Pakatan Harapan setuju PM dua penggal


SHAH ALAM : Pakatan Harapan bersetuju mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal pilihanraya.

Dalam kenyataan yang ditandatangani semua pemimpin parti komponen, tindakan itu bagi menyihatkan amalan demokrasi terbaik.

“Kami bersetuju mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal pilihanraya untuk memugar dan menyihatkan amalan demokrasi terbaik serta mempertegas prinsip kebertanggungjawaban dalam urustadbir negara,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

BACA: PH setuju Tun M dilantik PM, Wan Azizah timbalannya sekiranya menang PRU14

BACA: Anwar Ibrahim dibebaskan lebih awal – KP Penjara

Kenyataan itu dibaca Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah yang membaca kenyataan tersebut sebelum mengumumkan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Perkara itu merupakan sebahagian daripada janji-janji Pakatan Harapan apabila mendapat mandat membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Cadangan itu pada awalnya diutarakan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dicalonkan menjadi Perdana Menteri ketujuh sekiranya gabungan itu berjaya menawan Putrajaya.

Katanya idea itu bertujuan mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan memastikan wujud pengasingan kuasa antara badan perundangan, kehakiman dan eksekutif.



Source link

read more

Remaja etnik Rohingya hilang dibawa arus – Nahas & Bencana


HULU TERENGGANU 9 Jan. – Seorang remaja yang cuba menyelamat dua daripada empat rakannya yang hampir lemas, hilang dibawa arus sungai berhampiran Waterfront Kuala Berang, petang semalam.



MOHAMMAD RAHIM

MOHAMMAD RAHIM

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, Mohammad Rahim Salleh Ahmad,17, awalnya dikatakan cuba menggapai dua rakannya yang mulai hanyut ketika mereka asyik bermain bola.

Remaja etnik Rohingya yang belajar di Madrasah Hidayah Rohinya, Kuala Berang itu turut hanyut, namun dua rakannya sempat diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan berada berhampiran.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang disertai polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Malaysia melakukan pencarian dengan menyusuri sungai sedalam lima meter itu.

Beliau berkata, operasi menyelamat terpaksa dihentikan pada pukul 7 petang berikutan hari semakin gelap dan operasi akan disambung pagi ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Calon Tun M sebagai PM tawaran berani namun belum pasti diterima – Ilham Centre


SHAH ALAM: Kesediaan Pakatan Harapan (PH) memilih Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, masing-masing sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, merupakan satu keputusan yang berani, namun ia dilihat tidak mampu mempengaruhi sentimen pengundi luar bandar sewaktu Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti.

Penganalisis dari Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, tawaran itu akan memberi impak yang hanya memberi signifikan kepada majoriti pengundi Melayu di kawasan bandar dan separa bandar.

“Tawaran (penamaan dua calon itu) itu sebenarnya tawaran paling jelas untuk menghantar mesej kepada pengundi tentang anjakan perubahan di kawasan majoriti Melayu. Impaknya akan melebar daripada situasi sedia apabila Pakatan Harapan memperkukuhkan serangan sewaktu tempoh berkempen nanti.

BACA: PH setuju Tun M dilantik PM, Wan Azizah timbalannya sekiranya menang PRU14

“Tetapi, pengumunan ini tidak lah ada impak besar jika diukur pada skala segmen pengundi luar bandar, kerana faktor Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri bukan sesuatu yang besar, tetapi tawaran blok mana yang lebih dominan untuk menyelesaikan masalah yang lebih dekat di hati mereka,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman yang disampaikan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu Konvensyen kali kedua gabungan itu, di Shah Alam.

Dalam pada itu, Saifuddin, turut mengumumkan langkah Pakatan Harapan untuk memohon Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta memastikan beliau terus dicalonkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Selain itu, turut diumumkan ialah pengagihan 165 kerusi parlimen di kawasan Semenanjung, di mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperolehi 52 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (51), Parti Tindakan Demokratik Malaysia (35) dan Parti Amanah Negara (27).

Mengulas mengenai usaha menjadikan Anwar sebagai perdana menteri seterusnya, Hisommudin berkata, ia mempunyai risiko untuk dijadikan sebagai bahan seteru politik mereka iaitu Barisan Nasional, memandangkan tindakan membebaskan Anwar memerlukan langkah perundangan yang kompleks.

“Maka syarat itu pada pemgamatan saya, sepatutnya Pakatan Harapan tidak letak secara bertulis, kerana proses itu melibatkan uncertainties, tetapi mereka mungkin meletakkannya ekoran wujudnya tekanan yang perlu ditenteramkan,” katanya lagi.

Mengenai dominasi kerusi milik PPBM di kawasan Semenanjung, penganalisis itu berkata, ia memberi mesej terutamanya kepada UMNO bahawa PPBM yang akan memperjuangkan kepentingan Melayu dan Bumiputera, yang selama ini dipegang oleh parti pemerintah dominan dalam Barisan Nasional itu.



Source link

read more

Good job bang peminat puji sosok Aliff Aziz semakin sado



SEJAK kebelakangan ini, sosok tubuh penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kelihatan semakin tegap.

Mula mendekatkan diri dengan aktiviti kecergasan, jejaka kelahiran Singapura ini sering menghabiskan masa bersenam di gimnasium.

Menerusi sebuah entri yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, penyanyi lagu Sayang Sayang ini menjadikan aktiviti kecergasan sebagai azam tahun barunya.

Aliff memuat naik potongan video dirinya sedang bersenam dengan kapsyen: “Salah satu daripada azam tahun baru saya. Untuk meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan dan fizikal, Insya-Allah.”

Aktiviti kecergasan yang menjadi amalan Aliff nampaknya membuahkan hasil kerana perubahan bentuk badannya mula menjadi perhatian peminat.

Ada pengikut laman Instagram Aliff mula memanggil penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku ini dengan gelaran ‘abang sado’.

“@afizztrw18_kelate: Fuyooo. Abang sado.”

“@_aathi.raa: Keep it up bro! Salute!”

“@hanmaleq_: Good job bang. Body dah tinggi lepas tu fit. Pergh, macam model woo. Bertuah Kak Bella.”

“@faezulhakim: Dah jadi lah bro!”

“@nurfaima2016: Sado.”

Aliff kini sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda berjudul Melankolia bergandingan dengan Nonny Nadirah.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff

 



Source link

read more

Golongan wanita kurang tempat dalam pembangkang?  – Politik


SHAH ALAM 7 Jan. – Pakatan Harapan yang diketuai DAP seolah-olah kurang memberi perhatian terhadap suara dan penglibatan kaum wanita apabila seorang pemimpin mereka merayu supaya parti itu memberikan lebih perhatian serta peluang kepada golongan berkenaan. 

Tuntutan itu dibangkitkan oleh Pengarah Pilihan Raya Wanitanya, Haniza Talha yang mana beliau mahu kepimpinan gabungan pembangkang itu tidak menganggap golongan itu hanya sekadar jentera parti semata-mata. 

“Kita mahu dikuatkuasakan tindakan afirmatif bagi memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan penyertaan wanita dalam peringkat pembuat keputusan dalam politik dan kerajaan. 

“Golongan wanita adalah rakan kongsi dalam bangunkan parti gabungan (pembangkang) ini. Beri kami peluang tersebut kerana kami ada keupayaan. Jangan hanya suruh kami buat kerja sahaja,” katanya. 

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR Selangor itu ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini. 

Yang hadir sama dalam konvensyen itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presiden gabungan pembangkang itu, Lim Guan Eng. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MalaysiaMemilih Dr Hatta letak jawatan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan


KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Hatta Ramli didakwa bertindak meletak jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan selepas partinya tidak diberikan kerusi parlimen Titiwangsa.

Sumber dalaman Amanah Wilayah Persekutuan memberitahu Dr Hatta bertindak melepaskan jawatannya ketika rundingan akhir pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan sedang berlangsung pada Sabtu.

Namun, difahamkan Dr Hatta akan diberikan kerusi yang lebih selamat berbanding Titiwangsa yang dikatakan sukar untuk ditawan kerana pengundi di kawasan tersebut menerima baik khidmat penyandang sedia ada, Datuk Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Kewangan II.

“Dr Hatta kecewa sebab dia sasar kerusi Titiwangsa dan sudah buat kerja di kawasan itu sudah lama.

“Tapi difahamkan Amanah akan beri dia bertanding di kawasan yang lebih berpotensi untuk menang,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Dr Hatta merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang tewas pada pemilihan parti itu pada 2015.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu bersama dengan pimpinan lain yang disingkirkan bertindak menubuhkan Amanah.

Kerusi parlimen Kuala Krai dimenangi ketika masih bersama Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada PRU14 nanti, Amanah diberikan tanggungjawab untuk bertanding di 27 kerusi parlimen.

Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding di 165 kerusi parlimen pada PRU14 nanti dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding 52 kerusi, PKR (51) dan DAP (35).



Source link

read more

Feel free to breastfeed here Pope tells mothers in Sistine Chapel



VATICAN CITY: Pope Francis baptised 34 infants during a long ceremony in the Sistine Chapel on Sunday and told their mothers to feel free to breastfeed them there if they were hungry.

During the ceremony that lasted more than two hours, Francis baptised 18 girls and 16 boys, including two pairs of twins.

“If they start performing a concert (by crying), or if they are uncomfortable or too warm or don’t feel at ease or are hungry … breastfeed them, don’t be afraid, feed them, because this too is the language of love,” he said in a short improvised homily.

Women still face harassment for breastfeeding in public in some countries even though attitudes are changing.

The pope has made similar comments in past ceremonies. Television pictures showed at least one mother bottle-feeding her child.

The papal baptism is a yearly event restricted to children of employees of the Vatican or the diocese of Rome. Francis is also bishop of the Italian capital.

The most famous frescoes in the Sistine Chapel – the ceiling scenes and the Last Judgement wall – were painted by Michelangelo.



Source link

read more

PKR DAKWA, MAHATHIR HANYA LAYAK JADI MENTERI CABUK!!! ~ SEMUT HITAM


Ketua Wanita PKR, Zuraida Mak Lampir mendakwa Pengerusi PPBM, Tun Mahathir hanya layak menjadi Menteri Cabuk berbanding jawatan Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU ke 14.

Zuraida yang merupakan penyokong kuat Kartel pimpinan Azmin Ali itu juga mendakwa, Mahathir sudah terlalu tua, justeru itu dia tidak sewajarnya memegang jawatan itu sekali lagi.

“Beliau ada ‘track record’ sebagai negarawan, beliau layak jadi menteri kanan bukan perdana menteri. Saya rasa secara prinsipnya beliau layak jadi menteri kanan. Bukan sebab reformasi. Reformasi 20 tahun dulu kita lawan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Wanita PH di Kajang, hari ini.

Dalam permukiman yang diadakan Pakatan akhir tahun lalu, Tun Mahathir dicalonkan Perdana Menteri dan Wan Azizah dinamakan Timbalan sebagai salah satu strategi menghadapi PRU 14.

Bagaimanapun, pencalonan Tun Mahathir itu didakwa tidak dipersetujui oleh Ketua Umum PKR yang mahu Pakatan kembali kepada semangat permuafakatan dan menolak kepentingan peribadi.

Sumber Palatan memberitahu, Si Ketua Penipu itu mahu Pakatan menangguhkan keputusan calon PM sebelum mendapatkan maklum balas daripada kumpulan masyarakat dan aktivis sivil.

Kesemua syarat ini dinyatakan oleh Si Ketua Penipu itu menerusi sepucuk surat yang disampaikan Azmin Ali ketika Majlis Pimpinan Pakatan memulakan mesyuaratnya semalam.

Dalam masa sama, portal Pro PAN melaporkan media rasmi kerajaan negeri Selangor kini sudah berkempen mencalonkan nama Si Azmin Ali itu sebagai PM yang lebih layak berbanding Mahathir.

Dalam laman Selangorkini.my hari ini, laman rasmi Rejim Pakatan Selangor itu juga turut melaporkan berita bertajuk “Mohamed Azmin layak dicalonkan PM Pakatan, berjaya tadbir Selangor”.

Berita itu melaporkan pandangan yang diutarakan oleh peguam, Harris Idaham dalam Forum Anak Muda: Siapa Perdana Menteri Pilihan Millennial? yang menjelaskan Mohamed Azmin berjaya dengan cemerlang menerajui Selangor.

Sebagai rekod, Azmin berjaya menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor melalui rampasan kuasa yang direncanakan dengan mempergunakan PAS untuk mencantas Wan Azizah sebelum ini. Maka tidak hairan sekiranya dia sanggup melakukan perkara yang sama sekali lagi!!!




Source link

read more

Rakyat perlukan pemimpin jaga hak rakyat bukan politik kebencian – Najib


PEKAN  – Negara memerlukan pemimpin yang berpolitik dengan baik dengan menjaga hak serta kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama dan bukannya politik kebencian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata politik kebencian yang diamalkan oleh pihak pembangkang tidak mencerminkan nilai murni dan norma yang baik untuk masyarakat.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan, Barisan Nasional (BN) tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dan berusaha semampu mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan mengutamakan kepentingan negara.

“Contohnya pada 1 Jan lepas, kerajaan telah mansuhkan kutipan tol di empat buah plaza tol, melaksanakan Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), memberikan bantuan kepada nelayan, pekebun kecil dan bantuan persekolahan. Ini tidak termasuk bantuan pendidikan percuma.

“Insya-Allah kerajaan akan terus lakukan perkara ini sebab negara diurus dengan baik. Sebut sahaja tentang keselamatan, hubungan antara kaum, memperjuangkan syiar Islam, kebajikan rakyat, ekonomi negara…Alhamdulillah semuanya bertambah baik begitu juga dengan prasarana untuk rakyat akan terus dilaksanakan.

“Seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah (telah dan) akan berubah wajah kerana di bawah UMNO, inilah yang kita lakukan, kita (pemimpin UMNO dan BN) bukan orang yang tabur janji atau mainkan politik kebencian, mengata, mengumpat dan kutuk negara dengan kata-kata kesat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada murid sekolah rendah kawasan Parlimen Pekan di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Tabung Haji yang juga Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada majlis itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut menyampaikan sumbangan persekolahan berupa pakaian, beg dan kasut sekolah bernilai RM180 bagi setiap seorang kepada 2,000 murid terpilih yang terdiri daripada pelajar daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu.

Kebajikan rakyat adalah keutamaan tertinggi dalam UMNO dan BN tidak kira sama ada di bandar dan luar bandar, kata perdana menteri.

— BERNAMA



Source link

read more

Mangsa banjir terharu PM luang masa melawat


PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan ibu bapa yang tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mengawasi anak-anak mereka.

Pesanan itu disampaikan secara peribadi kepada beberapa ibu bapa yang ditemuinya semasa melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temai di sini, pada Ahad.

Mangsa banjir Ramzi Mohd Amin, 49, berkata beliau tidak menyangka perdana menteri akan berhenti bertanya khabar dirinya kerana beliau tidak menunggu kedatangan pemimpin negara itu sebab sedang menidurkan anaknya dalam buaian.

“Tiba-tiba saya nampak ramai orang datang ke arah saya…rupanya PM (perdana menteri) menuju ke arah saya. Beliau datang dan tanya berapa lama sudah saya berada di sini?

“Kemudian beliau lihat anak dan pesan jangan bagi anak-anak main dekat air. Jaga keselamatan diri dan anak. Beliau juga minta saya bersabar dengan ujian ini,” katanya semasa ditemui Bernama di sini, hari ini.

Ramzi yang bekerja sendiri memaklumkan beliau berpindah ke PPS itu bersama enam anggota keluarganya sejak rumahnya di Temai Hulu di sini, dinaiki air sejak Khamis lalu.

Terdahulu Datuk Seri Najib tiba di SK Temai pada 11.45 pagi dengan menaiki bot kerana laluan masuk ke PPS yang menempatkan 96 mangsa banjir daripada 21 keluarga itu dinaiki air setinggi dua meter.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Seorang lagi mangsa banjir, Olin Muhammad, 70, berkata Datuk Seri Najib turut bertanya khabar isterinya Noriah Kassim, 65, dan kelihatan gembira apabila melihat wanita itu menggunakan kerusi roda sumbangan beliau.

“Beliau juga tanya jika ada doktor menjenguk keadaan isteri dan saya beritahu ada…ada doktor yang akan bertanya keadaan isteri beberapa kali sejak kami berkampung di sini,” katanya.

Bagi Jamaluddin Imran, 31, beliau seronok apabila dapat melihat sendiri Anggota Parlimen Pekan itu di depan mata kerana sebelum ini, beliau jarang dapat bersua muka memandangkan kehadiran orang yang ramai di pusat itu.

“Rezeki saya pula berdiri di tepi tangga yang dilalui PM. Tak sangka beliau lalu betul-betul bersebelahan saya sebab selalunya tengok dari jauh sahaja,” katanya.

Sementara Fatimah Mat Ariff, 38, yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sri Damai, Kuantan bersama empat orang anaknya yang berumur 18 tahun hingga tiga bulan, turut melahirkan penghargaan kepada perdana menteri kerana sudi bertanya khabar mangsa banjir walaupun sibuk dengan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Walaupun sibuk, tetapi beliau masih sudi berjumpa kami…rasa gembira sebab biasanya tengok dalam tv, sekarang bolehlah tengok depan-depan,” katanya.

Katanya kehadiran pemimpin lain juga seperti Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Shahidan menunjukkan keprihatinan kerajaan tentang kebajikan mangsa banjir.

Bagi seorang warga emas yang turut ditempatkan di pusat pemindahan itu Ali Awang, 71, pula tidak menyangka mimpi bertemu dan bersalam dengan perdana menteri lima bulan lalu akhirnya menjadi kenyataan.

“Tak sangka dalam ramai-ramai mangsa di pusat pemindahan ini, perdana menteri memilih untuk berbual dengan saya. Ia ibarat mimpi jadi kenyataan sebab saya pernah mimpi perkara yang sama lima bulan lepas,” katanya yang menghidap penyakit saraf menyebabkan dia lumpuh dan terpaksa duduk di atas kerusi roda.

Menurutnya sepanjang berbual, perdana menteri banyak menasihatinya agar menjaga kesihatan selain turut menyatakan kesediaan memberikan sebuah kerusi roda yang baharu bagi menggantikan yang lama.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons