Anak buah Kim Swee pamer aksi longlai


Kuala Lumpur: Malaysia gagal mengutip tiga mata pertama dalam aksi sulung kejuaraan B-23 AFC 2018 di China selepas tewas 1-4 di tangan Iraq dalam perlawanan berlangsung di Stadium Changsu.

Gawang Malaysia bolos seawal minit ke-5 hasil tandukan kemas Mohammed Khalid Jaffal Al-Jumaili yang menerima hantaran silang dari sebelah kiri oleh rakan sepasukannya.

Masuk minit ke-28, Iraq menggandakan jaringan menerusi Amjad Attwan yang berjaya menghidu kealpaan pertahanan Malaysia.

Sambung babak kedua, Iraq terus menghukum pertahanan Malaysia dengan jaringan ketiga pada minit ke-56 selepas pemainnya, Alaa Ali Mhawi bijak melepasi perangkap ofsaid.

Malaysia bagaimanapun enggan mengalah dengan penguasaan Iraq dan akhirnya berjaya menyumbat gol sagu hati melalui jaringan Safawi Rasid pada minit ke-79.

Baki lapan minit perlawanan, Hussein Ali Al-Saedi menambah kedukaan Malaysia sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-4.

Malaysia dijangka akan terus berdepan laluan sukar apabila dijadual bertemu Jordan 13 Januari ini sementara Arab Saudi pada 16 Januari.



Source link

read more

Menteri Ekonomi Digital Perancis gesa syarikat teknologi lebih bertanggungjawab



LAS VEGAS: Menteri Ekonomi Digital Perancis Mounir Mahjoubi menggesa syarikat-syarikat teknologi seperti Apple untuk lebih bertanggungjawab dalam mencipta jenis ekonomi yang terhasil dari penjualan produk mereka.

Mahroubi merujuk kepada siasatan pihak pendakwa Perancis terhadap Apple yang didakwa dengan sengaja memperlahankan telefon model lama mereka untuk menggalakkan pelanggan membeli model baru yang lebih mahal.

Beliau yang ditemui sewaktu melawat Pertunjukan Teknologi CES di Las Vegas berkata, tumpuan tidak harus diberikan kepada Apple sahaja namun ratusan syarikat teknologi lain.

Katanya, syarikat tersebut harus mula berfikir mengenai kesan perbuatan mereka kepada masyarakat terutamanya bagaimana tindakan mereka mengambil kesempatan telah menyebabkan kesusahan dan perbelanjaan sia-sia begitu ramai pelanggan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes mahkamah yang sedang difailkan terhadap Apple.

Apple berdepan tuduhan dengan sengaja memperlahankan prestasi bateri model lama telefonnya untuk menggalakkan pelanggan membeli model baru.

Pejabat pendakwa raya memaklumkan kertas siasatan dibuka minggu lepas, berhubung dakwaan Apple secara terancang melakukan penipuan melibatkan beberapa produk keluaran syarikat itu.

Siasatan diketuai badan yang mengawal selia penipuan produk, di bawah Kementerian Kewangan Perancis.

Ia susulan aduan rasmi yang difailkan kumpulan pengguna Perancis, yang mensasarkan untuk menghentikan penipuan terancang produk oleh syarikat pengeluar.

Di Perancis, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pengeluar dengan sengaja memendekkan jangka hayat produk dengan tujuan menggalakkan pengguna membeli produk baru.

Apabila ditanya mengenai tindakan kebanyakkan syarikat teknologi yang begitu kerap mengelak dari membayar cukai dengan menggunakan akaun simpanan atau syarikat luar pesisir, Mahjoubi berkata isu ini harus dipandang serius.

“Masyarakat dunia dan Perancis khususnya sudah mula membuka mata kepada apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat ini.

“Produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat gergasi seperti Google, Apple, Facebook, Amazon dan banyak lagi, sangat dihargai oleh pengguna namun saya pasti bahawa mereka akan lebih terbuka menerima apabila mereka tahu syarikat-syarikat ini tidak cuba menyorok hasil kewangan mereka,” katanya.



Source link

read more

Sarawak berjaga-jaga | Merdeka Online


KUALA TERENGGANU 18 DISEMBER 2017. Keadaan angin kencang dan laut bergelora menyebabkan ombak besar menghempas benteng di Pelabuhan Perikanan Chendering hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi amaran Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. NSTP/GHAZALI KORI

MO, 10/1/2018, KUCHING – Hujan lebat sejak tengah malam tadi menyebabkan paras air di beberapa kawasan di Sarawak mulai naik, hari ini.

Berikutan itu, tiga sekolah di kawasan pedalaman negeri diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air didapati didapati terus naik sehingga tengah hari ini.

Sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kenyana di Mukah yang mempunyai 40 murid, SK Kuala Siga di Sebauh dengan 37 murid dan SK Kuala Bok di Baram yang mempunyai 62 murid.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ketiga-tiga sekolah berkenaan masih beroperasi, namun pemantauan berterusan dijalankan.

Beliau berkata, beberapa kampung dalam daerah Bau turut diletak dalam keadaan berjaga-jaga dan penduduk dinasihatkan mematuhi arahan berpindah jika keadaan semakin buruk.

“Paras air di dua kawasan iaitu di Nanga Merurung di Kapit dan Rumah Panjang Abua di Bintulu sudah mencecah tahap amaran dan didapati terus meningkat.

“Setakat jam 12 tengah hari ini, keadaan masih terkawal dan pihak kami terus memantau keadaan,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi iaitu di Dewan Serba Guna Kampung Lereng Bukit di Miri.

“Pusat pemindahan sementara itu menempatkan 20 penduduk dari enam keluarga yang rumah mereka terjejas akibat tanah runtuh, Ahad lalu,” katanya.



Source link

read more

Harga petrol turun 3 sen diesel kekal


KUALA LUMPUR : Harga runcit mingguan bagi produk petrol mengalami penurunan manakala diesel kekal pada harga yang sama. Berkuatkuasa tengah malam ini, harga RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen kepada RM2.26 dan RM2.53 seliter, manakala diesel pula kekal kepada RM2.32.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), harga baharu ini diguna pakai bermula 12.01 tengah malam ini hingga 17 Januari 2018.



Source link

read more

Vladimir Putin palu gendang pilihan raya



VLADIMIR Putin memulakan kempen pilihan raya Presiden Rusia yang dijadual berlangsung Mac tahun ini dengan membuka ibu pejabat kempen di Moscow sebagai persediaan untuk mengekalkan kedudukannya sehingga 2024.

Putin yang mendahului pesaingnya dalam tinjauan pendapat akan memerintah selama 24 tahun jika dia terus dipilih sebagai Presiden, sekaligus menghampiri rekod Joseph Stalin yang memerintah Rusia selama 30 tahun.

“Kami tidak mahu membuat ramalan atau bercakap mengenai angka sokongan. Kami percaya bahawa dia (Putin) akan mencapai kemenangan dan kami akan melakukan segalanya untuk memastikan perkara itu,

“Cuma ketika ini kami tidak mahu terlalu fokus kepada ramalan,” kata Sergei Kogogin, pengerusi bersama kempen Putin.

Suruhanjaya Pilihanraya Rusia merekodkan 64 pencalonan bagi mencabar jawatan Presiden pada 18 Mac ini.

Namun, hanya beberapa calon sahaja dijangka mendapat peluang mencabar Putin kerana mereka perlu mengumpul 300,000 tandatangan pengundi bagi menyokong pencalonan mereka menjelang akhir bulan ini.

BACA: Kejantanan Putin dicabar! Wanita pengikut Sufi ini mahu jawatan Presiden Rusia

BACA: Putin dicabar buat pertama kali dalam 18 tahun

Putin sebelum ini membentangkan visinya untuk memodenkan Rusia dan mensasarkan untuk menjadikan negara itu lebih muda dan bertenaga.

Malah, dia juga akan bertanding sebagai calon bebas, menjauhkan diri dari Parti Rusia Bersatu (United Russia) yang dilaporkan penuh dengan skandal rasuah melibatkan pemimpin tertingginya.



Source link

read more

Call to review of juvenile laws timely, say experts


MO,10/1/2018, KUALA LUMPUR: A review of the country’s juvenile laws will help break the cycle of crime among young delinquents, said child rights activists, criminologists and legal experts. They were of the opinion that the law should place more emphasis on rehabilitating and educating young offenders instead of criminalising them.

Criminologist Assoc Prof Dr P. Sundramoorthy said the review, which was proposed by Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, was high time. He also said rehabilitation would more likely bring young offenders “back to the right path”. “I think counselling and community service should go hand in hand with rehabilitation.

“Also, there is need to classify minor and serious crimes to decide the kind of sentences to be meted out to young offenders,” he told the New Straits Times yesterday. Sundramoorthy said minor offences included shoplifting and vandalism, while serious offences ranged from molestation to assault. Very serious crimes, he said, included armed robberies, rape and murder.

He also said various stakeholders, including academics, experts, non-governmental organisations and parents must get involved in the proposed review. Prof Datuk Salleh Buang also agreed on the need to review the country’s juvenile laws, but made it clear that youth offenders should not be spared the rod. “Existing law gives discretion to the court when crimes are committed by children and young persons.

“But there are two separate issues. Firstly, should children be punished or reformed? My answer is yes to both. “Secondly, should children be punished as adults if they commit serious crimes? In Malaysia, we have the Child Act 2001, which says that capital punishment may not be applied to children.” He also said legal literacy should be encouraged in schools to make sure children were not ignorant of the law.

Meanwhile, lawyer Datuk Joshua Kevin said: “The aim should be to rebuild and not merely punish. In light of the change in the electronic media and the social structure, we cannot view crimes by children through old glasses. Punitive measures have not proven to resolve the problem in children. “Hence, children need to be rehabilitated with care, love and faith,” he said.

Parent Action Group for Education chairman Datin Noor Azimah Abdul Rahim also agreed with the proposed review, saying youth rehabilitation programmes had yielded positive results in Western countries.

She also suggested community service and sports programmes to help prevent youths from going astray.

–NSTP



Source link

read more

30000 dijangka kehilangan pekerjaan tahun ini


PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia menjangkakan hanya 30,000 pekerja akan diberhentikan tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem berkata ia adalah hasil kajian yang dilakukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan juga Jabatan Tenaga Kerja Malaysia di bawah kementeriannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementeriannya menjangkakan kira-kira 300,000 peluang pekerjaan baharu bakal wujud tahun ini.

“Ini adalah jumlah yang sama dengan lalu dan ini adalah perkara yang biasa.

“Walaupun 30,000 dijangka akan diberhentikan, kami juga menjangka kira-kira 300,000 lagi peluang pekerjaan baharu bakal diwujudkan tahun ini.

“Jumlah peluang pekerjaan baharu ini menjangkau permintaan dalam pasaran pekerjaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan interim di Putrajaya, hari ini.

Jelas Riot, peluang pekerjaan baharu yang bakal diwujudkan melibatkan sektor pembuatan, perladangan dan perkhidmatan.

Sebelum ini, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendakwa jangkaan lebih 50,000 pekerja akan diberhentikan tahun ini. 

“Saya tidak pasti di mana MEF mendapat maklumat tersebut. Tetapi saya pasti kami berada di landasan yang betul,” kata beliau.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan semalam berkata dakwaan bahawa 50,000 pekerja akan diberhentikan pada tahun ini adalah tidak tepat.

Sementara itu, mengulas mengenai bantuan interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang telah bermula sejak 1 Januari lalu, Riot berkata, pihaknya telah menyaksikan 175 permohonan.

Jelas beliau, sebagai permulaan kerajaan telah memperuntukkan RM122 juta bagi skim tersebut dalam usaha membantu pencarum PERKESO yang kehilangan pekerjaan tahun ini.

“Selain menerima bantuan kewangan, penerima juga menyertai Program Penempatan Semula Pekerjaan yang dikendalikan secara bersama dengan JobsMalaysia dan agensi pekerjaan swasta, Jobstreet,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons