WAN AZIZAH TERPAKSA TUNJUK SETIA PADA MAHATHIR??? ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Memang lawak betul tindakan Presiden PKR ni. Nampak sangat yang dia sedang bermain wayang hanya semata – mata untuk menunjukkan yang dia setia kepada Tun Mahathir.

Padahal, Si Wan Azizah tu hanya sekadar nak menunjukkan yang dia masih mempunyai suara didalam Pakatan dan membuktikan bahawa PKR sudah benar – benar putus hubungan dengan PAS.

Tapi, dek kerana nama dia sebelum ini dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Pakatan Haprak, maka terpaksa la Si Tunggul Kayu tu bermain wayang Politik yang bertaraf Longkang.

Presiden PKR itu kini dilihat mula mengambil pendekatan menyerang PAS secara terbuka, bagi membuktikan kesetiaannya kepada Tun Mahathir yang selama ini kuat menghentam PAS secara agresif mutakhir ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, serangan demi serangan dari puak Pakatan Haprak terhadap PAS itu seolah – olah dibuat secara terancang.

“Sejak putus hubungan PAS dengan PKR dan DAP, makin kalut kelihatan bacaan politik mereka sedang PAS terus tegap belayar ke hadapan sebagai alternatif terbaik buat rakyat.

“Berkali PAS telah nyatakan akan melangkah masuk PRU 14 bersedia menghadapi BN dan PH dalam pertandingan pelbagai penjuru.

“Ini bermakna calon PH pun PAS tolak begitu juga calon BN. Mungkin Kak Wan masih asyik dan melayan rekod buruk yang diulang-ulang orang-orang PAN,” katanya.

Namun bagi sesetengah pihak, tindakan Si Wan Azizah tu bukan sesuatu yang menghairankan. Apa yang dia buat hanya demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri.

Kalau dia tak tunjuk yang parti dia menyerang PAS, nanti puak Pakatan Haprak tu akan mendakwa PKR cuba bermain ‘Kayu Tiga’ walaupun pada hakikatnya memang itu yang sedang dilakukan mereka pada ketika ini. Takkan itu pun orang tak nampak!!!




Source link

read more

Jan 5: Ringgit continues surge against US dollar


DUIT

MO,5/1/2018, KUALA LUMPUR: The ringgit opened higher against the US dollar today in tandem with a rise in global oil prices. At 9am, the ringgit stood at 4.0000/0030 against the greenback, from 4.0050/0080 at the close yesterday.

The benchmark Brent crude was traded at US$68.10 a barrel, up 0.04 per cent; while West Texas Intermediate crude oil was at US$62.03 per barrel, up 0.03 per cent, at the market opening. Meanwhile, the ringgit was traded mostly higher against a basket of other major currencies.

It depreciated against the Singapore dollar to 3.0141/0184 from 3.0129/0156 on Wednesday, and rose against the yen to 3.5470/5506 from 3.5584/5614 previously.

The ringgit increased against the euro to 4.8296/8344 from 4.8228/8280 yesterday, and was higher against the British pound at 5.4240/4289 from 5.4240/4296 previously. — BERNAMA



Source link

read more

Malaysia Airports rekod 96.5 juta penumpang pada 2017


KUALA LUMPUR: Angka awal jumlah trafik di lapangan terbang kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Malaysia bagi 2017 melepasi unjuran pada 96.5 juta penumpang, peningkatan 8.5 peratus berbanding 2016.

“Pertumbuhan itu disokong terutama sektor antarabangsa pada purata pertumbuhan 8.5 peratus berbanding sektor domestik sebanyak 6.5 peratus,” kata Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali dalam satu kenyataan.

“Bagi 2018, kami akan memperkasa inisiatif dalam pembangunan sambungan laluan udara di KLIA dan lapangan terbang serantau kami.

“Langkah ini akan menjadi pemacu utama menarik kedatangan lebih banyak penerbangan ke lapangan terbang kami,” katanya sambil menambah MAHB bakal melabur dalam automasi bagi mengoptimumkan kapasiti lapangan terbang.

Badlisham berkata, Pendigitalan dan Analisis Big Data (BDA) bakal menjadi pemangkin utama 2018 di mana syarikat itu akan mampu merekodkan data mendalam dan maklumat berkaitan fungsi lapangan terbang serta profil pelanggan.

“Data itu bagi membolehkan penyediaan pandangan lebih mendalam bagi mengukur prestasi lapangan terbang secara tepat.”

Badlisham berkata berdasarkan semua inisiatif yang dilaksanakan di bawah pelan strategik Runway to Success (RtS2020), ia bakal meletakkan Malaysia sebagai hab penerbangan digemari ASEAN.

Di peringkat antarabangsa pula, MAHB akan memberi tumpuan kepada pembinaan landasan kedua di Lapangan Antarabangsa Sabiha Gokcen Turki.



Source link

read more

Film Favorit buah tangan terbaharu Sheila on 7



KUALA LUMPUR: Bagi mengubati kerinduan peminat, kumpulan muzik popular Indonesia, Sheila On 7 akan mengeluarkan single terbaharu bertajuk ‘Film Favorit’ pada hujung bulan ini.

Pemain gitar kumpulan itu, Eross Chandra berkata lagu tersebut merupakan hadiah kepada peminat yang terus setia menyokong mereka sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni.

“Menerusi lirik Film Favorit, kami ingin menyampaikan mesej positif kepada para pendengar khususnya anak muda agar terus yakin dan tidak mudah putus asa untuk mencapai impian mereka.

“Tiada perancangan untuk mengeluarkan album dalam masa terdekat namun kami bercadang untuk mengeluarkan tiga atau empat single dalam tahun ini,” katanya pada sidang media sempena konsert ‘Sheila On 7 Live in Kuala Lumpur 2018’ yang turut dihadiri pemain bes kumpulan itu, Adam Subarkah di sini hari ini.

Eross berkata single terbaharu itu juga bakal didendangkan kepada peminat di Malaysia buat pertama kali pada konsert tersebut yang bakal berlangsung pada 10 Feb ini, di StarXpo Centre KWC Fashion Mall.

Katanya, persembahan yang berlangsung selama dua jam itu akan dihangatkan dengan 20 lagu popular mereka yang masih lagi di peringkat pemilihan.

Selain Eross dan Adam, Sheila On 7 yang ditubuhkan pada 1996 turut dianggotai Akhiyat Duta Modjo sebagai vokalis dan Brian Kresno Putro sebagai pemain dram.

Kumpulan yang popular dengan lagu Sephia, Berhenti Berharap dan Melompat Lebih Tinggi itu telah melahirkan lapan buah album bermula pada 1999 sehingga 2014. — Bernama



Source link

read more

Pegawai polis Thai dikenakan tindakan gara-gara terlalu mesra dengan suspek



BANGKOK: Ketua polis daerah Kannayao dan dua penyiasat kanan di Nakhon Si Thammarat telah dikenakan tindakan kerana dilaporkan terlalu mesra dengan penyanyi rock tempatan, Sek Loso, yang berdepan dakwaan memiliki senjata api tanpa lesen dan salah guna dadah.

Portal berita Bangkok Post melaporkan, mereka telah diarahkan untuk berpindah tempat kerja gara-gara mengambil gambar dengan selebriti tersebut dalam bilik soal siasat selepas Sek didakwa mengingkari arahan polis di kediamannya do Bang Khen, Bangkok.

Ketua polis Kannayao itu, Sing Singhadej, dikritik hebat selepas sekeping gambar tular menunjukkan dirinya bersama penyanyi rock tersebut serta dua penyiasat lain, sambil memberi isyarat ‘bagus’ dengan jari.

Sebuah panel siasatan telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Sek atau nama sebenarnya Seksan Sookpimay, 43, telah dibawa ke balai polis Kannayao pada Ahad lalu dan didakwa kerana melawan ketika dirinya hendak ditahan dan rumahnya hendak digeledah.

Sek telah melepaskan tembakan ke udara dan ke tanah di hadapan patung tugu Raja Taksin di pekarangan sebuah tokong popular di daerah Phrommakhiri, Nakhon Si Thammarat pada 29 Disember lalu.

Polis juga mendakwanya dengan pemilikan senjata api tanpa lesen selain kesalahan melepaskan tembakan di tempat umum.

Selain itu, Sek juga berdepan dakwaan salah guna dadah apabila ujian air kencingnya positif.

Ketua Polis Thailand Chakthip Chaijinda pada 22 Jun lalu mengeluarkan arahan yang melarang pegawai dan anggotanya dripada bergambar dengan suspek, atau berkelakuan seolah-olah mereka ada kaitan rapat dengan suspek.

Menurut Chakthip, tindakan itu hanya akan mengikis kepercayaan umum ke atas pasukan polis.



Source link

read more

RAFIZI SANGGUP BAYAR DEMI FITNAH TABUNG HAJI??? ~ SEMUT HITAM


Mahkamah Majistret hari ini diberitahu laman web www.rafiziramli.com yang tertera sebagai pautan di artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji pada laman Facebook Rafizi Ramli dibina untuk kegunaan peribadi dan kerajaan Selangor.

Pereka Grafik Maxis Broadband Sdn Bhd, Ahmad Nurfaiz Ahmad Foat, 28, yang membina laman web itu berkata dia menerima e-mel daripada Rafizi yang memintanya membina laman web itu pada Ogos 2010.

Ahmad Nurfaiz berkata dia ketika itu berada di semester kedua peringkat diploma jurusan kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara, Arau, Perlis dan membuat kerja separuh masa membina laman web.

“Pada Ogos 2010, saudara Rafizi telah menghubungi saya melalui e-mel untuk mendapatkan khidmat mendaftarkan ‘domain’ dan ‘hosting’ untuk laman webnya. Beliau berkata laman web itu adalah untuk kegunaan peribadi dan kerajaan Selangor.

“Pada ketika itu, saya sebagai pelajar memang ada buat kerja sampingan untuk khidmat bina laman web. Saya anggap kerja untuk dapatkan upah, jadi saya terima,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nadia Zulkefli pada hari pertama perbicaraan kes Rafizi yang didakwa menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji di akaun Facebook miliknya pada 2016.

Ahmad Nurfaiz dipanggil sebagai saksi pendakwaan setelah hasil siasatan Ketua Jabatan Pengawasan Rangkaian SKMM, Hairul Anuar Mat Nor yang merupakan saksi pendakwaan pertama mendapati nombor telefon Ahmad Nurfaiz tertera sebagai pendaftar laman web www.rafiziramli.com.

Kepada soalan Nadia bagaimana Ahmad Nurfaiz mengetahui individu yang menghantar e-mel untuk membina laman web itu adalah Rafizi, saksi kedua itu berkata Rafizi ada memperkenalkan dirinya di dalam e-mel itu selain menggunakan alamat e-mel tertera namanya [email protected]

Ahmad Nurfaiz berkata setelah bersetuju untuk membina laman web tersebut, Rafizi telah memberikan butiran termasuk namanya, alamat di Plaza Perangsang di Shah Alam dan alamat e-mel [email protected]

Namun bagi nombor telefon untuk dihubungi, saksi itu berkata beliau meletakkan nombor telefonnya kerana beliau adalah pembina laman web itu dan nombornya diperlukan sekiranya berlaku serangan terhadap laman web atau kes jenayah siber.

Ketika ditanya Nadia bilakah Ahmad Nurfaiz menyerahkan “domain” dan “hosting” yang siap kepada Rafizi, beliau berkata ia diserahkan kira-kira 2 minggu selepas menerima e-mel daripada Rafizi.

Mengenai sejauh manakah penglibatannya dalam laman web itu, Ahmad Nurfaiz berkata beliau hanya terlibat membina “domain” dan “hosting” dan selepas menyerahkan kepada Rafizi beliau tidak lagi terlibat dengan apa-apa kerja atau mengendalikan sebarang aktiviti di laman web itu.




Source link

read more

Najib Tegaskan Hutang Kerajaan Persekutuan Bukan Di Paras Bahaya


COLOMBO, 19 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sidang media selepas berakhirnya lawatan rasmi pertama beliau ke Sri Lanka selama tiga hari berakhir hari ini, bagi meraikan hubungan diplomatik 60 tahun antara kedua-dua negara. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 5/1/2018, KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menegaskan kekeliruan dan fitnah berkenaan hutang Kerajaan Persekutuan berada di paras berbahaya, adalah tidak benar.

Melalui laman blognya, Perdana Menteri menyatakan pada akhir Jun 2017, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), angka yang masih di bawah paras had yang ditetapkan Kerajaan iaitu 55 peratus daripada KDNK.

“Ini menunjukkan hutang Kerajaan masih kekal terurus, malah semakin berkurang 53.2 peratus pada akhir Jun 2016. Ini merupakan pencapaian yang patut kita banggakan.

“Bukan itu sahaja, nisbah hutang Kerajaan berbanding KDNK Malaysia adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Singapura pada paras 112 peratus, United Kingdom pada 89.3 peratus, Kanada pada paras 92.3 peratus dan banyak lagi contoh-contoh yang lain,” katanya.

Najib turut menyangkal pertuduhan bahawa Kerajaan bakal muflis hanya berdasarkan hutang Kerajaan Persekutuan sedangkan badan ekonomi antarabangsa seperti Bank Dunia, menaikkan unjuran KDNK daripada 4.9 peratus kepada 5.2 peratus bagi 2017.

Malah, menurut Perdana Menteri tidak masuk akal untuk mengatakan negara akan muflis apabila banyak negara luar mahu melabur dan merangka perjanjian perdagangan dengan Malaysia.

Meskipun Kerajaan hari ini menghadapi cabaran fitnah pembangkang yang mengharapkan ekonomi Malaysia ranap semata-mata untuk mendapat kuasa, Kerajaan hari ini akan sentiasa mencari jalan mengukuhkan ekonomi negara bagi menaikkan nama negara setaraf dengan kuasa besar ekonomi dunia yang lain, tegas Najib.

— BERNAMA



Source link

read more

Rizab BNM AS102.4 bilion pada akhir 2017


KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$102.4 bilion pada 29 Dis 2017 berbanding dengan AS$94.5 bilion pada akhir 2016, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan.

“Paras rizab pada 29 Dis 2017 telah mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab disokong oleh lebihan akaun semasa yang lebih besar dan aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan.

“Bagaimanapun, ini sebahagiannya telah diimbangi oleh pelaburan langsung daripada syarikat Malaysia dan pelaburan portfolio pelabur institusi pemastautin di luar negeri,” kata bank pusat.

Tambah BNM, rizab antarabangsa itu mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa serta memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.



Source link

read more

Adam Alif nama anak kembar Zizie Izette



PELAKON Datin Seri Zizie Izette dan suaminya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin memilih nama Adam dan Alif untuk bayi kembar mereka.

“Buat masa sekarang, kami memilih nama pertama dulu. Nanti, ada nama tengah mereka yang akan dipilih oleh Zizie.

“Minggu depan kami akan daftarkan dan buatkan MyKid mereka,” kata Bung Moktar ketika dihubungi oleh Harian Metro di Kinabatangan.

Bayi kembar itu dilahirkan pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 39, selamat mendirikan rumah tangga dengan Bung Mokhtar pada Disember 2009.

Sebelum ini, pasangan itu mempunyai dua orang anak angkat, Naila Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.

Sumber: Harian Metro



Source link

read more

Pemilik restoran bayar lebih RM1.2 juta untuk seekor tuna



TOKYO: Seekor ikan tuna sirip biru telah dibeli pada harga lebih AS$300,000 pada sesi lelongan awal tahun di pasar ikan Tsukiji, sebuah pasar ikan terkemuka di Tokyo, Jepun.

Hiroshi Onodera, presiden LEOC Co. Ltd yang memiliki rangkaian restoran ‘Ginza Onodera’, telah membayar 36.45 juta yen atau AS$323,195 (RM1,292,659) untuk tuna sirip biru premium seberat 405 kilogram itu.

Harga itu dikatakan hanya separuh daripada harga bidaan yang menang tahun lepas iaitu 72 juta yen (RM2,542,591) tetapi jauh di bawah rekod 155 juta yen (RM5,473,733) yang dibayar pada tahun 2013.

“Saya telah cuba menang lelongan ini sejak tahun lepas, jadi saya sangat gembira,” kata Onodera.

Selain di Jepun, beliau juga mempunyai rangkaian restoran di New York dan Singapura.

Tuna dikatakan sangat berharga kerana kegunaannya untuk sushi, namun ramai pakar telah memberi amaran tentang kedudukan spesis itu yang semakin terancam disebabkan permintaannya yang tinggi.

“Harga tinggi yang dibayar untuk ikan-ikan tuna sirip biru pasifik ini tidak boleh mengalihkan pandangan kita terhadap haiwan itu yang kian terancam. Hampir 97 peratus daripadanya telah pupus akibat penangkapan ikan yang berlebihan,” kata Jamie Gibbon, seorang pakar tuna sirip biru pasifik dari Pew Charitable Trusts.

“Jika orang ramai terus melakukan penangkapan ikan secara berlebihan, maka kelangsungan spesis akan terancam.”



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons