KUALA LUMPUR: Kolokium Manifesto Orang Muda akan menghimpunkan pimpinan muda dalam Barisan Nasional (BN) Sabah bagi membincangkan dan merumuskan syor serta cadangan yang bakal diangkat untuk pertimbangan kepimpinan parti dan kerajaan.

Ketua Sekretariat Kolokium Manifesto Orang Muda, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia sekali gus himpunan untuk menggubal Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah dan Puteri UMNO Sabah akan bekerjasama menyelaraskan penganjuran yang bakal diadakan pada 17 Januari ini di Hotel Tabung Haji (TH) Kota Kinabalu, Sabah.

“Rumusan Kolokium Manifesto Orang Muda ini meliputi syor dan cadangan untuk dipertimbangkan dalam manifesto PRU14.

“Selain itu, ia juga akan menyentuh isu dan perkara yang melibatkan dasar dan program Kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Jelas Armizan, keputusan itu diperoleh selepas mempengerusikan mesyuarat penganjuran kolokium itu di Bangunan UMNO Sabah pada Jumaat.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Setiausaha Pemuda BN Sabah, Jasnih Daya, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Mohd Bahrin Abd Karim, Penolong Bendahari Puteri UMNO Sabah, Salmie Sarinoh dan pemimpin pemuda parti-parti komponen BN Sabah.

Armizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMMO Bahagian Papar berkata, Kolokium Manifesto Orang Muda itu merupakan sebahagian daripada siri interaksi sayap-sayap Pemuda BN dan Puteri UMNO Sabah dengan generasi muda di pelbagai peringkat untuk mendengar dan membawa aspirasi mereka kepada pimpinan parti dan kerajaan.

“Kolokium ini juga merupakan kesinambungan dari Siri Dialog TN50 Negeri Sabah yang dipelopori Pengerusi Pemuda BN Sabah, Yamani Hafez Musa yang juga Pengerusi Kolokium Manifesto Orang Muda.

“Dalam kolokium yang akan berlangsung selama sehari itu, para pemimpin muda dari semua parti Komponen BN Sabah akan membawa suara dan aspirasi orang muda melalui siri interaksi akar umbi yang masing-masing telah laksanakan sebelum ini.

“Syor dan cadangan yang dikumpulkan melalui enam Siri Dialog TN50 negeri Sabah setakat ini juga akan diperhalusi dan dirumuskan dalam kolokium ini.

“Siri Dialog TN50 bersama Hafez Musa telah berlangsung di daerah Ranau, Kota Marudu, Kadamaian, Sandakan, Long Pasia dan UiTM Sabah serta akan diteruskan ke beberapa daerah lain pada tahun 2018,” tambahnya.

Armizan berkata, pada masa yang sama, Jawatankuasa Penganjur Kolokium turut membuka ruang kepada seluruh generasi muda di Sabah mengemukakan aspirasi mereka untuk dibawa ke dalam sesi percambahan fikiran kolokium itu.

“Syor dan cadangan boleh dikemukakan kepada sayap-sayap Pemuda BN dan Puteri UMNO Sabah atau terus di dalam Iaman Page Facebook PPUN Sabah atau Hafez Musa sendiri.

“Sesungguhnya, suara dan pandangan orang muda adalah amat dihargai dan menjadi keutamaan”, tegasnya.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: