Isu pemberhentian kerja fenomena tahunan – MPN


KUALA LUMPUR: Isu pemberhentian kerja di negara ini bukanlah sesuatu yang kritikal apabila ia dilihat masih lagi terkawal dengan kadar pertubuhan ekonomi negara terus meningkat setiap tahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata rakyat perlu terima hakikat bahawa unjuran 50,000 pekerja dijangka kehilangan pekerjaan tahun ini adalah fenomena biasa saban tahun.

“Kita perlu terima hakikat bahawa jumlah itu bukanlah sesuatu yang besar berbanding dengan jumlah keseluruhan tenaga kerja di negara kita.

“Tahun demi tahun pun kita lalui perkara yang sama dan tahun lepas contohnya lebih kurang 37,000 kehilangan pekerjaan tetapi angka itu termasuk sekali dengan yang ada yang dianggap sebagai pemberhentian sukarela.

“Kita melihat perkara ini dengan lebih positif kerana kita juga dalam masa yang sama menerima hakikat bahawa ekonomi kita dijangka sentiasa berkembang,” katanya pada Astro AWANI di sini hari ini.

Beliau mengulas unjuran yang dibuat Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang meletakkan sektor pembuatan paling berisiko akan menghentikan kerja pada tahun ini.

Jelasnya, antara faktor yang menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja adalah seperti levi yang dikenakan ke atas majikan untuk mengambil pekerja asing, Skim Insurans Pekerja (EIS) dan pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan pada Julai lalu.

“Apa yang kita anggap sebagai pemberhentian ini bukannya berhenti terus. Terdapat pekerja menceburi sektor lain yang dianggap sesuai.

“Dalam masa yang sama, kita mengambil pendekatan positif apabila kebanyakan daripada pemberhentian itu terlibat dalam sektor pembuatan dan perkilangan yang mana kita sangat bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan yang dikeluarkan pada Disember tahun lalu, terdapat sejumlah 15.09 juta pekerja di negara ini sehingga Oktober 2017.

Mengikut rekod, seramai 38,499 pekerja hilang pekerjaan pada 2015. Angka itu bagaimanapun menurun pada 2016 iaitu 37,699.

Selain sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan juga dijangka mengalami pengurangan tenaga kerja.



Source link

read more

David Letterman bakal gegar industri penyiaran



WASHINGTON: Siapa yang tak kenal David Letterman?

Beliau bakal kembali menjadi pengacara program bual bicara baharu pada bulan ini.

Lebih memeranjatkan, apabila menampilkan tetamu khas, bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pada program 12 Januari.

Jemputan lain termasuk George Clooney, Malala Yousafzai, Jay-Z, Tina Fey dan Howard Stern.

Program satu jam itu dijangka menampilkan topik kontroversi, termasuk menyentuh isu-isu di luar studio.

Kali terakhir Letterman menjadi pengacara ialah pada 2015 melalui rancangan “Late Show With David Letterman” di syarikat penyiaran terkenal CBS.



Source link

read more

Belum masa Turki sertai EU – Macron



PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron secara terang-terangan mengumumkan, belum tiba masanya untuk Turki menjadi anggota entiti negara serantau, Kesatuan Eropah (EU).

Hakikat itu dinyatakan sendiri kepada rakan sejawatannya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu pertemuan di Paris pada Jumaat.

Kata Macron, sudah tiba masanya untuk berhenti berpura-pura berhubung prospek keanggotaan EU untuk Turki.

“Atas keprihatinan mengenai hubungan kami dengan Kesatuan Eropah, adalah jelas perkembangan dan pilihan terkini tidak membenarkan rundingan melibatkan Turki ini diteruskan,” jelas Macron dalam satu sidang media.

Rundingan keanggotaan Turki untuk EU tertangguh susulan tindakan dilaksanakan Erdogan bagi mengekang rampasan kuasa pada 2016.

Bagaimanapun, Macron mengakui adalah penting untuk mengekalkan hubungan baik dengan Ankara, dan ini termasuk mempertimbangkan hal selain keanggotaan.

Sebagai contoh, EU boleh mengadakan kerjasama dengan Turki yang akan menjadi faktor kemasukan warganya ke Eropah.

Sementara itu, Erdogan menyifatkan Turki sudah keletihan melobi untuk menjadi negara anggota EU.

Erdogan juga menuduh EU tidak telus dalam hal keanggotaan hingga menyebabkan warga Turki tidak lagi mahu melihat negara itu menjadi sebahagian blok berkenaan.



Source link

read more