PRU14: Persediaan UMNO Sabah di tahap ‘Gear Turbo’


SEMPORNA – Persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kini boleh diibaratkan di tahap ‘gear turbo’, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau berkata momentum itu dipertingkatkan lagi dengan penganjuran pelbagai program membabitkan peringkat akar umbi dan rakyat.

“Misalnya, program bersama akar umbi termasuk ketua kampung dan ketua cawangan UMNO (di Semporna) pada hari ini turut kita selitkan ruangan pemberian bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO kepada ketua akar umbi sebagai penyuntik semangat berhadapan PRU14.

“Mereka ini adalah barisan hadapan BN yang akan memperluaskan semangat mengundi kepada rakyat,” katanya.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas ketua cawangan UMNO Bahagian Semporna, ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di sini, hari ini.

Berhubung dakwaan pembangkang yang melabelkan tindakan anggota parti pembangkang Parti Warisan Sabah (Warisan) keluar parti itu dan menyertai UMNO adalah sandiwara, Ramlee menegaskan dakwaan itu tidak berasas.

“Bekas anggota pembangkang yang kini bersama UMNO dilihat tampak bersemangat dan bersungguh bekerja untuk rakyat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

SPRM terima senarai nama bakal calon PRU untuk disaring


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Tanpa mendedahkan nama parti politik berkenaan, beliau berkata senarai nama itu diberikan untuk disaring bagi memastikan calon mereka bebas rasuah atau salah guna kuasa.

“Ada (parti) yang telah serah nama dan ada yang belum, yang telah disaring kita akan beri jawapan kepada parti.

Ini proses sukarela dan tiada paksaan dibuat … ia untuk memberi keyakinan kepada rakyat terhadap calon yang dikemukakan untuk menjadi wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Cina di Wisma MCA di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dalam perkembangan lain, Dzulkifli berkata SPRM sedang meneliti maklumat baharu yang diberi Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada badan anti rasuah itu semalam mengenai projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“Jika maklumat itu mempunyai asas kita akan buka kertas siasatan dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Wee berkata imej bersih JKKK adalah sangat penting kerana mereka mewakili kerajaan di peringkat akar umbi.

Pada majlis itu, kira-kira 700 pemimpin Kampung Baru Cina terdiri daripada Pegawai Kemajuan Perkampungan dan barisan pegawai JKKK menandatangani IBR berkenaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Mangsa banjir di Segamat meningkat 38 orang – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 5 Jan. – Mangsa banjir di Segamat meningkat sedikit kepada seramai 38 orang daripada 11 keluarga pukul 8 pagi ini, berbanding 34 orang daripada sembilan keluarga pukul 6 petang semalam.




AYUB RAHMAT

AYUB RAHMAT

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, iaitu Balairaya Kampung Mensudut Lama menempatkan seramai 28 orang daripada tujuh keluarga.


Katanya, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Badang yang dibuka 4 petang semalam pula menempatkan 10 orang daripada empat buah keluarga.


Menurutnya, pemantauan di kawasan tersebut dilakukan secara berterusan oleh pelbagai agensi dan pejabat daerah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Video pornografi budak Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak – polis


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu mengesahkan rakaman video lucah kanak-kanak yang ditemukan minggu lalu turut melibatkan ibu salah seorang mangsa.

Hasil analisis polis Indonesia terhadap video pornografi kanak-kanak yang tersebar itu menunjukkan rakaman video tersebut turut disaksikan ibu kepada salah seorang mangsa kanak-kanak terlibat.

Menurut Pengarah Jenayah Am Polis Daerah Jakarta Barat, Umar Surya Fana, ibu mangsa berkenaan didakwa turut mengarahkan babak dan adegan ketika pembikinan filem lucah tersebut.

“Daripada bahasa percakapan di antara anak dengan salah seorang wanita di dalam video berkenaan, dipercayai dia ialah ibu kandung kanak-kanak itu sendiri.

“Di satu lokasi kejadian, ibu kandungnya ada di dalam bilik menyaksikan, malah mengarahkan anaknya sendiri (untuk melakonkan babak lucah),” kata Umar Surya Fana yang dipetik daripada portal BBC Indonesia.

Minggu lalu, warga Indonesia dikejutkan dengan penyebaran video pornografi kanak-kanak yang dilakukan beberapa budak lelaki dipercayai berusia sekitar 10 hingga 12 tahun dengan seorang perempuan dewasa.

Para penggiat anti kekerasan seksual terhadap kanak-kanak berkata penemuan video pornografi kanak-kanak itu mendedahkan wujud sindiket yang dipercayai cuba “mempromosi hubungan seksual antara anak-anak dengan orang dewasa”.

Penyiasat Indonesia berkata daripada keputusan analisis terhadap video berkenaan, mangsa kanak-kanak dipercayai anak-anak jalanan berusia di antara 7 hingga 13 tahun yang bergelandangan di ibu kota itu.

Pihak berkuasa turut menyerbu dua buah hotel di Bandung yang dipercayai menjadi lokasi penggambaran video berkenaan.

Video lucah itu dipercayai disasarkan kepada golongan pedofil, namun tidak dapat dipastikan sama ada akan dijual hanya kepada warga tempatan atau luar negara.



Source link

read more

Ribuan peminat Kollywood banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil



KUALA LUMPUR: Ribuan peminat industri hiburan Kollywood di Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini bagi menyaksikan Festival Natchathira Vizha 2018 yang menampilkan lebih 300 artis India Selatan termasuk pelakon tersohor Rajinikanth dan Kamal Haasan.

Program yang bermula sekitar pukul 11.00 pagi itu dimulakan dengan persembahan satu Malaysia dan diikuti dengan perlawanan selebriti kriket antara bintang filem Tamil.

Perlawanan kriket juga diselitkan dengan persembahan nyanyian dan tarian yang menghiburkan sekitar 30,000 peminat tanah air yang hadir setakat pukul 4 petang tadi.

Meskipun ramai bintang filem Tamil popular yang diterbangkan khas dari India seperti Surya, Karthi, Vishal, Jeeva dan Sivakarthigeyan sudah menemui peminat, namun rakyat Malaysia masih dengan sabar menunggu kedatangan legenda filem Tamil ‘Superstar’ Rajinikanth dan Kamal Haasan.

Pesta hiburan anjuran Persatuan Artis India Selatan (SIAA), dengan kerjasama MyEvents International serta dengan sokongan Malaysia Major Events, anak syarikat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dijangka akan berlangsung sehingga 10 malam ini.

Selain kehadiran barisan pelakon terkenal India, acara tersebut akan turut disertai oleh enam pengarah muzik terkenal negara itu iaitu Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee.

— BERNAMA



Source link

read more

Suami dibunuh isteri selepas kantoi ada hubungan sulit dengan adik ipar



SEORANG lelaki dibunuh isterinya selepas ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya di sebuah rumah di Jalan Sekata, Medan, Sumatera Utara, kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Hendra, 34 tahun itu maut akibat ditikam isterinya, Hajijah di bahagian kemaluan.

Menurut portal Pos Kota News, kejadian berlaku selepas Hajijah mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita itu yang juga janda.

Berlaku pertengkaran antara Hajijah dengan Hendra sebelum wanita itu melulu ke dapur mengambil pisau lalu menghunus ke bahagian kemaluan hingga mangsa mengalami pendarahan teruk

“Adik iparnya yang dikenali sebagai An itu dikatakan hidup membujang selepas kematian suami selain tinggal bersebelahan rumah Hajijah,” katanya seorang jiran yang dikenali sebagai Novi.

Ketika Hendra menjerit kesakitan, Hajijah turut mengambil tindakan sama dengan menjerit meminta tolong jiran tetangga.

Hendra dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Polis Sektor Medan Barat, Revi Nurvelani berkata masih menyiasat motif sebenar pembunuhan itu dengan mengambil keterangan saksi kejadian.



Source link

read more

Jumlah mangsa banjir Pahang menurun – Nahas & Bencana


KUANTAN 6 Jan. – Keadaan cuaca yang semakin baik sejak semalam membolehkan lebih ramai mangsa banjir di negeri ini pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga pukul 9 pagi ini, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berkurangan kepada 6,570 orang berbanding 8,074 orang petang semalam.


Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga kini, 42 pusat pemindahan sementara masih dibuka melibatkan daerah ini, Temerloh, Maran, Rompin, Pekan, Bera, Jerantut dan Lipis.


“Daripada jumlah itu, 22 pusat pemindahan adalah di Kuantan, Temerloh (dua buah), Maran (tiga buah), Pekan (tujuh buah), Bera (lima buah) dan masing-masing sebuah di Rompin, Jerantut serta di Lipis,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jangan spekulasikan isu Felda – Hishammuddin


KLUANG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta supaya isu Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di Kuala Lumpur tidak dispekulasikan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata mereka sepatutnya menunggu sehingga perkara itu selesai disiasat pihak berkuasa.

“Biarlah siasatan berjalan macam biasa.

“Kita tidak mahu ada pihak dihukum awal sama ada menerusi media atau media sosial,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan van sekolah dan replika cek subsidi tambang bas pelajar Ladang Landak, Paloh di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dan Anggota Parlimen Sembrong berkata beliau melihat masyarakat Felda memahami agenda pembangunan yang dilakukan kerajaan untuk terus memastikan nasib mereka terbela.

Menurutnya di Johor, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga amat komited membantu masyarakat Felda termasuk enam kawasan Felda di bawah Parlimen Sembrong.

Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

— BERNAMA



Source link

read more

Pesawat Boeing 737-800 dirempuh 168 penumpang selamat



TORONTO: Lapangan Terbang Pearson, Toronto kecoh pada Jumaat apabila sebuah pesawat yang membawa 168 penumpang dan enam anak kapal dirempuh sebuah pesawat yang sedang ditunda.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua penumpang dan anak kapal berjaya dipindahkan dengan selamat.

Insiden yang berlaku jam 6.19 petang waktu tempatan itu melibatkan pesawat WestJet Boeing 737-800 yang baru mendarat dan pesawat Sunwing yang tidak mempunyai penumpang.

“Memandangkan kedudukan pesawat yang berada di landasan, penumpang WestJet dipindahkan menggunakan gelongsor keselamatan,” ujar WestJet menerusi akaun Twitter rasminya.

Pesawat berkenaan dilaporkan baru tiba dari Mexico dan tidak bergerak ketika insiden berlaku.

Jurucakap Lapangan Terbang Pearson berkata bomba dan pasukan keselamatan bertindak balas dengan segera sejurus menerima laporan di Terminal 3.

Sementara itu, Syarikat Sunwing memaklumkan, pesawatnya ditunda oleh penyedia perkhidmatan pengendalian dan tiada penumpang atau anak kapal berada di dalamnya.

Punca kejadian sedang dalam siasatan.

Dalam pada itu, saksi turut sama berkongsi gambar insiden di tempat kejadian.



Source link

read more

Mangsa banjir di Membakut kekal – Nahas & Bencana


KOTA KINABALU 6 Jan. – Jumlah mangsa banjir di daerah kecil Membakut, di sini kekal 637 orang daripada 221 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, sebanyak 463 orang daripada 162 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah St Patrick, 127 orang daripada 45 keluarga di Dewan Serbaguna Membakut dan 47 lagi daripada 14 keluarga ditempatkan di Bangunan KAFA Mambakut.

Bacaan paras air Sungai Membakut menurun kepada 5.61 meter berbanding 5.86 meter malam tadi. – BERNAMA



Source link

read more