Mangsa Banjir Dipindahkan Di Pahang Terus Berkurangan


PEKAN, 6 Jan -- Pasukan perubatan Pusat Kesihatan Pekan menaiki bot untuk memberi perkhidmatan perubahan kepada mangsa banjir di Kampung Temai hari ini. Kampung Temai yang terletak di pinggir Sungai Pahang sudah empat hari dilanda banjir selepas air banjir besar bermula dari bahagian Hulu Pahang hingga ke bahagian Hilir melalui Sungai Pahang disamping fenomena Air Pasang Besar.?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 8/1/2018, KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang hampir pulih dengan hanya 397 mangsa masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 418 orang malam tadi.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM), masih terdapat enam PPS yang dibuka untuk menempatkan 301 mangsa iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Temai (124) serta Balai Raya Kampung Menchupu (65).

“Selain itu mangsa turut ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (48), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (34), SK Acheh (28) dan dua orang di Balai Raya Kampung Tebat,” menurut portal itu.

Di Maran, terdapat 53 mangsa yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Baru Pertanian (41 orang) dan SK Pesagi (12).

Di Bera pula, 43 mangsa masih ditempatkan di SK Charuk Putting (24) dan Masjid Kampung Mengkarak (19).

Sementara itu, sebanyak 12 sekolah yang terjejas dengan banjir masih ditutup di dua daerah yang membabitkan 1,922 murid dan guru hari ini.

Pemangku Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata di Pekan, sebanyak lapan sekolah ditutup membabitkan 1,568 murid dan guru di Pekan.

“Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Acheh, SK Kinchir, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai, SK Mambang, SK Temai, SK Pelak, SK Pulau Manis dan SK Belimbing.”

“Di Maranpula, empat sekolah yang terlibat ialah SK Kertau, SK Pesagi, SK Kuala Wau dan SK Serengkam yang membabitkan 354 murid dan guru,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini, dengan dolar mengukuh ekoran jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat pada Mac.

Pada 9 pagi, unit tempatan mencatatkan paras 4.0020/0050 berbanding dolar daripada 3.9950/9990 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata dolar mula mengukuh, disokong oleh unjuran bahawa akan berlaku tiga kenaikan kadar faedah tahun ini, selain penyusutan nilai euro apabila pelabur membuat keuntungan selepas rali baru-baru ini.

Beliau berkata ringgit berehat hari ini selepas mengukuh berbanding dolar US sejak kebelakangan ini, namun sentimen ke atas mata wang tempatan itu kekal positif susulan kenaikan harga minyak mentah, sentimen pelaburan yang lebih baik dalam pasaran tempatan selain unjuran kenaikan Kadar Semalaman oleh Bank Negara Malaysia tahun ini.

Sementara itu ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0038/0072 daripada 3.0008/0043 pada Isnin dan rendah berbanding yen kepada 3.5372/5402 daripada 3.5298/5342,

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7904/7948 daripada 4.7896/7952 semalam dan rendah berbanding pound British pada 5.4295/4340 daripada 5.4036/4106 sebelumnya.

— BERNAMA



Source link

read more

Peminat hembus nafas terakhir setelah puas bercakap dengan Kanye West



Kanye West sempat membawa kegembiraan buat seorang peminat, meskipun peluang itu hadir pada saat-saat terakhir.

Menurut portal berita hiburan TMZ, penyanyi itu diberitahu mengenai seorang peminat muda yang menghidap penyakit kanser.

Keluarga peminat itu dilaporkan telah mencuba menghubungi Kanye beberapa kali sebelum ini tetapi gagal.

Minggu lalu, setelah Kanye mendapat berita tersebut, dia segera mengambil peluang untuk menghubungi kanak-kanak perempuan itu melalui aplikasi FaceTime.

Semasa bercakap dengannya, Kanye turut memenuhi permintaan dengan menyanyikan lagu rap I Love Kanye, yang merupakan lagu kegemaran peminatnya itu.

Peminat muda itu sangat gembira dengan panggilan Kanye dan menghembus nafas terakhir tidak lama kemudian.



Source link

read more

Segamat Buka Dua PPS Tempatkan 17 Mangsa


DS-8WAFUQAAt3AnMO, 8/1/2018, JOHOR BAHRU – Seramai 17 mangsa daripada enam keluarga di Mukim Buloh Kasap, Segamat dicatatkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir pagi ini ekoran pembukaan sebuah lagi PPS di Kampung Kuala Paya, pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata PPS di Sekolah Agama Kuala Paya itu dibuka pada 8.30 pagi ini dan menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga penduduk Kampung Kuala Paya.

“Kesemua mereka dipindahkan berikutan paras air Sungai Muar di Buloh Kasap meningkat kepada 8.9 meter melebihi paras amaran 8.53 meter,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya seramai 10 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Balai Badang pula masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Balai Badang, yang dibuka sejak 5 Jan lepas.

Beliau berkata cuaca di daerah itu ketika ini dilaporkan mendung dan pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan.

— BERNAMA



Source link

read more

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan campur tangan BNM


KUALA LUMPUR: Kadar-kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menganggarkan lebihan mudah tunai hari ini sebanyak RM31.745 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.998 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan memanggil tiga tender pasaran wang konvensional melibatkan sejumlah RM2.0 bilion untuk tujuh hari, 14 hari dan 21 hari, selain tender lelongan matang Islam Qard sebanyak RM4.6 bilion untuktujuh hari dan 14 hari.

BNM juga akan memanggil tender repo berjumlah RM350 juta untuk 31 hari, RM1.8 bilion Program Murabahah Komoditi untuk 31 hari selain Bil Antara Bank, Bank Negara sebanyak RM500 juta untuk 181 hari.

Pada 4 petang, BNM akan memanggil tender semalaman konvensional sehingga RM25.4 bilion dan tender semalaman Qard berjumlah RM10.6 bilion.

— BERNAMA



Source link

read more

Audit KLVC mampu selesai lebih awal


09selesai.transformedMO, 8/1/2018, KUALA LUMPUR – Audit forensik projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang dibangunkan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) di atas tanah milik FELDA dekat Jalan Semarak di sini, dijangka mampu siap lebih awal, daripada tempoh 30 hari ditetapkan.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, berkata ia berikutan pihaknya sudah menyerahkan pelbagai dokumen berhubung projek berkenaan kepada firma audit luar yang dilantik Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi melaksanakan forensik terbabit.

“Perdana Menteri bagi (tempoh menjalankan audit forensik) 30 hari. Boleh jadi cepat sikit (audit diselesaikan) kerana semua dokumen sudah ada (pada firma audit luar).

“Hari ini, firma audit luar itu mulakan proses audit di JPM dengan mengkaji semua dokumen yang sudah kami serahkan sebelum ini.

“Selepas itu, jika mereka mahu datang ke sini (Menara FELDA) untuk mencari dokumen lain, terpulanglah,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara FELDA di sini, hari ini.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan berkata JPM sudah melantik sebuah firma audit luar untuk melaksanakan audit forensik ke atas projek dibangunkan SPSB di tanah milik FELDA.

Firma itu akan menjalankan audit forensik terhadap semua aktiviti, keputusan dan tindakan berkaitan projek serta menilai semula proses pengawalan berkaitan, termasuk kelemahan pentadbiran dalaman serta pengawasan FELDA ke atas FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Siasatan firma audit itu yang turut membabitkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dijangka siap dalam tempoh 30 hari dan laporan penuh akan dikemukakan kepada JPM.

Ditanya sama ada firma itu akan pergi ke Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pejabat KLVC dan SPSB, Shahrir berkata, perkara itu adalah sebahagian daripada skop siasatan mereka.

Ketika diminta memaklumkan nama firma audit itu, Shahrir berkata, pihak berkenaan enggan nama mereka didedahkan bagi memastikan siasatannya tidak diganggu mana-mana pihak.



Source link

read more

Di ambang penceraian Ahok kembali dapat liputan sensasi media Indonesia



JAKARTA: Bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, kembali menjadi liputan utama media Indonesia apabila dilapor memfailkan petisyen penceraian terhadap isterinya, Veronica Tan.

Media dalam talian di Indonesia melaporkan Ahok menfailkan petisyen itu pada 5 Jan lepas di Mahkamah Daerah Jakarta Utara.Beliau turut menfailkan tuntutan penjagaan terhadap anak-anak mereka – Nicholas Sean, 20, Nathania Berniece, 17 dan Daud Albeenner, 12 tahun.

Petisyen penceraian itu pada mulanya tersebar di media sosial, sebelum peguamnya Josefina Agatha Syukur hari ini mengesahkan perkara itu.Josefina enggan mengulas punca petisyen pasangan yang berkahwin pada 6 Sept 1997 itu.

Ahok, 51, sebelum ini mendapat liputan utama media Indonesia apabila dikaitkan dengan penistaan agama Islam sebelum didapati bersalah pada Mei tahun lepas.

Kini beliau menjalani hukuman penjara dua tahun di Mako Brimob, Kelapa Dua, Depok.– BERNAMA



Source link

read more

Man threatens to behead boy before abducting ex-girlfriend


NEWS

MO,8/1/2018, KUANTAN: A man armed with a parang threatened to behead a young boy before abducting his former girlfriend at Kampung Alor Beruang near Sungai Soi here on Saturday. The 4.30pm drama unfolded when the suspect, in his 30s, went to the house located in an Orang Asli settlement and assaulted his ex-girlfriend, 35-year-old Siti Khadijah Badar, repeatedly.

He then forcibly took her away. Siti Khadijah’s s step-sister, Noriah Mahat, 16, said she and the victim were resting in the living room with two other siblings when the man pulled up in a car at 4.30pm. She said the man dashed towards the house and smashed down the house wooden door, before hitting Siti Khadijah repeatedly.

“The man then placed a parang at my younger brother’s neck, and asked for my elder sibling, who is known as Hisham. Hisham was not at home during the incident. “He threatened to behead us if we did not give him an answer. “The man continued to hit my step-sister (Siti Khadijah). A neighbour, who heard us screaming, immediately rushed to our aid.

“This caused the man to flee the scene with (Siti Khadijah) in her Proton Wira,” she said, adding that they lodged a police report at the Jaya Gading police station later the same day. Noriah said that Siti Khadijah, who works as a lab assistant at a school here, as having been close to the family since 2010, and would often spend the night at their house.

She said Siti Khadijah had sent her a text message on Sunday morning, confirming that she (Siti Khadijah) was safe. Noriah said that the whole family is worried though as they could not contact the victim and that her whereabouts remain a mystery. She described Siti Khadijah’s former boyfriend (the suspect) as a hot-tempered person. Meanwhile, district police chief Assistant Commissioner Mohamad Noor Yusof Ali confirmed the incident but declined to comment further.

–NSTP



Source link

read more

5 pilihan peminat untuk ganti Coutinho


SELEPAS Philippe Coutinho berhijrah ke Barcelona dengan nilai perpindahan £146 juta (RM770 juta), peminat Liverpool tertanya-tanya siapakah pengganti Coutinho.

Adakah pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akan mencari pemain yang mampu menggalas tugas yang sama seperti Coutinho atau mengaplikasi taktikal yang berbeza dengan mencari pemain posisi lain?

Kita lihat siapa pilihan peminat untuk menggantikan tempat pemain Brazil itu.

Riyad Mahrez terbukti hebat di Premier League.
Riyad Mahrez – Leicester City

Bagi wakil kelab penyokong All Reds Malaysia, Mustakim Mokhtar dan Mikael Hidayat, Mahrez adalah calon yang sesuai kerana seorang pemain yang bijak dan mahir mencipta gol selain kemampuannya itu sudah terbukti dalam Premier League (Liga Perdana Inggeris).

Malah, Mahrez boleh digunakan untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Julian Draxler (baju kuning) pernah dikaitkan dengan penghijrahan ke Liverpool sebelum ke PSG. Julian Draxler – Paris St. Germain (PSG)

Mustakim juga menyenaraikan pemain Jerman, Julian Draxler yang tidak digunakan sebagai kesebelasan utama PSG kerana dia bermain posisi yang sama seperti Coutinho selain mempunyai kebolehan mengelecek pemain lawan.

Lain-lain faktor ialah Draxler seorang warga Jerman dan mempunyai mentaliti seorang pemain bola sepak Jerman seperti juga Klopp.

Alexis Sanchez yang diburu Manchester City dikatakan calon yang paling sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Coutinho.
Alexis Sanchez – Arsenal

Sementara penyokong Liverpool lain seperti Shamsul Bahri Hasamdin, menggemari pemain Chile, Sanchez yang mahu berhijrah keluar dari Arsenal.

Kontrak Sanchez akan tamat hujung musim ini dan Arsenal berpeluang untuk mengaut keuntungan daripada jualan pemain itu.

Sanchez juga terbukti dalam saingan Premier League namun sikapnya merisaukan peminat kerana kadang-kala bertindak tidak profesional di dalam dan luar padang.

Pierre-Emerick Aubameyang adalah anak didik pengurus Liverpool, Jurgen Klopp semasa beliau berkhidmat di kelab Jerman itu.
Pierre-Emerick Aubameyang – Borussia Dortmund

Bekas pemain Sarawak, Rayjal Abdul Jalil, pula mengharapkan kehadiran Aubameyang yang dianggap sentiasa menyinar di bawah kendalian Klopp.

Pemain antarabangsa Gabon itu menyertai Dortmund semasa Klopp mengendali kelab itu dan amat menghormati pengurus dari Jerman itu.

Aubameyang yang dilaporkan terdesak mahu meninggalkan Dortmund sudahpun menjaringkan 17 gol daripada 19 perlawanan.

Manuel Lanzini dari West Ham meraikan jaringan gol ke atas Liverpool pada November 2017.
Manuel Lanzini – West Ham United

Pemain Argentina Manuel Lanzini, beraksi untuk kelab West Ham United.

Abdul Rashid dari All Reds Malaysia menyifatkan Lanzini sebagai seorang pemain yang pandai menggelecek, bijak menghantar bola, mempunyai sifat kepimpinan di atas padang dan seorang ‘team player’.

Bagi Rashid, Lanzini adalah versi Coutinho yang lebih muda dan mempunyai semua kemampuan yang dimiliki Coutinho.

Lanzini belum mencapai puncak permainannya lagi tetapi mempunyai asas yang kuat untuk dibangunkan sebagai seorang pemain bertaraf dunia.

Nama-nama lain yang disebut peminat adalah Dele Alli (Tottenham Hotspur) kerana dia adalah peminat Liverpool, Thomas Lemar dari Monaco dan Paulo Dybala (Juventus).

Bagi menguatkan lagi bahagian pertahanan Liverpool, Raphael Li dari Hong Kong mencadangkan pemain Roma, Radja Nainggolan

Pemain antarabangsa Belgium, Nainggolan bermain sebagai pemain tengah pertahanan, mempunyai kebolehan ‘set-piece’ yang hebat selain posisinya itu amat diperlukan ‘the Reds’ bagi mengukuhkan lagi pertahanan.



Source link

read more