LONDON: Separuh daripada pengundi di Britain percaya bahawa Perdana Menteri Theresa May tidak akan berjaya memperoleh hasil rundingan Brexit yang terbaik, menurut tinjauan ORB pada Isnin.

“Masih terdapat banyak kerja yang perlu dilaksanakan untuk meyakinkan rakyat Britain tentang kewibawaan perdana menteri mendapatkan rundingan terbaik untuk United Kingdom,” kata ORB dalam satu kenyataan.

Reuters melaporkan, setahun yang lalu, hanya 35 peratus pengundi percaya May mempunyai kapasiti untuk mendapatkan rundingan Brexit seperti yang diharapkan.

Tinjauan pendapat itu juga menunjukkan pengundi sudah berbelah bahagi, sama ada Britain akan menjadi lebih baik selepas Brexit. Sejumlah 43 peratus berkata ia akan berjaya, manakala 42 peratus lagi beranggapan ia bakal menemui jalan buntu.

Hasil tinjauan pendapat terbaru itu menunjukkan 63 peratus pengundi tidak bersetuju dengan cara kerajaan British menangani rundingan Brexit, satu perangkaan yang lebih rendah berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Apabila ditanya sama ada mengawal imigresen lebih penting daripada memiliki perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah (EU), 47 peratus pengundi berkata mereka tidak bersetuju, meskipun maklum balas itu bersifat tidak tetap sepanjang tinjauan tahun lalu oleh ORB.

ORB mendapatkan hasil tinjauan itu menerusi sejumlah 2,023 pengundi United Kingdom pada 5 hingga 7 Januari.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: