TUN M DAN RAJA2 copyMO, 10/1/2018 – Sering kali antara isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir ialah mengenai orang Melayu. Beliau seolah-olah dilihat sebagai seorang yang mempertahankan orang Melayu dan berusaha untuk membangunkan orang Melayu.

Tetapi mungkin beliau terlupa atau tidak sedar, di dalam konteks orang Melayu, antara institusi utama di dalam nyawa orang Melayu ialah institusi Raja-Raja Melayu. Tindakan beliau yang menyelar dan mengusik institusi Raja-Raja Melayu secara terbuka dan terkini pula menzahirkan rasa tidak puas hatinya secara terbuka kepada beberapa orang Sultan Melayu amat dikesali.

Di mana pendirian Dr Mahathir di dalam konteks orang Melayu yang beliau cuba menjadi juara ini. Secara sengaja, beliau dilihat cuba mencampuri institusi Raja-Raja Melayu yang dilihatnya sebagai pencabarnya di dalam menentukan hegamoni beliau bagi mendapat ketaatan dan kesetiaan orang-orang Melayu.

Benarlah apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor dan Johor baru-baru ini apabila beliau mempersoalkan keturunan Bugis di dalam institusi Raja-Raja Melayu. Malahan sebelum itu pun beliau telah menyentuh peribadi Raja-Raja Melayu dengan secara sengaja ‘mengusik’ institusi Raja-Raja Melayu melalui pindaan perlembangaan di tahun 1993.

Nama Almarhum Sultan Iskandar dari Johor menarik perhatian dengan dijadikan punca kepada krisis perlembagaan di dalam sejarah Malaysia. Dan terkini pula pendedahan mengenai pemecatan Tun Salleh Abbas dikaitkan dengan rasa tidak puas Yang Di Pertuan Agong ketika, Almarhum Sultan Iskandar ke atas Ketua Hakim tersebut.

Sebagai ahli politik yang licik, kedua-dua perkara tersebut dijadikan peluang atau kesempatan bagi memperkukuhkan kedudukan beliau di dalam institusi orang-orang Melayu. Kewujudan Raja-Raja Melayu dilihatnya sebagai penghalang untuk meluaskan dan memperkukuhkan agenda politik jangka panjangnya. Peluang yang terbuka dengan tidak sengaja tersebut dijadikan kesempatan bagi ‘mempersoalkan’ institusi Raja-Raja Melayu di mata orang-orang Melayu.

Dengan kembalinya Dr Mahathir di dalam politik Malaysia, beliau masih terus memainkan sentimen yang sama iaitu mempertahankan agenda Melayu. Ini merupakan strategi terancang yang telah dilaksanakan sejak sekian lama. Di dalam konteks ini apakah pendirian orang-orang Melayu bila mana Sultan Selangor baru-baru ini mendedahkan bukan sahaja Baginda Sultan Selangor tidak menyenangi tindak-tanduk Tun Dr Mahathir.

Malah, baginda bertitah: “Semua sembilan Raja mempunyai perasaan yang sama mengenai Dr Mahathir sejak ahli politik berusia 92 tahun itu kembali aktif dalam politik”. Ini merupakan kebimbangan institusi Raja-Raja Melayu melihat kepada kerakusan Dr Mahathir yang kembali membawa bibit perpecahan di kalangan orang Melayu dan perasaan dendamnya sehingga sanggup untuk membakar negara ini dengan api kemarahannya.

Di dalam konteks ini, kedudukan orang-orang Melayu terus terancam kerana dunia Melayu tidak dapat dipisahkan dengan institusi Raja-Raja Melayu. Tindakan beliau yang sanggup bersekongkol  dengan musuh-musuh lamanya yang sebelum ini diberikan dengan pelbagai gelaran tetapi kini menjadi rakan seperjuangan hanya akan meruntuhkan dunia Melayu ini secara tidak langsung.

Bagaimana seseorang yang sering memperkatakan kedudukan orang Melayu tetapi di tangan kirinya sedang merobek-robek institusi orang Melayu yang paling asas, iaitu Raja-Raja Melayu.

25 tahun telah berlalu bermula di tahun 1993 tetapi perasaanya kepada institusi Raja-Raja Melayu masih tetap sama. Dan tindakan Dr Mahathir ini sudah pasti akan memberikan kesan kepada asas kestabilan negara sebagaimana yang terpahat di Rukun Negara, Kesetiaan kepada RAJA dan Negara.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: