PROTES besar-besaran di Iran tidak mengancam keselamatan dan keamanan antarabangsa, jelas Duta Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Francois Delattre pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

Bagaimanapun jelasnya, semua pihak perlu berwaspada terhadap sebarang cubaan untuk mengeksploitasi krisis tersebut demi kepentingan peribadi.

“Kita harus waspada terhadap sebarang percubaan untuk mengeksploitasi krisis ini untuk tujuan peribadi, yang akan memberi impak seperti yang diharapkan,” katanya semasa mesyuarat pada Jumaat.

Duta dari 15 negara duduk bersidang secara tertutup pada mesyuarat tergempar yang dipanggil Amerika Syarikat (AS).
Lapan hari protes menyaksikan 21 orang terbunuh dan lebih 1,000 yang lain ditahan dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan Iran.

Terdahulu sebelum mesyuarat itu, pakar-pakar hak asasi manusia PBB menggesa Iran menghormati hak penunjuk perasaan dan memulihkan akses kepada akaun media sosial yang telah disekat.

“Arahan kerajaan kepada Pengawal Revolusi untuk memukul para penunjuk perasaan dan ancaman kehakiman, tidak dapat diterima,” jelas kenyataan oleh pakar hak asasi manusia yang dikeluarkan oleh Pejabat PBB Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia.

“Kami mendesak pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan secara seimbang dalam usaha mereka mengawal protes.

“Hadkan penggunaan kekerasan dan hormati hak asasi para penunjuk perasaan, termasuk hak mereka untuk hidup, kebebasan bersuara dan perhimpunan aman. ” ujar kenyataan itu lagi.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: