Perompak gagal lolos akibat terkena peluru polis



KARACHI: Seorang perompak gagal meloloskan diri selepas mengalami kecederaan dalam kejadian berbalas termbakan dengan sepasukan anggota polis dalam kejadian yang berlaku berhampiran kuil Wilayat Ali Shah di Malir, Karachi pada Isnin.

Suspek yang cedera parah akibat terkena peluru dilaporkan sedang diberikan rawatan di pusat perubatan Jinnah.

Menurut polis, suspek dikenali sebagai Zulfiqar.

Ketika ditahan, polis merampas empat telefon bimbit milik mangsa.

Sementara itu, dua lagi rakan suspek yang berjaya melarikan diri kini sedang diburu pihak berkuasa.



Source link

read more

27 Tabika KEMAS perintis Tabika Transit


KUALA LANGAT 08 JANUARI 2018. Menteri Kemajuan Luar  Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima buku amalan kebersihan daripada pelajar tabika kemas Ain Balqis Farah Insyirah Mohd Shali ketika melakukan Program Lawatan Sesi Awal Tahun Persekolahan dan Pelancaran Buku Amalan Kebersihan Di Tabika Kemas di Tabika Kemas Ain Balqis Jenjarom Barat, Kampung Jenjarom. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat  Datuk Sulaiman Mohd Kardi (kiri). NSTP/ROSLIN MAT TAHIR

MO, 8/1/2018, BANTING – Sebanyak 27 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) kendalian KEMAS di kawasan bandar akan menjadi perintis Tabika Transit KEMAS, mulai pertengahan bulan ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Tabika Transit itu akan dilanjutkan sehingga jam 5.30 petang, khusus bagi kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa bekerja.

“Tabika Transit ini akan beroperasi bermula jam 1 tengah hari sehingga jam 5.30 petang dan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ibu bapa di bandar yang bimbang keselamatan serta penjagaan anak ketika mereka keluar bekerja.

“Antara kawasan yang terbabit projek perintis ini ialah di Presint 5 Putrajaya; Pengerang, Segamat, Tangkak (Johor); Kubang Kerian (Kelantan); Gombak (Selangor); Kota Kinabalu (Sabah); Kuching (Sarawak) dan beberapa tempat lagi,” katanya pada sidang media selepas Program Pelancaran Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Tabika KEMAS, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Tabika Transit itu akan diuruskan Jawatankuasa Aktiviti Tabika yang akan dipilih ibu bapa sendiri dan dipantau KEMAS.

“Mengenai aktiviti waktu petang terpulang kepada jawatankuasa Tabika itu sendiri. Contohnya bagi mengisi masa terluang pihak Tabika boleh adakan aktiviti kelas Mandarin, mengaji atau seni mempertahankan diri,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan itu akan menjadi sebahagian modul pembelajaran Tabika KEMAS di seluruh negara, mulai tahun ini.

“Buku garis panduan ini dilancarkan untuk membudayakan aspek kebersihan kepada kanak-kanak di Tabika dengan lebih tersusun iaitu dalam bentuk aktiviti kokurikulum.

“Sebelum ini, Tabika KEMAS sudah mengamalkan budaya kebersihan, namun kebanyakan dilakukan pembantu Tabika yang dilantik.

“Jadi, selepas ini kanak-kanak akan dilatih menjaga kebersihan seperti mengelap meja dan membasuh pinggan sendiri,” katanya.



Source link

read more

72000 dibuang kerja sejak 2016. Ini sebab mengapa anda tidak perlu risau


KUALA LUMPUR: ISU peluang pekerjaan, kualiti perkerjaan, cabaran dalam pertumbuhan inklusif yang dihadapi dunia ketika ini adalah bertitik tolak daripada kelembapan ekonomi global sejak 2016, jelas Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Ekonomi dunia berhadapan dengan dua cabaran yang dihadapi secara serentak, (pertama) untuk memulihkan kesan kelembapan ekonomi dunia dan (kedua) mewujudkan peluang pekerjaan baru dalam persekitaran buruh yang berubah,” menurut ILO.

Keadaan itu juga tidak jauh berbeza berbanding Malaysia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia hari ini, lebih 72,000 pekerja dibuang kerja pada 2016 dan 2017, kebanyakan daripada sektor pembuatan terutamanya ketegori pekerja operator, pemasang loji dan mesin.

Ia adalah tambahan kepada lebih 183,000 penganggur yang sedang mencari pekerjaan yang mana 31 peratus adalah lepasan siswazah.

Laporan Bank Negara Malaysia pada tahun lalu pula menyatakan Malaysia adalah antara ekonomi yang paling terjejas akibat pengangguran belia di rantau ini, dengan jumlah pengangguran belia mencecah 10.7 peratus pada 2015.

Begitupun, bukan semuanya suram dalam sektor buruh.

Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) mensasarkan peningkatan 1.5 juta peluang pekerjaan baharu bagi tempoh 2016 ke 2020 dengan purata 300,000 pekerjaan baharu diwujudkan setiap tahun.

Negara juga memerlukan 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020 berbanding hanya 28 peratus pada 2015.

Peningkatan peluang pekerjaan tersebut didorong peningkatan pelaburan terutamanya sektor swasta yang mencecah RM113.5 bilion seperti yang dilaporkan oleh Lembaga Pembangunan Pe­­­la­­buran Malaysia (MIDA) menerusi Laporan Ekonomi 2017/18.

Sementara itu, berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2017 pula menunjukkan lebih daripada 90 peratus peluang pekerjaan baharu diwujudkan adalah daripada sektor perdagangan borong dan runcit.

Dalam hal ini,  Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berpendapat, penting untuk bakat-bakat dalam negara untuk mempunyai daya keanjalan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan (future jobs) selain memastikan mereka sentiasa relevan dalam persekitaran global yang semakin kompetitif dan dinamik.

“Antara initiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuk penubuhan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), menyediakan kemudahan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), mengukuhkan dan memperkasakan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan menubuhkan 1Malaysia Outplacement Centre (1MOC) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Bhd,” jelasnya.



Source link

read more

Bekas pemandu Steven Spielberg tembak isteri dua anak sebelum bunuh diri



Seorang lelaki menembak mati isteri dan dua anaknya sebelum membunuh diri di kediaman mereka di California.

Suspek Michael Birnkrant, 51 tahun, dipercayai menembak mati isterinya Amy Birnkrant, 47 tahun, dan dua anak mereka Drew, 20 tahun, dan Sean, 11 tahun.

Polis Los Angeles menjumpai empat mayat di lokasi kejadian pada Jumaat selepas dihubungi jiran keluarga tersebut.

Menurut polis, keempat-empat mayat tersebut ditemukan cedera di bahagian dada di bilik berasingan di rumah mereka.

Polis menjumpai sepucuk pistol berhampiran mayat Michael.

Portal New York Daily News melaporkan Michael pernah menjadi pemandu peribadi selebriti ternama Hollywood, antaranya Steven Spielberg and J.J. Abrams.

Selain itu, dia juga terlibat sebagai pemandu di set penggambaran filem “Mission: Impossible III” dan “Little Fockers.”



Source link

read more

PKR DAKWA TUN MAHATHIR PERGUNAKAN KELEMAHAN PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Bekas pimpinan tertinggi PKR hari ini menyifatkan Tun Mahathir bijak menggunakan peluang disebalik ‘kelemahan’ dikalangan Pakatan untuk mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub enggan meletakan keyakinan tinggi terhadap kemampuan Tun Mahathir apatah lagi ia hanya bersifat sementara.

“Dr Mahathir bijak memanfaatkan keadaan muafakat parti-parti komponen yang lain yang tidak dapat mengemukakan dengan tegas calon PM, sehingga beliau ambil kesempatan atas ruang yang ada itu.

“Sementara sahaja, itulah keadaan yang ada… Saya tak kata itu yang terbaik, namun itu yang dapat dilakukan seketika oleh PH dalam menghadapi PRU14,” katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Mustafa dalam pada itu kurang yakin dengan kemampuan Mahathir untuk meyakinkan parti-parti pembangkang mengadakan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

“Dalam soal menggembleng supaya kita mampu berdepan satu lawan satu dengan BN. Kelihatannya, soal kemampuan dan kesediaannya untuk berbuat demikian. 

“Elemen kesabaran beliau untuk menyatukan pembangkang agak kurang dan saya kira, boleh membantutkan kemampuan pembangkang untuk berdepan dengan BN,” ujarnya lagi.

Menerusi Konvensyen Pakatan semalam, gabungan itu mengumumkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Namun tempoh jawatan Tun Mahathir hanya bersifat sementara memandangkan gagasan itu akan mengusahakan pembebasan Si Ketua Penipu itu dan melantiknya sebagai Perdana Menteri yang seterusnya.

Keputusan itu, bagaimanapun mengundang bibit-bibit kecewa di kalangan pemimpin pembangkang, terutama dikalangan puak PKR yang mempersoal kemampuan Pakatan yang GAGAL menamakan calon Perdana Menteri dikalangan mereka sendiri!!!




Source link

read more

Local market continues rally, ringgit betters 3.0 to Sing dollar


Marketreport 1.png
MO,8/1/2018, KUALA LUMPUR: The local bourse continued its rally on Monday morning as Asian markets opened higher on optimism over Wall Street’s bullish start to the new year.  Analysts believe fund managers could be looking to rotate into equity markets that are playing catch-up, such as Malaysia, which is trailing the MSCI Emerging Markets Index by a very wide margin.

At 12.30pm, the FBM KLCI was up 6.29 points to 1,824.26 points. Turnover was 3.74 billion shares with a value of RM1.95bil. There were 479 gainers versus 263 decliners with 649 counters unchanged. Oil and gas counters lifted the market with Petronas Gas gaining 96 sen to RM19.32 while Petronas Dagangan rose 60 sen to RM25.30.

Petronas Chemicals, however, dipped five sen to RM8.10. On the wider market, UMW Oil & Gas gained 3.5 sen to 44.5 sen while Sapura Energy rose six sen to 87 sen. Making its debut on the ACE Market today was Binasat Communications, which debuted at 60 sen, or 14 sen higher than its issue price.

Among heavy lifters on the KLCI, Tenaga Nasional added 14 sent to RM15.56 while Hong Leong Bank put on 48 sen to RM17.68. Kuala Lumpur Kepong rose 22 sen to RM25.10. Genting stocks slipped, with Genting down seven sen to RM9.55 and Genting Malaysia dropping six sen to RM5.74. Decliners on Bursa Malaysia included Lafarge Malaysia, which fell 13 sen to RM6.15; Aeon Creadit, which dropped 12 sen to RM13.64; and UOA Development, which fell 12 sen to RM2.33.

In commodities, oil prices rose on a declien in the number of US rigs drilling for new production, Reuters reported. WTI crude gained 15 cents to US$61.59 a barrel while Brent crude gained 12 cents to US$67.74 a barrel.

The ringgit strengthened further against major currencies, moving up 0.41% to 2.9996 against the Singapore dollar. It gained 0.23% against the greenback to 3.988 and firmed up slightly against the pound sterling at 5.4082.

–TheStar



Source link

read more

Jodoh itu rahsia Allah – Amaris selamat bernikah dengan gadis pilihan


PELAKON Amran Ismail, 33, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Syazwani Alias, 28, pada Jumaat lalu.

Amran yang kini dikenali dengan nama Amaris menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 bersama 11 dulang hantaran dibalas 13 dulang.

Merahsiakan wang hantaran, majlis pernikahan Amaris dan Syazwani berlangsung di Batu Pahat, Johor. 

Pasangan itu turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi di kediaman pengantin perempuan pada Sabtu lalu.

Menerusi kemas kini laman Instagram Amaris, pelakon itu memuat naik foto sekitar majlis persandingannya beserta kapsyen: “Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah, Alhamdulillah.”

Peminat dan pengikut laman Instagram Amaris mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai.

Peminat juga turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Amaris

 



Source link

read more

Oprah Winfrey claims lifetime Golden Globe calls for a new day



LOS ANGELES: Oprah Winfrey became the first black woman to be awarded a Golden Globe for lifetime achievement on Sunday, delivering an impassioned speech in support of those who have exposed sexual misconduct in Hollywood and beyond.

Actress, movie and television producer, and chief executive of her OWN cable channel, Winfrey, 63, was celebrated as a role model for women and a person who has promoted strong female characters.

Her honor came in a year when the awards show, Hollywood’s first leading up to the Oscars, was dominated by a scandal that has seen the downfall of dozens of powerful men as women break years of silence.

Winfrey, who along with most of the show’s other attendees donned a black gown to show support for victims of sexual misconduct, was the first black woman to receive the annual Cecil B. De Mille award, joining the likes of Meryl Streep, Steven Spielberg, Barbra Streisand and Sophia Loren.

Winfrey used her speech to praise women who have shared their stories of sexual harassment and abuse, and to declare that “a new day is on the horizon” for girls and women.

“And when that new day finally dawns it will be because of a lot of magnificent women, many of whom are in this room tonight, and some pretty phenomenal men, fighting hard to make sure they become leaders that take us to the time where nobody has to say ‘me too’ again,” Winfrey said, referencing the social media movement raising awareness about sexual harassment.

Winfrey was raised in poverty by a single mother and went on host the top-rated talk show “The Oprah Winfrey Show” for 25 years before ending it in 2011.

“I want to express gratitude to all the women who have endured years of abuse and assault because they, like my mother, had children to feed and bills to pay and dreams to pursue.”

During her speech, she recalled being inspired as a child by previous Cecil B. DeMille award winner Sidney Poitier, the first black actor to win a best actor Oscar.

“It is not lost on me that at this moment there are some little girls watching as I become the first black woman to be given the same award,” Winfrey said.

She produced and acted in the 2014 civil rights movie “Selma,” and 2017’s “The Immortal Life of Henrietta Lacks” and was Oscar nominated in 1986 for her role in “The Color Purple” which she later helped finance as Broadway musical.

Even after ending her daily talk show, her influence on popular culture remains strong.

Forbes last year estimated her net worth at $3 billion and placed her third on its list of the America’s richest self-made women.



Source link

read more

Pornografi kanak-kanak Dua ibu mangsa antara yang ditahan



BANDUNG: Polis Indonesia mengesahkan telah menahan pengarah serta pelakon video pornografi melibatkan kanak-kanak lelaki bawah umur di Bandung pada Isnin.

Turut ditahan dua ibu kanak-kanak terbabit yang didakwa bersekongkol dengan suspek dalam dua video lucah melibatkan anak kandung mereka.

BACA: Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak – polis

BACA: Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak

Media tempatan dalam laporan menyebut bahawa analisis polis terhadap dua video berkenaan mendapati ibu salah seorang anak kecil berkenaan berada di bilik sama ketika penggambaran dijalankan.

Malah, berdasarkan suara yang didengari pada video itu, polis percaya ibu tersebut turut memujuk anaknya selain memberi arahan agar anaknya melakukan perbuatan sumbang dengan pelakon wanita dewasa terlibat.

“Mangsa menangis kerana tidak mahu dirakam. Suspek kemudian meminta pelakon wanita menelefon ibu kanak-kanak itu untuk datang ke hotel.

“Dalam bilik hotel itu, si ibu mengarahkan (anaknya untuk melakonkan aksi lucah),” kata polis.

Sementara itu, seorang lagi ibu kanak-kanak terlibat didapati berada di lobi hotel melalui pemantauan CCTV hotel berkenaan.

Para penggiat anti kekerasan seksual terhadap kanak-kanak berkata penemuan video pornografi kanak-kanak itu mendedahkan wujud sindiket yang dipercayai cuba “mempromosi hubungan seksual antara anak-anak dengan orang dewasa”.

Penyiasat Indonesia berkata daripada keputusan analisis terhadap video berkenaan, mangsa kanak-kanak dipercayai anak-anak jalanan berusia di antara 7 hingga 13 tahun yang bergelandangan di ibu kota itu.

Pihak berkuasa turut menyerbu dua buah hotel di Bandung yang dipercayai menjadi lokasi penggambaran video berkenaan.



Source link

read more

Perompak kedai emas terkejut pemilik laung azan


09kdai.transformedMO, 8/1/2018, KOTA BHARU – Terkejut dengan laungan azan oleh pemilik kedai emas, hasrat seorang perompak untuk menambah lagi hasil rompakan terbantut apabila dia terus melarikan diri, pagi tadi.

Bagaimanapun, suspek berkenaan sebelum itu berjaya mengambil wang tunai dan barangan kemas bernilai RM40,000 dalam kejadian jam 9.20 pagi di Jalan Buluh Kubu, di sini.

Anak kepada pemilik kedai yang dikenali sebagai Yuni, 18, berkata ketika itu dia bersama ibunya yang juga pemilik kedai dan seorang ustaz datang untuk mengajar mereka mengaji al-Quran berada di sebuah bilik di kedai terbabit.

“Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30-an meluru dan mengacukan parang ke leher ustaz sebelum mengugut ibu supaya menyerah telefon bimbit dipegangnya.

“Suspek kemudian mengambil beg tangan ibu yang mengandungi wang dan barang kemas seperti rantai, loket serta gelang yang berada di meja berdekatan.

“Sebelum suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal, dia cuba membuka cermin menempatkan barangan kemas, namun tidak berjaya selepas ibu melaungkan azan.

“Sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kedai kami baru saja beberapa hari rosak, namun CCTV milik kedai berhampiran berjaya merakam suspek,” katanya ditemui di kedai emas milik keluarga yang sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Suspek masih belum dapat dikenal pasti dan kami berharap orang ramai tampil memberi maklumat bagi memudahkan siasatan kes mengikut Seksyen 392/397Kanun Keseksaan,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons