JIKA dilihat dalam catatan Guiness World Records, individu yang paling tua ketika pertama kali dilantik sebagai Perdana Menteri ialah Morarji Desai.

Desai menjadi Perdana Menteri India dari tahun 1977 hingga 1979.

Ketika dilantik menjadi Perdana Menteri beliau berusia 81 tahun. Dan rekod sebagai Perdana Menteri paling tua itu masih kekal dipegang oleh beliau hingga ke hari ini.

Berdasarkan perkembangan terkini dalam negara ketika ini, andainya Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri sementara seperti yang diuar-uarkan, maka beliau bakal memecahkan rekod yang dipegang oleh Desai itu.

Andai ini menjadi kenyataan maka Dr. Mahathir akan dilantik menjadi Perdana Menteri semula pada usia 93 tahun.

Malah di Amerika Syarikat (AS) sekali pun, mereka tidak pernah melantik Presiden yang umurnya mencecah 80 tahun.

Donald Trump adalah individu yang pa­ling tua dilantik sebagai Presiden AS iaitu pada usia 70 tahun 220 hari.

Presiden AS yang paling tua sebelum ini ialah Ronald Reagan, berusia 63 tahun.

Namun jika diambil daripada mereka yang berada di tampuk pemerintahan,  ketua negara dan ketua kerajaan yang paling tua adalah Robert Mugabe.

Mugabe dipaksa meletak jawatan sebagai Presiden Zimbabwe pada usia 93.

Peletakan jawatan oleh Mugabe dua bulan lalu itu menjadikan ketua negara paling tua kini dipegang oleh Ratu Elizabeth II yang berusia 91 tahun diikuti Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi, 90.

Adakah Dr. Mahathir bakal memecahkan rekod ini untuk menjadi pemimpin negara yang paling tua di dunia?

Adakah rekod yang bakal dicatatkan oleh Dr. Mahathir ini andainya Pakatan Harapan menang akan memberi banyak manfaat kepada Malaysia?

Sebelum ini, ketika menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah dikecam dan dicemuh terutama oleh pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang serta anaknya Lim Guan Eng supaya melepaskan jawatan.

Alasan mereka ketika itu ialah Dr. Mahathir sudah terlalu lama menjadi Perdana Menteri, dan Malaysia memerlukan pemimpin muda serta dinamik sebagai pemimpin.

Akhirnya Dr. Mahathir melepaskan jawatan itu pada 2004 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Ini juga merupakan satu rekod. Dr. Mahathir merupakan antara Perdana Menteri yang paling lama berkuasa di dunia.

Tapi kini mereka juga yang mahukan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri walaupun usianya hampir mencecah satu abad. – theRakyat

– Awang Deke, Kuala Lumpur



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: