KPDNKK bongkar kegiatan peraih barangan lusuh ubahsuai alat penimbang


KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu membongkor kegiatan penipuan timbangan yang di jalankan peraih barangan lusuh.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata kegiatan penipuan yang di jalankan peniaga etnik Rohingya itu mula di tular di laman sosial sejak Rabu.

Menurut Saharuddin, peniaga berkenaan juga bertindak licik dengan mengubah suai alat penimbang dalam urus niaga.

Susulan itu, menurut beliau, dua serbuan berasingan telah di lakukan di Kampung Jeram, Manir kira-kira jam 11.30 pagi Khamis bersama syarikat Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd.

“KPDNKK Terengganu mohon kerjasama daripada semua, mana-mana pihak berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan ini jika hendak jual barang-barang besi buruk dan sebagainya. Sila berhati-hati dalam ini.

“Dan kalau sekiranya kita perhatikan ada sebarang keraguan, kemusykilan atau pun kita nampak macam berlaku penipuan, sila maklumkan kepada KPDNKK Terengganu.

“Jadi kita minta supaya perkara ini tidak berlarutan sebab mereka ini secara mobile (bergerak) dan ini satu perkara yang agak sukar juga untuk kita,” jelasnya.

Saharuddin berkata, hasil pemeriksaan itu, pihaknya menemui satu alat timbang yang diubah suai peniaga warga Rohingya yang menjalankan perniagaan secara bergerak.

Manakala pemeriksaan lanjut di sebuah lagi premis mendapati, seorang peniaga menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan.

Jelasnya, kedua-dua alat penimbang itu juga telah disita dan pihaknya akan membuat laporan polis terhadap dua peniaga berkenaan.



Source link

read more

Cacah tular di Facebook ketua yakuza akhirnya ditahan selepas 15 tahun diburu



PERSEMBUNYIAN selama 15 tahun seorang ketua gengster Jepun atau yakuza berakhir selepas dia ditahan polis Thailand pada Rabu.

Puncanya gara-gara gambar tatu atau cacah pada badannya menjadi tular di laman Facebook.

Shigeharu Shirai diburu kerana membunuh musuhnya yang merupakan anggota kumpulan yakuza lain pada 2003.

Gambar lelaki dalam buruan berusia 74 tahun itu yang menyerlahkan cacah pada badannya diambil seorang rakyat Thailand yang kemudian memuatnaiknya di Facebook tanpa mengetahui identiti sebenar Shirai.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki tua yang kurus dengan keseluruhan bahagian belakang badan dan sebahagian besar dadanya dicacah. Ketika ia dirakam Shirai sedang melepak bersama beberapa lagi warga emas di tepi jalan.

Turut kelihatan dalam gambar itu sebahagian jari kelengkingnya yang putus. Adalah menjadi amalan biasa bagi anggota Yakuza untuk memotong jari sendiri sebagai hukuman bagi menebus kesalahan.

Gambar itu kemudiannya tular sehingga sampai ke pengetahuan polis Jepun yang kemudian memohon bantuan polis Thailand untuk mengesan dan menahan lelaki tersebut.

Shirai diberkas di bandar Lopburi, utara Bangkok dan akan diekstradisi ke Jepun bagi menghadapi pertuduhan bunuh. Dia juga berdepan dakwaan menyalahgunakan visa.

Menurut polis Thai, Shirai mengaku dirinya seorang anggota yakuza namun menolak dakwaan terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

Dia meninggalkan Jepun pada 2005, dua tahun selepas kejadian bunuh itu didakwa berlaku.

Yakuza yang menyamai kumpulan mafia telah menjadi sebahagian daripada budaya moden Jepun dengan jumlah anggotanya dianggarkan mencecah 60,000 orang.



Source link

read more

Tiada bayaran tambahan untuk pasport versi baharu


imageMO, 11/1/2018, PUTRAJAYA – Tiada caj tambahan dikenakan untuk permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia versi baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Melancarkan pasport versi baharu yang mula diperkenalkan sejak 15 Nov lepas pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pasport itu mempunyai penambahan ciri-ciri keselamatan berbanding sebelumnya.

Katanya pasport itu mampu mencegah daripada dijadikan pasport tiruan atau disalahgunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Biarpun mutu (pasport) telah meningkat tetapi harganya tidak dinaikkan. Beban rakyat tidak akan bertambah. Tiada cukai tambahan dan bayaran perkhidmatan baharu (permohonan atau pembaharuan pasport) pada tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.

Kadar yang dikenakan untuk permohonan atau pembaharuan pasport baharu sekarang ialah RM200 bagi setiap pasport.

Antara ciri keselamatan yang ditambah baik pada pasport versi baharu itu termasuklah muka surat biodata polikarbonat disertakan bersama cip dan ciri pengesahan ketulenan pasport yang hanya boleh didedah melalui cahaya ultra violet (UV).

Pada perhimpunan bulanan itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa sehingga tahun lepas, sebanyak 65,108 pertubuhan induk dan 63,591 pertubuhan cawangan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) manakala 57 parti politik telah didaftarkan.

Pada sidang media kemudian, Ahmad Zahid mahu menteri-menteri yang bertanggungjawab, menyelesaikan isu perkhidmatan teksi, Uber dan GrabCar.

Beliau meminta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Datuk Seri Nancy Shukri untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan pemandu teksi.

“Tidak perlu ugut ,” katanya ketika diminta mengulas isu kumpulan pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan wujudnya perkhidmatan kereta Uber dan GrabCar.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kabinet belum membuat keputusan berkenaan pembukaan kedutaan Malaysia di Baitulmuqqadis Timur.

Sebelum ini, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dilaporkan menyatakan hasrat kerajaan negara itu untuk membuka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur.

– BERNAMA



Source link

read more

Pejabat pos dipecah masuk RM25000 lesap


IPOH: Sebanyak RM25,000 wang tunai lesap di sebuah pejabat pos dekat sini apabila dipecah masuk tiga perompak dalam kejadian awal pagi Khamis.

Dalam insiden itu, suspek dipercayai menggunakan teknik memotong atap dan pagar pejabat pos sebelum melarikan wang tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Thamby berkata pihaknya menerima maklumat awal daripada penyelia pejabat pos berkenaan yang menyedari insiden pecah masuk sekitar 7.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati atap bahagian belakang parkir motosikal telah dipotong manakala pagar serta zink yang digunakan sebagai dinding juga telah digunting.

“Semakan polis berjaya memperolehi dua kesan cap jari manakala kamera litar tertutup (CCTV) pula menunjukkan tiga suspek lelaki,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, pihaknya juga menemui sebuah kotak penggera yang telah dicabut di dalam longkang berdekatan.

Mohd Ali berkata, pihaknya turut merampas peralatan pecah masuk iaitu gerudi dan dua batang pemutar skru.

Tambahnya, wang tunai yang lesap ialah wang yang disimpan di dalam peti besi yang telah ditebuk oleh suspek.

“Suspek yang lengkap bertopeng dan bertopi pada awalnya dipercayai masuk ke dalam pejabat pos sekitar jam 3 pagi kerana pengurus pejabat pos berkenaan memberitahu terdapat bunyi penggera.

“Bagaimanapun, setibanya anggota dari Balai Polis Tanjung Rambutan di lokasi kejadian, mereka tidak melaporkan sebarang kejadian,” katanya lagi.

Menurut Mohd Ali, berdasarkan laporan penyelia pejabat pos, insiden yang berlaku di pejabat dua tingkat itu adalah kali pertama di lokasi tersebut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Lawatan Kerja ke Arab Saudi



11 January, 2018


Saya kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Arab Saudi. Alhamdulillah, lawatan kali ini telah mencapai matlamatnya, dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.

Bercakap tentang hubungan kedua-dua negara ini, persaudaraan antara Malaysia dengan Arab Saudi telah terjalin lama, tetapi bertambah akrab lagi dengan kunjungan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tahun lalu, negara pertama dikunjungi Baginda di Asia.

Hasil kunjungan tersebut juga, kita telah menerima banyak manfaat sama ada dalam pendidikan, perniagaan, pelaburan, dan juga keagamaan. Pada masa sama, saya juga telah dijemput oleh Baginda Raja Salman untuk berkunjung ke Arab Saudi.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT jua, minggu ini saya berpeluang memenuhi jemputan tersebut selain berkesempatan mengerjakan umrah bersama bonda Tun Rahah serta keluarga tercinta.

Dalam pertemuan dua hala saya bersama Baginda Raja Salman, kami telah membincangkan perkara seperti yang dipersetujui dalam kunjungan terdahulu Baginda ke Malaysia, antaranya kerjasama ekonomi, keselamatan, perkara berkaitan ibadah Haji selain penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada Baginda Raja Salman atas layanan cukup istimewa dan memberikan taraf Tetamu Negara kepada saya dan rombongan. Kami diberi penghormatan berkunjung ke makam Rasulullah SAW, dan saya juga berpeluang memasuki Kaabah. Syukur Alhamdulillah.

Semoga hubungan persaudaraan ini akan terus terjalin erat dan bertambah kukuh lagi di masa hadapan, Insya-Allah.



Source link

read more

Heavy rain triggers flooding in nine northern Sabah villages


JPAM

MO,11/1/2018, PITAS: A heavy downpour triggered flooding at nine low-lying villages here early this morning, forcing the evacuation of a number of villagers. The heavy rain also caused two rivers to swell, breaching their warning levels. As of 11am, the state Civil Defence Department (APM) recorded Sungai Bengkoka’s level at 3.78m, while Sungai Kebatasan was at 5.95m.

The affected villages are Kampung Rukom Ulu, Kampung Salimpodon Darat, Kampung Sibang, Kampung Kebatasan Laut, Kampung Sulakolung Kanibongan, Kampung Kutoyon Kanibongan, Kampung Masin Besar Kanibongan, Kampung Kanibongan, and Kampung Mandamai.

It is learnt that Kampung Rukom Ulu villagers, who are badly affected by the flood, were forced to move to SK Rukom, which has been turned into a temporary relief centre. In a statement, the APM said Jalan Ladap-Kinangoh is inundated and impassable to all vehicles.

“At the moment, Civil Defence personnel are in the process of evacuating flood victims,” said the department, adding that five schools have been shut. The schools are SK Kanibongan, SK Dalas, SK Kusilad, SK Sosop, SK Pandan Mendamai, and SMK Kanibongan.

–NSTP



Source link

read more

Barcelona temui pengganti Javier Mascherano


GERGASI bola sepak Sepanyol, Barcelona tidak menunggu lama bagi mencari pengganti Javier Mascherano yang hampir pasti meninggalkan Nou Camp.

Pendahulu La Liga itu dilaporkan berjaya mendapatkan Yerry Mina daripada Palmeiras dengan yuran perpindahan bernilai 11.8 juta euro.

Pertahanan tengah skuad kebangsaan Colombia berusia 23 tahun itu menjadi pemain kedua yang menyertai Barca pada jendela perpindahan kali ini selepas Philippe Coutinho yang meninggalkan Liverpool.

Mascherano, 33 tahun, yang bersama Barca sejak 2010 dijangka beralih angin ke Liga Super China dengan menyertai kelab Hebei China Fortune.

Barca dilihat cukup kental musim ini apabila memimpin La Liga dengan 48 mata, sembilan mata mengatasi pencabar terdekatnya Atletico Madrid.



Source link

read more

Anda bukan peminat fanatik Siti Nurhaliza kalau tidak tahu 10 lagu ini



TANGGAL 11 Januari menjadi tarikh yang pasti diraikan oleh peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tarikh itu merupakan ulangtahun kelahiran penyanyi yang diangkat mustika hati nusantara serta penyanyi nombor satu Malaysia.

Sempena meraikan hari jadi Datuk Seri Siti Nurhaliza ke-39 tahun ini, kami senaraikan 10 lagu malar segar terbaik yang pastinya menjadi siulan hingga kini.

1. Kau Kekasihku

Antara judul lagu yang mengangkat nama DS Siti Nurhaliza dan menjulang kariernya sekitar 20 tahun lalu. Memang ikonik!

2. Jerat Percintaan

Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 1997 dan menjadi single sulung DS Siti Nurhaliza. Pasti anda akan mengimbau semula medley Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 bukan? Power habis!

3. Purnama Merindu

Lagu wajib menghiasi ruang karaoke, lagu Purnama Merindu dimuatkan dalam album keempat Siti, Adiwarna (1998). Purnama Merindu pernah memenangi Shanghai Music Festival di China dan Grand Prix Winner dalam Voice of Asia di Kazakhstan.

4. Wajah Kekasih

Balada terbaik yang pernah dimiliki oleh DS Siti Nurhaliza hingga kini. Wajah Kekasih memonopoli kebanyakan carta lagu sekitar lewat 1990-an namun lagu ini tidak pernah memenangi sebarang anugerah.

5. Cindai

Cindai membuka lembaran genre muzik irama Malaysia dan etnik kreatif. Juara Lagu AJL 1998 itu pernah melakar sejarah menerusi persembahan penutup Sukan Komanwel 1998 di Stadium Negara, Bukit Jalil.

6. Bicara Manis Menghiris Kalbu

Bagi yang membesar pada era 1990-an pastinya muzik video Bicara Manis Menghiris Kalbu paling kerap ditayangkan di kaca televisyen.

7. Kesilapanku Keegoanmu

Lagu yang jarang dipersembahkan Siti secara live namun percubaannya mengimbau semula Kesilapanku Keegoanmu menerusi konsert Where The Heart Is tiga tahun lalu berhasil mempopularkan kembali lagu itu.

8. Cuba Untuk Mengerti

Transkripsi (2006) boleh disifatkan album cukup sifat. Cuba Untuk Mengerti mungkin tidak sepopular Biarlah Rahsia, Pastikan, Destinasi Cinta atau Siti Situ Sana Sini, namun lagu ini juga antara yang popular hingga kini.

9. Seribu Kemanisan

Siapa boleh lupakan muzik video yang dirakamkan di Phuket, Thailand sekitar tahun 1999. Jika anda perhatikan, nukilan lirik lagu ini juga sangat puitis!

10. Segala Perasaan

Dimuatkan dalam album terbaharu Simetri Siti, Segala Perasaan diangkat sebagai single pertama dan menampilkan Siti dalam karakter adiwira untuk muzik video lagu itu.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Perak kuat kuasa ladang ayam tertutup tahun depan


KANGAR 03 JULY 2016. (KGM300F) Ayam di dalam ladang ayam Sin Lean Soon Farm di Kok Mak yang cuba dicuri dengan menggunakan beberapa buah lori. NSTP/IHSAN PEMBACA

MO, 11/1/2018, BAGAN SERAI – Kesemua 431 pengusaha ladang ayam di Perak diwajibkan melaksanakan sistem ladang tertutup tahun depan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak, Dr Fuziah Muhayat, berkata pelaksanaan sistem itu bagi mengelak masalah seperti lalat dan pencemaran.

Katanya, sehingga kini separuh daripada pengusaha sudah mengubah sistem ternakan mereka kepada ladang tertutup dan kelancaran pelaksanaan sistem itu disambut baik pengusaha.

“Menjelang 2019 nanti, semua pengusaha ladang ayam diwajibkan mengubah sistem ternakan ladang ayam terbuka kepada ladang tertutup.

“Di Perak terdapat 431 pengusaha ladang ayam berdaftar dan sehingga kini hampir 50 peratus daripadanya telah melaksanakan sistem yang diwajibkan JPV itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Serahan Bantuan Touchpoint Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Gelombang Ternak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Serai di sini hari ini.

Program itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat, yang turut menyampaikan 2,000 ekor anak ayam kepada 100 penerima terpilih bagi program berkenaan.

Fuziah berkata, sepanjang tahun 2011 hingga tahun lalu, sebanyak 147 kes melanggar syarat di bawah Enakmen Perladangan Unggas 2005 direkodkan pihak JPV Perak dengan kompaun keseluruhan berjumlah RM108,700 dikeluarkan.

Beliau berkata, daerah Manjung mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 54 kes diikuti Kinta/Kampar sebanyak 34 kes serta Larut Matang dan Selama (LMS) sebanyak 22 kes.

Katanya, bagi statistik penalti dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lalu pula sebanyak 68 penalti dikeluarkan pihak JPV dengan nilai berjumlah RM49,100.

Sementara itu, Sham memberikan pandangan supaya jumlah denda yang dikenakan kepada pemilik ladang yang melanggar peraturan JPV perlu dikaji semula kerana jumlah denda maksimum RM2,000 ditetapkan dalam Enakmen Perladangan Unggas 2005 disifatkan terlalu rendah.

“Ini menyebabkan ramai pengusaha ladang ayam tidak endah dengan denda yang ditetapkan itu,” katanya.



Source link

read more

DIIZ Industries rintis pasaran Asia dan Timur Tengah


KUALA LUMPUR: DIIZ Industries Sdn Bhd merancang untuk mengeksport produk penggalak nanoteknologi organik bagi industri pertanian dan akuakultur, Spinox8 ke negara-negara Asia dan Timur Tengah dalam setahun atau dua tahun ini.

Pengarah Urusan Izham Hakimi Hamdi berkata syarikat tersebut sedang berunding dan mencari rakan kongsi di Indonesia, Jordan, Kemboja, Laos dan India bagi pengeksportan Spinox8.

“Kami akan berkembang secara berperingkat-peringkat. Kami juga sedang dalam proses mendaftarkan produk ini di Kesatuan Eropah melalui rakan-rakan kami di sana,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian pengedaran dengan tiga syarikat dari Timur Tengah di sini pada Rabu.

Majlis tandatangan tersebut disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Izham berkata, perjanjian pengedaran tersebut adalah bernilai RM300 juta untuk tempoh lima tahun dan produk itu dijangka memasuki Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

“Kami telah melantik pengedar khas bagi memasarkan produk itu di Mesir, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.

“Kami tidak sabar-sabar untuk melihat Spinox8 menembusi Timur Tengah, sehingga ia mampu menjadi pemangkin untuk dikembangkan ke dalam pasaran benua Arab dan Afrika,” katanya.

Izham berkata, Penggalak Nanateknologi Organik Spinox8 telah dicipta menggunakan bahan kimia berasaskan organik dan proses-proses yang akan meningkat fotosintesis, serta mampu merangsang pertumbuhan tanaman.

— BERNAMA



Source link

read more