KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif menyebabkan kulit mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman.

Atas alasan ini juga, ibu bapa diminta berhati-hati ketika mengenakan produk kosmetik kepada anak-anak mereka, kata doktor perubatan estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar.

Beliau menegaskan produk kosmetik untuk orang dewasa sebenarnya tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan alahan.

“Apabila kulit itu terlalu sensitif dan terdedah dengan bahan-bahan kimia seperti logam berat, ia memberikan risiko tinggi dan komplikasi seperti radang kulit, kulit membengkak mahupun jangkitan berbanding oprang dewasa.

“Tambahan pula, daya imunisasi tubuh orang dewasa lebih tinggi berbanding kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, ibu bapa perlu mengambil tahu kandungan yang terdapat di dalam produk kosmetik bagi mengelak kesan sampingan terhadap anak mereka.

“Alat solek perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan atau Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat atau setaraf dengannya.

“Kalau ada sijil kelulusan badan-badan ini, ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko terhadap kanak-kanak,” ujarnya.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: