Empat waris disaman anak tunggang basikal lajak


BALIK PULAU: Padah membenarkan kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya di atas jalan raya, empat waris di Balik Pulau, Pulau Pinang dikenakan tindakan saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tindakan saman diambil selepas aksi empat kanak-kanak yang berusia antara 10 dan 14 tahun yang menunggang dalam keadaan bahaya di Jalan Besar Balik Pulau berjaya dikesan anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritenden A.A. Anbalagan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, anggotanya terserempak dengan empat kanak-kanak terbabit yang sedang menunggang basikal dalam keadaan berbahaya.

Menurut beliau, anggota polis terbabit kemudiannya bertindak menahan mereka sebelum dibawa ke Balai Polis Balik Pulau untuk diambil keterangan.

Menurut Anbalagan pihaknya turut menghubungi semua waris kanak-kanak itu untuk diambil keterangan termasuk mengenakan saman ke atas mereka di bawah Kaedah 42 (1)(a) LN 166/59, Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Selain itu katanya, pihak polis turut  menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah supaya hadir ke balai polis untuk tindakan pihak sekolah.

Menurut beliau, kesemua kanak-kanak itu kemudiannya dibebaskan setelah ibu bapa mereka hadir dan membayar saman.

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai khususnya kanak-kanak supaya menghentikan segera aktiviti tersebut sebelum kecelakaan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Beliau turut meminta kerjasama ibu bapa dalam menjaga dan memantau aktiviti anak-anak agar tidak terjebak dengan aktiviti yang boleh membahayakan nyawa mereka serta penggguna jalan raya yang lain.



Source link

read more

Lawatan PM atas jemputan Raja Arab Saudi


DTKKKqIVMAEZ-DfMO, 10/1/2018, KUALA LUMPUR – Lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan Perdana Menteri itu bagi membincangkan isu dua hala yang dipersetujui kedua-dua negara ketika kunjungan Raja Salman ke Malaysia, tahun lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya hari ini berkata, rombongan Perdana Menteri turut disertai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; ibu, Tun Rahah Mohammad Noah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; ahli keluarga dan kenalan.

Perdana Menteri bersama keluarga dan beberapa kenalan turut mengerjakan umrah.

Kenyataan itu berkata, perbelanjaan ahli keluarga dan kenalan Najib ke Tanah Suci ditanggung sendiri manakala hanya Tun Rahah menaiki kapal terbang bersama Perdana Menteri ke Arab Saudi.

Katanya, nama keseluruhan delegasi dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran bagi menunaikan umrah.

Perdana Menteri dan rombongan turut diberi taraf tetamu negara oleh Kerajaan Arab Saudi.



Source link

read more

Kes demam denggi catat penurunan dua tahun berturut-turut


PUTRAJAYA: Kes demam denggi berjaya dikurangkan untuk tempoh dua tahun berturut-turut sejak 2015, hasil tindakan bersepadu daripada pelbagai kementerian, agensi, masyarakat dan individu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata berbanding 2015 yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi sebanyak 120,836 kes, kes yang sama telah menunjukkan penurunan pada 2016 dan 2017 masing-masing kepada 101,357 kes dan 83,849 kes.

“Sebanyak 177 kes kematian akibat demam denggi direkodkan di seluruh negara pada tahun lepas, penurunan sebanyak 60 kematian berbanding 2016 iaitu 237 kes kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kebangsaan yang terdiri daripada tujuh kementerian dan pelbagai agensi telah ditubuhkan pada Julai 2014 untuk menggerakkan agensi serta masyarakat dalam menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.

Ia termasuklah kerjasama dalam menjalankan beberapa aktiviti gotong-royong mega, operasi penguatkuasaan, iklan dan promosi pencegahan demam denggi serta program pendidikan kepada pelajar dan masyarakat.

Noor Hisham berkata menerusi operasi pengkuatkuasaan bersepadu yang dijalankan pada tahun lepas, sebanyak 2,458 tapak pembinaan, 13,408 tapak komersial, 639 tapak semaian dan 1,698 premis barang lusuh telah diperiksa.

“Hasil pemeriksaan, sejumlah 1,702 kompaun dengan nilai RM534,000 telah dikeluarkan manakala 38 tapak binaan telah menerima arahan penutupan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, jumlah kes Chikungunya yang direkodkan pada tahun lepas adalah sebanyak 270 kes iaitu 190 kes dari Kedah, 33 kes (Selangor), 24 kes (Johor), 19 kes (Kelantan) dan masing-masing dua kes dari Perak dan Sarawak.

Pemantauan sistem survelan virus Zika juga terus dipergiatkan dan sehingga 30 Dis 2017, keputusan ujian bagi 2,304 sampel darah dan 33 sampel air kencing dalam kalangan pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan virus Zika didapati negatif, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Rangkaian pedofil antarabangsa sasar kanak-kanak Asia Tenggara



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia kini menyiasat sama ada sindiket pornografi melibatkan kanak-kanak di republik itu ada kaitan dengan rangkaian antarabangsa, lapor Reuters.

Menurut kenyataan polis pada Selasa, kemungkinan itu diambil serius selepas kes video wanita dewasa yang melakukan aksi seks dengan kanak-kanak tersebar di media sosial.

Polis di Jawa Barat berkata, tiga kanak-kanak lelaki, seawal usia 7 tahun, yang terpapar dalam video itu kini dalam jagaan pekerja sosial.

Sekurang-kurangnya lima orang telah ditahan, termasuk dua wanita yang merupakan ibu kepada mangsa.

BACA: Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak

BACA: Demi RM90, ibu gamak jual anak untuk berlakon video lucah

BACA: Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak

Mereka didakwa melanggar undang-undang pornografi dan perlindungan kanak-kanak, dan berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun. Polis kini memburu seorang lagi suspek.

“Siasatan awal mendapati pengarah aksi lucah itu menjual rakaman video berkenaan kepada seseorang di Rusia dan Kanada,” ujar jurucakap polis Yusri Yunus.

Dia menambah, semua itu adalah atas faktor tawaran wang. Pengarah video lucah itu dilaporkan menerima 31 juta Rupiah (RM9,200) untuk menghasilkan video tersebut.

“Kami sedang menyiasat dan sudah menyelaraskan gerak kerja unit jenayah siber,” katanya.

Indonesia terdedah kepada jenayah pornografi dan pencabulan seksual bawah umur, yang antara lain didorong faktor kemiskinan dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah pada masa lalu.

Tahun lalu, sejumlah 92 pedofil Australia dikekang daripada memasuki negara itu.

Dalam satu kes yang menggemparkan Asia Tenggara sebelum ini, seorang warga Britain, Richard Huckle, dijatuhi 22 hukuman penjara sepanjang hayat pada 2016.

Huckle telah melakukan pencabulan seksual terhadap 200 bayi dan kanak-kanak, kebanyakannya di Malaysia, dan berkongsi imej itu di ruang siber.

Sementara itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, Filipina adalah sumber pornografi kanak-kanak nombor satu dunia.



Source link

read more

TUN M JADI PM, KERUSI MANA DIA BERTANDING??? ~ SEMUT HITAM


Walaupun polemik pencalonan Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak itu dilihat seolah – olah sudah diselesaikan, namun keputusan yang dibuat memberi kesan negatif.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pelbagai pihak dari kalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri tampil mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan mereka.

Rata – rata komen yang dibangkitkan memberi gambaran bahawa pencalonan tersebut tidak diterima secara menyeluruh diperingkat akar umbi gabungan parti pembangkang itu sendiri.

Malangnya, walau apa pun bantahan yang dibuat sama ada secara terbuka atau pun sebaliknya, pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu seolah – olah tidak mengambil peduli terhadapnya.

Tambah memalukan ialah apabila kepimpinan puak Pakatan Haprak tu hanya menganggap tindakan mereka yang membuat bantahan itu sama seperti “Anjing Yang Menyalak Bukit“.

Namun, disebalik pertikaian serta bantahan yang dibuat, ada juga pihak yang membangkitkan persoalan, dimana Tun Mahathir akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum nanti?

Perkara itu kini menjadi satu isu yang hangat diperkatakan dikalangan rakyat. Kata mereka, sekiranya Tun Mahathir nak menjadi Perdana Menteri, maka dia perlu bertanding dikerusi Parlimen.

Soalnya, Parlimen mana yang akan menjadi pilihan Tun Mahathir? Adakah dia akan bertanding di Putrajaya? Atau, adakah dia akan kembali bertanding di kerusi Parlimennya sebelum ini?

Bagi pendapat sesetengah pihak, tidak mustahil sekiranya Tun Mahathir akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan, tempat yang disandang oleh YAB Perdana Menteri pada ketika ini.

Persoalan itu kini mula menghantui pemikiran puak Pakatan Haprak memandangkan mereka perlu meletakkan Tun Mahathir dikawasan yang dijamin menang bagi merealisasikan harapan untuk menjadikan dia sebagai Perdana  Menteri kelak!!!




Source link

read more

CCTV Dialukan Asal Tidak Ceroboh Privasi Pelajar Dan Guru


DTKA2G-VAAEfIv6MO, 10/1/2018, KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik usaha memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah namun berharap tindakan itu tidak sehingga menganggu privasi pelajar dan guru-guru.

Presidennya Kamarozaman Abd Razak berkata lokasi pemasangan CCTV sewajarnya tidak menceroboh privasi pelajar dan guru seperti dalam bilik darjah, bilik guru, kawasan tandas dan juga bilik khas untuk pertemuan guru dan ibu bapa.

“Meskipun cadangan untuk memasang CCTV di bilik khas bagi mengelak tohmahan terhadap para guru adalah berniat baik, namun saya rasa tidak perlu dan tidak ada kewajaran… dikhuatiri akan ada yang menularkan rakaman CCTV.

Ini maruah kanak-kanak, kita perlu jaga aib mereka… privasi seseorang murid perlu dijaga… kalau rakaman CCTV itu viral, kesalahan yang dibuat murid itu tidak selesai, jadi cerita lain pula yang lebib parah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) bagi berbincang topik ‘Menangani Disiplin di Sekolah’ di sini malam tadi.

Kamarozaman berkata pemasangan CCTV bagi tujuan pengawasan disiplin dan keselamatan warga sekolah wajar khususnya di sekolah yang bilangan pelajar ramai dan sekolah yang bermasalah.

“Lokasi CCTV penting. CCTV di hadapan sekolah amat perlu untuk tujuan keselamatan terutamanya sekolah melebihi 1,000 atau 2,000 pelajar kerana boleh membendung kes jenayah seperti culik dan juga sekiranya berlaku kemalangan di hadapan sekolah,” kata beliau.

Katanya pemasangan CCTV khususnya di tempat pelajar sering berkumpul seperti di lorong belakang dan juga di padang boleh membendung kes buli selain mengesan lebih awal masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Beliau bagaimanapun mengakui usaha memasang CCTV di seluruh 10,100 buah sekolah di seluruh negara agak sukar kerana kos yang terlalu tinggi.

Bulan lepas, Kementerian Pendidikan mengumumkan akan melengkapi CCTV baharu berdefinisi tinggi (HD) di 100 sekolah terpilih di seluruh negara yang mampu dipantau terus Polis Diraja Malaysia sebagai usaha menangani gejala sosial dan memastikan keselamatan sekolah daripada diceroboh.

Sementara itu, anggota Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal yang juga menjadi panel dalam program BNC itu berkata para guru perlu prihatin dan tidak menjatuhkan air muka pelajar dengan menyampaikan prestasi buruk atau masalah disiplin kepada ibu bapa, di hadapan murid itu sendiri.

“Pada sesi perjumpaan guru bersama ibu bapa, guru perlulah puji dan guna kata positif kepada murid itu… kalau mahu berbincang masalah murid jangan dibuat secara terbuka di hadapannya hinggakan didengari murid dan ibu bapa yang lain… jangan hilangkan kepercayaan murid terhadap guru.

“Ibu bapa pula jangan cepat melatah menyalahkan guru atau memarahi anak sejurus mendapat laporan… kanak-kanak perlu dididik dengan cara lembut… mereka perlu bezakan antara disiplin dan penderaan,’ katanya.

 

– BERNAMA



Source link

read more

Ozon makin pulih iklim global makin ekstrem


PERSOALAN ini cukup kompleks!

Lapisan ozon menipis satu fenomena yang melanda global dalam abad ke-21 ini.

Terbaharu, Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) melaporkan satu lubang besar yang pernah muncul di Antartika sekitar tahun 1985 kembali pulih ekoran pengharaman penggunaan bahan kimia, chloro-flurocarbons atau CFCs.

Tahun lalu, beberapa imej satelit telah menunjukkan lubang ozon semakin nipis dan pendedahan beberapa saintis yang mencadangkan fenomena in hanya akan pulih pada tahun 2060.

Sehingga saat ini, masih tiada kepastian sekiranya ini adalah sebahagian daripada Montreal Protocol, yang merupakan suatu inisiatif yang diperkenalkan pada tahun 1989 mengharamkan penggunaan CFCs.

Bandar Sydney pada Ahad mencatat suhu tertinggi 47.3 Celcius tatkala bandar-bandar di kawasan utara Amerika Syarikat merekodkan suhu paling rendah pada ketika ini. Cukup menakutkan!

BACA: Kompilasi ekstrem: Cuaca dunia semakin aneh dan tidak menentu

Jika diambil kira pengharaman CFCs yang efektif, mengapa pemanasan global semakin serius?

 

Cuaca melampau ini turut memberi impak terhadap ekosistem haiwan. Portal AFP turut melaporkan otak kelawar tersebut kerana haiwan itu dikatakan spesies yang paling kurang daya tahan.

Agensi Penyelamat dan Pendidikan Hidupan Liar New South Wales (WIRES) berkata kematian beratus kelawar itu boleh bertambah sehingga beribu kelawar.

Secara harafiah, pemanasan global semakin meruncing.



Source link

read more

Gempa bumi kuat landa Caribbean Mexico



GEMPA bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Laut Caribbean berhampiran Honduras, Mexico.

Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, amaran kejadian tsunami dijangka berlaku di beberapa negeri di Laut Caribbean, Mexico telah dikeluarkan.

“Ombak tsunami mencecah 0.3 hingga satu meter lebih dari paras biasa akan berlaku di pesisiran pantai Belize, Cuba, Honduras, Mexicp, kepulauan Cayman dan Jamaica,” kata agensi tersebut.

Gempa bumi tersebut berlaku 44 kilometer dari pulau Great Swan di Honduras menurut US Geological Survey.



Source link

read more

HARGA TOL DI MALAYSIA MURAH??? ~ SEMUT HITAM


Hairankan? Dikala semua puak Pakatan Haprak tu sibuk mendesak Kerajaan dan menabur janji kononnya nak menghapuskan kutipan Tol di Malaysia, lain pulak pendirian Tun Mahathir.

Dalam satu kenyataan hari ini, bekas Perdana Menteri itu mendakwa kutipan Tol di Malaysia pada ketika ini masih lagi murah jika ianya hendak dibandingkan dengan negara luar.

Malah, kata Tun Mahathir, bayaran kutipan tol yang dikenakan ke atas pengguna pada ketika ini adalah untuk tujuan kerja – kerja penyelenggaraan dan ianya tidak membebankan rakyat.

“Jambatan Pulau Pinang kadar tol RM7 sejak ia dibina pada tahun 1980-an, tak naik sekali pun.

“Dan yang baru ini juga RM7. Saya berpendapat walau ada yang mengeluh, agak terlalu tinggi ‘tol rate’ ini, tetapi sebenarnya ini pergi balik kita bayar RM7, sedangkan jambatan lebih kurang sama di Jepun ‘tol rate’ lebih RM500.

“Fikir-fikirlah sama ada kita (kerajaan) terlalu tamak mengenakan ‘tol rate’ terlalu tinggi? Buatlah perbandingan dengan mana-mana negara sekalipun,” katanya.

IRONIKnya, selama hari ini puak Pakatan Haprak tu sibuk pulak membuat tuduhan terhadap Kerajaan yang didakwa bertindak zalim kerana tidak menghapuskan bayaran kutipan tol.

Bahkan, dalam manifesto Pakatan Haprak itu juga, mereka turut berjanji akan menghapuskan bayaran kutipan tol yang dianggap menjadi punca kenaikkan kos sara hidup.

Maka, sudah pasti kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir ini bertentangan dengan prinsip perjuangan serta janji yang telah ditaburkan oleh puak Pakatan Haprak tu selama ini.

Sedangkan selama hari ini puak Pakatan Haprak tu secara terbuka membuat dakwaan kononnya konsesi lebuhraya yang dikenakan bayaran tol di Malaysia merupakan milik kroni – kroni Tun Mahathir.

Dan bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir berhubung isu tersebut seolah – olah cuba nak melindungi kepentingan peribadi kroni – kroninya yang terlibat.

Maka persoalannya, adakah puak Pakatan Haprak tu menerima pendirian yang diberikan oleh calon Perdana Menteri mereka ini? ATAU, adakah mereka berani untuk menentangnya secara terbuka?




Source link

read more

Malaysian passport 4th most powerful in Asia, world’s No 12


PASSPORT 3

MO,10/1/2018, PETALING JAYA: The Malaysian passport is the fourth most powerful in Asia, maintaining its position for two consecutive years. In the rankings published by The Henley Passport Index, holders of the Malaysian passport can travel to 166 countries visa-free. In rankings published by Arton Capital’s Passport Index in April last year, Malaysia was ranked as the fourth most powerful passport in the world with an overall visa-free score of 156. Malaysia was tied with Japan in that index.

According to its website, the Henley Passport Index itself ranks passports of the world according to the number of countries its holders can travel to visa-free. The Henley Passport Index is formulated based on data from the International Air Transport Association (IATA), with additional in-house research also done.

Malaysia, which was placed behind Singapore, Japan and South Korea in Asia, is also ranked 12th overall in the world out of 199 countries. The country was placed 13th in the world in 2017. Germany grabbed top spot on the Index with visa-free access to 177 countries while Singapore was ranked second in the world, with its citizens able to travel to 176 countries without a visa.

In joint third place, European countries dominated the list with a lone Asian country in its midst. Denmark, Finland, France, Italy and Japan were placed third overall, with their passport holders able to travel to 175 countries visa-free. South Korea was placed fifth in the world with its citizens enjoying visa-free access to 173 countries.

In the Asean region, Singapore and Malaysia were placed in the first and second position respectively, far higher than their neighbours Brunei which is placed at 22 in the world, followed by Thailand (64), Indonesia (72), Philippines (72), Cambodia (86), Vietnam (88), Laos (88) and Myanmar (92).

The least powerful passports in the world went to war-torn countries Syria (102), Iraq (103) and Afghanistan (104).

–TheStar



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons