Aisyah dijemput Ilahi di pangkuan saya ketika alun ayat suci al-Quran – ayah



SIAPA yang tidak mahu dijemput Ilahi dalam husnul khatimah?

Hakikatnya, bukan semua daripada kita akan menjadi insan terpilih yang bertuah itu.

Kisah seorang gadis cantik bernama Andi Aisyah Bahar menjadi tular baru-baru ini biarpun dia bukan daripada kalangan selebriti ternama.

Aisyah, baru berusia 22 tahun dan berasal dari Makassar, Indonesia, meninggal dunia Khamis minggu lalu.

Apa yang menjadikan cerita Aisyah tular adalah bagaimana dia ‘pergi’ ketika sedang mengalunkan ayat suci al-Quran.

Menurut laporan portal media Indonesia, Liputan 6, bapa Aisyah, Andi Bahar memaklumkan anaknya ketika itu sedang membaca surah Al-Mutaffifin selepas selesai mengerjakan solat Subuh.

“Malam sebelum meninggal, Aisyah bangun menunaikan solat sunat. Dia juga sempat bersahur untuk berpuasa kerana sudah menjadi kebiasaan untuk dia berpuasa setiap Isnin dan Khamis.

“Dia minta saya temaninya membaca al-Quran. Tak pernah dia minta begitu sebelum ini. Dia juga meminta saya memperbetulkan bacaannya.

“Belum sempat menghabiskan surah itu, dia menghampiri dan memeluk saya, dan meminta saya membimbingnya mengucap dua kalimah syahadah.

“Dia meninggal dunia selepas itu,” kata Andi sambil memberitahu anak kelimanya itu tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

“Dia pernah mengadu sakit kepala beberapa kali, tetapi selepas diperiksa doktor, dia disahkan sihat,” tambah Andi Bahar.

Ibu Aisyah, Andi Ratna pula memberitahu media, dia dan suami reda sekalipun tiga anak mereka, termasuk Aisyah, dijemput dalam usia yang sangat muda dan dalam keadaan sihat.

Dua abang Aisyah, Andi Ibrahim dan Andi Asri, meninggal dunia ketika sedang iktikaf di masjid, masing-masing pada tahun 2009 dan 2011. Kedua-duanya berusia awal 20an ketika itu.

“Kami reda. Mereka dipanggil balik dalam keadaan yang sangat baik,” kata Andi Ratna.

Aisyah, lulusan pertanian dari Universiti Hasanuddin, sepatutnya dijadualkan memulakan tugas di universiti berkenaan sebagai penyelidik pada hari yang sama dia meninggal dunia.

Jenazah Aisyah selamat dikebumikan pada petang Khamis di tanah perkuburan Lembaga Dakwah Islam Indonesia, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.



Source link

read more

Oprah mungkin bertanding Presiden mencabar Trump


FILE PHOTO: Talk show host Oprah Winfrey speaks at a Democratic presidential candidate Sen. Barak Obama (D-IL) rally in Des Moines, Iowa, U.S., December 8, 2007.    REUTERS/Ramin Rahimian/File Photo

MO, 9/1/2018, NEW YORK – Oprah Winfrey mungkin bertanding jawatan Presiden, mencabar Donald Trump selepas timbul spekulasi pengacara program bual bicara bertaraf hartawan itu sedang mempertimbangkan cita-cita terbabit.

Kurang sehari selepas memberi ucapan bersemangat di anugerah Golden Globes, wanita yang paling terkenal di Amerika Syarikat itu menerima banyak panggilan menggesa beliau bertanding untuk jawatan Presiden.

Rata-rata ahli Demokrat mengakui Winfrey lebih baik berbanding Trump. Malah, ahli Republikan sendiri mengatakan beliau adalah pesaing yang lebih kuat berbanding Presiden bintang realiti itu.

Dalam satu temu bual kira-kira 20 tahun lalu, Trump sendiri pernah menamakan Winfrey sebagai Naib Presiden pilihannya.

Rumah Putih turut mengulas mengatakan cabaran itu dialu-alukan tidak kira Winfrey atau sesiapa saja. Bagaimanapun, Winfrey menafikan spekulasi itu.

“Saya tidak mahu. Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan,” katanya di belakang pentas ketika acara anugerah Globes ketika ditanya sama ada beliau mahu bertanding jawatan Presiden.

Agensi berita CNN yang memetik dua sumber disifatkan sebagai ‘rakan rapat’ memaklumkan Winfrey sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Presiden.

Katanya, rakan lamanya mencadangkan beliau boleh dipujuk untuk berbuat demikian. – AFP



Source link

read more

Nomura unjur ekonomi negara berkembang 5.5 peratus


nomuraa_cropped.transformedMO, 9/1/2018, KUALA LUMPUR – Nomura Holdings, Inc mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 5.5 peratus tahun ini, dipacu oleh prestasi eksport.

Ahli Ekonomi Asia Tenggaranya, Brian Tan, pertumbuhan eksport yang kukuh dicatatkan pada tahun lalu dijangka berterusan ke tahun ini, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, permintaan domestik juga dijangka terus kekal memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Pertumbuhan eksport terus kukuh dan akan memberi limpahan kepada ekonomi domestik,” katanya pada taklimat media menerusi telefon mengenai tinjauan ekonomi ekuiti Malaysia di sini, hari ini.

Mengenai pergerakan harga minyak, Tan berkata, harga komoditi itu dijangka terus kukuh dengan berlegar pada paras purata AS$65 setong tahun ini.

Mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Tan berkata, pihaknya melihat Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk menang pada pilihan raya itu.

Beliau berkata, pertandingan tiga penjuru memberi kelebihan kepada BN untuk menang.



Source link

read more

Dua bintang tidak pakai hitam ke Golden Globes beri penjelasan



RAMAI bintang Hollywood yang menghadiri majlis anugerah Golden Globe ke-75 Ahad lalu berpakaian hitam sebagai tanda solidariti kepada kempen #MeToo dan #TimesUp yang mengutuk serangan dan gangguan seksual.
    
Bagaimanapun, dua wanita menjadi tumpuan ramai apabila mereka tidak memakai gaun berwarna hitam.

Antaranya ialah aktres Blanca Blanco yang memakai gaun merah rekaan Atria Clothing.

Walaupun dikecam netizen di media sosial, Blanca memberi penerangan kepada FoxNews atas pilihan warnanya.

“Saya suka warna merah. Pilihan warna merah tidak bermaksud saya menentang kempen ini. Saya sentiasa menyokong pelakon yang berani menunjukkan solidariti menentang penderaan dan gangguan seksual melalui tindakan dan pilihan gaya fesyen mereka.

“Saya teruja dengan pergerakkan #TimesUp, perubahan diperlukan,” kata pelakon filem ‘Beverly Hills Christmas’ dan ‘Awakened’ itu.

Selain Blanca, model Jerman Barbara Meier juga tidak berpakaian hitam sebaliknya gaun bertemakan flora pelbagai warna.

Dalam pos yang dimuat naik di laman instagramnya, Barbara menjelaskan, “Saya rasa ini merupakan satu inisiatif yang sangat penting. Bagaimanapun saya pilih untuk memakai baju yang pelbagai warna malam ini.

“Jika kita ingin Golden Globes ini ditujukan kepada wanita yang berani mempertahankan hak mereka, ia cara yang salah untuk menghadkan pemakaian wanita dan memberikan orang lain peluang untuk merampas kegembiraan dalam menunjukkan personaliti melalui fesyen.”

Barbara merupakan model yang memenangi musim kedua ‘Germany’s Next Top Model’.

Viele Frauen werden heute im Zuge der Time‘s Up Bewegung auf dem Roten Teppich schwarz tragen. Ich finde diese Initiative im Allgemeinen super und extrem wichtig. Trotzdem habe ich mich entscheiden, heute ein buntes Kleid zu tragen. Wenn wir wollen, dass heute die Golden Globes der starken Frauen sind, die für ihre Rechte kämpfen, ist es in meinen Augen der falsche Weg, sich nicht mehr körperbetont anzuziehen und uns die Freude am Ausdruck unserer Persönlichkeit durch Mode zu nehmen. Wir haben uns diese Freiheit lange erkämpft, dass wir tragen können, was wir möchten und es auch in Ordnung ist, sich sexy zu kleiden. Wenn wir das einschränken, weil sich einige Männer nicht unter Kontrolle haben, ist das in meinen Augen ein Rückschritt. Wir sollten nicht schwarz tragen müssen, um ernstgenommen zu werden. Wir Frauen sollten strahlen, farbenfroh sein und funkeln. So wie es in unserer Natur liegt! Das symbolisiert in meinen Augen unsere Freiheit und neue Stärke. Um das aber dennoch nochmal klar zu sagen: Viele schreckliche Dinge sind passiert und dürfen sich nie wieder wiederholen! Und wir sollten das immer wieder und direkt ansprechen und aufklären! Ich freue mich auf starke und inspirierende Reden heute Abend! (c) @gettyentertainment — A lot of women will wear black tonight to support the time‘s up movement! I think this is a great and extremely important initiative! Nevertheless I decided to wear a colorful dress tonight. If we want this to be the Golden globes of the strong women who stand up for their rights, I think, it’s the wrong way not to wear any sexy clothes anymore or let people take away our joy of showing our personality through fashion. We were fighting a long time for the freedom to wear what we want to and that it is also ok, to dress up a little more sexy. If we now restrict this, because some men can’t control themselves, this is a huge step back in my opinion. We should not have to wear black to be taken serious. US women should shine, be colorful and sparkle. Just like it is our nature. In my opinion this symbolizes our freedom and our new strength. But to make clear: A lot of bad things happened and should never happen again!!!

A post shared by Barbara Meier (@barbarameier) on



Source link

read more

Tun M bakal ulangi kesilapan – TPM


KUALA LUMPUR, 9 Jan -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018 di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 9/1/2018, KUALA LUMPUR – Resolusi pakatan pembangkang untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) boleh menjurus negara kepada kerosakan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri secara menyindir menyifatkan resolusi itu sebagai “tepat” kerana pembangkang akan memberi peluang kepada “tokoh” berkenaan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya selama 22 tahun berkuasa.

“Resolusi dibuat pakatan pembangkang dalam perhimpunan mereka adalah resolusi yang tepat, cukup baik dan kena pada tempatnya. Tokoh itu adalah tokoh yang cukup berjasa kepada negara selama 22 tahun dan insya-Allah kalau beliau akan diberikan tempatnya semula, kesalahan dahulu akan diulangi semula oleh beliau. Itu adalah satu kitar semula yang memang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk melihat bahawa tidak ada tokoh lain lebih layak dalam pakatan pembangkang selain daripada tokoh yang cukup berjasa kepada negara itu untuk terus melakukan kerosakan dan kebejatan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2018 bertema Pemangkin Generasi Bebas Jenayah anjuran Kelab Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan; Naib Presiden Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye; Pengerusi Jawatankuasa Induk konvensyen, Bok Siew Mun dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim.

Ahmad Zahid mengulas resolusi konvensyen pembangkang Ahad lalu yang bersetuju melantik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri jika memenangi PRU-14.



Source link

read more

3 bayi perlu dana rawat jantung berlubang


10dualo.transformed 10bantua.transformed 10bantus.transformed

MO, 9/1/2018, KUALA LUMPUR – Dua bayi perempuan dan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan hingga satu tahun, masing-masing memerlukan RM60,000 dan RM50,000 untuk membayar kos pembedahan serta rawatan jantung berlubang.

Nor Aleeyah Sayeeda Azril dan Hannah Ong Zi Han, kedua-duanya berusia satu tahun, kini ditempatkan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur dan perlu menjalani pembedahan segera.

Ibu Nor Aleeyah Sayeeda, Noor Syafiqah Samsulbahri, 26, berkata anaknya dikesan menghidap penyakit itu empat hari selepas dilahirkan.

“Selepas empat hari dia lahir, doktor sahkan terdapat lubang pada jantungnya dan saluran injapnya juga sempit,

“Selain masalah jantung, lelangit mulutnya turut sumbing. Selepas pembedahan jantung nanti, pembedahan akan dilakukan bagi memulihkan pula lelangitnya.” katanya ketika ditemui, di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Ong Hun Boon, 39, bapa kepada Hannah yang berkerja sebagai pekerja landskap mahu melihat anak sulungnya itu membesar seperti kanak-kanak lain.

“Hannah didiagnos menghadapi masalah jantung berlubang ketika dia berusia lima bulan dalam kandungan.

“Selepas dilahirkan, kami dapati dia sukar untuk bernafas secara normal, selain kurang aktif seperti bayi seusianya.” katanya.

Sementara itu, bayi lelaki, Shailendra Bahadur Lachamanan, tiga bulan, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), di hopital sama, memerlukan RM50,000 untuk pembedahan jantung.

Bapanya, Lachamanan Teck Bahadur, 34, berkata  keluarganya tidak mampu untuk membayar kos pembedahan anak keduanya itu.

“Saya hanya seorang pemandu lori dan isteri suri rumah sepenuh masa. Pendapatan kami sekeluarga tidak cukup untuk menampung kos pembedahannya.” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu, boleh salurkan sumbangan menerusi cek atas nama Tabung Kebajikan Media Prima NSTP, dengan nama bayi di belakang cek.

Alamatkan ke Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau ke akaun Maybank bernombor 5141-0532-3170.



Source link

read more

Opsyen untuk henti pendarahan Iman si badak Sumatra berisiko tinggi


KOTA KINABALU: Opsyen terbaik bagi menghentikan pendarahan dialami seekor badak sumbu Sumatra akibat tumor rahim kini dianggap mempunyai risiko terlalu tinggi.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata Iman, satu-satunya badak sumbu betina yang hidup di dalam kurungan di negara ini, kehilangan banyak darah hari demi hari hingga menjadikannya tidak bermaya.

“Kami telah mengadakan beberapa perundingan dengan pakar veterinar hidupan liar dari Amerika Syarikat, Afrika serta Jerman dan walaupun opsyen terbaik didapati adalah dengan melakukan ‘endoscopic cauterizing’ terhadap penjujuh, keadaan ketika ini mempunyai risiko terlalu tinggi (jika prosedur itu dilakukan terhadapnya).

“Kami bersetuju untuk cuba mengurangkan pendarahan daripada serviks dan vagina secara tak invasif.

“Kami berharap ini akan memberi masa kepadanya untuk sembuh dan mungkin menghentikan pendarahan,” kata beliau dalam kenyataan di sini malam tadi.

Tuuga berkata selera Iman berubah-ubah setiap hari, tetapi bertambah baik sedikit.

BACA: Iman si badak sumbu terus alami pendarahan, mungkin tidak dapat bertahan

BACA: Kesihatan Iman, badak sumbu betina terakhir Malaysia, pulih sedikit

Katanya, Iman tidur kira-kira separuh hari di tempatnya bermalam di mana badak itu dipantau dan sekali-sekala meragut daun yang digantung untuknya beberapa kali dalam sehari.

“Kami tahu dia teringin hendak berkubang berdasarkan cara dia memandang ke arah kandangnya.

“Secara berselang-seli, dia diberi peluang berkubang tiga kali setiap hari dan selepas itu dia akan terlena,” kata Tuuga.

BACA: Makin sakit, nasib badak sumbu betina terakhir di Malaysia jadi tanda tanya

BACA: Badak sumbu sumatera betina terakhir hadapi masalah kesihatan serius

Iman mula bergelut dengan tumor rahim leiomyoma apabila dia mula mengalami pendarahan rahim pada 14 Dis tahun lepas dan diberi penjagaan di Rezab Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu.

Selepas kematian Puntung pada Jun tahun lepas akibat kanser, kini Iman merupakan satu-satunya badak sumbu betina yang dipelihara di dalam kandang di negara ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Golden Globes 2018 Ini platform aktres Hollywood suarakan solidariti


KESAKSAMAAN dan usaha perkasa wanita menjadi tema utama anugerah berprestij Golden Globe ke-75.

Kebanyakan aktres Hollywood mengenakan busana serba hitam di laluan karpet merah bagi menyokong solidariti kepada kempen #TimesUp.

Bukan itu sahaja, beberapa orang aktivis bagi gerakan untuk membanteras pencabulan seksual terhadap wanita turut hadir pada malam anugerah gilang gemilang tersebut.

Kempen solidariti itu bukan sahaja di laluan karpet merah, malah beberapa orang aktres yang berjaya merangkul anugerah malam itu menggunakan platform tersebut bagi menyampaikan mesej buat wanita di dalam dewan dan di rumah.

Ini kata-kata aktres yang membawa semangat wanita pada malam anugerah Golden Globe ke-75.

OPRAH WINFREY

Oprah Winfrey. Sumber: AP

“Saya mahu semua wanita yang menonton untuk tahu bahawa hari kita telah tiba! Ini semua disebabkan anda wanita yang luar biasa di dalam dewan ini. Bukan itu sahaja, malah para lelaki yang hebat dengan menghormati agar wanita tidak perlu lagi berkata ‘saya juga’.”

REESE WITHERSPOON

Reese Witherspoon. Sumber: AP
“Anugerah ini menunjukkan kehidupan yang tidak semua orang dapat lihat di balik tadbir, jadi dengan ini saya ingin berterima kasih atas keberanian buat mereka yang menyuarakan pencabulan dan gangguan seksual yang terjadi.

“Keberanian anda saya hargai, malah saya berharap agar lebih anugerah seperti ini diadakan bagi menjadikan platform untuk mereka menyuarakan dari terus berdiam diri dan sembunyi di saat dicabul dan diseksa.

“Masa itu telah tamat. Kami mendengar, kami menyokong anda.”

RACHEL BROSNAHAN, ‘Marvelous Mrs Maisel’

Rachel Brosnahan. Sumber: AP
“Filem ini mengisahkan seorang wanita yang berani, bijak dan rumit. Terdapat banyak cerita benar seperti ini yang boleh kita ketengahkan. Ayuh berganding bahu agar lebih filem seperti ini dapat memberi inspirasi.”

LAURA DERN, ‘Big Little Lies’

Laura Dern. Sumber: AP
“Ramai di kalangan wanita dilatih agar tidak menyuarakan apa yang terjadi dan hanya memendam menjadi norma mereka. Saya menyeru agar semua menyokong mereka yang berani menyuarakan apa yang terjadi. Keadilan harus ditegakkan.”

FRANCES MCDORMAND, ‘Three Billboards Outside Ebbing, Missouri’

Frances McDormand. Sumber: AP
“Saya gembira berada di dalam dewan ini dan menjadi sebahagian dari perubahan industri perfileman antarabangsa. Para wanita malam ini bukan hadir kerana makanan, mereka di sini untuk bekerja.”

 



Source link

read more

PAN Kelantan unhappy, disappointed over PH seat allocation


PAN

MO,9/1/2018, KOTA BARU: Kelantan Parti Amanah Negara (PAN) is unhappy over the Parliamentary seat allocation it had received, compared to other seats it’s allies received in Pakatan Harapan (PH). PAN’s state chairman Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, said despite its party members unhappiness, it has not choice but to adhere to the directive set by PH leadership.

“The decision was made through a consensus by all leaders including those from PAN. “It is not true, if we (state PAN) are not upset with the decision, as PAN was given the smallest seat allocation compared to other parties. Wan Abdul Rahim was commenting on Pakatan’s announcement of seat allocations among its members on Sunday. PAN will contest only 27 Parliamentary seats in the peninsula, which contrasts with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), which will fight for 52. PKR and DAP were allotted 51 and 35 seats, respectively.

“We have to accept it with open heart for the sake of the party and its members,” he said when met here today. Although clearly disappointed, Wan Abdul Rahim said they could not do anything to change the decision. “If we are given a chance, we will like the leaders to reconsider their decision and give us more seats but we are helpless,” he said. On the number of parliamentary seats for the state PAN allocated by its party’s leaders, he said PAN would be contesting at five parliamentary seats in the state.

The seats are Kota Baru, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Rantau Panjang and Kuala Krai. “The Kuala Krai parliamentary seat is the latest that we decided in a meeting early today. “We hope will gain victory in Kuala Krai despite there will be a tough fight there,” he said.

–NSTP



Source link

read more

Sultan of Johor invests in US$100mil pharma manufacturing zone in Sri Lanka


JOHOR
MO,9/1/2018, PETALING JAYA: The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has teamed up with entrepreneur Patrick Lim Soo Kit to invest in US$100mil industrial zone for pharmaceutical manufacturers in Sri Lanka.  According to a press release, the State Pharmaceuticals Manufacturing Corporation of Sri Lanka (SPMC) and Pharma Zone (Pvt) Ltd entered into an agreement to build the first ever exclusive pharmaceutical manufacturing zone of Sri Lanka in the Welipenna area of the Kalutara district.

Pharma Zone, located on 50 acres is a Sri Lankan Board of Investment approved company whose principals are Sultan Ibrahim and Lim Soo Kit a leading Malaysian entrepreneur.  It is the Sultan’s desire that this investment results not only in commercial success but also that it will benefit as many Sri Lankan citizens and promote closer commercial and diplomatic relations between the people of Sri Lanka and Johor.

“We are delighted to enter into this agreement with the government of Sri Lanka which has always enjoyed warm relations with Malaysia. It is the fervent wish of Sultan Ibrahim, that this venture not only brings commercial prosperity to Sri Lanka but benefits the people by way of reduced pricing as well as the ready availability of drugs,” Lim said in the statement. “This is a 100% Malaysian investment and it underlines the high regard that the Sultan and the people of Johor for Sri Lanka,” he added.

The Pharma Zone will facilitate the local pharmaceutical manufacturers with sufficient land for manufacturing plants and basic infrastructure facilities for the manufacture of pharmaceutical products with a view to achieving the Sri Lankan Government’s target of localising production of essential pharmaceutical items to a value of US$100mil, thus saving valuable foreign exchange.

SPMC chairman Dr. Sayura Samarasundara said that with the completion of the Pharma Zone, envisaged to be in operation within one year, the Country Sri Lanka’s dependency on imported drugs would soon become a thing of the past. The zone will be run and administered by Pharma Zone, headed by Lim, while the SPMC along with the Sri Lankan Health Minister will set the standards and monitor quality.

“We will be marketing Pharma Zone regionally,” Lim said, adding that it was the intention of Pharma Zone to attract overseas investors to set up operations within the zone as well.

–TheStar



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons