WhatsApp_Image_2018-01-05_at_10.39.25_AM.jpeg.transformedMO, 5/1/2018, KUALA LUMPUR – Puluhan wakil media tempatan dan antarabangsa berkumpul di hadapan Menara 238, Jalan Tun Razak, di sini, bagi menunggu kehadiran bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

Isa yang juga adalah Pengerusi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini dijadualkan hadir pada jam 10 pagi hari ini, untuk membantu siasatan kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, berjumlah lebih RM250 juta.

Dia dijangka akan memberikan keterangan kepada pasukan penyiasat terdiri dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, di sini.

Sehingga jam 10.25 pagi, kelibat Isa masih belum kelihatan meskipun pihak polis dan media sudah menanti kehadirannya seawal jam 8 pagi.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: