Lagi foto menunjukkan Yingluck di London



BANGKOK: Polis Thailand akan menghubungi rakan sejawat mereka di United Kingdom bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung lokasi bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berikutan terdapat satu lagi foto menunjukkan bekas perdana menteri itu berada di London baru-baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Thailand Jen Srivara Rangsibrahmanakul berkata polis akan mendapatkan lebih banyak maklumat menerusi kerjasamanya dengan Interpol untuk menentukan sama ada Yingluck berada di London.

“Polis  juga akan menghubungi wanita yang dirakam gambarnya bersama-sama Yingluck di dalam foto  terbaru itu,” katanya kepada pemberita berhubung foto Yingluck bersama-sama seorang wanita tidak dikenali yang dipaparkan di akaun Twitter dan Facebook beberapa individu tertentu.

Foto itu mengandungi kapsyen menyatakan gambar itu dirakamkan di luar gedung beli-belah mewah Harrods di bandar raya itu.

Lokasi Yingluck ketika ini masih menjadi misteri selepas beliau melarikan diri dari negara itu pada penghujung Ogos tahun lepas, sejurus sebelum Mahkamah Agung membuat keputusan penting berhubung kes kecuaiannya berkaitan kes skim pengagihan beras semasa di bawah pentadbirannya.

Kerajaan menyalahkan Yingluck berhubung kecuaian berkaitan skim itu menyatakan ia telah menyebabkan negara mengalami kerugian berbilion dollar menerusi rasuah.

Berikutan ketidakhadirannya di mahkamah, Mahkamah Agung menangguhkan keputusannya tetapi pada September menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas perdana menteri itu.

Sejak beliau menghilangkan diri, laporan media membuat spekulasi bahawa Yingluck berada di Dubai berikutan abangnya  bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, memiliki rumah di situ atau di London dengan beliau dikatakan memohon suaka politik.

Yingluck, pemimpin Parti Pheu Thai tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan umum sejak meninggalkan Thailand.

— BERNAMA



Source link

read more

Keluarga lega nelayan akan dibebaskan – Komuniti


SUNGAI BESAR 6 Jan. – “Saya rasa lega akhirnya selepas dua tahun ditahan di Indonesia, saya akan dapat berjumpa dengan abang sepupu saya. Selepas ini, tidak perlulah saya menghubunginya menerusi telefon setiap bulan untuk mengetahui khabarnya.”

Demikian luahan Chia Jui Leng, 46, mengenai abang sepupunya, Chia Kee Chan, 50, seorang nelayan yang bakal dibebaskan dalam masa terdekat selepas ditahan di Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu.

Jui Leng berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan Kee Chan secara peribadi adalah pada April 2016 ketika beliau terbang sendiri ke Penjara Labuhan Deli, Medan, Indonesia untuk menemui abang sepupunya itu.

“Beliau yang sedang menjalani hukuman penjara memberitahu saya, ada beberapa botnya hilang ketika pihak berkuasa Indonesia menahannya pada Mac 2015 dan mahu ia diserahkan semula kepadanya,” katanya.

Jui Leng, yang juga seorang nelayan berpangkalan di Sekinchan selama hampir 40 tahun berkata, pembebasan abang sepupunya itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada keluarganya yang bergantung kepada hasil pendapatan Kee Chan sebagai nelayan.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebab memperjuangkan pembebasan abang sepupu saya,” katanya.

Kee Chan adalah antara enam nelayan warganegara Malaysia yang ditahan di Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu dan dijangka dibebaskan dalam tempoh terdekat. – BERNAMA



Source link

read more

Tetap bekerja walaupun sakit peminat doakan Fasha Sandha cepat sembuh



AKTRES Fasha Sandha sememangnya dikenali dengan komitmen dan disiplin tinggi dalam bidang lakonan.

Terbaru, menerusi laman Instagram Fasha, @fashasandha, pelakon utama drama rantaian “Syurga Yang Kedua” ini berkongsi mengenai keadaan kesihatan dirinya.

Biarpun sedang sakit, Fasha tetap meneruskan tugasnya sebagai penerbit dan pelakon untuk sitkom terbaru, “Mamu Mami Gosip” terbitan FS Creatives Sdn Bhd.

Production sendiri ke, production orang ke, komitmen tetap kena bagi yang terbaik. Itu adalah tanggungjawab,” tulis Fasha.

Kapsyen tersebut turut disertakan dengan hashtag #MamuMamiGosip #FSCreativesSdnBhd #NoMakeUp #MukaSakit.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 segera sembuh.

Peminat turut memuji Fasha yang sanggup menahan rasa sakit yang dihadapi olehnya demi komitmen kerja.

“@pird4: Take a good care of your health sis. Risau kita. Get well soon.”

“@hafiz_4606: Mungkin pergi kerja dapat hilangkan rasa sakit buat seketika.”

“@puteri_zandra: Hope sis dapat jaga waktu makan. Sesibuk mana pun jangan sampai lupa waktu makan.”

“@diyana.beautygeek: Itulah yang orang suka.”

“@lovepotion.lilly: Kesiannya. Tapi tetap cantik.”

Sebelum ini, di ruangan Insta Stories, Fasha turut berkongsi dirinya telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Fasha turut diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari namun pelakon itu mahu meneruskan komitmen kerjanya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fasha

 



Source link

read more

Singapura mansuhkan tol masuk di Woodlands mulai 1 Feb



SINGAPURA: Mulai 1 Feb, Singapura akan memansuhkan caj tol bagi semua kenderaan yang masuk ke republik itu menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan mengurangkan caj bagi kenderaan keluar dari republik itu di pusat sama, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA).

Ketika ini caj tol bagi kenderaan yang memasuki Singapura menerusi Woodlands adalah S$2.70 (bagi kereta), S$4 (van/kenderaan ringan (perdagangan), S$5.30 (kenderaan berat -perdagangan), S$1.40 (teksi) dan S$2.20 (bas).

(S$1 bersamaan kira-kira RM3.)

LTA di dalam laman webnya menyatakan, mulai 1 Feb kereta yang keluar dari Singapura menerusi Woodlands akan dikenakan caj S$1 (kurang daripada caj sedia ada S$3.80), van/kenderaan ringan (perdagangan) S$1.50 (S$5.80), kenderaan berat (perdagangan) S$2 (S$7.70), teksi S$0.50 (S$1.90), dan bas S$0.80 (S$3.10).

Caj sedia ada di Pusat Pemeriksaan Woodlands dikuatkuasakan pada 1 Okt, 2014. Caj tidak dikenakan ke atas motosikal yang masuk dan keluar menerusi Woodlands.

LTA berkata semakan semula itu bagi memadankan pemansuhan caj tol oleh Malaysia baru-baru ini di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

“Ini selaras dengan dasar Singapura sejak sekian lama dalam memadankan caj tol oleh Malaysia,” katanya.

Menurut LTA, tiada perubahan caj tol di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Bagi kedua-dua laluan di Pusat Pemeriksaan Tuas, motosikal dicaj S$0.50, kereta S$3.20, van/kenderaan ringan (perdagangan) S$7.40, kenderaan berat (perdagangan) S$14.70, teksi S$2.50 dan bas S$3.90.

— BERNAMA



Source link

read more

Banjir: Lebih 2,000 mangsa di Kemaman


WhatsApp_Image_2018-01-06_at_9.29.38_AM.jpeg.transformedMO, 6/1/18, KUALA TERENGGANU – Banjir di Kemaman beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun sedikit kepada 2,270 orang daripada 541 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, melaporkan empat PPS iaitu Surau Haji Othman Kampung Seberang Tayor Hulu; Dewan Oang Ramai Batu 14, Masjid Kampung Batu 16 dan Masjid Kampung Batu 14, sudah ditutup secara berperingkat sejak lewat malam tadi.

Ketika ini, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok masih menempatkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 843 orang daripada 189 keluarga, diikuti SK Seri Iman (504 mangsa, 126 keluarga) dan Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (299 mangsa, 83 keluarga).

Selain itu Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor (226 keluarga, 60 mangsa), SK Chukai (179 mangsa, 41 keluarga), Surau Pulau Tempurung (105 mangsa, 18 keluarga), SK Binjai (84 mangsa, 17 keluarga), Surau Kg.Ban Ho (18 mangsa, tiga keluarga) dan PPS Kampung Pasir Gajah (12 mangsa, empat keluarga).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Left Kol (PA), Che Adam A Rahman, berkata daerah itu dijangka pulih daripada banjir secara berperingkat berikutan cuaca baik dan tidak hujan sejak semalam.

“Alhamdulillah cuaca baik ketika ini dan kita jangka bermula petang ini jumlah mangsa akan berkurangan secara berperingkat,” katanya.



Source link

read more

MAHB laksana daftar masuk bagasi sendiri di KLIA2


KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menyediakan 15 kaunter di barisan V dan W di Lapangan Terbang Antarabangsa  KL 2 (KLIA2) dengan kemudahan daftar masuk bagasi sendiri atau ‘self-baggage drop’ (SBD) antara 7 Jan dan 11 Feb, 2018.

“Kemudahan SBD adalah Scan&Fly oleh SITA, pakar terkemuka dalam teknologi maklumat dan komunikasi pengangkutan udara, boleh dinikmati oleh lebih daripada 25 juta penumpang AirAsia, yang melalui KLIA2 dalam setahun, tertakluk kepada kaunter daftar masuk syarikat penerbangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata dengan sistem SBD di terminal itu, masa giliran mendaftar masuk bagasi kini boleh dikurangkan separuh dari masa sebelumnya daripada 2.5 minit bagi setiap penumpang sebelum ini kepada hanya satu minit bagi setiap penumpang sekarang ini.

“Inisiatif ini akan meningkatkan pengalaman perjalanan selaras dengan pertumbuhan kukuh dalam jumlah pergerakan penumpang dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Menurut MAHB, sehingga November 2017, KLIA2 mencatatkan 27.4 juta pergerakan penumpang.

Pelaksanaan SBD juga akan meningkatkan jumlah kendalian penumpang sejam semasa daftar masuk bagasi kepadai 60 penumpang sejam dari purata 24 sebelumnya, katanya.

Katanya, semasa tempoh sebulan  pemasangan itu, penumpang dinasihatkan supaya berjumpa kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbangan di terminal untuk sebarang pertanyaan.

— BERNAMA



Source link

read more

18 maut dalam cuaca sejuk ekstrem di timur laut Amerika Syarikat


NEW YORK: Cuaca sejuk ekstrem yang melanda Amerika Syarikat (AS) khususnya di bahagian timur laut negara itu sudahpun mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang.

Salji yang turun dengan lebat pada Jumaat memaksa petugas jalanan bertungkus-lumus membersihkan laluan umum meskipun dalam suhu yang jatuh menjunam, lapor Reuters.

Keadaan sejuk luar biasa dijangka terus melanda New England hingga ke bahagian barat tengah AS dan ke Carolina. Dalam beberapa hari mendatang, bacaan suhu diramalkan jatuh lagi antara 1 hingga 7 Celsius berbanding suhu purata yang sudahpun di bawah paras beku.

Dari Baltimore ke Caribou, Maine, petugas terus menjalankan kerja-kerja luar dalam suhu 40 darjah Celsius di bawah paras beku di beberapa kawasan selepas terbenam matahari.

Dari Baltimore ke Caribou, Maine, petugas terus menjalankan kerja-kerja luar dalam suhu 40 darjah Celsius di bawah paras beku di beberapa kawasan selepas terbenam matahari.

Dalam kejadian pada Jumaat di North Charleston, South Carolina, keadaan jalan raya yang licin mengakibatkan sebuah kenderaan tergelincir lalu melanggar mati seorang pejalan kaki. Pemandu kereta tersebut yang berusia 17 tahun telah ditahan dan didakwa memandu terlalu laju dalam situasi tersebut.

“Keadaan bahaya amat nyata. Permukaan berais di mana-mana di kota ini. Duduk saja di rumah,” kata pihak berkuasa menerusi Twitter.

Seorang pakar meteorologi menerusi perkhidmatan AccuWeather, Dan Pydynowski, juga memberi amaran: “Keadaan sangat berbahaya. Sebarang permukaan kulit yang terdedah boleh membeku dalam beberapa minit.”

Cuaca sejuk buat masa ini menjejaskan kedatangan pelancong ke New York, dengan semua tempat pelancongan seperti tugu peringatan dan arca awam diselubungi ais. Malah, ada yang berpendapat, kesejukan itu lebih dahsyat dari London.

GALERI FOTO: Amerika membeku!

Di Tugu Peringatan Lincoln, pelancong yang datang untuk bergambar di kawasan itu juga diarahkan bersurai kerana pihak berkuasa bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka.

Ribut salji yang melanda pada Khamis membawa kelajuan angin sehingga 113 kilometer sejam, dan menyebabkan salji terbentuk setebal 56 sentimeter di maine dan 43 sentimeter di Massachusetts.

Sementara itu, gelandangan di bandar-bandar seperti Houston dan Boston telah diselamatkan pihak berkuasa, dengan membawa mereka masuk ke pusat perlindungan sementara.

Setakat ini, tiga orang gelandangan di Texas maut akibat terdedah kepada cuaca sejuk melampau.

Dalam gambar yang Reuters peroleh dari media sosial ini, sekumpulan penyu diselamatkan daripada keadaan cuaca yang terlalu dingin di perairan Florida. - Reuters.



Source link

read more

Rajinikanth kunjungi Najib | Merdeka Online


jibi.jpg.transformed_1MO, 6/1/2018, KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak semalam menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth yang membalas lawatan Perdana Menteri di Chennai, pada Mac tahun lalu.

“Sangat menggembirakan dapat bertemu Thailava @superstarrajini lagi hari ini. Kali ini di Malaysia. Nikmati masa anda di sini,” katanya menerusi Tweet yang dikongsi bersama umum, malam tadi.

Thalaiva dalam bahasa Tamil bermaksud ketua atau dirujuk sebagai bos dan legenda yang menunjukkan tanda hormat kepada seseorang individu.

Aktor berusia 68 tahun itu tiba di Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri Festival Natchathira Vizha 2018 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Rajinikanth bakal menyertai 250 penggiat industri hiburan Kollywood termasuk Kamal Haasan dan artis tempatan untuk bertemu kira-kira 30,000 penonton dalam acara yang dijangka berakhir jam 10 malam nanti.

Beliau berkunjung ke Malaysia buat kali pertama pada 2016 bagi menjalani penggambaran filem perdana Kabali yang turut menyenaraikan aktor tempatan seperti Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.

Dalam lawatan terbabit, Rajinikanth yang baru mengumumkan penyertaannya dalam politik dengan menubuhkan parti baru, turut menyatakan hasratnya bertemu Perdana Menteri.

Rajinikanth atau ‘The Boss’ yang sudah bergelar aktor sejak lima dekad lalu, hingga kini sudah membintangi lebih 150 filem.



Source link

read more

Kafir mengkafir tindakan ekstremisme – Nooh Gadut


PUTRAJAYA: Tindakan umat Islam yang kafir mengkafir sesama sendiri adalah sebahagian daripada tindakan ekstremisme, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut.

Beliau berkata tindakan itu juga merosakkan imej Islam yang jelas tidak membenarkan umatnya untuk membuka aib orang lain atau aib diri sendiri.

“Yang boleh tahu kafir masuk neraka, manusia atau Allah SWT? Jangan ambil kerja Allah S.W.T.,” katanya kepada pemberita pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018, di sini pada Jumaat.

Terdahulu ketika membentangkan kertas bertajuk ‘Peranan Agama Dalam memupuk Nilai-nilai Wasatiyyah dan menolak Ideologi Radikal dan Ekstrim’ pada dialog itu, Nooh berkata usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep Wasatiyyah bagi menangani Islamophobia adalah tindakan terpuji.

Beliau juga mencadangkan agar mata pelajaran Wasatiyyah perlu diajar secara meluas di peringkat pengajian sekunder (menengah) dan tertier (pengajian tinggi) bagi meningkatkan kefahaman terhadap konsep itu.

“Semua pihak perlu memahami dan menghayati konsep Wasatiyyah di semua peringkat yang akan melahirkan modal insan yang rabbani, soleh, komuniti yang proaktif yang akhirnya akan menghasilkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.

Nooh berkata sekiranya ciri-ciri dan konsep Wasatiyyah tidak diamalkan, ia akan memburukkan imej dan gambaran Islam di mata dunia dan Bukan Islam serta menggalakkan Islamophobia.

— BERNAMA



Source link

read more

BN pilih calon berkhidmat untuk rakyat – Khaled – Politik


JOHOR BAHRU 6 Jan. – Barisan Nasional (BN) akan memilih wakil rakyat yang fokus untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan sekadar yang dijamin boleh memberi kemenangan kepada parti.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, wakil rakyat dipilih sebaiknya merupakan calon tempatan yang menjiwai keperluan dan masalah masyarakat tempatan. 


“Ini berbeza dengan calon pembangkang yang kebanyakannya bukan orang tempatan. Ini menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat tempatan. 


“BN sentiasa memilih calon tempatan yang memahami keperluan penduduk kerana setiap kawasan berdepan dengan cabaran berbeza,” katanya selepas menyerahkan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2018 Pasir Gudang di Taman Scientex, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more