SADA to reduce water distribution via lorry as pipeline upgrade works near completion


SADA

MO,5/1/2018, ALOR STAR: Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) spent RM8 million for the distribution of free water to Kedahans who faced water disruption last year. Sada chief executive officer Datuk Abdul Ghani Zainuddin said the company had to bear the cost due to various upgrading works to its water supply facilities to ensure that the problem is fully resolved by 2020.

“For this year, we plan to reduce free water distribution using lorries. (Instead), we aim to channel the water through a pipeline. “Thus, we are making sure that the project to replace the pipeline will be completed on schedule,” he told reporters after attending the Sada Muafakat Media Night here on Thursday.

Ghani said water distribution using lorries incurs losses for the company, thus Sada hopes to minimise their usage. According to records, Sada distributed 2.2 million litres of water per day to people hit by water disruption during the Hari Raya Aidilfitri period last year. A total of 127 lorries were used to distribute free water to 257 villagers state-wide.

Meanwhile, Ghani said that the Pelubang, Bukit Selambau, Sungai Limau, Lubuk Buntar Lama and Bukit Jenun water treatment plants are expected to provide treated water for consumers until 2040. He said that the RM1 billion project is slated for completion in two years’ time.

“For Langkawi, the government has allocated RM600 million to build off-river storage to provide raw water for the island. “This will meet demand by the island’s tourists and locals,” he added.

–BH



Source link

read more

Permohonan BR1M 2018 dilanjut sehingga 25 Jan ini – PM Najib


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan pendaftaran untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Jan ini.

“Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

“Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, hari ini.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan sebelum ini berkata permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2018 dibuka kepada penerima yang layak bermula 27 Nov sehingga 31 Dis lepas.

Kementerian itu berkata, pasangan kepada penerima BR1M tahun sebelumnya yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun sebelumnya perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

— BERNAMA



Source link

read more

Apa guna pakai tudung tapi tak sembahyang – Adik Neelofa sound netizen biadap



PERKONGSIAN sejadah pemberian kakak sendiri, Neelofa, di Insta Story Nur Ameera Khan baru-baru ini mengundang reaksi sinis netizen.

Seorang netizen yang tidak didedahkan identitinya telah meninggalkan komen melampau menerusi Insta Story itu.

“Tak pakai tudung pun nak sembahyang,” tulis individu berkenaan.

Ameera bagaimanapun membalas komen yang dilemparkan oleh netizen terbabit menerusi akaun Twitternya, @nurameerakhan menjelaskan tohmahan individu itu tidak berasas.

“Saya ada letakkan hadiah sejadah dan tudung yang saya dapat daripada Naelofa, kemudiannya ada seseorang komen ‘tak pakai tudung pun nak sembahyang’.

“Hubungan saya dengan Allah tidak perlu dibuka untuk penilaian orang awam.

“Adalah lebih baik untuk saya mula berdoa ke arah yang lebih baik (berhijab). Apa gunanya pakai tudung tapi tak sembahyang.

“Tapi saya tidak merancang untuk bertudung dalam tempoh terdekat. Jadi, jangan mengharapkan apa-apa daripada saya,” tulisnya.
 



Source link

read more

Lelaki dari San Francisco dipenjara 27 tahun kerana bakar teman wanita



SAN FRANCISCO: Seorang lelaki dari Bayview, San Francisco di pantai barat Amerika Syarikat (AS) telah dihukum penjara 27 tahun pada Khamis kerana membakar teman wanitanya pada 2013, lapor agensi berita China Xinhua.

Dexter Oliver, 27, yang bakal menjalani hukuman itu di sebuah penjara AS, telah menyerang teman wanitanya, Starr Lamare, pada 6 Jan 2013 selepas satu pertengkaran berkaitan pakaian di sebuah kedai dobi berbayar berhampiran rumah mereka di Bayview.

Semasa pergaduhan itu, Oliver telah mengisi dua botol susu dengan gasolin dan menuangkannya ke seluruh badan Lamare sebelum membakar mangsa.

Lamare mengalami kecederaan parah yang menyaksikan sebahagian besar muka dan bahagian atas badannya terbakar.

Oliver telah diberkas di Oakland, yang terletak di timur laut San Francisco, sehari selepas kejadian dan didakwa dengan pertuduhan cubaan membunuh serta melakukan perbuatan khianat dengan api.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan cuba membunuh Lamare pada November tahun lepas.  

— BERNAMA



Source link

read more

KPM lulus 126 lagi sekolah laksana DLP


PUTRAJAYA 14 NOVEMBER 2017. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid semasa sidang media selepas Sambutan Hari Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Auditorium Kompleks E, Putrajaya. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

MO, 5/1/2018, KUALA NERANG – Kementerian Pendidikan hari ini meluluskan tambahan sebanyak 126 sekolah yang akan melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) minggu depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang melihat kelulusan terbabit mampu memperkasakan sistem pendidikan yang dimahukan ibu bapa.

“Pada Disember lalu, kita menerima permohonan sebanyak 214 sekolah yang mahu melaksanakan DLP tetapi hanya 88 buah sahaja yang diluluskan.

“Namun pada hari ini, saya ingin memaklumkan baki sebanyak 126 sekolah yang tidak diluluskan dibenarkan dan diluluskan untuk melaksanakan DLP.

“Saya berpendapat apabila semua sekolah memenuhi empat syarat pelaksanaan DLP dengan mendapat sokongan ibu bapa, maka ia wajar diluluskan dan saya yakin sekolah yang sebelum ini tidak diluluskan hanya menghadapi sedikit masalah teknikal.

“Kelulusan ini menjadikan keseluruhan sekolah yang akan melaksanakan DLP sebanyak 1,429 buah, iaitu 1,215 buah sudah melaksanakan sejak 2016 dan 2017, manakala tambahan yang baharu ialah 214 buah, termasuk 88 buah yang diluluskan sebelum ini,” katanya selepas melawat seorang penduduk di Perumahan Awam Kampung Baru, di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada sekolah yang baru diluluskan ini akan berdepan masalah, Mahdzir berkata, pihaknya yakin apabila semua sekolah ini memohon untuk melaksanakan DLP, maka ia sudah pastinya menunjukkan sekolah terbabit sudah bersedia.

“Malah paling utama ibu bapa yang mahukan DLP dilaksanakan sekolah anak mereka. Kita mencatatkan peningkatan setiap tahun dan ini jelas menunjukkan ia mendapat permintaan tinggi ibu bapa.

“Kebanyakan ibu bapa sangat meminati DLP kerana ia mampu memberi peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris sekali gus membolehkan anak mereka pergi jauh untuk meneroka dunia ilmu,” katanya.



Source link

read more

Portal theRakyat perkasa kejujuran BN


KUALA LUMPUR: theRakyat, portal rasmi Barisan Nasional (BN) yang dibangunkan bermatlamat menyebarkan maklumat yang sahih, tepat dan cepat mengenai segala usaha kerajaan untuk pembangunan rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K. Devamany berkata portal berkenaan juga menjelaskan kepada rakyat program dan strategi yang sedang dan akan dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pelancaran portal therakyat.com semalam jelas menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan BN sudah bersedia menangani persepsi buruk yang diuar-uarkan akibat berita palsu yang direka pihak pembangkang,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

BACA: ‘The Rakyat’ tangkis berita palsu untuk BN

“Amat jelas pembangkang berpolitik menggunakan kaedah hasutan secara tidak bertanggungjawab melalui pelbagai fitnah dan maklumat putar belit. Pencemaran minda kotor sebegini adalah semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan,” katanya lagi.

Portal theRakyat mempunyai tujuh segmen utama iaitu wawancara, majalah, analisis, ‘e-rakyat’, maklumat grafik, rakaman video dan manifesto BN serta dilengkapi beberapa ciri terkini dan digital supaya mesej yang disampaikan lebih dinamik dan menarik.

Portal yang menggunakan slogan ‘Dahulukan Rakyat’ itu akan memaparkan profil dan maklumat mengenai calon BN yang akan bertanding pada PRU14, selain menjadi platform untuk rakyat mengetahui rancangan dan janji BN untuk Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.

— BERNAMA



Source link

read more

Mudah serasi – Jep Rahim gembira terima Angah Raja Lawak ganti Shuib



PENYAMPAI radio Sinar, Jep Sepahtu akui gembira menerima pelawak Angah Raja Lawak sebagai pengganti tempat Shuib dalam segmen baharu, Pagi Di Sinar.

Jep berkata dia dan Rahim tiada masalah bekerjasama dengan Angah kerana mereka sudah saling mengenali sejak dahulu lagi.

“Tiada masalah bekerjasama dengan Angah kerana kami sudah lama saling mengenali sejak dari program Raja Lawak lagi.

Chemistry tu dah ada dan kami mudah serasi kerana Angah bijak juga dalam mengatur katanya supaya perbualan kami nampak spontan sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

Jep, Rahim dan Angah ditemui selepas siaran luar dan sesi sarapan pagi bersama pengemudi Pagi Di Sinar di Umai Cafe, Putrajaya pagi tadi.

Sementara itu, Angah memberitahu teruja pertama kali menceburi bidang penyampaian radio dan gembira menerima maklum balas yang positif daripada pendengar.

“Alhamdulilah saya dah lama mencari peluang untuk menceburi bidang ini kerana sebelum ini saya sudah ada pengalaman menjadi DJ di supermarket.

“Bila peluang ini datang saya sangat teruja, lebih-lebih lagi bekerjasama dengan dua rakan yang saya sudah lama kenali.

“Baru empat hari menjalankan tugas ini saya sangat gembira dan lega apabila menerima ‘feedback’ yang positif dari pendengar.

“Saya akan terus berikan terbaik supaya Pagi Di Sinar menjadi kegemaran ramai,” katanya lagi.

Angah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shuib yang mengundurkan diri pada penghujung November tahun lalu.

Sebelum ini, segmen Pagi Di Sinar dikenali sebagai Sepahtu Sinar.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Polis Thai tahan enam rakyat Malaysia terlibat penipuan pusat panggilan


BANGKOK: Polis Thai menahan enam lelaki warga Malaysia dalam serbuan berasingan di bilik hotel mereka di sini kerana disyaki menjadi anggota sindiket ‘penipuan pusat panggilan’ di negara ini.

Timbalan Ketua Biro Polis Pelancong Thai, Mej Jen Surachet Hakpan yang mengetuai serbuan itu malam tadi berkata, seorang suspek rakyat Malaysia itu ditahan di sebuah hotel di kawasan Huai Kwang malam tadi manakala lima lagi ditangkap di sebuah hotel di Sukhumvit Road kira-kira 2 pagi (waktu tempatan) hari ini. 

“Berdasarkan maklumat daripada seorang rakyat Malaysia yang ditahan di hotel Huai Kwang, kami berjaya menahan lima lagi suspek dalam operasi susulan di bilik hotel di Sukhumvit Road,” katanya kepada media di sini hari ini.

Tipu panggilan

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai buku akaun bank, kad kredit, kad ATM dan resit pengeluaran wang, kad SIM telefon bimbit, telefon bimbit serta wang tunai dalam Baht Thai dan Ringgit Malaysia daripada lelaki terbabit.

Surachet berkata kesemua rakyat Malaysia itu sering pergi ke Thailand.

Beliau berkata siasatan polis menumpukan kepada seorang daripada suspek yang mengumpul semua duit mangsa dan memindahkannya ke beberapa akaun bank mempunyai nama rakyat Thai dan Malaysia.

Wang itu kemudian dikeluarkan dari Thailand, katanya, dan menambah polis mendapati kira-kira 1.2 juta Baht (kira-kira RM153,000) telah dikeluarkan dari negara ini.

Beliau berkata polis akan menahan rakyat Thai yang namanya tertera dalam akaun bank terbabit yang digunakan sindiket itu untuk siasatan, terutamanya mengenai kemungkinan penglibatan mereka dalam sindiket  berkenaan. — BERNAMA



Source link

read more

‘Therakyat’ portal will weed out opposition’s fake news, propaganda – Devamany


_therakyat

MO,5/1/2018, KUALA LUMPUR: Barisan Nasional’s (BN) official portal ‘theRakyat’ aims to disseminate authentic, fast and accurate information on all government efforts for the development of the people said Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri S.K. Devamany. In a statement here on Thursday, he said the portal also explained to the people the programmes and strategies that are being and will be implemented ahead of the 14th General Election (GE14).

“The launch of the theRakyat portal yesterday clearly shows that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and leaders of Barisan Nasional (BN) are ready to deal with negative perception caused by fake propaganda fabricated by the opposition. “It is very clear the opposition engages in politics using indiscriminate seditious methods through lies, slander and distortion of information. They pollute minds solely to create a negative perception of the government,” he said.

The portal, launched by the prime minister yesterday comprises seven major segments, namely, interviews, documentaries, analyses, ‘e-rakyat’ (e-bulletin), infographics, gallery, soundtrack and manifesto using the latest features to ensure that the messages are delivered in a more dynamic and engaging manner. The portal, using the slogan ‘People First’ will feature profiles and information on BN candidates who will contest in GE14, as well as becoming the platform for people to know BN’s plans and promises for Malaysia over the next five years. – Bernama



Source link

read more

Isa Samad with police to record statement on Felda Jalan Semarak land issue


JALAN SEMARAK

MO,5/1/2018, KUALA LUMPUR: Police are currently recording former Felda chairman Tan Sri Isa Samad’s statement to assist their probe into the Jalan Semarak land scandal. Bukit Aman Commercial Crime Investigation Department director Datuk Amar Singh said Isa arrived at the Federal police headquarters at 10.30am today, accompanied by four special officers.

“I can confirm that Isa is here and his statement is still being taken as of now. “Since today is Friday, we will continue after prayers,” he told reporters at the the department’s headquarters at Menara 238 today. Amar said Isa is the ninth person to be called by the police to record a statement on the issue.

He said another person, a Felda official, will be called up on Monday. Amar said the other eight who have been called were officials from Felda as well as developer Synergy Promenade Sdn Bhd. He also added that Isa’s wife Puan Seri Bibi Sharliza Mohd Khalid was not present today.

The case is being investigated under Section 420 of the Penal Code. It was reported that Felda was at risk of losing ownership of the piece of land, worth over RM200 million, following what had been described as a “dubious deal”. The plot of land, which has been earmarked for the Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) development project, will feature seven towers, including Felda’s iconic tower, to be known as KLVC Tower 1A.

The ownership transfer of the land took place when Felda Investment Corporation Sdn Bhd appointed a local company as its main developer on June 3, 2014, and it was granted full power of attorney to develop the land. Isa was Felda chairman from 2011 until January last year, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) chairman from Jan 1, 2011 to June 19, 2017 and FIC chairman since its inception from July 2, 2013 to 2017.

Isa is now the Land Public Transport Commission chairman.

–NSTP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons