MATTA Fair 2018 | Merdeka Online


imagesMO, 4/1/2018, KUALA LUMPUR – Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair), yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan akan berlangsung pada 16 hingga 18 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng, berkata sebanyak 1,322 gerai pameran membabitkan 242 syarikat pelancongan akan mengambil bahagian pada pameran tahun ini, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“MATTA Fair adalah acara paling dinanti bagi mereka yang gemar melancong kerana pameran ini menyediakan banyak pakej dan tawaran menarik kepada pengunjung.

“Ruang pameran untuk pakej pelancongan dalam negara adalah yang terbesar disediakan pada MATTA Fair.

“Terdapat banyak tempat menarik dan cantik di Malaysia yang mungkin anda tidak pernah tahu untuk dikunjungi.

“Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menerokai tempat menarik yang ada di setiap pelusuk negara dengan mengunjungi MATTA Fair,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tai Neng berkata, untuk pakej antarabangsa, pengunjung yang datang ke MATTA Fair pada Mac, kebiasaannya memilih membeli pakej percutian musim panas.

Orang ramai yang ingin berkunjung ke MATTA Fair dinasihat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons