Iran bans English in primary schools after leaders warning



DUBAI: Iran has banned the teaching of English in primary schools, a senior education official said, after Islamic leaders warned that early learning of the language opened the way to a Western “cultural invasion”.

“Teaching English in government and non-government primary schools in the official curriculum is against laws and regulations,” Mehdi Navid-Adham, head of the state-run High Education Council, told state television late on Saturday.

“This is because the assumption is that, in primary education, the groundwork for the Iranian culture of the students is laid,” Navid-Adham said, adding that non-curriculum English classes may also be blocked.

The teaching of English usually starts in middle school in Iran, around the ages of 12 to 14, but some primary schools, below that age, also have English classes.

Some children also attend private language institutes after their school day. And many children from more privileged families attending non-government schools receive English tuition from daycare through high school.

Iran’s Islamic leaders have often warned about the dangers of a “cultural invasion”, and Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei voiced outrage in 2016 over the “teaching of the English language spreading to nursery schools”.

Khamenei, who has the final say in all state matters, said in that speech to teachers: “That does not mean opposition to learning a foreign language, but (this is the) promotion of a foreign culture in the country and among children, young adults and youths.”

“Western thinkers have time and again said that instead of colonialist expansionism … the best and the least costly way would have been inculcation of thought and culture to the younger generation of countries,” Khamenei said, according to the text of the speech posted on a website run by his office (Leader.ir).

While there was no mention of the announcement being linked to more than a week of protests against the clerical establishment and government, Iran’s Revolutionary Guards have said that that unrest was also fomented by foreign enemies.

Iranian officials said 22 people were killed and more than 1,000 arrested during the protests that spread to more than 80 cities and rural towns, as thousands of young and working-class Iranians expressed their anger at graft, unemployment and a deepening gap between rich and poor.

A video of the announcement of the ban was widely circulated on social media on Sunday, with Iranians calling it “The filtering of English”, jokingly likening to the blocking of the popular app Telegram by the government during the unrest.



Source link

read more

PAN JOHOR BENGKAK KENA KENCING!!! ~ SEMUT HITAM


Kesian! Malang sungguh nasib yang menimpa puak PAN Johor ni. Kena maki dengan bekas rakan seperjuangan dah sekian. Didakwa menjadi parti Ternakan DAPigs pun dah sekian juga.

Tapi akhirnya pengorbanan yang telah ditonjolkan selama hari ini sehingga dilabelkan sebagai Pengkhianat kepada PAS lansung tidak dihargai oleh pemimpin puak Pakatan Haprak tu.

Sebaliknya, mereka pulak yang dipaksa supaya tunduk kepada ketetapan yang telah dibuat. Sekarang, diorang pulak yang diberi tekanan supaya menjadi lembu yang telah dicucuk hidungnya.

Maka sebab itu PAN Johor memboikot Konvensyen Pakatan yang berlangsung hari ini berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen sesama parti – parti gabungan pembangkang itu.

Pekara itu disahkankan Pengerusi PAN Johor berkata tindakan itu diambil kerana partinya hanya diberi dua kerusi Parlimen sahaja untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Kita minta lima kerusi Parlimen tapi dapat dua kerusi, Parit Sulong dan Pulai saja. Kita ingat tak payah datang. Semua pemimpin Amanah Johor tak datang,” katanya memetik laporan sebuah portal.

Dilaporkan PH telah memuktamadkan soal pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia di antara empat parti menerusi mesyuarat yang berakhir kira-kira 8.30 malam tadi.

Ketidakpuasan hati itu timbul selepas PAN dilaporkan hanya mendapat dua kerusi Parlimen sahaja di Johor, manakala PPBM dibenarkan bertanding 10 kerusi, PKR 8 dan DAPigs pula 6 kerusi.

“Kita nak setimpal seperti apa yang komponen lain terima. Kita sama-sama bangunkan PH di Johor ini dan hubungan ini bermula telah lama dulu sejak Pakatan Rakyat lagi.

“Kita juga berkorban dengan meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah demi bersama PH. Jadi sekurang-kurangnya kita mahukan angka yang setimpal dan seimbang dengan rakan komponen lain.

“Kita bukan minta banyak kerusi, cuma lima. Tapi akhirnya dapat dua saja. Itu yang kita tak puas hati,” kata sumber sebuah portal yang merupakan seorang pemimpin PAN.

Dikatakan dalam mesyuarat malam tadi juga, PH sudah memuktamadkan calon perdana menteri dan timbalannya, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dimana ia akan diumumkan di dalam konvensyen PH hari ini.




Source link

read more

Felda: Proses audit bermula esok


JOHOR BAHRU – Proses audit ke atas FELDA berhubung isu pemindahan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur akan bermula esok, kata Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata pengauditan dijalankan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis lalu bahawa sebuah syarikat audit luar telah dilantik bagi melaksanakan audit forensik.

Shahrir berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada proses itu demi memastikan FELDA mendapat haknya semula ke atas tanah tersebut.

“Kami tidak akan berkompromi dalam isu pindah milik tanah ini kerana kami mahukan semula hak tanah itu.

“Pada masa sama, kami berpendapat ia (pindah milik tanah) adalah satu bentuk salah laku dan tindakan harus diambil sekiranya wujud salah laku, ” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Desa Datuk Hajah Hasnah Ahmad, di sini hari ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Terima kasih Anwar Ibrahim kerana terima saya – Tun Mahathir


SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berharap agar keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim melupakan perkara yang lepas, dan sebaliknya menumpukan usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Berucap sejurus dinamakan calon Perdana Menteri pilihan gabungan empat parti pembangkang itu, Dr Mahathir berkata, beliau sedar tekanan yang dialami keluarga ketua umum PKR itu, namun beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kesanggupan menerimanya semula.

“Di masa saya memerintah (1981-2003 sebagai Perdana Menteri ke-4), dia (Anwar) dihantar ke Sungai Buloh. Bukan mudah baginya untuk menerima saya.

“Bukan sahaja Anwar, malah keluarganya tentu merasai tekanan apabila Anwar dimasuk dalam tahanan. Mereka menderita selama 20 tahun dan untuk melupakan peristiwa ini bukan mudah buat keluarga Anwar,” katanya sewaktu berucap di penghujung Konvensyen Pakatan Harapan, di Shah Alam hari ini.

BACA: PH setuju Tun M dilantik PM, Wan Azizah timbalannya sekiranya menang PRU14

BACA: Pakatan Harapan setuju PM dua penggal

BACA: Calon Tun M sebagai PM ‘tawaran’ berani

Namun, Dr Mahathir berkata, beliau terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana sanggup bekerjasama dengan pasukan, termasuk dirinya sendiri, dalam apa yang mereka anggap sebagai ‘usaha’ menyelamatkan negara ini.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar
atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Namun, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar hari ini berkata, Anwar akan dibebaskan pada 8 Jun ini berdasarkan ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000, 1/3 remitan daripada hukuman diberikan kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan turut bersetuju menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri sejurus selepas gabungan itu mendapat mandat rakyat selepas PRU14 nanti.

Perkara itu diumumkan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu membaca dokumen resolusi konvensyen yang dikenali sebagai Muafakat Pakatan Harapan.

Turut diumumkan, langkah Pakatan Harapan untuk membebaskan Anwar segera melalui permohonan Pengampunan Diraja, serta pengagihan 165 kerusi parlimen Semenanjung untuk empat parti itu.

Dalam sidang media kemudiannya, ketika ditanya sama ada beliau akan memegang jawatan itu untuk tempoh penuh lima tahun, Dr Mahathir berkata, beliau sudah pun berumur 93 tahun.

Ditanya sama ada 165 kerusi itu sudah cukup bagi Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional, Dr Mahathir berkata ia sebenarnya berkemungkinan.

Namun, tambahnya lagi, perlu juga rundingan berterusan dengan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak dalam menentukan jumlah sebenar pengagihan 222 kerusi parlimen.

“Kita punyai 165 kerusi, ia sebenarnya berkemungkinan untuk kita memenangi pilihan raya tanpa memerlukan kita bergantung kepada mereka (di Sabah dan Sarawak), tetapi kami tetap mahu bekerjasama dengan mereka,” katanya lagi.



Source link

read more

Saya rasa janggal ajar Siti Nordiana – Ernie Zakri



PENYANYI Ernie Zakri mengimbas kembali pengalaman ketika mula-mula bergelar guru vokal kepada Siti Nordiana.

Menurut Ernie, wujud rasa janggal apabila dirinya berhadapan dengan penyanyi yang mesra disapa Nana itu.

“Pada mulanya, saya rasa janggal mengajar vokal Nana. Semuanya kerana kedudukan Nana sebagai seorang artis senior.

“Namun begitu, saya bersyukur kerana saya dapat mengajar rakan artis yang memahami dan merendah diri.

“Perkara itu membuatkan pembelajaran menjadi mudah kerana kami boleh sama-sama berkongsi ilmu,” kata Ernie.

Turut bergelar guru vokal kepada penyanyi lain seperti Siti Sarah dan Amira Othman, Ernie lebih mementingkan aspek teknikal.

“Saya mengajar lebih kepada aspek teknikal dalam bidang nyanyian. Gaya nyanyian mereka saya tak ubah dan saya hanya memantau sama ada teknik mereka betul atau salah,” kata Ernie lagi.

Ernie merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda jurusan Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan sedang menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muzik di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sumber: HLive
Foto: Instagram Ernie & Nana



Source link

read more

2,000 murid Parlimen Pekan terima bantuan tambahan persekolahan – Pahang


PEKAN 7 Jan. – UMNO hari ini mengagihkan set kelengkapan persekolahan kepada 2,000 murid sekitar Parlimen Pekan menerusi program Kegembiraan Kembali Ke Sekolah yang bermula hujung tahun lalu.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, daerah ini merupakan lokasi ke 62 dengan keseluruhan sebanyak 78 Parlimen sebelum ke 12 Parlimen di Sabah bagi merealisasikan hasrat kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) membantu golongan memerlukan bantuan.

“Bantuan persekolahan bernilai RM180 bagi setiap murid ini sebagai tambahan kerana sejak Oktober lalu, semua UMNO bahagian seluruh negara telah melaksanakannya demi menjaga kebajikan mereka.

“Agihan bantuan persekolahan ini juga bukanlah terlewat kerana sesi persekolahan telah dibuka namun sebagai tambahan kepada nama murid-murid yang tercicir sebelum ini,” kata beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Murid-murid Miskin Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lelaki pecah masuk tokong ditahan


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki bertatu di kedua-dua tangannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian ceroboh di sebuah tokong di Jalan Kampung Manggis, Permatang Tinggi di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah kedai mencuci kenderaan di Jalan Rozhan, di sini kira-kira 1.30 pagi Ahad.

“Dalam kejadian kira-kira 1 petang Jumaat lepas, penjaga tokong berkenaan berusia 60 tahun membuat laporan polis selepas mendapati kunci mangga pada pintu jeriji tokong diumpil.

“Pemeriksaan mendapati dua unit lampu minyak tembaga milik tokong bernilai kira-kira RM2,500 hilang manakala terdapat kesan potong pada peti besi yang menyimpan wang derma tetapi duit tidak sempat dicuri,” katanya di sini Ahad.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup dalam tokong yang sudah beroperasi lebih 30 tahun itu, mendapati seorang lelaki menaiki sebuah motosikal memecah masuk rumah ibadat berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata suspek dipercayai masuk melalui pagar hadapan tidak berkunci dan memecahkan mangga stor menyimpan barang tokong, dan semasa kejadian tiada penjaga dan orang bersembahyang di situ.

Susulan kejadian itu, beliau berkata polis menahan lelaki berkenaan dan merampas satu bongkah berwarna kuning dan berlambang serta berukiran naga.

“Selain itu, polis turut merampas beberapa barangan lain termasuk sebuah motosikal digunakan dalam kejadian berkenaan serta sebuah topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kami sedang siasat sama ada ia digunakan untuk menyamar sebagai polis,” katanya.

Beliau berkata polis juga sedang mengesan dua unit lampu tembaga yang dicuri itu dan ia dipercayai telah dijual.

Katanya lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta dan mempunyai enam rekod lampau itu kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Pelakon Star Trek Alezander Rozhenko meninggal dunia pada usia 33 tahun



Pelakon filem sains fiksyen Star Trek: The Next Generation, Jon Paul Steuer meninggal dunia pada usia 33 tahun.

Bintang kanak-kanak ini yang terkenal dengan watak ‘Alexander Rozhenko’, meninggal dunia pada 1 Januari 2018 namun punca kematiannya belum didedahkan lagi, menurut laporan akhbar Oregon, Willamette Week.

Pemergian mendiang pada usia muda mengejutkan ramai pihak termasuk peminat setia Star Trek.

Ucapan takziah memenuhi ruangan komen selepas Star Trek Online berkongsi berita sedih itu menerusi Twitter rasminya.

Dilahirkan di California pada 27 Mac 1984, mendiang dilabel sebagai pelakon cilik paling berbakat ketika muncul di kaca televisyen pada usia 3 tahun.

Mendiang juga popular dengan gelaran Jonny P Jewels selepas menukar kerjaya sebagai penyanyi dan pemuzik.

Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, mendiang tidak melepaskan peluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Paling membanggakan, restoran berkonsepkan ‘vegetarian’ sering menjadi tumpuan pengunjung dan penggemar makanan sihat yang diusahakan mendiang, terletak di Portland, Oregon.



Source link

read more

60 peniaga terima lesen pasar malam – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 7 Jan. – Kira-kira 60 orang peniaga pasar malam menerima lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Lesen Pasar Malam yang diadakan di Kawasan Perumahan Awam Sri Johor di sini hari ini.

Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, galakan pemberian lesen kepada peniaga pasar malam ini adalah salah satu usaha DBKL untuk mentransformasikan pasar malam di sekitar Kuala Lumpur.

“DBKL banyak membantu para peniaga dengan menyediakan khemah yang seragam secara percuma kepada peniaga,malahan lesen yang diberikan ini pun telah diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

“Jadi, saya harap semua peniaga dapat memberikan kerjasama kepada pihak penganjur dan DBKL untuk menjaga kebersihan dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut di sini hari ini.

Majlis anjuran Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Johor 4A tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd. Zain, Presiden Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur, Rosli Mohd. dan Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Johor 4A, Abu Daud Ibrahim. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Calon Tun M jadi PM Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali – Khairy


JELEBU: Ketidakstabilan politik pada kepimpinan Pakatan Harapan (PH), boleh mengakibatkan jumlah pelabur asing merudum sekaligus menjejaskan ekonomi negara, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mengulas pemilihan pengerusi parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, beriau berkata tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu sebelum digantikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya apabila dikenang kembali pergolakan yang berlaku antara dua pemimpin itu pada tahun 1998, bukan mudah untuk Mahathir menyerahkan jawatan sebagai perdana menteri itu kepada Anwar, selepas enam bulan atau setahun memegangnya.

Khairy mengulas bahawa Anwar juga telah lama dahaga untuk merebut jawatan berkenaan, dan situasi itu mengakibatkan ketidakstabilan dalam negara sehingga mengakibatkan pelabur asing tidak yakin untuk terus melabur.

“Seperti dijangka mereka memilih Mahathir sebagai calon perdana menteri dan mereka berkata akan memohon Pengampunan Diraja untuk Anwar secepat mungkin. Pada saya ini hanya akan meningkatkan pergolakan dalam parti dan menyebabkan keyakinan orang ramai berkurangan.

“Orang pun tidak tahu selama mana Mahathir akan menjadi perdana menteri dan bila Anwar akan akhirnya mengambil alih jawatan itu. Andai saya seorang pelabur saya akan berfikir dua hingga tiga kali sebelum saya membuat pelaburan besar sebab kita tidak tahu apakah corak kepimpinan parti tersebut, siapa yang akan menjadi perdana menteri selama setahun, dua tahun.

“Maka ketidakstabilan politik akan terwujud dan ini akan menjadi masalah yang sangat besar dan bakal berlaku sekiranya mereka menang pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya BN parlimen Jelebu di Kompleks Komuniti Dun Simpang Pertang, Negeri Sembilan, pada Ahad.

Khairy turut membidas janji PH untuk memberikan hak penyiaran bola sepak luar negara kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekiranya mereka menang PRU14 akan datang.

“Kalau diberikan kepada RTM, siapa yang akan bayar? Akhirnya menggunakan wang rakyat. Katakanlah nak bersiaran kena bayar RM200 juta, takkan nak belanja begitu sahaja?” tanya Khairy.

Dalam pada itu, pada majlis yang dihadiri lebih 6,000 orang itu, Khairy turut menyeru jentera BN untuk tidak lagi leka dan menggunakan sepenuh tenaga bagi menghadapi PRU-14 ini.

Katanya, semua jentera BN perlu memainkan peranan untuk menerangkan setiap isu kepada rakyat tidak kira dimana-mana termasuk surau, kedai kopi, mahupun menerusi platform mesej seperti Whatsapp.

Pakatan Harapan hari ini menyatakan kesediaan memilih Tun Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, masing-masing sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Konvensyen Pakatan Harapan Ke-2 yang berlansung di Shah Alam.

Ketua Setiasuaha Sektretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah yang membuat pengumuman itu turut berkata kerajaan pimpinan PH akan berusaha untuk memohon Pengampunan Diraja untuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Source link

read more