32 hilang dalam insiden kapal tangki Iran berlanggar di timur China



BEIJING: Sekurang-kurangnya 32 orang termasuk 30 daripadanya rakyat Iran dilaporkan hilang dalam satu kejadian perlanggaran membabitkan sebuah kapal tangki dan kapal kargo di timur China pada Ahad.

Sumber Kementerian Pengangkutan China memaklumkan, kemalangan yang berlaku menyebabkan kapal yang membawa 136 ribu tan minyak mentah terbakar.

Dalam kenyataan tersebut, kesemua 32 kru kapal termasuk dua rakyat Bangladesh masih belum ditemui.

Menurut kenyataan itu juga, kru kapal kargo pula bagaimanapun dapat diselamatkan.

Ketika kejadian kapal malang terbabit sedang berlayar dari Iran menuju Korea Selatan.

Sehingga jam 1.00 petang waktu tempatan, kapal terbabit dilaporkan masih terbakar dan usaha menyelamat sedang giat dilakukan.

Selain China, Korea Selatan turut menghantar helikopter dan kapal bantuan.

Kapal yang dinamakan Sachi itu dibina pada 2008 dan diuruskan oleh National Iranian Tanker Co (NITC).

Ia berlanggar dengan kapal CF Crystal yang didaftarkan di Hong Kong.

Ini kali kedua kapal Iran itu bertembung dengan sebuah kapal lain.

Pada 2016 ia melanggar sebuah kapal kontena di Selat Singapura namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.



Source link

read more

Najib Razak teruja jumpa PM – Pahang


PEKAN 7 Jan. – Kanak-kanak tahun dua Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai di sini, Mohd. Najib Razak Jefree teruja apabila dapat bersua muka dengan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Murid-murid Miskin Parlimen Pekan di sini hari ini.

Mohd. Najib Razak, 8, berbangga namanya sama dengan Perdana Menteri selepas dimaklumkan bapanya, Jefree Wahab, 49, beberapa tahun lalu.

Malah, namanya disenaraikan sebagai penerima pertama daripada 2,000 murid yang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada majlis tersebut yang disempurnakan Najib.

Menurut ibunya, Siti Nor Faizah Sh. Harun, 40, ekorannya nama anaknya itu, rata-rata penduduk sering mengusik Mohd. Najib Razak mengenai status bantuan persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

“Kelakar juga apabila kadangkala bila balik dari sekolah, ada jiran yang bertanyakan kepadanya bila nak bayar BR1M. Namun, saya menganggap itu sebagai gurauan dan berbangga dengan nama tersebut,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MalaysiaMemilih Fokus kepada kerusi boleh menang – Pemuda Amanah


KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) perlu memberi perhatian kepada kerusi yang boleh memberikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbanding jumlah kerusi bertanding, kata Timbalan Ketua Pemudanya Muhammad Faiz Fadzil.

Hujah Muhammad Faiz, kemenangan dalam PRU14 juga boleh menentukan survival Amanah dalam landskap politik negara pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan daripada badan penyelidik Ilham Centre yang menasihatkan Amanah tidak meminta terlalu banyak kerusi parlimen bagi menghadapi PRU14.

“Jika Amanah diberikan tanggungjawab untuk bertanding di kerusi-kerusi yang mempunyai harapan untuk memang ia adalah lebih baik berbanding kerusi yang banyak tetapi tidak memberikan harapan kepada kita.

“Apa yang lebih baik, apa yang lebih bijak adalah keputusan, we want the result, we want the result means quality seat, jadi numbers not important, quality seat more important,” katanya kepada Astro AWANI.

Sebelum ini Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berpendapat Amanah perlu melihat kepada kekuatan sebenar mereka sebelum menuntut kerusi yang lebih banyak.

Hisommuddin berkata pimpinan Amanah tidak seharusnya terpengaruh dengan permintaan akar umbi mereka dalam membuat keputusan untuk menuntut kerusi pilihan raya.

Amanah kini mempunyai enam ahli parlimen yang mana kesemua mereka adalah bekas wakil rakyat Pas yang bertindak keluar parti selepas tewas pada pemilihan parti pada 2015.



Source link

read more

Gunung berapi Pulau Kadovar meletus lebih 500 penduduk dipindahkan



SYDNEY: Gunung berapi pulau terpencil di Papua New Guinea mula melepaskan abu ke udara, memaksa lebih daripada 500 penduduk dipindahkan, lapor media dan badan kebajikan negara itu.

Gunung berapi di Pulau Kadovar, setinggi 365 meter terletak di  pantai utara Papua New Guinea, dianggap tidak aktif hingga ia mula meletus pada 5 Januari.

“Ketika ini ia (gunug berapi) hanya mengeluarkan abu,” kata peramal di Pusat Amaran Asap Gunung Berapi Darwin, Cheyne O’Brien kepada Reuters.

Kepulan debu menjulang hingga 2,133 meter membetuk kepulan awan dan kini bergerak ke arah barat dan barat laut,

Bagaimanapun, jelasnya, kepulan asap itu masih tidak mencetuskan bahaya kepada penerbangan.

Namun, perubahan arah tiupan angin mungkin menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Wewak di Papua New Guinea.

badan kebajikan di Amerika Syarikat, Samaritan Aviation yang mengendalikan pesawat ke kawasan terpencil di negara itu memaklumkan, semua penduduk di pulau itu telah dipindahkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kami masih tiada perincian ke mana semua mangs adipindahkan dan akan mengetahuinya tidak lama lagi,” kata badan kebajikan itu.

Usaha menghubungi pihak berkuasa di Papua New Guinea masih tidak berjaya, setakat ini.



Source link

read more

Veteran PKR Terhidu Mahathir Pandu Pakatan Harapan Ke Arah Agenda Peribadi!?



Leave a Comment