – Nation


PETALING JAYA: A viral message with a picture purportedly showing a mass abandonment of cars in Germany in protest of a fuel price hike is in fact a huge traffic jam in China which happened two years ago.

The message which has been circulating on social media spins a story of angry German citizens abandoning their cars in protest after their government supposedly raised fuel prices.

“In just one hour of time people abandoned their cars on the streets and avenues and walked home.

“Over a million abandoned cars. They had to lower the price,” read the message.

However, the image accompanying the message was not shot anywhere near Germany but in fact was taken in China.

According to the online portal of British newspaper The Telegraph, the bumper-to-bumper gridlock captured in the picture took place on the G4 Beijing-Hong Kong-Macau Expressway during the week-long National Day holiday in 2015.

The traffic jam was reportedly caused by a new toll station checkpoint, which cut down the lanes on the highway from 50 to 20, as well as foggy weather.

 



Source link

read more

MAHFUZ TEWAS KEPADA KEGAGALANNYA SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Kini hidup Si Mahfuz Bean tu bergelut dengan kata hati dan terpaksa melayan gejolak batinnya sendiri. Apakah tindakannya meninggalkan jemaah PAS melanggar sumpah atau tidak?

Adakah sumpah bai’ah yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum sebelum ini berkuatkuasa jika Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar keluar parti dan menyertai parti lain semata – mata?

ATAU, adakah tindakan dia meninggalkan PAS sahaja sudah cukup untuk dirumuskan sebagai satu bentuk Pengkhianatan terhadap parti dan juga lafaz sumpah bai’ah yang telah dibuat?

Namun hakikatnya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu telah melanggar janjinya kepada Allah bahawa apabila terpilih sebagai wakil rakyat PAS, dia tidak akan meninggalkan jemaah parti tersebut.

Persoalan ini ditimbulkan oleh Mursyidul Am PAS, Ustaz Hashim Jasin sebagai mengulas tindakan yang dilakukan oleh Mahfuz Bean sewaktu dia meninggalkan parti itu baru – baru ini.

Walaubagaimana pun, Mursyidul Am PAS itu mendakwa, tindakan yang diambil oleh Si Mahfuz Bean itu dianggap lansung tidak memberikan sebarang kesan kepada kepimpinan PAS.

Sebaliknya, Si Mahfuz Bean itu sendiri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Pengkhianatan yang telah mengkhianati lafaz sumpah dan janji yang dibuat dengan Allah S.W.T.

Bahkan, tindakan itu katanya mungkin menyebabkan segala pendapatan Mahfuz sebagai wakil rakyat dikhuatiri menjadi haram selain mungkin dilaknat Allah kerana melanggar bai’ah.

“Di dalam Islam wajib kita taat pada bai’ah yang dilafazkan sebab itu janji seseorang itu dengan Allah. Apa sekalipun kita tidak halang, terpulang kepada beliau (Mahfuz) kerana itu tanggungjawabnya dengan Allah,” katanya.

Ahad lalu, Mahfuz mengumumkan keluar PAS berkuatkuasa jam 11.59 malam dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas sehingga pengumuman Pilihan Raya Umum Ke-14 dibuat.

Mahfuz mendakwa, dia telah menghantar e-mel pemberhentiannya kepada Setiausaha Agung PAS dengan alasan “Gagal menjadi ‘penghubung’ di antara gabungan pembangkang dan PAS”.

Bagi sesetengah pihak, alasan yang diberikan oleh Si Mahfuz Bean itu merujuk kepada kegagalan dirinya sendiri. Dia kecewa kerana dirinya sendiri tidak mempunyai kemampuan sedemikian.

Maka, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean itu merupakan manifestasi terhadap kelemahan dirinya sendiri, bukannya kegagalan parti. Dalam erti kata mudahnya, Si Mahfuz Bean tu sendiri perlu sedar bahawa dia tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pemimpin!!!




Source link

read more

TIMUR TENGAH: KEMELUT DI ANTARA KEKACAUAN DAN KEMEWAHAN


trump timur tengah(1)MO, 12/12/2017 – Tindakan terkini Trump mengisyiharkan kota suci Baitulmuqadis sebagai ibukota Israel merupakan satu tindakan untuk populariti beliau sendiri. Hakikatnya yang kita dapat lihat sehingga hari ini Trump tiada perasaan atau naluri diplomasi atau politik sebagai seorang Presiden Amerika Syarikat.

Berlatarbelakang sebagai ahli perniagaan yang agresif sebagaimana yang ditayangkan di dalam siri Apperentice, jelas apa yang dilakukan selama menjadi Presiden Amerika Syarikat ini adalah untuk menunjukkan pencapaian diri sendiri sahaja, beliau boleh membuat apa yang beliau fikirkan, beliau boleh mengubah apa yang beliau rasakan, beliau boleh mengubah peta dunia dengan satu tinta tandatangan dan beliau boleh mencetuskan konflik di mana-mana di dunia ini dengan satu perkataan sahaja.

Beliau tidak kisah untuk tidak popular di kalangan ahli politik di Amerika Syarikat kerana beliau bukannya ahli kongres atau senator, beliau juga bukan ahli politik tegar, beliau cuma menawarkan diri untuk bertanding di dalam pilihanraya presiden dan menang dengan mengalahkan veteran ahli politik dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton. Seharusnya ini merupakan tamparan yang hebat kepada semua ahli politik, ahli senator atau kongres di Amerika Syarikat kerana seorang ahli perniagaan sepenuh masa menjadi Presiden mereka.

Oleh itu beliau tidak kisah pun jika tidak popular dan sememangnya tidak popular pun di Amerika Syarikat di kalangan ahli politik tetapi sudah nasib kerana rakyat Amerika Syarikat yang mahukan seorang yang berlainan.

Dan apa yang dilakukan oleh Trump hari ini, terutamanya di Timur Tengah ialah untuk menghangatkan lagi suasana kerana dunia di Timur Tengah buat masa kini seperti lingkaran api yang membakar di sana sini. Dunia Arab khususnya buat masa kini terlalu bermasalah dengan pelbagai faktor yang kelihatan mungkin tiada penawar yang mujarab.

Dan disebabkan penyakit yang semakin tenat tersebut, seorang yang berperang dengan pelbagai jenis penyakit akhirnya kelihatan seperti pesakit yang terlatar di atas katil. Terpulanglah kepada mana-mana ‘doktor’ untuk memberikan apa-apa ubat atau membiarkan sahaja untuk menunggu waktu.

Israel sudah cukup maklum dengan apa yang berlaku di Timur Tengah dan satu demi satu kejayaan dicapai oleh regim zionis ini untuk memastikan kelangsungan negara tersebut dari sebarang ancaman. Kini ancaman ke atas regim tersebut boleh dikatakan hampir tiada kerana mereka sibuk bercakaran satu sama lain.

Trump pula melihat proses ke arah perdamaian sudah lama berjalan tetapi tidak memberi apa-apa kesannya kepada kestabilan di Timur Tengah secara amnya. Beliau tidak mahu meneruskan dasar oleh para presiden Amerika Syarikat yang terdahulu kerana berpendapat mesti berbuat sesuatu untuk mengubah dasar lama Amerika Syarikat tersebut. Pengiktirafan kota suci Baitulmuqadis itu merupakan tamparan kepada dunia Timur Tengah dan sekali lagi sempadan geo-politik yang digariskan oleh Sykes-Picot di tahun 1916 diperkukuhkan.

Ironinya Turki yang bersedia untuk memanggil sidang tergempar untuk membincangkan isu kota suci Baitulmuqadis ini. Kita boleh tunggu dan lihat sama ada komuniti di Timur Tengah boleh mencapai kata sepakat untuk merancang tindakan bersama. Umum mengetahui, jurang perpecahan yang berlaku di sana sudah terlalu luas. Hanya komuniti di luar Timur Tengah yang bersedia meletakkan diri di barisan hadapan untuk membincangkan perkara ini dengan harapan isu di Palestin ini mencapai jalan perdamaian dan keamanan yang saksama. Seolah-olah perkara yang terjadi di sana terlalu dekat dengan hati masyarakat di luar Timur Tengah, sedangkan mereka itu bergelut di antara kekacauan dan kemewahan.

 

 



Source link

read more

Ringgit slips against US dollar:Jan 4


duit

MO,4/1/2018, KUALA LUMPUR: The ringgit opened lower against the US dollar today due largely to subdued global oil prices. At 9am, the local unit stood at 4.0210/0240 against the greenback, from 4.0130/0180 at the close yesterday.

The benchmark Brent crude traded at US$67.83 a barrel, down 0.01 per cent. Meanwhile, the ringgit was traded mostly higher against a basket of other major currencies.

It depreciated against the Singapore dollar to 3.0208/0251 from 3.0191/0240 on Wednesday, and rose against the yen to 3.5676/5712 from 3.5735/5782 previously.

The ringgit increased against the euro to 4.8288/8336 from 4.8304/8373 yesterday, and was higher against the British pound at 5.4344/4388 from 5.4513/4593 previously. — Bernama



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons