PAKATAN TANGGUH PENCALONAN PM!!! ~ SEMUT HITAM


Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menangguhkan penetapan calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya diselesaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH semalam, kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, bekas pemimpin pembangkang yang dipenjarakan itu mahu PH mendapatkan maklum balas daripada kumpulan masyarakat dan aktivis sivil mengenai calon mereka sebelum membuat pengumuman.

Bagaimanapun, majoriti pimpinan dalam mesyuarat itu menegaskan keputusan dan pengumuman calon PM akan dibuat tidak lama lagi, kata sumber.

Satu lagi syarat sebelum menamakan calon PM ialah gabungan parti pembangkang itu perlu menyelesaikan semua isu berkaitan rundingan kerusi.

PH kini mempunyai 48 jam untuk menyelesaikan rundingan kerusi sebelum konvensyen PH pada Ahad di mana calon akan diumumkan.

Majlis Presiden, yang terdiri daripada pimpinan tertinggi DAPigs, PKR, PAN dan PPBM, memberitahu media semalam yang calon PM akan diumumkan hujung minggu ini di Shah Alam.

Kesemua syarat ini dinyatakan oleh Anwar menerusi surat yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika majlis itu memulakan mesyuaratnya semalam.

“Dalam surat itu Anwar berkata, walaupun PH bertunjangkan empat parti, tetapi kekuatannya adalah suara rakyat terbanyak.

“Menurut Anwar, PH perlu mengekalkan tradisi berunding dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat sebelum menamakan calon perdana menteri,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak dinamakan.

Tidak sampai 30 minit Majlis Presiden PH memulakan mesyuaratnya semalam, PKR mengirimkan kepada media satu kenyataan daripada Anwar yang mengandungi mesej sama dengan kandungan surat yang dibawa Azmin itu. Kenyataan media itu dikirimkan melalui emel pada pukul 5.25 petang.

Tidak berapa lama selepas itu, Azmin dilihat meninggalkan mesyuarat Majlis Presiden PH lebih awal.

Menurut sumber itu lagi, Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad pada awalnya mahu berundur daripada mesyuarat kerana tidak mahu terlibat dalam perbincangan yang akan tertumpu kepada dirinya sebagai calon perdana menteri.

“Tetapi majoriti yang ada dalam mesyuarat mahu Dr Mahathir kekal berada dalam mesyuarat agar beliau dapat mendengar sendiri apa yang dibincangkan.

“Yang jelas dalam mesyuarat tiga parti iaitu Bersatu, Amanah dan DAP mahu calon perdana menteri Dr Mahathir dan calon timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan secepat mungkin, cuma PKR yang masih mahu ia ditangguhkan,” kata sumber itu lagi.

Selepas tiga jam bermesyuarat semalam, Dr Mahathir berkata calon perdana menteri hanya akan diumumkan semasa Konvensyen Kedua PH yang akan diadakan pada Ahad.

Pada sidang media yang dihadiri wartawan tempatan dan antarabangsa itu, pemimpin kanan PKR tidak bersama Dr Mahathir kecuali naib presidennya Xavier Jeyakumar.

Walaupun diasak berkali-kali tentang calon perdana menteri dan pembahagian kerusi PH, Dr Mahathir tetap mengatakan perkara tersebut hanya akan diumumkan semasa konvensyen.

Tetapi Dr Mahathir bertegas calon perdana menteri perlu diumumkan PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam pemukiman yang diadakan PH akhir tahun lalu, Dr Mahathir dan Presiden PKR Dr Wan Azizah dicadangkan sebagai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya berjaya menang PRU14.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak dapat diumumkan kerana PKR masih mahu membincangkan perkara itu pada peringkat parti, walaupun Bersatu, DAP dan Amanah menyokong tanpa bantahan.




Source link

read more

Firm loses over RM4mil in e-mail scam


scam

MO,5/1/2017, JOHOR BARU: Several suspects have been arrested after an international commodity futures company was cheated of more than RM4mil in an elaborate e-mail scam. It is learnt that the money was meant as payment for an insurance company based in Malaysia.

The Thailand-based futures company was due to remit the money when it received an e-mail that appeared to be sent by the insurance firm, saying that its bank account had been changed. Sources said the e-mail appeared genuine, so the money was wired to the new account.

The fraud was only detected when the insurance company started asking its client when the payment would be made. A police report was lodged and a team from the Johor Baru South Commercial Crime Investigation Unit subsequently arrested several people, including a Nigerian, in a series of raids here and in Selangor.

After initial investigations, police first arrested the account holder in Johor Baru. The man, in his 50s, led them to some of the money and also surrendered ATM cards that were used to make the withdrawals.

A follow-up raid at a hotel in the city led to the arrest of several people, including a woman. Police then tracked down the Nigerian and nabbed him in Puchong. Sources said the case has been classified under Section 420 of the Penal Code for cheating.

Johor Baru South OCPD Asst Comm Shahuri­nain Jais confirmed the report but declined to reveal details, saying that investigations were still ongoing. As of press time, it is still unclear how the suspects managed to get hold of the e-mails and details of the pending transaction between the two companies.

ACP Shahurinain cautioned those doing business via the Internet to always be careful to avoid being cheated. He appealed to anyone with information on the case to contact the police hotline at 07-221 2999.

–TheStar



Source link

read more

Lelaki ini tiada masalah berbogel sambil menunggang motosikal


TELUK INTAN: Seorang lelaki berbangsa Cina menarik perhatian orang ramai di Teluk Intan, Perak apabila menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Lelaki berkenaan dirakamkan menunggang di sekitar bandar berkenaan sekitar jam 2 petang tadi.

Menurut laporan Sin Chew Daily, lelaki itu berada dalam keadaan keliru dan disyaki di bawah pengaruh dadah.

Lelaki berkenaan dilaporkan berlegar di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Maharajalela.

“Ada beberapa saksi melaporkan dia menunggu di hadapan lampu isyarat dengan tenang. Dia kelihatan seperti tidak sedar bahawa dia sedang berbogel,” kata laporan itu.



Source link

read more

Malaysia negara contoh terbaik tangani ekstremisme


PUTRAJAYA 17 NOVEMBER 2017. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. NSTP/ROSELA ISMAIL

MO, 5/1/2018, PUTRAJAYA – Malaysia yang menjadi pelopor kepada konsep Wasatiyyah wajar menjadi contoh terbaik dalam menangani keganasan dan ekstremisme secara holistik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, konsep Wasatiyyah diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil pendekatan keadilan dan keseimbangan dalam memacu keamanan berjaya menyatukan rakyat yang berbeza agama, etnik dan bangsa.

“Dalam menangani keganasan, tidak boleh hanya guna kekerasan, maka perlulah seimbang iaitu daripada segi pelbagai perkara antaranya soal pendidikan dan ekonomi.

“Dalam soal ini, kita dapati Malaysia lebih ke hadapan berbanding negara lain yang mana ada rakyatnya menghadapi pelbagai masalah termasuk kemiskinan dan tidak mendapat peluang pendidikan yang sekali gus menjerumuskan mereka ke kancah ekstremisme,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam Sebagai Alat Kesederhanaan dan Keselamatan: Pendekatan Malaysia’ pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, kejayaan Malaysia dalam membanteras keganasan wajar dipromosikan agar menjadi contoh kepada negara lain sekiranya masyarakat dunia mahu dakyah itu benar-benar ditangani.

“Perkara ini yang perlu dibanggakan rakyat Malaysia kerana kita mempunyai kekuatan tersendiri dalam memelihara keamanan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menempelak dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan ekstremisme dengan Islam.

Katanya, penyebaran ekstremisme tidak mengenal agama tertentu kerana terdapat negara bukan Islam juga berhadapan dengan masalah keganasan dan gerakan radikal.

“Oleh itu di Malaysia, kita melihat konsep ekstremisme dengan lebih luas dengan tidak merelakan dakyah itu menunjangi budaya kita.

“Maka sebab itu, wasatiyyah yang berteraskan kefahaman perlu dipraktikkan ke arah menjadi generasi seimbang bagi mendedahkan bahawa agama tidak perlu dilihat mengikut perspektif tertentu,” katanya.



Source link

read more

Kejam Gadis 16 tahun dikurung dibotakkan sebelum dirogol


EMPAT individu telah dituduh merogol dan menyerang seorang gadis remaja berusia 16 tahun dengan kejam di Massachusetts, Amerika Syarikat.

Polis berkata, mangsa telah dikurung dalam sebuah bilik bawah tanah, sementara rambutnya dicukur dan tubuhnya dicucuh dengan puntung rokok dan dicederakan dengan parang.

Menurut polis, mereka yang tertuduh merupakan pasangan adik beradik Krystal Lugo, 23 tahun dan adiknya Christopher Lugo, 19 tahun.

Turut terlibat adalah teman lelaki Krystal iaitu Yariel Torrest-Abee, 22 tahun, dan Yuleny Ortiz, 19 tahun.

Mereka didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk menculik dan menyerang.

Memetik laporan Daily Mail, gadis berkenaan menjadi sasaran selepas dia mendapat tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan di sebuah rumah.

Suspek berkenaan tidak membenarkan remaja tersebut untuk meninggalkan rumah berkenaajn dan mengikatnya ke kerusi untuk ‘disoal siasat’.

Dua daripada suspek turut menyerang remaja berkenaan secara seksual.

Menurut polis lagi, mangsa telah diculik sejak Krismas dan berjaya ditemui polis di ruang bawah tanah itu pada 27 Disember lalu.



Source link

read more

Kes penipuan kolej swasta, lapor terus kepada KPT


BB250717SZ001.jpg.transformedMO, 5/1/2018, KUALA LUMPUR – Pelajar yang teraniaya dalam isu penyelewengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh mana-mana kolej swasta disaran melaporkan terus kes itu kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Gesaan itu dibuat Presiden Persatuan Kolej Universiti Swasta Malaysia (MAPCU), Datuk Dr Parmjit Singh yang turut mengakui terkejut dengan pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Katanya, sebelum ini, tidak pernah berlaku isu pinjaman PTPTN pelajar diseleweng kolej swasta.

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai maklumat kolej yang terbabit dalam isu itu, namun akan menyemak dan menyiasat terlebih dulu dakwaan pihak terbabit.

“Kita meminta pelajar yang ditipu mana-mana kolej supaya membuat laporan kepada KPT dan PTPTN.

“Kuasa memberi lesen dan kebenaran di tangan mereka, maksudnya kementerian dan PTPTN saja yang boleh mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan kolej yang menipu pelajar.

“Ini tindakan terbaik bagi membendung masalah ini. Jika keadaan terus melarat, kita bimbang nama baik institusi pendidikan swasta akan terpalit dengan persepsi buruk,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Semalam, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima 30 aduan membabitkan penipuan oleh kolej swasta berkaitan pinjaman PTPTN, termasuk potongan yuran lebih tinggi.

Beliau berkata, menerusi siasatan bahagian Latihan Pendidikan PPIM mendapati, berlaku penipuan oleh kolej swasta yang mengenakan bayaran masuk ke kolej lebih tinggi bagi pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN.

Hadir sama, mangsa penipuan kolej swasta mengenai pemotongan wang pinjaman PTPTN yang mendakwa terpaksa membayar RM70,000 bagi pengajian peringkat diploma dan ijazah dengan bayaran bulanan lebih RM500 sebulan.

Sementara itu, PTPTN dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan mengikut kuasa diperuntukkan terhadap kolej berkenaan.



Source link

read more

Cekik jiran hingga mati demi dapatkan Samsung J2 untuk kekasih


SEORANG lelaki di Jawa Timur, Indonesia, ditahan selepas didakwa mencekik jirannya hingga mati, sebelum mencuri telefon bimbit miliknya.

Lelaki yang hanya dikenali dengan nama Mamang itu, berbuat demikian hanya kerana mahu mendapatkan telefon Samsung J2 yang diingini teman wanitanya.

Di pasaran Indonesia, harga telefon itu dianggarkan Rp1,599,000 (RM476).

Menurut laporan media tempatan, pada mulanya, kematian mangsa, Maratus Sholikah, 37 tahun, dianggap sebagai mati mengejut.

Namun selepas bedah siasat, pihak berkuasa mendapati ada banyak keraguan pada cara kematian mangsa, selain terdapat kesan lebam di bahagian lehernya.

Jurucakap polis, Iptu Suparman, memaklumkan, siasatan kemudiannya membawa kepada penahanan suspek.

“Pihak penyiasat menghubungi telefon bimbit mangsa dan ia dijawab oleh teman wanita suspek. Suspek kemudiannya ditahan dan mengakui telah mencekik mangsa untuk mendapatkan telefon berkenaan.

“Suspek mengakui bergelut dengan mangsa selepas mangsa enggan menyerahkan telefon itu, dan bertindak mencekik dan menekup muka mangsa dengan bantal,” katanya.

Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.



Source link

read more

Peminat Game of Thrones perlu tunggu musim terakhir pada 2019



LOS ANGELES: Peminat Game of Thrones perlu menunggu sehingga tahun 2019 untuk rancangan musim terakhir siri fantasi popular tersebut.

Itu membuatkan para peminat perlu menunggu tempoh lebih setahun sejak berakhirnya musim ketujuh, lapor Reuters.

Saluran kabel HBO pada Khamis berkata Game of Thrones akan kembali pada tahun 2019 untuk siaran musim terakhir yang mengandungi enam episod. Ia bagaimanapun tidak menyebut tentang bulan ia akan ditayangkan.

Siri yang mengangkat tema dunia fantasi zaman pertengahan itu merupakan rancangan HBO paling berjaya dengan kira-kira 30 juta penonton di Amerika Syarikat (AS) sahaja, dan jutaan lagi di seluruh dunia.

Dalam musim terakhir program yang mendapat anugerah Emmy itu, penonton bakal mengetahui kelompok kerabat pahlawan yang mana dalam ‘Seven Kingdoms of Westeros’ bakal memenangi perjuangan untuk berada di tampuk kuasa ‘Iron Throne’.

Produksi musim terakhir akan bermula pada Oktober lalu, dan penggambaran dijangka berlangsung sehingga pertengahan 2018.

Ketua Program HBO Casey Bloys, memberitahu terdapat beberapa adegan akhir akan dibuat untuk mengelakkan kemungkinan kebocoran dan penggodaman jalan cerita.

Pereka siri itu, David Benioff dan D.B. Weiss memberitahu Entertainment Weekly pada 2016 bahawa mereka mahu menghasilkan finale yang sangat hebat. HBO juga mengesahkan bahawa mereka berdua turut bertindak selaku pengarah bagi musim terakhir tersebut.

Jarak masa yang panjang menjelang musim terakhir memberi peluang kepada penulis George R.R. Martin untuk menghabiskan satu atau dua novel baharu Game of Thrones, yang dikhabarkan sudah mula ditulis sejak Julai lalu.

Siri televisyen tersebut sudahpun melepasi susur masa daripada lima siri novel Martin, A Song of Ice and Fire.



Source link

read more