23 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan


GERIK: Gara-gara makan spageti dengan daging cincang, seramai 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini terpaksa dihantar ke hospital akibat keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kesemua pelajar yang terdiri daripada 11 lelaki dan 12 perempuan terbabit berkemungkinan besar mengalami keracunan makan selepas menjamah makanan terbabit ketika makan malam pada Ahad lalu.

Katanya, kesemua pelajar terlibat mula menunjukkan simptom keracunan makanan sejak pagi tadi sebelum dihantar ke Hospital Gerik dan sebuah poliklinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

“Jabatan Kesihatan Negeri telah menerima laporan mengenai kejadian keracunan makanan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak pada jam 12.45 tengah hari tadi.

“Kesemua mereka bagaimanapun mengalami gejala ringan dan hanya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar serta tiada kes yang dimasukkan ke dalam wad,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Susulan kejadian itu, dapur asrama MRSM terbabit telah ditutup dibawah Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.

“Antara tindakan lain yang diambil oleh PKD juga termasuk memberi pendidikan kesihatan kepada kesemua 444 pelajar serta warga sekolah berkenaan,” ujar beliau.

Siasatan lanjut ketika ini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan itu.



Source link

read more

Cipta nama di Indonesia Bront Palare belum terfikir berhijrah



KUALA LUMPUR: Biarpun sudah mencipta nama di Indonesia, pelakon Bront Palarae belum terfikir untuk berhijrah ke negara jiran itu seperti yang dilakukan rakan-rakan pelakon yang lain.

Kata Bront, buat masa ini, dia selesa berkongsi bakat dengan peminat di tanah air sendiri, dan mahu terus berbakti kepada industri seni tempatan.

“Saya rasa kehadiran saya masih diperlukan di sini, dan saya mahu terus bekerjasama dengan pengkarya di tanah air sendiri.

“Dalam masa yang sama, saya juga akan sentiasa mencari peluang untuk bekerja dengan penggiat seni di luar negara, termasuk Indonesia kerana saya percaya, sebagai pelakon saya perlu sentiasa mencabar diri sendiri untuk cuba sesuatu di luar kebiasaan,” kata Bront.

Bront ditemui di majlis Tayangan Gala filem Ayat-Ayat Cinta 2 di GSC Pavilion, pada Isnin.

Bawa watak tentera Israel, saya tahu batas saya – Bront

Ditanya tentang watak Baruch, seorang tentera Israel yang dibawanya dalam filem tersebut, Bront mengakui tertarik dengan karakter tersebut yang disifatkan sebagai peluang sekali seumur hidup.

“Susah nak dapat watak sebegitu di Malaysia. Jadi apabila ditawarkan, saya tahu saya perlu menerimanya,” ujarnya.

Bront juga berharap tidak ada pihak yang akan menjadikan watak yang dipegangnya itu sebagai isu.

“Saya hanya melakonkan watak itu dari sudut pandangan mereka (tentera Israel), tiada kena mengena dengan akidah dan pegangan agama saya sebagai orang Islam.

“Penulis novel ini dan pengarah filem ini juga tahu saya beragama Islam, malah mereka sendiri beragama Islam. Tak mungkin mereka akan tawarkan watak itu kepada saya jika tidak sesuai, dan saya sendiri tahu batas saya,” tambahnya.

Selain Bront, seorang lagi pelakon Malaysia yang turut membintangi filem itu ialah Nur Fazura yang memegang watak Brenda.

Ayat-Ayat Cinta 2 dibintangi Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan dan Tatjana Saphira sebagai teraju utama, dan akan mula ditayangkan di Malaysia 11 Januari ini.



Source link

read more

Kerajaan komited sediakan pendidikan prasekolah murid kaum India


indexMO, 9/1/2018, PUTRAJAYA  – Kerajaan komited untuk menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti kepada anak-anak kaum India sebelum memasuki Tahun Satu, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam Bajet 2018 peruntukan RM10 juta untuk membina 50 prasekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

Selain itu, katanya kerajaan melalui Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC), Jabatan Perdana Menteri juga menyampaikan sumbangan khas untuk pembelian kelengkapan perabot bagi prasekolah baharu.

“Dengan peruntukan ini, ia masih tidak mencukupi. Sehubungan itu, untuk jangka masa pendek, kerajaan menyokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan pendidikan prasekolah untuk murid-murid kaum India dengan memberi peruntukan RM7 juta untuk membiayai gaji guru-guru.

“Dengan inisiatif ini, 7,000 murid tambahan telah mengikuti pendidikan prasekolah sebelum memasuki Tahun Satu,” katanya.

SEDIC merupakan entiti pelaksanaan kepada Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia. Kerajaan menstruktur semula SEDIC iaitu Unit Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil, Jabatan Perdana Menteri telah diserapkan ke dalam SEDIC.

“Kapasiti bagi prasekolah yang dibina ini adalah 25 pelajar,” katanya.

Selain itu, Subramaniam berkata kerajaan melalui SEDIC memberi peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 kepada SJKT Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang untuk pembinaan bangunan tambahan lima tingkat di sekolah tersebut.

– BERNAMA



Source link

read more

17 kumpulan ajaran sesat muncul tahun lepas


PUTRAJAYA: Sebanyak 17 kumpulan ajaran sesat dan menyeleweng dikenal pasti telah muncul di negara ini pada tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, di negeri Selangor pula, laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menunjukkan sebanyak 19 daripada keseluruhan 39 kumpulan yang direkodkan masih lagi bergiat aktif.

Bagaimanapun, katanya, hasil usaha komited dan konsisten daripada Jais dan agensi yang berkaitan, sebanyak 246 tangkapan berhubung ajaran sesat telah dijalankan tahun lepas, meningkat berbanding hanya 31 tangkapan pada 2016.

“Inilah gambaran kesungguhan kerajaan dengan kerjasama agensi yang berkaitan bagi memastikan usaha memartabatkan institusi Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam amalan Islam di Malaysia.

“Kita serius menangani ancaman ajaran sesat,” katanya semasa berucap pada Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam, Majlis Perundingan Islam (MPI) di sini, hari ini.

Turut hadir pada multaqa itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Pada multaqa itu, Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MPI, turut mengumumkan pelantikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Ketua Kluster Ekonomi MPI yang baharu, menggantikan Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia pada Oktober tahun lepas.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid menyarankan agar peranan ulama dan umarak (pemimpin) terus diperkasakan terutama dalam berhadapan ancaman terhadap pemikiran umat Islam yang hadir dalam pelbagai bentuk.

Katanya, antara serangan tersebut adalah dalam bentuk meragukan ajaran-ajaran Islam yang telah thabit (berlandaskan hadis sahih) melalui fahaman relativisme, pentafsiran semula nas-nas agama dan menggalakkan ijtihad-ijtihad (penyelidikan) baharu.

“Serangan terhadap pemikiran umat Islam juga datang melalui tindakan sesetengah pihak mengangkat sisi praktikal sosiologi melalui fahaman pluralisme, hubungan rentas agama serta aktiviti-aktiviti yang meraikan hak-hak golongan yang dikatakan didiskriminasi seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” katanya.

Pada multaqa kali keempat yang dihadiri 600 peserta itu, Datuk Seri Ahmad Zahid turut menerima resolusi daripada Kluster Dakwah dan Kluster Pemikiran Islam MPI.

Beliau berkata, resolusi tersebut yang antara lain menyentuh mengenai cabaran pemikiran umat Islam, tidak seharusnya hanya tinggal di atas kertas, tetapi harus dilaksanakan dengan penuh iltizam bukan sahaja oleh kerajaan, malah oleh ulama’ dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat.

— BERNAMA



Source link

read more

Fazura bagi hint mengidam peminat doa segera timang cahaya mata



PELAKON dan penyanyi, Fazura memberi ‘hint’ seperti sedang mengidam ketika ditegur oleh seseorang kerana makan dalam kuantiti yang banyak.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh akaun Instagram (IG) @divaletopsdotcom menunjukkan Fazura sedang menyapu jem di atas ‘scone’ tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita bertanya mengapa pelakon itu tidak berhenti makan.

Fazura dengan selamba menjawab;

“Bukan apa, kot kot mengidam ke apa…kot kot lah I cakap,” jawabnya sambil ketawa.

Fazura dan wanita berkenaan yang ketika itu bersama beberapa rakan yang lain terus teruja mendengar jawapan pelakon tersebut dan berharap ia dimakbulkan dengan berdoa “amin…”

Video itu diambil ketika Fazura berada di majlis pelancaran sebuah produk kecantikan di London yang menampilkannya sebagai duta.

Entri tersebut telah mendapat perhatian peminat Fazura yang rata-rata mendoakan agar pelakon itu benar-benar hamil dan segera menimang cahaya mata.

Fazura dan Fattah telah selamat bernikah dalam satu majlis tertutup pada 27 November 2017

Pasangan itu kini berada di London untuk menikmati percutian bulan madu mereka.
 



Source link

read more

Pornografi kanak-kanak Demi RM90 ibu gamak jual anak untuk berlakon video lucah



BANDUNG: Suspek yang didakwa terlibat dalam aktiviti rakaman tiga video lucah membabitkan kanak-kanak di Bandung dikatakan menerima bayaran wang di antara 300,000 rupiah dan 31 juta rupiah (kira-kira RM90 – RM9,300). 

Dalang pembikinan video yang juga pengarahnya dilapor mendapat bayaran paling lumayan mencecah RM9,300, manakala pelakon wanitanya pula didakwa diberi bayaran sebanyak 800,000 rupiah (kira-kira RM240).

Selain pengarah dan pelakon wanita tersebut, ibu kanak-kanak yang merelakan anak mereka berlakon video lucah berkenaan turut mendapat bayaran di antara 300,000 rupiah (RM90) dan 500,000 rupiah (RM140).

Mangsa kanak-kanak pula dilapor diberi upah sebanyak 800,000 rupiah (RM224). 

Media Indonesia dalam laporan pada Selasa menyebut bahawa suspek melakukan perbuatan keji itu kerana kesempitan wang. 

BACA: Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak

BACA: Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak – polis

BACA: Pornografi kanak-kanak: Dua ibu mangsa antara yang ditahan

Insiden ini menggemparkan Indonesia sejak beberapa hari apabila tersebarnya video pornografi melibatkan perempuan dewasa dengan beberapa kanak-kanak lelaki di media sosial.

Media tempatan melaporkan ada tiga video yang sudah tersebar: satu video panjang berdurasi 1 jam 11 minit dan dua video pendek masing-masing berdurasi 2 minit dan 2.5 minit.

Video panjang mempertontonkan adegan lucah di antara perempuan dewasa dengan dua kanak-kanak lelaki, manakala video pendek memaparkan adegan sama, namun dengan pelakon yang berbeza.

Pihak berkuasa Indonesia berjaya menemukan lokasi kejadian di dua hotel di Bandung dan sejumlah barang bukti dari bilik berkenaan telah disita.

Melalui analisis CCTV dan video yang tersebar, polis telah mengenal pasti tiga mangsa dan juga enam suspek terdiri daripada pengarah, pelakon serta dua ibu mangsa yang didakwa bersekongkol dalam insiden memalukan itu.

Polis dalam pada itu berkata masih memburu seorang lagi suspek.



Source link

read more

Pakatan tax glut | Merdeka Online


SELANGOR 1

MO,9/1/2018 – TWO days ago on Sunday, Pakatan Harapan announced its manifesto for the upcoming general election. One significant part of the manifesto is on the problem of the cost of living and taxes, pointing a finger at the Federal Government policy. However, if they are serious about tackling the cost of living and taxes issues, perhaps they should have looked in their own backyard first, in the states where they govern, which are Selangor and Penang.

Two weeks earlier, on Dec 26, the day after Christmas, the Selangor Menteri Besar (MB) Office scrambled to find an answer to respond to my assertion that property-related taxes are the main cause of increase in the cost of living in Selangor. Selangor MB Datuk Seri Azmin Ali refused to accept my assertion above, and like usual blamed Putrajaya and the Goods and Services Tax (GST) for the increase in cost of living. He posted on Facebook: “Putrajaya has implemented the wrong economic policy.”

In their defensive rebuttal, the MB and his office claimed that property taxes did not increase the cost of living in the state, and that they have recently rolled out initiatives to reduce property taxes by giving exemption from assessment fees to village houses and low-cost houses, while charging a nominal fee of RM1,000 for the ownership of residential land for settlers in the state who cannot afford to pay land premium.

However, the above initiatives were only just rolled out in 2016, whereas the cost of living has increased tremendously in Selangor for the last nine years since Pakatan took over the state government in 2008. Significant increase in cost of living happened between 2008 and 2011, years before the implementation of GST. Moreover, the initiatives rolled out in 2016 by the Selangor government were concentrated on rural folks — the MB office mentioned that several hundred thousand village houses were given exemption on assessment taxes.

But, what about the urban folks in the cities and towns where over 80 per cent of Selangoreans reside? The folks in apartments and urban dwellings who have had to pay higher quit rents and assessment taxes since 2008? These are where most of the increase in cost of living happens. The majority of Selangor folks who live in cities and towns have been significantly impacted by the rapid rise in property prices and rental in Selangor because of the state government policy. In the recent Selangor budget speech, the MB said the state government collects an estimated RM2.25 billion in revenue. About 77 per cent of that revenue comes from land premiums, quit rent and business premises-related charges. During Barisan Nasional’s time, the taxes collected from these sources were less than half of that.

SELANGOR 2

The MB Office recently said property-related taxes haven’t gone up in 14 years. If this is true, then where is all this large tax revenue coming from? After taking over from Barisan Nasional, the Pakatan state governments in Selangor and Penang decided to boost the states’ revenue by increasing property-related taxes, including land premium and rezoning taxes. Since then, there was as much as a 400 per cent increase in local government taxes in these states. While rezoning taxes saw steep hikes by as much as 50 per cent, land premiums were increased by as much as 300 per cent.

The Auditor General’s report shows an almost two-fold increase in total collection of land premiums between 2009 and 2010 in Selangor. This upward trend continued in the following five years. In 2015, the Pakatan government collected RM1.7 billion in land premium and quit rent compared with about RM700 million in 2008. This is an increase of about RM1 billion in property-related tax annual collection in Selangor in less than seven years compared with during Barisan Nasional’s time. In Penang, between 2008 and 2009, the collection of land premium almost tripled from RM19 million to RM54 million just within a year of Pakatan taking over. In 2015, the state government collected RM414 million in land premium, a more than twentyfold increase in less than seven years. While other states also experience an increase in cost of living, it is not as significant as in Selangor and Penang. Both states saw the highest increase in cost of living, which corresponded with the increase in property- and land-related taxes in those states since Pakatan took over the state governments in 2008.

SELNGOR

In Barisan Nasional states, property-related taxes collected are much lower than those in Penang and Selangor. In 2016, in large states comparable to Selangor, Kedah collected a total of RM262 million in property-related taxes, Perak collected RM385 million, Johor collected RM720 million and Pahang collected RM297 million. In November 2010, the Pakatan state government in Selangor introduced its Development Charge Rules, which imposes a 20 to 30 per cent charge on all property developments, including for housing and commercial property. This has increased the cost and price of new housing projects. In Kuala Lumpur, property taxes are no doubt high too.

However, Kuala Lumpur is a small area compared with other states like Selangor, and most people who work in Kuala Lumpur do not reside and buy homes in Kuala Lumpur, but live in Selangor. Evidently, during the day time, the population in Kuala Lumpur is around three million people, but drops to about one million after office hours. In Shah Alam and Subang in Selangor, the Pakatan government had increased assessment rates tenfold in the past few years in Kampung Baru Sungai Buloh and Kampung Baru Subang, collected by the Shah Alam City Council. A case in point, a resident who paid an assessment rate of RM1,470 in 2011 was asked to pay RM23,040 in 2013.

In Penang, the development charge, which was previously RM5 per sq ft for residential units and RM7 per sq ft for commercial units prior to 2008, has tripled to RM15 per sq ft and RM21 per sq ft, respectively, after 2008. Drainage contribution fee, which was RM10,000 per acre during Barisan Nasional’s time, was increased to RM50,000 per acre now by the Pakatan government. These charges add up to the price of homes in Penang and passed on to home buyers.

The significant increase in property tax revenue collected by the Selangor and Penang state governments come out of the pockets of people of Selangor and Penang, who are taxed 10 to 20 times higher now compared with during Barisan Nasional’s time.

The rise in property-related taxes has created a domino effect on the cost of living in Selangor and Penang. It has increased the prices of homes and business premises, and in turn increased the prices of goods and services, and reduced the net disposable income of the people of Selangor and Penang.

We need to do something about this.


 

The 41-year-old writer, a Harvard and Wharton-trained political economist from Paya Jaras, Selangor, is the special officer to the prime minister. He is also the president of Sukarelawan Malaysia. He had served nine years in the private sector and another nine years in the government, including in the Economic Planning Unit, Prime Minister’s Department

Source –  NSTP&BH



Source link

read more

Raub flood victims continue to rise


_BANJIR

MO,9/1/2018, KUANTAN: Flash floods in Raub early today saw an increase in the number of victims, bringing the total to 379 victims from 101 families in four districts. State Civil Defence Force director Colonel Zainal Yusoff said Felda Tersang 2 in Raub was inundated due to continuous rain since last night.

He said this forced nine people from three families to be evacuated to Dewan Semai Bakti Felda Tersang 2. As of 9am, there are 281 victims from 75 families in Pekan, 51 people from 13 families in Lipis and 38 people from 10 families in Maran. Zainal said the water level at all major rivers in the four districts were showing a receding trend.

He said this and the clear skies could see a drop in the number of flood victims later today. Meanwhile, state education department acting director Dr Tajuddin Mohd Yunus said three primary schools remain closed due to the floods today compared to 12 yesterday.

He said SK Temai, SK Kampung Acheh in Pekan and SK Chegar Perah in Lipis were utilised as flood relief centres with some 200 people seeking temporary shelter at the premises.

–NSTP



Source link

read more

Pencawang Masuk Utama TNB berhampiran MRT Cochrane runtuh seorang maut


KUALA LUMPUR: Sebahagian kecil lantai bangunan Pencawang Masuk Utama (PMU) TNB berhampiran MRT Cochrane yang sedang dalam pembinaan runtuh pada jam 5.30 petang tadi mengorbankan seorang pekerjaan binaan warga Bangladesh.

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kejadian dipercayai berlaku apabila perancah tapak lantai (staging for floor slab) di tingkat tiga runtuh ketika kontraktor sedang melakukan kerja-kerja menuang konkrit di tingkat tersebut. 

Tahap kerosakan akibat runtuhan dan punca berlakunya runtuhan masih dalam siasatan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila perancah tapak lantai (staging for floor slab) di tingkat tiga runtuh. - Foto Astro AWANI
Sementara itu, pihak MRT Corp memaklumkan kejadian runtuhan substesen itu tiada kaitan dengan projek MRT.

“Tiada kerja pembinaan di bawah MRT Corp atau kontraktor berkaitan di lokasi berkenaan. Projek di substesen itu dikendalikan oleh TNB dan bukan sebahagian daripada projek MRT,” kata Pengarah Perhubungan Awam MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah.

“Tidak ada lagi kerja pembinaan sedang dijalankan oleh MRT Corp atau mana-mana kontraktornya di tapak Stesen MRT Cochrane. Jadi, substesen yang kini sedang dibina oleh Tenaga Nasional Berhad bukan sebahagian daripada Projek MRT,” kata beliau lagi.

“Substesen tersebut terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Cochrane, jadi substesen itu menggunakan nama berdasarkan lokasi ini,” jelasnya.

Beliau menambah projek di substesen itu dipercayai satu projek menaik taraf bekalan elektrik di kawasan tersebut.

Tahap kerosakan akibat runtuhan dan punca berlakunya runtuhan masih dalam siasatan. - Foto JBPM
Dalam pada itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Armdan Mahad mengesahkan pekerja warga Bangladesh yang maut berusia sekitar 20an dan sehingga pukul 12 tengah malam tadi usaha untuk mengeluarkan mayat mangsa masih diteruskan.

“Sejumlah 30 anggota bomba dikerahkan bagi membantu usaha-usaha membersih dan menyelamat. Selain bomba, anggota dari RELA, Polis dan Jabatan Pertahanan Awam turut membantu.

“Ketika kejadian terdapat lima pekerja di lokasi namun empat daripada mereka terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut dipercayai sedang menjalankan kerja-kerja memampatkan simen sebelum struktur runtuh menyebabkan mangsa tertimbus.

Turut dimaklumkan hanya lantai di tingkat tiga yang runtuh, dan ia hanya melibatkan 20 peratus dari keseluruhan lantai.

Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijangka mengambil masa kerana terdapat banyak cerucuk dan perancah (scaffolding) yang boleh membahayakan pekerja penyelamat jika tidak dilakukan dengan teliti.


 

 



Source link

read more

Lagu Fattah Amin dan Hael Husaini paling berjaya sepanjang 2017



SINGLE “Wanita Terakhir” bukan sahaja mencatat sejarah memperkenalkan Fattah Amin sebagai penyanyi, tetapi juga dinobatkan sebagai debut single paling berjaya di negara ini.

Menerusi satu entri di akaun Instagram, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) memaklumkan, ia dikira berdasarkan kedudukan tertinggi dicapai oleh lagu tersebut dalam carta domestik dan antarabangsa pada minggu pertama dilancarkan.

Bukan itu sahaja, lagu ciptaan Aizat Amdan itu juga unggul sebagai lagu tempatan dengan kedudukan terbaik dalam carta lagu di negara ini untuk tahun 2017.

Lagu “Jampi” nyanyian Hael Husaini pula menjadi lagu tempatan dengan penstriman paling banyak tahun lalu, dengan sejumlah 3.2 juta penstriman.

Bagi kategori lagu antarabangsa pula, lagu Ed Sheeran, “Shape of You” unggul dengan 13.8 juta penstriman.

Single pertama dari album terbaharu Taylor Swift, “Look What You Made Me Do” pula merupakan debut antarabangsa terbaik bagi 2017.

Lagu dendangan Haqiem Rusli, “Segalanya” pula merupakan lagu tempatan paling lama dalam carta, iaitu selama 52 minggu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons