Pertama kali bilik pameran kereta diserbu wanita Arab Saudi



JEDDAH: BILIK pameran kereta khusus untuk kaum hawa di Arab Saudi akhirnya dibuka!

Bilik pameran yang dibuka buat julung-julung kalinya di sebuah pusat beli-belah di Jeddah itu pantas menjadi tumpuan kaum wanita.

Belon berwarna merah jambu, oren dan kuning menghiasi bilik pameran dan pada masa yang sama, ada pengunjung yang sempat berswafoto di depan kenderaan.

“Saya memang tertarik dengan kereta, tetapi kami tidak boleh memandu. Kini, saya amat berminat untuk membeli kenderaan dan berharap harga kereta tidak terlalu tinggi,” kata seorang pengunjung, Ghada al-Ali.

September lalu, Raja Salman AbdulAziz Al-Saud mengeluarkan perintah membenarkan wanita negara itu memandu kereta juga bermula Jun 2018.

Nenurut Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi, undang-undang baharu itu digubal bagi memberi ‘kesaksamaan’ terhadap golongan lelaki dan wanita.

Bagaimanapun tidak ada sebarang nombor pendaftaran khas diwujudkan bagi membezakan kedua-dua pemandu berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu wanita yang terbabit kemalangan jalan raya atau salah laku akan dikendalikan oleh pusat khas yang ditubuhkan dan diselia oleh wanita.

Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang mengenakan larangan kepada wanita untuk memandu.

BACA: Arab Saudi benar wanita memandu

VIDEO: Selepas memandu, wanita Arab dibenar ke stadium



Source link

read more

Saya dan Projector Band tiada masalah – Razif – Hiburan


KUALA LUMPUR 12 Jan. – Pemain gitaris Satu Band, Razif Zainuddin memberitahu dia masih lagi salah seorang ahli kumpulan Projector Band.

RAZIF atau Angah masih bersama Projektor Band.

Razif atau dipanggil Angah, menegaskan dia kini bergerak aktif bersama dua kumpulan terbabit.

“Sebelum Projector Band dikenali, saya terlebih dahulu tubuhkan Satu Band pada tahun 2013. Tetapi kami buat keputusan untuk perkenalkan kumpulan satu persatu.

“Kedua-dua kumpulan itu bernaung di bawah satu syarikat rakaman yang sama iaitu Map Music. Justeru, tiada masalah untuk saya bergerak aktif dengan mereka.

“Saya masih lagi ahli kumpulan Projector Band dan pemain gitaris mereka,” kata Angah.

Menjawab spekulasi dan kekeliruan yang berlaku, jelas Razif dia tidak mempunyai sebarang masalah atau kemelut dengan kumpulan asal sehingga menyertai Satu Band.

“Ini merupakan projek khas dari syarikat rakaman kami. Ahli kumpulan Projector Band memang tahu saya sertai Satu Band dan jujurnya mereka tidak kisah.

“Kedudukan Projector Band di dalam industri seni boleh dikatakan semakin kukuh. Kini, tiba masanya untuk saya cuba membantu Satu Band pula.

“Tiada istilah kami bergaduh atau bermasam muka sehingga saya menubuhkan kumpulan lain. Itu tidak benar,” katanya.

Single terbaharu Satu Band berjudul Sarena Nur Raina sudah mula berkumandang di corong radio tempatan.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pameran pakaian mangsa rogol timbul persoalan


BRUSSELS: Cara pemakaian tiada kaitan dengan rogol.

Itu yang ingin dibuktikan menerusi satu pameran di sini yang mempamerkan pakaian mangsa rogol ketika diserang.

Bertemakan ‘Is It My Fault?’ pameran anjuran Centre Communautaire Maritime itu antara lain meminjam pakaian daripada mangsa, termasuk baju tidur, seluar sukan dan gaun. 

Malah, t-shirt kanak-kanak tertera ‘My Little Pony’ turut dipamerkan.

Ia sekaligus mempersoalkan hujah yang sering timbul yang mengaitkan mangsa rogol dengan cara pemakaian, termasuk menyalahkan si mangsa kerana berpakaian seksi, yang disifat mengundang tindakan rogol.

Pameran yang diadakan di Pusat Komuniti Molenbeek di Brussels itu mula dibuka dari 8 hingga 20 Januari 2018.



Source link

read more

Identiti didedah isteri Gary Running Man rupanya 10 tahun lebih muda



BARU-BARU ini identiti isteri kepada bekas anggota Running Man, Kang Gary didedahkan sebuah portal di Korea.
 
Antara yang menjadi perhatian selepas Portal E Daily mendedahkan tentang isteri Gary ialah, usia wanita tersebut.
 
Isteri Gary yang dikenali sebagai Kim itu dikatakan muda 10 tahun daripadanya.
 
Menurut laporan Soompi, Kim merupakan pekerja di syarikat milik Gary dan pasangan duonya, Gil, Leesang.
 
Kim telah berkhidmat di syarikat tersebut sejak lima tahun lalu dan menurut laporan E Daily wanita itu seorang yang sangat cantik.
 
Menariknya, tiada sesiapa pun dapat menghidu hubungan cinta mereka termasuk Gil dan rakan sekerja lain.
 
Terdahulu, identiti isteri Gary menjadi tanda tanya peminat selepas mengumumkan perkahwinannya bersama seorang wanita bukan selebriti pada 5 April lalu.
 
 Gary melangsungkan perkahwinannya bersama Kim secara rahsia tanpa sebarang majlis.
 
 Hasil perkahwinan tersebut, Gary dikurniakan seorang cahaya mata pada 17 November lalu.
 
 



Source link

read more

TLDM lancar kad Touch ‘n Go ’15to5’ – Nasional


KUALA LUMPUR 12 Jan. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melancarkan kad Touch ‘n Go edisi terhad (TNG-15to5) yang diadaptasi daripada logo Transformasi TLDM 15 Ke 5 (15to5) yang turut diperkenalkan angkatan itu hari ini.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, usaha itu merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk melakukan penjenamaan semula TLDM agar ia dekat dihati masyarakat.

“Kad edisi terhad ini merupakan kerjasama strategik antara TLDM dengan Touch ‘n Go dan ia bakal digunakan secara menyeluruh dalam kalangan ‘Navy People’ dan masyarakat awam sikit masa nanti.

“Buat masa kini, kad pintar pelbagai guna ini akan diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) dengan nilai tertentu sebagai tanda penghargaan TLDM kepada mereka-mereka yang cemerlang dan berdedikasi dan ia akan dijual kepada umum dalam masa terdekat,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan tahun baru 2018 di Auditorium Kementerian Pertahanan, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemasaran dan Komunikasi Touch ‘n Go Sdn. Bhd., Shamsiatul Aina Abdullah dan Naib Presiden Kumpulan Sumber Manusia CIMB Group, Teoh Eow Cheong. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Wanita tertua AS sambut ulang tahun ke 112


MIAMI: Seorang wanita dari Florida, dipercayai tertua di Amerika Syarikat, menyambut ulang tahunnya yang ke-112 pada Khamis.

Isabel Castano yang dilahirkan pada 11 Januari 1906, berasal dari Colombia.

Berkahwin pada usia 41 tahun, Castano mempunyai seorang anak lelaki.

Dia kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat, selepas suaminya diculik di Colombia dan terus hilang dari hidupnya.

Castano pernah tinggal di Washington, New Jersey dan New York, sebelum berpindah ke Miami.

Bekas Gabenor Miami, Phillip Levine mengisytiharkan 11 Januari sebagai “Isabel Castano Lugo Day.”



Source link

read more

Black Widow bakal ke layar perak



BUAT peminat tegar komik adi wira terbitan Marvel, pasti anda mengharapkan filem solo buat karakter Black Widow. Harapan anda mungkin akan menjadi kenyataan!

Menurut laporan portal Variety, Marvel bakal muncul dengan filem solo buat karakter Black Widow atau Natasha Romanoff yang dilakonkan Scarlett Johansson.

Penulis skrip Jac Schaeffer telah ditugaskan untuk projek terbaharu itu.

Walaupun pembikinan filem itu masih pada peringkat awal, namun penulis skrip yang telah dipilih jelas menunjukkan filem itu bakal ditayangkan di layar perak.

Karakter Black Widow telah muncul dalam filem terbitan Marvel sebanyak enam kali termasuk siri filem Avengers dan yang bakal ditayangkan adalah sekuel siri filem tersebut, Avengers: Infinity War.

Terdahulu, setelah trailer Avengers: Infinity War dimuat naik dalam YouTube, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penonton.

BACA: Trailer ‘Avengers: Infinity War’ trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita

Selain berkongsi keterujaan mereka untuk menonton filem ini, ramai peminat tegar Marvel berkongsi ramalan mereka, seperti watak apa yang akan mati.

Avengers: Inifinity War bakal ditayangkan di Malaysia pada April 2018.



Source link

read more

Asia ungguli aksi fourball EurAsia – Golf


SHAH ALAM 12 Jan.- Pasukan Asia bermula cemerlang pada hari pertama Piala EurAsia 2018 apabila memenangi saingan fourball menewaskan pasukan Eropah dengan keputusan 3 1/2 – 2 1/2, sebentar tadi.

Dalam saingan yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club itu menyaksikan tiga kemenangan penuh pasukan Asia diraih menerusi gandingan Gavin Green-Yuta Ikeda, Hideto Tanihara-Phachara Khongwatmai dan Poom Saksansin-Sunghoon Kang.

Sementara mata separuh pasukan Asia diperoleh menerusi Haotang Li-Nicholas Fung. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pengarah syarikat didenda RM25000 akibat tuntutan palsu


KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembekal benih padi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhkan hukuman denda RM25,000 selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM118,944, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Hakim Madihah Harullah membuat keputusan tersebut setelah tertuduh, Shuhaimi Ahmad, 58 tahun, pengarah Paddytech Resources Sdn Bhd mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Shuhaimi didakwa telah mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu sebagai tuntutan bayaran insentif pengeluaran benih padi.

Kesalahan tersebut dilakukan di Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Wisma Tani Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya pada 20 Disember 2012.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Nur Diana Azwa.



Source link

read more

Biar betul kami dah beli tiket penerbangan – Peminat berang konsert Sheila Majid ditunda


PEMINAT setia ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kesal berikutan pengumuman penundaan konsertnya di Jakarta yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari depan.

Menerusi pengumuman yang dibuat menerusi akaun Instagram rasmi IME Indonesia semalam, konsert itu terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal.

“Kami sangat kesal untuk memaklumkan bahawa Sheila Majid The Concert Jakarta 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari 2018 terpaksa ditunda kerana masalah teknikal.

“Tiket yang dibeli masih sah untuk konsert baharu yang akan diumumkan tarikhnya,” maklum akaun penganjur konsert tersebut.

Penganjur turut memohon maaf atas masalah tersebut dan meminta peminat menghubungi pihak terbabit untuk pertanyaan lanjut.
 

Bagaimanapun, peminat yang rata-ratanya sudah membeli tiket penerbangan dan penginapan ke Indonesia sempena konsert itu berang berikutan pengumuman saat-saat akhir itu.

“Kenapa umumkan saat-saat akhir dan peminat akan menyalahkan Datuk Sheila Majid bukannya penganjur. Ini akan menjejaskan reputasi beliau,” tulis @zraishan.

“Biar betul! Kami sudah beli tiket penerbangan pun,” tulis @ridzanitaridzuan.

“Sudah beli tiket penerbangan dan tempahan hotel pun. Masih menunggu tarikh baharu,” tulis @saubingwong.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @ime_indonesia



Source link

read more