Comelnya Ayoh – Makeover bapa Emma Maembong jadi perhatian netizen



TINDAKAN pelakon drama bersiri Awak Suka Saya Tak, Emma Maembong memuat naik video sesi ‘makeover’ bapanya, Ismail Embong di laman Instagram menarik perhatian netizen.

Dalam sedutan video berdurasi 58 saat itu, rambut bapa Emma yang mesra dipanggil Ayoh digunting kemas serta janggut serta jambangnya turut dirapikan.

“Misi handsome kan ayoh. Thank you so much @shorteabarbershop handsome kan ayoh saya,” tulis Emma.

Usaha Emma mendapat pujian pengikut laman Instagram dan ramai pihak menyifatkan tindakan Emma itu sebagai satu perkara yang sangat ‘sweet’.

Peminat turut memuji gelagat bapa Emma yang sangat comel dalam video tersebut.

“@modesty_byfarasy: Comel lah ayoh Emma.”

“@nurulissajo30: Kemah keming. Steady lah ayoh.”

“@misbanormawati: Bab ni Emma sweet sangat.”

“@iilyanaaaa: Kasih yang tak terperi. I love you Kak Emma. Seriously.”

“@saifzarakhan: Suka tengok Emma layan ayoh dia.”

Untuk sesi tersebut, Emma membawa bapanya ke kedai gunting rambut milik pelakon Mustaqim Bahadon, Shortea Barbershop yang terletak di Wangsa Maju.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Emma & Mustaqim

 



Source link

read more

Ibu HIV hadapi suratan hidup – Kelantan


KOTA BHARU 7 Jan. – Kematian suami akibat serangan angin ahmar dan penyakit HIV pada 2011 diterima sebagai takdir namun seorang ibu tunggal beranak empat dari Kampung Baung di sini tidak menyangka satu suratan lebih perit tertulis untuknya setahun selepas itu.

Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama ‘Kak Za’ itu disahkan menghidap HIV pada bulan Jun 2012 selepas menjalani ujian saringan penyakit yang digeruni itu.

Apa yang membuat naluri Kak Za meruntun sedih adalah pemeriksaan kesihatan itu dijalankan kerana niatnya untuk membina mahligai baharu dengan seorang lelaki budiman namun hasrat itu terpaksa dibatalkan.

“Sebaik sahaja mendapat keputusan ujian saringan, saya sendiri yang meminta perkahwinan dibatalkan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Bakal suami ketika itu tidak bersetuju malah bersungguh-sungguh menyatakan mahu menjaga saya sebagai isterinya sehingga sembuh tetapi itu sudah tentu perkara yang mustahil.

“Saya tekad untuk meneruskan hidup sendiri bersama anak-anak dan berjuang menghadapi penyakit ini dengan sisa masa yang ada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Kak Za yang mengambil upah menjahit menerima kunjungan daripada rombongan Ketua Wanita UMNO Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope dan Presiden Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi), Mohd. Zailani Abd. Rahman.

Semasa lawatan itu, Zarina memberi komitmen untuk membantu membina pagar jerisi besi di hadapan rumah wanita berkenaan bagi menjamin keselamatan mesin jahit yang menjadi punca rezekinya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PRU14 MCA Gerakan tekad raih keputusan terbaik


KUALA LUMPUR: Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama yang dilakukan sebelum ini selain bertekad meraih keputusan terbaik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau sangat positif kedua-dua parti itu akan meraih undi pada PRU14, berdasarkan komitmen padu mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kami telah belajar daripada kesilapan kami pada masa yang lalu, ia adalah kesilapan besar dan kami tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama (pada PRU14),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan MCA-Gerakan bertajuk ‘Teguh Bersama’ di Wisma MCA, di sini pada Sabtu.

Berhubung perhimpunan itu, Liow berkata tidak pernah dalam sejarah MCA dan Gerakan bahawa kedua-dua parti begitu bersemangat tinggi seperti hari ini.

“Kami memberi banyak wajaran kepada rakyat serta kami berharap rakyat akan melihat MCA dan Gerakan adalah serius mengenai masa depan negara kita,” katanya.

Tiong Lai berkata kedua-dua parti akan melancarkan jerayawara Visi Nasional di seluruh negara, untuk menyebarkan maklumat kepada akar umbi menjelang PRU14.

“Jerayawara ini penting untuk rakyat Malaysia kerana kita hendak tonjolkan wawasan dan visi negara kita.

“Kita mahu rakyat faham apa yang kita telah jelmakan..Saya rasa ramai yang tidak faham dan tidak tahu negara mempunyai visi yang cukup baik untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyatakan kepimpinan kedua-dua parti itu mengadakan mesyuarat lebih lima kali sepanjang dua bulan lepas, untuk membincangkan pelbagai isu dan akan membentangkan hasil mesyuarat itu kepada kerajaan.

“Isu-isu ini adalah perkara yang dekat dengan kami dan kami mengambil langkah yang betul,” katanya.

Siew Keong juga menegaskan bahawa perhimpunan itu melakar sejarah dan adalah permulaan baharu bagi kedua-dua parti, Gerakan dan MCA.

“Kita juga telah menyatakan komitmen untuk menolong satu sama lain di semua kawasan pada PRU14,” katanya.

Pada PRU13, MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU 2008. Pada PRU13, MCA bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri.

Gerakan pula hanya mampu memenangi satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN sebelum menambah satu lagi kerusi Parlimen di Teluk Intan melalui pilihan raya kecil pada 2014.

— BERNAMA



Source link

read more

John Young lelaki yang pernah berjalan di bulan meninggal dunia



ANGKASAWAN yang pernah menjejakkan kaki di bulan John Young dan juga bertanggungjawab sebagai pengarah dalam misi ulang-alik angkasa pertama, meninggal dunia, menurut satu kenyataan Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA).

Agensi angkasa itu berkata, Young meninggal dunia pada Jumaat berikutan komplikasi radang paru-paru dan berusia 87 tahun.

NASA berkata Young adalah satu-satunya angkasawan agensi untuk melakukan misi ke angkasa sebagai sebahagian daripada program Gemini, Apollo dan angkasa lepas selain individu yang pertama terbang ke angkasa sebanyak enam kali.

Young yang meninggal dunia di rumahnya di Houston juga merupakan lelaki kesembilan berjalan di bulan.



Source link

read more

Awas penyeludup – Kelantan – Utusan Online


TUMPAT 7 Jan. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini melancarkan Ops Khas Bersepadu di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan di kawasan tersebut.

Ops Bersepadu selama dua minggu yang bermula hari ini melibatkan kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara JKDM dengan Majlis Keselamatan Negeri (MKN); Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor; Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem).

Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Yusoff berkata, operasi tersebut melibatkan laluan laut dan darat yang akan dilakukan selama 24 jam melalui rondaan bersepadu.

Menurutnya, JKDM negeri ini juga sudah mengenalpasti beberapa laluan panas yang sering menjadi tumpuan penyeludup dalam menjalankan kegiatan haram tersebut.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dalam menjalankan kegiatan haram ini.

“Kita juga percaya kerjasama NBOS ini merupakan langkah terbaik dalam mengekang aktiviti penyeludupan,” katanya pada majlis Pelancaran Ops Khas Bersepadu di Pengkalan Kubor di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PRU14 Persediaan UMNO Sabah di tahap gear turbo


SEMPORNA: Persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini boleh diibaratkan di tahap ‘gear turbo’, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau berkata momentum itu dipertingkatkan lagi dengan penganjuran pelbagai program membabitkan peringkat akar umbi dan rakyat.

“Misalnya, program bersama akar umbi termasuk ketua kampung dan ketua cawangan UMNO (di Semporna) pada hari ini turut kita selitkan ruangan pemberian bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO kepada ketua akar umbi sebagai penyuntik semangat berhadapan PRU14.

“Mereka ini adalah barisan hadapan BN yang akan memperluaskan semangat mengundi kepada rakyat,” katanya.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas ketua cawangan UMNO Bahagian Semporna, ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di sini, pada Sabtu.

Berhubung dakwaan pembangkang yang melabelkan tindakan ahli parti pembangkang Parti Warisan Sabah (Warisan) keluar parti itu dan menyertai UMNO adalah sandiwara, Ramlee menegaskan dakwaan itu tidak berasas.

“Bekas ahli pembangkang yang kini bersama UMNO dilihat tampak bersemangat dan bersungguh bekerja untuk rakyat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Phnom Penh peringati 39 tahun bebas cengkaman rejim Khmer Rouge


PHNOM PENH: 39 tahun lalu, sekurang-kurangnya 1.7 juta penduduk Kemboja dibunuh kejam oleh rejim Khmer Rouge.

Kebanyakan mangsa terbunuh akibat diseksa, kelaparan, keletihan atau sakit berjangkit di kem buruh atau dipukul hingga mati.

Majlis turut diserikan dnegan persembahan kebudayaan

Hari ini, 40,000 penduduk menghadiri upacara memperingati mangsa terkorban selain sebagai tanda kebebasan dari rejim Pol Pot.

Majlis yang diadakan di Phnom Penh itu dianjurkan Parti Rakyat Kemboja (PKP) yang turut dihadiri Perdana Menteri, Hun Sen.

“7 Januari setiap tahun merupakan tarikh keramat buat kita semua. Kita terselamat dari menjadi mangsa kekejaman Pol Pot dan berjaya mengembalikan hak rakyat Kemboja yang hilang, “ ujar beliau semasa berucap pada majlis berkenaan.

Ia berlangsung di Phnom Penh

Sementara itu, Pemimpin Pembangkang, Sam Rainsy menerusi laman Facebooknya memaklumkan, kekejaman Khmer Rouge dengan pembunuhan beramai-ramai dimulakan Vietnam untuk melemahkan Kemboja dan mengekalkannya di bawah kawalan Vietnam.

Kebanyakan mangsa terbunuh akibat penyeksaan, kelaparan, keletihan atau sakit yang  terjangkiti di kem buruh atau dipukul hingga mati



Source link

read more

Audit isu pindah milik tanah Felda bermula esok – Shahrir – Nasional


JOHOR BAHRU 7 Jan. – Audit ke atas Felda berhubung isu pindah milik tanah milik agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur akan bermula esok.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pihaknya akan beri kerjasama penuh dengan firma audit yang dilantik Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Khamis lalu, JPM mengumumkan pelantikan syarikat audit luar berhubung hal ini dan kita akan beri kerjasama penuh.

“Felda tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana kami mahukan semula hak ke atas tanah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Desa Datuk Hajah Hasnah Ahmad, di sini sebentar tadi.

Shahrir yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru turut memberitahu pihaknya berharap tindakan undang-undang akan diambil sekiranya benar wujud salah laku dalam hal tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Risda terima RM37.2 juta laksana pembangunan fasa pertama di Kelantan


MACHANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM37.2 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk melaksanakan program pembangunan fasa pertama bagi pekebun kecil di Kelantan tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata antara program pembangunan itu adalah tanaman semula getah dan program keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

“Kita berharap peruntukan kedua tidak kurang besarnya.

“Ini penting bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penerangan Program Pembangunan Risda Kelantan 2018 dan Pemimpin Bersama Rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong di sini, pada Sabtu.

Ahmad Jazlan berkata peruntukan itu menunjukan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata selain Risda, kementerian itu mengarahkan agensinya yang lain seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk meninjau kehidupan rakyat dan membantu mengatasi masalah yang mereka hadapi.

“Kita tidak mahu golongan miskin tertinggal atau terlepas pandang. Oleh itu, program turun ke akar umbi adalah penting supaya bantuan yang diperlukan dapat disalurkan dengan segera dan berkesan,” katanya.

Beliau menjelaskan bantuan itu diberikan tanpa mengira fahaman politik seseorang penerima itu.

— BERNAMA



Source link

read more

RM7 juta diluluskan baiki bumbung, tangki air – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Jan. – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan RM7 juta bagi menyelenggara beberapa kerosakan di kawasan perumahan Pangsapuri Indah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Zon 13, Sri Serdang, dekat sini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, daripada jumlah tersebut, RM5 juta akan digunakan bagi membaiki kesemua bumbung di 11 blok kawasan perumahan tersebut manakala RM2 juta untuk membaiki tangki air di tujuh buah blok, kawasan yang sama.

“Saya difahamkan penduduk di sini mengalami masalah bumbung terutama mereka yang menetap di 11 blok lama. Kalau kena angin boleh bocor selain masalah tangki air di tujuh buah blok baharu yang sering rosak dan kerap kehabisan air.

“Saya telah berbincang dan ingin memaklumkan ada peruntukan disediakan di bawah kementerian untuk kesemua kos penyelenggaraan tersebut, jadi saya luluskan RM7 juta untuk membaiki bumbung dan tangki air di kawasan perumahan di sini,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Pelancaran Program Transformasi Nasional Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) Kejiranan Indah di Pangsapuri Indah PKNS, Taman Sri Serdang, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more