Mereka hanya mahu Ip Man dalam Star Wars – Donnie Yen


BAGI peminat pelakon aksi Hong Kong Donnie Yen, anda mungkin terhibur dengan lakonan bersahajanya  sebagai Chirrut Îmwe dalam ‘Rogue One: A Star Wars Story’.

Namun, sebaliknya bagi pelakon yang dikenali menerusi trilogi Ip Man ini.

Menurut Donnie, Îmwe  tidak ada bezanya dengan watak lain yang diberikan Hollywood kepadanya — dengan kata lain, stereotaip.

“Apabila saya menerima watak dalam Rogue One, saya rasa penting untuk saya mengembangkan watak berkenaan supaya kurang klise.

“Saya tahu mereka mahukan Donnie Yen kerana dia adalah Ip Man. Mereka mahu Ip Man dalam Rogue One.

Chirrut Îmwe dalam Rogue One: A Star Wars Story

“Saya faham, tapi saya tidak mahu melakonkan watak tipikal, jaguh seni bela diri Cina,” dedah  Donnie kepada majalah Prestige.

Jelas pelakon berusia 54 tahun ini, dia membuat keputusan untuk berbincang dengan penerbit bagi menambah lebih jiwa dalam watak Îmwe dan hasilnya dapat dilihat dalam naskhah akhir filem itu.

“Jika anda fikir watak Îmwe itu klise, anda perlu lihat skrip asal yang diberikan kepada saya. Itu sebab mengapa saya agak keberatan untuk menerima peranan itu,” tambah Donnie.

Bagi Donnie, dia sudah muak dengan layanan Hollywood terhadap pelakon Asia.

Mereka sering diberi watak kecil yang kadang kala tidak beri kesan langsung kepada jalan cerita semata-mata bagi memancing penonton Asia.

“Anda tidak boleh hanya meletakkan pelakon Asia dengan harapan kemunculan singkat mereka dapat memenuhi pasaran Asia. Ini satu gurauan,” ujarnya lagi.

Selain Donnie, Rogue One turut menampilkan tiga pelakon aksi Indonesia Iko Uwais, Yayan Ruhiyan dan Cecep Arif Rahman namun sekadar watak kecil dengan dialog ringkas.

Donnie sebelum ini pernah membintangi beberapa lagi filem Hollywood termasuk  ‘xXx: Return of Xander Cage’, ‘Blade II’ dan ‘Shanghai Knights’.



Source link

read more

KENAPA DR MAHATHIR PERDANA MENTERI SEMENTARA?


KENAPA TUN M PM SEMENTARA copyMO, 10/1/2018 – APABILA Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara jika mereka berjaya memenangi PRU ke-14,  apakah yang dapat anda baca sebenarnya?

Politik ada seni dan tipu-helahnya, iaitu termasuk bagaimana untuk memanipulas, mengelirukan dan mempengaruhi minda orang ramai. Ia juga soal bagaimana mahu membentuk persepsi-persepsi dalam minda masyarakat sesuai dengan maksud mereka. Sesuatu yang buruk pun boleh diolah menjadi baik melalui perang saraf politik ini.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mencapai matlamat politik ini.

Dalam konteks politik Malaysia hari  ini, banyak telahan boleh dilakukan apabila Tun Dr Mahathir telah diangkat sebagai bakal Perdana Menteri sementara oleh Pakatan Harapan.

Sama ada Tun Dr Mahathir yang berjaya memanipulasi pembangkang yang selama ini memusuhi beliau atau pembangkang yang telah berjaya mengeksploitasi beliau, telah menjadi perbahasan terbuka.

Siapakah yang mengeksploitasi siapa?

Itu mungkin antara perdebatan pro dan kontra.

Sebaliknya, apa yang tidak disedari oleh orang ramai, yang mungkin cuba disembunyikan oleh pembangkang, khususnya DAP, adalah matlamat sebenar di sebalik pencalonan ini.

Politikus memang saling memanipulasi sesama sendiri. Masing-masing memiliki kepentingan sendiri.

Ambil DAP sebagai contoh, mereka memang mempergunakan ahli-ahli politik Melayu untuk menumbangkan parti pemerintah yang diterajui oleh orang-orang Melayu. Mereka tidak mungkin dapat melakukannya secara sendirian. Untuk menjebak burung, perlukan burung sebagai denak/umpan.

Bayangkan jika bukan Dr Mahathir yang dicalonkan, siapa pula yang lebih sesuai dengan misi mereka untuk meraih sokongan rakyat?

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam penjara, sementara Datuk Seri Wan Azizah pula adalah seorang wanita. Dalam minda orang ramai, mereka masih belum dapat menerima wanita sebagai Perdana Menteri.

Jadi, Dr Mahathir adalah pilihan sesuai yang ada bagi mereka. Dr Mahathir boleh dipergunakan untuk meraih sokongan orang-orang Melayu. Tetapi, apakah motif selain tujuan itu?

Jika kita mahu merenungkan lebih jauh, pencalonan Dr Mahathir ini memiliki pelbagai sasaran. Kita tidak sepatutnya fokus kepada batang tubuh Dr Mahathir semata-mata. Ia lebih daripada persoalan itu.

Sebenarnya, terus-terang saya katakan, Pakatan Harapan cuba menjadikan PRU ke-14 kelak adalah perlawanan antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Sri Najib.

Itulah mesej dan imej yang mereka mahu tanamkan ke dalam minda bawah sedar rakyat.

Orang ramai akan dikelirukan dengan bercakap, memberi komen dan berteka-teki kewajaran Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara.

Selama ini media-media pembangkang, propembangkang dan bebas telah memberikan imej buruk kepada Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan, maka apabila Dr Mahathir dijadikan ketua melawan kerajaan Barisan Nasional, mereka mahu memperlihatkan pertarungan antara dua tokoh ini.

Dalam bahasa yang mudah, pembangkang sebenarnya mahu mengecilkan skop perlawanan, iaitu dengan persepsi bahawa PRU14 adalah perseteruan Dr Mahathir dengan Dato Sri Najib.

Kata dua mereka adalah, siapa yang mengundi Pakatan Harapan adalah mengundi Dr Mahathir, dan sesiapa yang mengundi Barisan Nasional adalah mengundi Dato Sri Najib.

Pembangkang tidak mahu anda memikirkan perkara lain. Dengan pelbagai persepsi buruk yang mereka letakkan kepada kerajaan, pelbagai isu-isu rumit yang tidak difahami rakyat, mereka mahu memaksa anda memilih antara dua tokoh ini.

Nampak ringkas permainan perang saraf ini. Mereka mahu meletakkan keadaan ini ke dalam minda orang ramai.

Jadi, apa mesej mereka? Apa sebenarnya yang terselindung?

Ia adalah soalan yang mudah. Orang ramai akan lupa melihat secara keseluruhan konteks politik Malaysia. Pilihan sudah dihadkan. Apabila imej PRU14 diperlihatkan sebagai perlawanan antara dua tokoh ini, orang ramai akan lupa dan terkeliru dengan realiti politik Malaysia yang sebenar.

Jadi, saya mahu membersihkan pemikiran anda di sini, bahawa PRU ke-14 nanti bukanlah pertarungan antara Dr Mahathir dengan Dato Sri Najib. Ia adalah pertarungan antara Pakatan Harapan yang pro-DAP dengan Barisan Nasional yang pro-Melayu. Ia adalah perlawanan DAP ke atas UMNO untuk menghapuskan penguasaan politik orang-orang Melayu dengan menggunakan orang Melayu itu sendiri.

Ya, jika anda memilih calon Pakatan Harapan, anda bukan memilih Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi anda sebenarnya telah menyerahkan kuasa politik di negara ini kepada DAP.

Bagaimana DAP menguasai Pakatan Harapan, anda sendiri ketahui bahawa kerusi pembangkang terbesar hari ini adalah milik DAP, malah perkara ini telah banyak kali saya tuliskan sebelum ini, bahawa DAP adalah pencatur sebenar Pakatan Harapan.

Hal inilah yang DAP tidak mahu orang ramai ketahui. Mereka cuba mengaburkan pemikiran orang ramai dengan meletakkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka. Orang ramai akan fokus kepada Dr Mahathir dan melupakan motif sebenar pencalonan ini. Orang ramai tidak akan nampak lagi bahawa PRU14 adalah percubaan DAP untuk menghakis kuasa politik orang-orang Melayu.

Perkara ini jelas, bahawa mengundi Pakatan Harapan adalah sama seperti mengundi DAP. Dan mengundi DAP adalah mengundi untuk menjatuhkan kuasa politik orang-orang Melayu di negara sendiri.

Persoalan sama ada kerajaan Barisan Nasional menyeleweng atau sebagainya, ia adalah persoalan lain yang boleh dibahaskan dalam tulisan lain. Persoalan di sini adalah, jika anda mengundi Pakatan Harapan, suka atau tidak, anda sebenarnya telah menyumbang kepada penghapusan penguasaan politik orang-orang Melayu di negara ini.

Maka, itulah keadaan sebenar PRU14 nanti, iaitu ia harus dibaca sebagai perlawanan DAP cuba menghapuskan penguasaan politik orang-orang Melayu dengan menggunakan orang-orang Melayu itu sendiri.

Dan DAP cuba mengelirukan perkara ini dengan meletakkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara, sedangkan perlawanan sebenarnya adalah lain.

Itulah cita-cita utama orang-orang bukan Islam (DAP) di negara ini, menumbangkan kuasa politik orang-orang Melayu.

 

Oleh:  AZMAN HUSSIN



Source link

read more

Pencarian MH370 diteruskan | Merdeka Online


MH370_accountMO, 10/1/2018, PUTRAJAYA – Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi kira-kira empat tahun lalu diteruskan semula apabila kerajaan Malaysia hari ini memeterai perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut yang berpangkalan di Amerika, Ocean Infinity Limited.

Perjanjian itu turut merangkumi terma `No Cure No Fee’ iaitu tiada pembayaran dibuat sekiranya tiada kejayaan penemuan pesawat berkenaan.

Perjanjian tersebut ditandatangani Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman serta Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity Limited, Oliver Plunkett.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyaksikan majlis perjanjian itu berkata, pencarian baharu itu akan membabitkan kawasan seluas 25,000 kilometer di selatan Laut Hindi.

Beliau memberitahu, misi pencarian itu ditetapkan had masa selama tiga bulan bermula pertengahan Januari dengan objektif mencari lapangan serpihan pesawat atau kotak hitam atau kedua-duanya.

“Buat masa ini, kapal Seabed Constructor sedang dalam perjalanan ke kawasan pencarian dengan mengambil kesempatan daripada keadaan cuaca baik,” katanya yang memberitahu dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut menaiki kapal berkenaan.



Source link

read more

Apple disiasat di Perancis kerana dakwaan penipuan


PARIS: Pendakwa raya Perancis memulakan siasatan rasmi berhubung pendedahan Apple didakwa secara rahsia memperlahankan prestasi telefon pintar versi lamanya.

Pejabat pendakwa raya memaklumkan kertas siasatan dibuka minggu lepas, berhubung dakwaan Apple secara terancang melakukan penipuan melibatkan beberapa produk keluaran syarikat itu.

Siasatan diketuai badan yang mengawal selia penipuan produk, di bawah Kementerian Kewangan Perancis.

Ia susulan aduan rasmi yang difailkan kumpulan pengguna Perancis, yang mensasarkan untuk menghentikan penipuan terancang produk oleh syarikat pengeluar.

Di Perancis, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pengeluar dengan sengaja memendekkan jangka hayat produk dengan tujuan menggalakkan pengguna membeli produk baru.

BACA: Sengaja perlahankan iPhone, Apple berdepan sembilan saman

BACA: Apple mohon maaf prestasi iPhone perlahan

Akta berkenaan dikuatkuasa pada 2015, dengan penalti diperuntukkan sehingga dua tahun penjara dan denda sehingga lima peratus daripada perolehan tahunan syarikat terlibat.

Apple mengemukakan permohonan maaf Disember lalu kerana secara rahsia memperlahankan prestasi iPhone, langkah yang didakwa terpaksa dilakukan untuk mengelakkan telefon pintar itu kehilangan kuasa secara tiba-tiba, susulan kegagalan bateri.

Dalam kenyataan di laman web mereka, Apple memaklumkan tidak pernah dan tidak akan memendekkan jangka hayat produk Apple atau mengurangkan pengalaman pengguna supaya mereka menaik taraf telefon.

Kumpulan hak pengguna, yang dikenali sebagai HOP, memfailkan saman pada 27 Disember lalu.

Ia mendakwa Apple memperlahankan prestasi iPhone versi lama, supaya pengguna menukar telefon mereka kepada versi terbaru iPhone 8, yang baru dilancarkan.

Selain Perancis, Apple ketika ini turut berdepan saman berhubung penipuan terancang di Amerika Syarikat dan Israel.



Source link

read more

Terjadi lagi lapisan salji di Gurun Sahara



ALGIERS: Sebelum ini agak sukar untuk percaya jika seseorang bercakap tentang salji yang turun di gurun Sahara.

Sekarang ini, dengan pelbagai laporan tentang perubahan iklim dunia, membolehkan hal itu berlaku.

Gurun Sahara di utara Algeria yang lazimnya digambarkan dengan lapangan tandus dengan landskap gumuk pasir di bawah matahari terik, pada Ahad dikejutkan dengan selapis salji putih.

Dengan suhu yang mencecah 1 darjah Celsius, penduduk di bandar Ain Sefra bergembira menyertai aktiviti meluncur tebing bukit yang dilapisi salji tersebut pada waktu pagi sebelum ia mencair sekitar jam 5 petang.

Ain Sefra dikenali sebagai ‘pintu masuk’ ke gurun Sahara, yang biasanya mencatat suhu sekitar 35 darjah Celsius pada bulan Julai dan Ogos. Pada Januari, suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

Fenomena itu berlaku berikutan rantau itu menerima angin sejuk yang bertiup ke selatan berikutan tekanan tinggi di benua Eropah.

Keadaan sejuk, bagaimanapun, bukan suatu yang luar biasa di kawasan yang terletak antara hamparan padang pasir dan pergunungan Atlas tersebut.

Salji juga turun di rantau itu pada bulan Disember 2016, iaitu kejadian yang pertama seumpamanya sejak sekian lama.

Kejadian yang serupa pernah berlaku di Ain Sefra pada tahun 1979.

BACA: Jurugambar amatur jadi saksi fenomena salji di Gurun Sahara (2016)



Source link

read more

Senjata pembangkang makan tuan | Merdeka Online


FILE PHOTO: Former Malaysian prime minister Mahathir Mohamad smiles during an interview with Reuters in Putrajaya, Malaysia, March 30, 2017. REUTERS/Lai Seng Sin/File Photo

MO, 10/1/2018 – TIADA siapa menjangka tetapi itulah realiti politik. Pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Ahad lalu, menggelorakan lagi gelombang politik negara.

Pengumuman ini sekurang-kurangnya mengundang beberapa polemik dan implikasi. Pertama, pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dilihat menafikan hak dan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu-satunya calon jawatan nombor satu negara itu.

Sejak gerakan reformasi berlangsung pada 1998, Anwar diuaruarkan sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri. Persoalannya, apakah Dr Mahathir sanggup bekerjasama dengan Anwar selepas beliau dibebaskan Jun depan atau ada kemungkinan Dr Mahathir tidak akan melepaskan jawatan itu.

Perlu diingatkan, Dr Mahathir juga mempunyai pilihan meletakkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk menggantikan beliau. Pemilihan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, membangkitkan bantahan akar umbi khususnya penyokong tegar reformasi. Selain itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sangat kecewa dengan pencalonan itu dan menyifatkan ia hal yang malang dan kejam apabila partinya bekerjasama dengan Dr Mahathir.

Sebaliknya, beliau pernah mencadangkan dalam konvensyen pakatan pembangkang agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diangkat calon Perdana Menteri dan Dr Mahathir sekadar menteri kanan.

Kedua, pencalonan Dr Mahathir membuktikan tidak ada seorang pun pemimpin parti pembangkang layak diangkat menjadi Perdana Menteri, selain Anwar. Perkara ini sangat memalukan lebih-lebih lagi mereka terpaksa menggunakan pengaruh dan populariti Dr Mahathir untuk berdepan parti pemerintah.

Ia juga membuktikan parti pembangkang gagal menawarkan kepemimpinan baharu, sebaliknya masih bergantung kepada pemimpin lama. Ketiga, banyak pihak bertanya, di manakah kedudukan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Calon lebih sesuai Beliau yang pernah dilantik Timbalan Perdana Menteri dilihat calon lebih sesuai diangkat sebagai calon Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri. Apakah kepemimpinan Muhyiddin ditolak semata-mata beliau pernah memujuk PAS menyertai pakatan pembangkang?

Selain itu, kita tidak harus melupakan dominasi DAP dalam pakatan pembangkang. Nama besar

DAP sememangnya tidak disenaraikan bagi jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi mengelak isu dan sentimen Melayu/Islam di negara, namun penguasaan parti itu tidak boleh dipandang rendah.

Berdasarkan pengagihan kerusi Parlimen dalam PRU-14, DAP dijangka mendapat kelebihan jumlah kerusi tertinggi, termasuk di Sabah dan Sarawak. DAP pastinya menuntut kerusi Parlimen yang besar berasaskan pencapaian mereka dalam Pilihan Raya Umum lalu.

Melihat kepada senario semasa ini, jelas pembangkang sangat teruja berdepan PRU-14. Strategi demi strategi diumumkan, mungkinkah ia umpama senjata makan tuan? Kita tunggu dan lihat.

 

Penulis ialah Prof Madya di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo Bersekutu, Majlis Profesor Negara (MPN)



Source link

read more

Grab expands JustGrab service which combines taxis and cars with upfront fixed fare


GRAN

MO,10/1/2018, KUCHING: Ride-hailing company, Grab, has announced the expansion of its JustGrab service, which is expected to provide equal opportunity for taxi and commercial car drivers registered with the firm. The JustGrab service, which will combine GrabTaxi and GrabCar vehicles, will be available for commuters in the city starting Jan 15.

Grab Non-Klang Valley (GrabCar and GrabTaxi) head Justin Tiew said JustGrab will assign passengers with the nearest vehicles, either a car or a taxi with an upfront fixed fare. “The expansion of JustGrab to Kuching follows the successful launch of the service in Penang, Langkawi, Melaka, Johor Baru, Kota Kinabalu and Klang Valley areas last year.

“Our objective to introduce JustGrab is not only part of our on-going efforts to keep improving our services but most importantly, to support the government’s initiative and provide a level playing field for the taxi and transportation industry in the country. “This also supports the government’s advocacy for more taxi drivers to embrace digital economy by registering with the ride hailing service,” he said in a statement today.

JustGrab, he said, will give passengers access to larger network of vehicles within their vicinity, which translates into shorter waiting time. The service also provides price transparency, in which, passengers will have full knowledge and certainty of the fare since it will be displayed upfront on the booking screen.

“The introduction of the JustGrab service, which complements the existing GrabTaxi and GrabCar services, will also provide commuters with more travel options at a different price points,” he said. The announcement made by Grab came two days after taxi drivers went on a strike in front of the old State Legislative Assembly Complex in Petra Jaya near here on Monday.

More than 200 taxi drivers had signed a petition seeking intervention by the state government to help them deal with losses due to wider acceptance for Uber and Grab.

–NSTP



Source link

read more

PM Thailand kini amalkan cara pelik untuk elak soalan wartawan


BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha, yang dikenali dengan sifat tegas dan adakalanya boleh melenting secara tiba-tiba, telah melaksanakan satu taktik unik untuk mengelakkan diri daripada menjawab soalan yang tidak disenangi daripada wartawan.

Jeneral tentera itu akan meninggalkan sekeping kadbod imej dirinya dengan saiz sebenar untuk wartawan yang mahu bertanyakan soalan, lapor Reuters.

Tindakan itu bagaimanapun dikritik oleh badan hak asasi, Human Rights Watch, yang menyifatkan ketua junta tentera itu membelakangkan kritikan media, apatah lagi ketika demokrasi negara itu masih belum pulih sepenuhnya sejak tahun 2014.

Sebanyak 17 kadbod Prayuth dilihat didirikan di sekitar halaman bangunan kerajaan, masing-masing dengan gaya berbeza termasuk dengan pakaian sukan, sut rasmi dan persalinan tradisional Thai.

Pada Isnin, Prayuth memberi ucapan ringkas di pejabat rasmi sebelum kadbodnya – dengan imej memakai sut dan tali leher – dikeluarkan ‘sebagai ganti’.

Prayuth, yang dikenali dengan cara bergurau yang aneh, kemudian memberitahu wartawan untuk bertanyakan soalan kepada kadbod itu.

“Tanya kepada dia,” ujarnya sambil menunjukkan kadbod tersebut.

Tindakan Prayuth itu tidak banyak didedahkan di media, namun Human Rights Watch berkata, ia menambah senarai reaksi Prayuth yang kurang wajar kepada wartawan.

Prayuth sebelum ini kerap bercakap tanpa mengikut skrip, dan beberapa ulasannya juga kedengaran menjengkelkan.

Pada 2015, dia pernah memberi amaran kepada wartawan bahawa dia memiliki kuasa untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada wartawan. Dalam satu kes lain, dia pernah membaling kulit pisang kepada wartawan.



Source link

read more

Meghan Markle tutup semua akaun media sosial



LONDON: Bakal isteri Putera Harry, Meghan Markle, telah menutup semua akaun media sosialnya bagi menghormati tradisi keluarga diraja Britain.

Istana Kensington dalam sebuah kenyataan memaklumkan mengenai tindakan pelakon terkenal Hollywood itu yang telah memadam akaun Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.

Istana itu turut berkata, Markle sangat berterima kasih dengan semua peminat yang mengikuti perkembangannya di media sosial sejak bertahun lamanya dan dia sudah lama tidak menggunakannya.

Bagi mereka yang masih mahu mengikuti perkembangan hidup Markle, Istana Kensington turut mempunyai akaun media sosialnya sendiri.

Terdahulu pada Selasa, pasangan itu membuat lawatan di sebuah stesen radio komuniti di Brixton di mana ratusan orang ramai beratur di jalanan bagi menyambut kehadiran mereka.

Ia merupakan lawatan rasmi kedua pasangan itu selepas mengumumkan pertunangan mereka pada November.

Markle dan Harry bakal berkahwin pada 19 Mei di Istana Windsor.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons