JPV Sarawak buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook


KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak membuat laporan polis pada Khamis berhubung beberapa catatan pada sebuah laman Facebook yang memperjuangkan hak anjing liar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar berkata pihaknya telah melihat laman itu dan mendapati terdapat beberapa komen berunsur jenayah.

Beliau berkata pemilik akaun Facebook itu mencadangkan agar membunuh anggota yang terlibat dalam operasi menangkap anjing liar, sementara terdapat komen lain yang turut menyarankan untuk membuat sekatan jalan bagi melepaskan anjing liar yang ditahan dan menggunakan pendekatan ekstrem untuk menghalang operasi itu.

“Pihak polis tidak gusar dengan ancaman terhadap kakitangan awam yang sudah diamanahkan untuk menjalankan tugas mereka berlandaskan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata walaupun laman Facebook itu berniat baik untuk menyelamatkan anjing-anjing liar tersebut, ia kelihatan lebih kepada menghasut keganasan dalam kalangan peminat laman itu.

“Pihak polis sedang menyiasat laporan itu sebagai jenayah ugutan dan akan memanggil pemilik akaun tersebut untuk siasatan.

“Pada masa sama, kami memberi amaran kepada pihak yang cuba menghalang anggota kakitangan veterinar daripada menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya sambil menambah sebarang cubaan menggunakan kekerasan, mendatangkan bahaya atau menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas boleh didakwa di mahkamah.

— BERNAMA



Source link

read more

Pemandu cedera bas ekspres masuk gaung – Nahas & Bencana


LAHAD DATU 6 Jan. – Pemandu bas Ekspres Sida cedera selepas bas dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter di Jalan Silam dekat sini, petang semalam.



MOHD. APANDI MAHMOOD

MOHD. APANDI MAHMOOD

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd. Apandi Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang, bas yang dipandu Addy Rosel dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna dipercayai melanggar belakang sebuah lori sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.

Ekoran kemalangan itu, kata Mohd. Apandi, pemandu bas berkenaan patah kaki manakala 10 penumpang bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, bas ekspres itu mengalami masalah brek yang gagal berfungsi.

Katanya lagi, sejurus berlaku kemalangan tersebut. pihaknya menerima panggilan kecemasan dan sembilan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Mohd. Apandi berkata, pemandu bas yang cedera telah dihantar ke Hospital Lahad Datu bagi menerima rawatan. – BERNAMA



Source link

read more

Kerana berebut wanita lelaki maut dikelar


SHAH ALAM: Kerana perebutan untuk mendapatkan seorang wanita, seorang lelaki yang juga peniaga kosmetik, maut selepas bergelut dengan lelaki warga Indonesia.

Kejadian berlaku di tapak pasar malam Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Mangsa yang berasal dari Kedah, Mohd Nor Syazrin Rasi, 28 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian, selepas dikelar dengan celoret oleh suspek dan diserang empat lelaki.

Sementara itu, suspek yang berusia 30 tahun cedera parah dan dibawa ke Hospital Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa dipercayai menjalinkan hubungan dengan teman wanita suspek.

Suspek dikatakan cemburu dan bersemuka dengan mangsa, sebelum pertemuan itu kemudian berlanjutan menjadi pertengkaran.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Klang.



Source link

read more

Suspek kes keganasan rumah tangga bergaduh dengan polis di Facebook


SEORANG lelaki yang diburu polis nampaknya tidak menjadikan situasi itu sebagai penghalang untuk terus menikmati kemudahan media sosial.

Jamie Murphy diburu polis Preston, England, selepas terbabit dalam satu kes keganasan rumahtangga, November lalu.

Rabu lalu, Jabatan Polis Preston memuat naik status beserta gambar mugshot Murphy, ke akaun Facebook rasmi mereka.

Dalam kapsyen bersama status itu, polis meminta Murphy menyerah diri untuk memudahkan siasatan.

Namun ia nyata tidak menggembirakan Murphy dan lelaki itu meninggalkan komen pada status tersebut.

“Saya tak jaga tepi kain orang, jadi saya harap orang lain juga tidak masuk campur urusan keluarga saya,” tulis Murphy.

Murphy berkongsi status Polis Preston ke akaun Facebooknya.

Murphy anggap penyiaran gambarnya oleh polis sebagai perbuatan 'jaga tepi kain'.
Tidak cukup dengan itu, Murphy berkongsi status tersebut ke akaun Facebooknya, selain memuat naik satu status mengecam pihak berkuasa, menggunakan perkataan yang tidak sopan.

Dalam reaksi balas mereka, pihak polis meminta Murphy berhenti ‘buat perangai’ dan terus ke balai polis berdekatan untuk menyerah diri.

“Apa yang anda tulis di sini takkan dapat membela anda. Kami sarankan anda segera menyerah diri kerana kami tidak akan berhenti mencari anda,” kata polis.

Ketika berita ini ditulis, Murphy masih belum menyerah diri, sebaliknya sempat memuat naik satu status ke Facebook, 14 jam yang lalu.



Source link

read more

Satu lagi foto Yingluck Shinawatra di London – Luar Negara


BANGKOK 6 Jan. – Polis Thailand akan menghubungi rakan sejawat mereka di United Kingdom bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung lokasi bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berikutan terdapat satu lagi foto menunjukkan bekas perdana menteri itu berada di London, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Srivara Rangsibrahmanakul berkata, polis akan mendapatkan lebih banyak maklumat menerusi kerjasama dengan Interpol untuk menentukan sama ada Yingluck berada di London atau sebaliknya.

“Polis juga akan menghubungi wanita yang dirakam gambarnya bersama-sama Yingluck di dalam foto terbaru itu,” katanya kepada pemberita berhubung foto Yingluck bersama seorang wanita tidak dikenali yang dipaparkan di akaun Twitter dan Facebook beberapa individu tertentu.

Foto itu mengandungi kapsyen menyatakan gambar itu dirakamkan di luar gedung beli-belah mewah Harrods di bandar raya berkenaan.

Lokasi Yingluck ketika ini masih menjadi misteri selepas beliau melarikan diri dari negara itu pada penghujung Ogos tahun lepas, sejurus sebelum Mahkamah Agung membuat keputusan penting berhubung kes kecuaiannya berkaitan kes skim pengagihan beras semasa di bawah pentadbirannya.

Kerajaan menyalahkan Yingluck berhubung kecuaian berkaitan skim itu dan menyatakan, ia telah menyebabkan negara mengalami kerugian berbilion dollar menerusi rasuah.

Berikutan ketidakhadirannya di mahkamah, Mahkamah Agung menangguhkan keputusannya tetapi pada September lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas perdana menteri itu.

Sejak beliau menghilangkan diri, media membuat spekulasi bahawa Yingluck berada di Dubai berikutan abangnya yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra memiliki rumah di situ atau di London dan Yingluck dikatakan memohon suaka politik.

Yingluck yang merupakan pemimpin Parti Pheu Thai tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan umum sejak meninggalkan negara itu. – BERNAMA



Source link

read more

Penyamun kedai emas ditembak mati


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai emas sekitar Lembah Klang serta Negeri Sembilan sejak 31 Disember lalu, ditembak mati di Taman Connaught, Cheras malam tadi.

Suspek dikenal pasti sebagai rakyat tempatan berusia 22 tahun.

Dia dikesan memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di kawasan Cheras oleh sepasukan polis dari pasukan petugas khas jenayah terancang (STAFOC) Bukit Aman dan bahagian siasatan jenayah berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang menjalankan rondaan selepas menerima maklumat sekitar 10.30 malam.

Polis mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan.

Bagaimanapun, ketika diperiksa, suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama dan bertindak menembak polis.

Suspek dan polis kemudian berbalas tembakan.

Tembakan yang dilepaskan dipercayai terkena suspek dan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemeriksaan lanjut polis ke atas kenderaan milik suspek turut menemui sepucuk pistol yang digunakannya.

Semakan mendapati suspek berasal dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, serta mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan, termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.



Source link

read more

1 maut 14 cedera belon udara panas terhempas di Mesir



KAHERAH: Sekurang-kurangnya seorang pelancong terbunuh dan 14 lagi cedera selepas belon udara panas terhempas berhampiran bandar Luxor pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita MENA. 

Ketika kejadian, belon itu membawa kira-kira 20 orang termasuk pelancong dari pelbagai negara.

Pegawai keselamatan di Luxor memberitahu Xinhua, seorang lelaki warga Afrika Selatan berusia 34 tahun terbunuh dalam nahas itu, manakala yang cedera termasuk lima orang Australia, empat Perancis, tiga pelancong Afrika Selatan dan dua dari Argentina.

Sementara itu, beberapa media lain melaporkan mangsa yang maut dikenal pasti sebagai seorang wanita.

MENA menambah dua mangsa yang cedera dilaporkan mengalami kecederaan serius dan mangsa cedera kini menerima rawatan di Luxor International Hospital.

Nahas berlaku ketika belon itu sedang melewati Tebing Barat di bandar berkenaan dan terhempas disebabkan angin kencang manakala belon udara panas lain berjaya mendarat dengan selamat.

Pelabuhan Laut Mediterranean dan Laut Merah di seluruh Mesir ditutup akibat angin kencang yang menyebabkan gelombang setinggi tiga meter.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah mengumumkan darurat disebabkan angin berdebu dan jarak penglihatan yang kurang baik.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Luxor menyaksikan banyak kemalangan belon udara panas berlaku.

Sebelum ini, pada 2013, 19 pelancong termasuk sembilan dari Hong Kong, terbunuh apabila belon panas yang dinaiki terbakar.

Pada 2016 pula seramai 22 pelancong China cedera ketika belon udara melakukan pendaratan dan selepas kejadian itu Mesir menghentikan sementara aktiviti belon udara panas. 

— BERNAMA



Source link

read more

Undi Pakatan Harapan langkah ke belakang – Politik


KANGAR 6 Jan. – Kegagalan Pakatan Harapan diketuai DAP mengumumkan nama calon Perdana Menteri menunjukkan gabungan tersebut tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azlan Man berkata, apa yang jelas pembentukkan pakatan tersebut hanya bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan untuk membela nasib rakyat.


Katanya, situasi tersebut jauh berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai polisi konsisten iaitu sentiasa berusaha memajukan negara demi faedah rakyat selain menjamin Malaysia dalam keadaan aman dan stabil dengan rakyatnya bersatu padu.


“Dalam Pakatan Harapan bukan ke arah itu, dia hanya hendak pecah-belahkan rakyat. Adakah gabungan seperti ini kita mahukan pada masa akan datang. Sehingga kini, mereka masih tidak tahu siapa hendak jadi ketua malah berhasrat melantik Perdana Menteri sementara.


“Selama ini, saya tidak pernah dengar lagi ada Perdana Menteri sementara. Jadi saya rasa, rakyat boleh menilai sendiri di mana kedudukan Pakatan Harapan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mega Meletop Kampung Behor Gandil di sini hari ini.


Beliau mengulas ketiadaan kesepakatan Pakatan Harapan dalam menentukan calon Perdana Menteri pilihan mereka walaupun telah mengadakan mesyuarat Majlis Pakatan Harapan kelmarin.


Sebelum ini, kecelaruan Pakatan Harapan terus diperkatakan apabila DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta PAN bersetuju memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri namun dibantah PKR yang masih berpegang pada pendiriannya untuk melantik Pengerusi PPBM itu sebagai Perdana Menteri sementara.


Mengulas lanjut, Azlan yang juga Menteri Besar berkata, beliau percaya rakyat semakin cerdik dan matang bagi memilih parti yang boleh membawa mereka pada masa hadapan bukan bergerak ke belakang.


“Bagi saya kalau kita sokong Pakatan Harapan kita bergerak ke belakang sebenarnya, sebab kebanyakan pemimpin mereka orang yang sama sejak 60-an lagi, tiada muka baharu.


“Lagipun, parti dalam gabungan tersebut adalah parti anak beranak yang berjuang semata-mata demi kepentingan diri sendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mayat lelaki berulat ditemukan dalam longkang


SEBERANG PERAI: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan mengerikan dekat Lorong Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah petang Jumaat.

Mayat tanpa kepala serta berulat ditemui bersama timbunan sampah di dalam longkang oleh orang awam yang terhidu bau busuk ketika melalui jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid memberitahu, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut.

Katanya, setakat ini, polis masih menyiasat identiti mangsa dan polis percaya dia mungkin mangsa pembunuhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Buku Fire and Fury Inside the Trump White House habis dijual



BUKU kontroversi yang memuatkan dakwaan negatif berhubung tahun pertama White House di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump mula dijual pada Jumaat.

Di beberapa tempat, buku berkenaan habis dijual.

Buku “Fire and Fury: Inside the Trump White House” yang ditulis Michael Wolff berdasarkan petikan dari bekas pembantu kanan White House Steve Bannon, menggambarkan kekalutan pentadbiran presiden.

Ini termasuk dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden pada November 2016, serta cita-cita anak perempuan Trump, Ivanka mahu bertanding jawatan presiden.

Kandungan buku berkenaan jadi perbualan umum dan mendapat publisiti percuma, gara-gara tindakan peguam Trump cuba menghentikan penjualannya.

Peguam Trump sebelum ini menuntut penulis dan penerbit menggantung pengedaran buku berkenaan.

Bagaimanapun, penerbit Henry Holt memutuskan untuk menjual buku berkenaan lebih awal daripada dijadualkan pada Selasa, susulan permintaan luar jangka ini.

Petikan buku tersebut menyebut, Bannon menyifatkan anak Trump, Donald Trump Jr sebagai pengkhianat dan tidak patriotik, sementara Ivanka digambarkan sebagai terlalu bodoh.

Tetapi apa yang paling mendapat tumpuan adalah kandungan yang menyentuh Trump sendiri.

“Kegagalan White House berfungsi dengan baik dan kekacauan yang timbul tidak lain dan tidak bukan disumbangkan oleh tingkah laku Trump sendiri,” tulis Wolff yang memetik kata-kata Bannon.

White House sebelum ini menyifatkan buku berkenaan sebagai memalukan dan satu jenaka.



Source link

read more