Lelaki lemas tergelincir di Air Terjun Lata Sungai Kedondong


HULU SELANGOR: Seorang lelaki ditemui lemas selepas dikatakan terjatuh ke dalam sebuah lubuk di Air Terjun Lata Sungai Kedondong, Batang Kali, Hulu Selangor, pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian mangsa, Muhammad Akmal Jamal, 26, dari Subang bersama empat rakannya telah tergelincir dan jatuh ke dalam lubuk air terjun berkenaan kira-kira 3 petang.

“Pihak Bomba telah menerima panggilan kecemasan dari rakan mangsa pada pukul 3.38 petang dan sebuah jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian.

“Hasil pencarian, mangsa telah ditemui anggota penyelamat pada pukul 6.25 petang di dasar air terjun berkenaan,” katanya.

Mohd Sani berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA



Source link

read more

Penganugerahan Oprah Winfrey singkap lebaran baharu untuk wanita



OPRAH Winfrey menyifatkan penganugerahan di Anugerah Gloden Globe ke-75 yang diterimanya pada Isnin merupakan permulaan untuk sesuatu yang baharu bukan sahaja buat diri beliau malah untuk kaum wanita di seluruh dunia.

Ikon televisyen berusia 63 tahun itu merupakan wanita kulit hitam pertama yang menerima pengiktirafan untuk merangkul anugerah Cecil B. De Mille Award pada majlis penuh berprestij itu yang berlangsung awal pagi tadi. 

Lebih membanggakan, pengacara, penerbit dan hos terkenal ini turut menggunakan platform tersebut bagi meluahkan sokongannya terhadap mangsa-mangsa pencabulan seksual di Hollywood dan seluruh dunia.

Pengiktirafan yang diterima Oprah ini hadir selepas pelbagai skandal seks dilaporkan melibatkan nama-nama besar di Hollywood didedahkan oleh mangsa-mangsa yang selama ini bertindak mengunci mulut selama bertahun-tahun.

“Saya menghargai semua wanita yang telah bertahun-tahun menjadi mangsa pencabulan seksual kerana anda semua seperti ibu saya, mempunyai anak-anak untuk disara dan bil untuk dibayar serta impian untuk direalisasikan,” kata Oprah dalam ucapannya.

Oprah juga meluahkan rasa bangganya kepada semua wanita yang pernah menjadi mangsa pencabulan seksual yang berani tampil ke hadapan dan menceritakan kisah serta pengalaman hitam mereka.

Selain itu Oprah turut menyifatkan anugerah yang diberikan kepadanya ini merupakan satu impian buatnya yang selama ini sentiasa menjadikan Sidney Poitier yang merupakan aktor lelaki kulit hitam pertama yang merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Academy Award pada 1964 sebagai idolanya.

Antara selebriti yang pernah dianugerahkan Cecil B. De Mille Award termasuk aktres Meryl Streep dan Sophia Loren, pengarah filem Steven Spielberg dan penyanyi Barbra Streisand.



Source link

read more

Tahniah Pakatan Harapan, Kini Jadi Kuda Tunggangan Dr Mahathir.


PH KUDA MAHATHIR copyMO, 8/1/2018 – Sah sudah apa yang dinantikan pada 7 Januari ini, tarikh keramat kepada Pakatan Harapan yang telah mengumumkan perlantikan calon tunggal Pakatan sebagai calon Perdana Menteri jika mereka ini menang PRU 14.

Pengumuman dibuat semasa Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam pada hari Ahad. Dr Mahathir juga membayangkan akan bertanding satu daripada tiga kawasan Parlimen pada PRU 14 ini sama ada Parlimen Langkawi dan Kubang Pasu di Kedah serta Putrajaya. Pakatan Harapan turut mengumumkan 165 kerusi bakal ditandingi empat parti pembangkang berkenaan kelak merangkumi 52 kerusi PPBM, 51 kerusi PKR, 35 kerusi DAP dan 27 kerusi AMANAH. Persetujuan itu diperoleh melalui Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan yang dipersetujui pemimpin utama keempat-empat parti pada 6 Januari 2018.

Pakatan Harapan juga menaruh harapan Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mengisi jawatan Perdana Menteri setelah Perdana Menteri sementara (Dr Mahathir) meletak jawatan. Anwar Ibrahim dijangka akan bebas dari hukuman penjara pada 8 Jun 2018 dan jika mendapat pengampunan Agong, beliau layak untuk bertanding kerusi Parlimen. Jika tidak kena tunggu lagi 5 tahun berdasarkan kepada Perlembagaan. Dengan itu, walaupun Anwar Ibrahim dibebaskan dari hukuman penjara tetapi beliau masih tertakluk kepada Artikel 48 (3) Perlembangaan dan juga Perintah Parol sehingga tamat tempohnya iaitu Mac 2020.

Tidak akan kita hendak melihat seorang Perdana Menteri walaupun dibebaskan pada tarikh yang dihebohkan oleh Wan Azizah tersebut tetapi berdasarkan kepada Perintah Parol, Anwar Ibrahim masih tertakluk kepada Perintah tersebut sehingga tamat tempohnya 2020. Dalam tempoh parol tersebut adakah kita hendak melihat Perdana Menteri ini (jika menang PRU 14) atau pun bakal Perdana Menteri ini melaporkan diri ke pegawai parol setiap masa dan tidak boleh keluar kawasan dan juga ke luar negara. Satu lagi kesalahan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ini sebenarnya tidak membenarkan beliau menerima parol, jenayah seksual.

Aneh sekali dengan Pakatan Harapan yang mempunyai cerdik pandai dalam bidang perundangan tetapi gagal melihat dari sudut strategi politik yang dicaturkan oleh Dr Mahathir. Pengalaman Dr Mahathir mengatasi kefasihan para pengamal perundangan di dalam Pakatan.

Nampak gaya Dr Mahathir telah membaca semua aspek perundangan yang tertakluk kepada Anwar. Wan Azizah masih tidak nampak “grand strategy” yang telah disusun oleh Dr Mahathir. Dengan ucapan terima kasih oleh Dr Mahathir kepada Anwar kerana memberi laluan kepadanya sebenarnya hanya “budaya Melayu” sebagaimana yang dilakukan sebelum ini dengan menagih simpati untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Pakatan Harapan yang sebelum ini melihat Dr Mahathir dengan penuh kebencian kini melutut di kaki Tun hanya kerana mahu menumbangkan Barisan Nasional. Ya betul, Pakatan Harapan akan memberikan tentangan yang kuat tapi lihat strategi Dr Mahathir dengan meletakkan 52 kerusi dari partinya, meninggalkan PKR, DAP dan AMANAH dengan jumlah kerusi yang sedikit. Masih tidak nampak pelan jangka panjang Tun?

Parti-parti lain di dalam Pakatan Harapan meletakkan harapan kepada Dr Mahathir untuk memenangi PRU 14 kali ini. Mereka fikir Dr Mahathir akan meletakkan jawatan, silap sangat kerana Anwar Ibrahim masih tertakluk kepada perundangan atas jenayah yang beliau lakukan.

Yang jelas ialah, Pakatan Harapan hanya memikirkan objektif mereka dengan perasaan geram dan marah semata-mata hanya untuk menumpaskan Barisan Nasional bagi matlamat jangka pendek tetapi tidak melihat kesan jangka panjang kepada Malaysia termasuk di dalam Pakatan Harapan itu sendiri. Atas politik kepentingan peribadi akhirnya mereka ini terperangkap di dalam putaran yang diwujudkan oleh Dr Mahathir, yang menangguk di air keruh ini tidak lain iaitu Dr Mahathir sendiri. Salah perkiraan di dalam Pakatan Harapan kerana tiada seorang pun para pemimpin mereka yang layak untuk dipersetujui menjadi ketua, akhirnya mengharapkan Dr Mahathir. Mungkin mereka sedar tetapi tidak berupaya berbuat apa-apa kerana beranggapan dengan menggunakan Dr Mahathir mereka boleh mendapat Putrajaya tetapi tidak menyedari mereka ini telah pun disisihkan dari segi pembahagian kerusi untuk dipertandingkan di dalam PRU14 ini.

Yang jelas perancangannya ialah Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU 14 ini tetapi akan membiarkan lain-lain barisan kepimpinannya terkulat-kulat ibarat menunggu buah yang tidak gugur dengan andaian Anwar bebas. Mengikut peruntukan perundangan kini, Anwar hanya boleh bertanding di dalam PRU 15, iaitu lima tahun lagi.

Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan jika Dr Mahathir turun, jika turun, maka akan ada satu lagi Langkah Kajang untuk melepaskan jawatan isterinya. Tidak mungkin suami isteri akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Semakin tidak menentu pula kestabilan politik di Malaysia ini di masa akan datang jika Pakatan Harapan menjadi parti pemerintah.  Belajarlah apa yang telah terjadi kepada Indonesia, kerana tidak senang dengan Presiden Suharto ekoran dari kegawatan ekonomi akhirnya melantik seorang demi seorang presiden yang tidak mempunyai kewibawaan sebagai ketua negara. Kita tidak mahu senario ini berlaku di Malaysia kerana perkembangan ini akan menjerumuskan negara ini ke dalam kancah yang mengelirukan.

Rupanya laungan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh PKR (sebelum ini sebagai parti dominan di dalam Pakatan) kini telah direformasikan oleh Dr Mahathir dengan coraknya yang tersendiri. Satu permainan politik yang paling licik di dalam sejarah politik Malaysia.

 

 



Source link

read more

Body of missing 8-year-old boy found


LEMAS TAWAU

MO,8/1/2018, TAWAU: Rescue teams today retrieved the body of an 8-year-old boy, who went missing after slipping into a river at Kampung Sedani here two days ago. Mohd Azizan Rosli’s body was discovered under a pile of debris in the river behind his family’s home at about 11.30am.

In a statement today, Sabah Fire and Rescue Department said firefighters were alerted of the discovery and rushed to the site to retrieve the body. The search and rescue operation ended at 12.26pm after the body was handed over to the victim’s family.

On Jan 6, Mohd Azizan reportedly slipped and fell into the river while playing by the riverbank. A team of firefighters was deployed to the village to conduct a search and rescue operation after receiving a distress call at 9.57pm from the Tawau police station.

–NSTP



Source link

read more

Pendaki maut ketika turun dari Gunung Kinabalu


KOTA KINABALU: Seorang pendaki Gunung Kinabalu meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika turun dari puncak gunung itu pada Ahad.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa, Nazri Omar, 48, dari Bandar Baru Bangi, Selangor dilaporkan terpisah dan hilang daripada kumpulannya ketika menuruni gunung itu pada kira-kira jam 1.15 tengah hari.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan Pasukan Bomba Bantuan SAR di Gunung (MOSAR), kakitangan Taman-Taman Sabah dan malim gunung digerakkan di sekitar Kilometer 8 laluan menuruni gunung tersebut di mana mangsa dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan jabatan itu, mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang malim gunung sebelum dibawa turun oleh pasukan MOSAR menggunakan usungan.

“Mangsa sampai di Timpohon Gate (tempat memulakan pendakian) pukul 5.40 petang dan seterusnya, diserahkan kepada pihak ambulans di mana doktor perubatan sahkan mangsa meninggal dunia,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA



Source link

read more

Biar kuali buruk jangan hati busuk – Faradhiya



BEKAS bintang GegarVaganza 2 (GV2), Faradhiya akui rimas dengan netizen yang sering memperbesarkan hal remeh temeh.
 
Menurut Faradhiya, dia hairan apabila kuali buruk kegemarannya yang digunakan untuk memasak juga turut menjadi ‘target’ netizen.
 
Perkara tersebut dikongsi Faradhiya menerusi entri di akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.
 
“Muka bila tahu orang ada masalah dengan ‘kuali’, senyum dan teruskan memasak. Biar kuali buruk, jangan hati busuk dan buruk.
 
“Kuali pun jadi isu, pelik betul manusia zaman sekarang. Buat pengetahun yang tidak puas hati dengan kuali kegemaran saya, saya banyak lagi kuali tapi itu yang paling saya suka.
 
“Kuali tetap kuali, tak kira walau macam mana bentuk sekalipun. Hentikan benci dengan benda bukan-bukan. Selamat pagi semua,”
tulisnya
 



Source link

read more

DAP gets majority of opposition seats in GE14, not PPBM: Analyst


DAP

MO,8/1/2018, KUALA LUMPUR: Even though it was announced that Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) has the lion’s share of seats among the parties of Pakatan Harapan in the next general election (GE14), DAP will still dominate the opposition pact. This is the take of political analyst Dr Kamarul Zaman Yusoff, who said that besides wanting to defend the 31 Parliamentary seats it won in the last general election (GE13), DAP is also expected to contest 19 Parliamentary seats in Sabah and Sarawak in GE14.

“Of the 35 seats that DAP will contest in the peninsula, 31 are ones which they won in GE13. “DAP is contesting 19 seats in Sabah and Sarawak, which brings the total number of seats they are contesting across Malaysia to 54. “(So in reality), DAP has a higher number of Parliamentary seats (54) compared to the 52 seats PPBM will contest.

“It is obvious that the ‘consensus’ they reached at the convention on Sunday was a trick to deceive Malaysians, as DAP remains dominant in the coalition,” Kamarul said when contacted. Through the consensus, Pakatan will contest 165 Parliamentary seats in the peninsula: 52 seats for PPBM, PKR (51), DAP (35) and Parti Amanah Negara (PAN) (27).

Meanwhile, Kamarul said that although PKR is expected to field candidates in Sabah and Sarawak, the people should realize that PKR is not a Malay Islamic party, like PPBM or PAN.

–BH



Source link

read more

Instagram uji perkongsian Instagram Stories ke WhatsApp



Instagram sebelum ini telah menawarkan kemudahan untuk pengguna berkongsi Intagram Stories terus kepada Facebook Stories.

Ini sekaligus memudahkan pengguna menerbitkan perkongsian 24 jam mereka dengan lebih mudah dibawah platform yang dimiliki Facebook.

Kini, selain terus ke Facebook, Instagram juga dilihat sedang menguji kaedah sama tetapi berkongsi terus ke WhatsApp.



Source link

read more

Pemandu selamat treler jatuh jambatan 13 meter


DTAPUm5UMAATHxwMO, 8/1/2018, TEMERLOH – Seorang pemandu treler bersyukur terselamat walaupun kenderaan dipandunya terjatuh dari ketinggian kira-kira 13 meter di Jambatan Ahmad Shah, Kilometer 125 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa Mohd Fariz Ridzuan Mahmood, 42, hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Mohd Fariz dari Taman Temerloh Jaya di sini, berkata kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari Kuantan ke Mentakab selepas menghantar papan lapis.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta di depan tiba-tiba berhenti kerana ingin memberi laluan kepada ambulans, menyebabkan saya terpaksa menekan brek secara mengejut dan hilang kawalan serta merempuh besi penghadang jalan.

“Saya tidak percaya selamat kerana treler dipandu jatuh pada ketinggian yang tinggi, namun bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.26 pagi dan lapan anggota serta satu jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati pemandu treler berjaya keluar daripada kenderaan berat berkenaan dan hanya cedera ringan. Kita mengambil tindakan memotong aliran elektrik daripada bateri treler itu kerana dikhuatiri berlaku letupan berikutan berlaku tumpahan minyak,” katanya.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood, berkata pihaknya menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Source link

read more

KLHC muncul juara kejohanan Hoki Piala Tan Sri P. Alagendra


KUALA LUMPUR: Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) memulakan musim 2018 dengan langkah kanan apabila muncul juara kejohanan hoki Piala Tan Sri P. Alagendra selepas menewaskan juara bertahan, Terengganu Hockey Team (THT) 4-3 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

KLHC di bawah bimbingan ketua jurulatih Lim Chiow Chuan, bagaimanapun tidak berdepan laluan mudah apabila ketinggalan 0-2 seawal minit ke-11, sebelum bangkit mendahului 3-2, namun THT berjaya menyamakan kedudukan untuk mengheret permainan ke penentuan pukulan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 pada masa perlawanan sebenar.

Dua gol awal THT hadir menerusi dua pukulan sudut penalti oleh pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat pada minit ke-10 diikuti jaringan Manraj Singh Sarjit Singh, seminit kemudian.

Tersentak dengan dua gol awal itu, KLHC bangkit memperkemaskan permainan apabila pemain import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun menyumbat gol pertama melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-16 diikuti gol penyamaan oleh Mohd Syamim Mohd Yusof, tujuh minit kemudian menjadikan kedudukan terikat 2-2.

KLHC kemudian menggandakan asakan sebelum berjaya meledak gol ketiga hasil jaringan padang pemain import dari Australia, Joshua Pollard pada minit ke-34, namun THT menyamakan kedudukan menerusi pukulan penalti Peillat ketika permainan berbaki tujuh minit.

Pada penentuan pukulan penalti, tiga pukulan yang gagal disempurnakan THT, masing-masing oleh Manraj Singh dan gandingan adik-beradik Faizal dan Mohd Fitri Saari, memberikan kemenangan pertama dalam tempoh tiga tahun buat KLHC.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Chiow Chuan menyifatkan ia suatu kejayaan manis dan memuji barisan pemainnya yang berjaya mengekalkan fokus untuk kembali bangkit mendahului seterusnya memenangi perlawanan menerusi penentuan pukulan penalti.

“Tentunya kejayaan ini sesuatu yang amat manis bagi kami terutama selepas kami berjaya menempuhi satu perlawanan yang sukar.

“Kita dibolosi dua gol yang saya kira sebagai gol mudah pada awal permainan tetapi pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana mereka tidak cemas dan memainkan peranan serta tanggungjawab mengikut strategi dirancang,” katanya.

KLHC dan THT, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 sementara Peillat yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan menerima RM1,000.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons