DTAPUm5UMAATHxwMO, 8/1/2018, TEMERLOH – Seorang pemandu treler bersyukur terselamat walaupun kenderaan dipandunya terjatuh dari ketinggian kira-kira 13 meter di Jambatan Ahmad Shah, Kilometer 125 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa Mohd Fariz Ridzuan Mahmood, 42, hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Mohd Fariz dari Taman Temerloh Jaya di sini, berkata kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari Kuantan ke Mentakab selepas menghantar papan lapis.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta di depan tiba-tiba berhenti kerana ingin memberi laluan kepada ambulans, menyebabkan saya terpaksa menekan brek secara mengejut dan hilang kawalan serta merempuh besi penghadang jalan.

“Saya tidak percaya selamat kerana treler dipandu jatuh pada ketinggian yang tinggi, namun bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.26 pagi dan lapan anggota serta satu jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati pemandu treler berjaya keluar daripada kenderaan berat berkenaan dan hanya cedera ringan. Kita mengambil tindakan memotong aliran elektrik daripada bateri treler itu kerana dikhuatiri berlaku letupan berikutan berlaku tumpahan minyak,” katanya.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood, berkata pihaknya menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: