DTTjBo4UQAARnBKMO, 12/1/2018, KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret hari ini membebaskan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony yang ditahan reman sejak Sabtu lalu berhubung kes pembelian tanah ladang sawit bernilai RM155 juta di Tongod, Sabah.

Proses pembebasan dibuat di hadapan Majistret Afiq Agoes di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, jam 10 pagi.

Mahkamah membenarkan jaminan RM55,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Pegawai Pendakwaannya, Mohd Faliq Basiruddin manakala Peter diwakili peguam Martin Tommy.

Peter disambung reman empat hari, sejak Selasa lalu selepas tempoh tahanan reman tiga hari dikeluarkan mahkamah sama, pada Sabtu lalu berakhir.

Terdahulu Peter ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, Jumaat lalu, iaitu antara dua individu yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah berkenaan.

Pada awal bulan ini, mereka diberi tempoh 48 jam untuk menyerah diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Peter juga antara 13 individu yang disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan dana awam berjumlah kira-kira RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Sementara itu, Peter ketika bercakap kepada pemberita memaklumkan beliau kurang sihat dan muntah malam tadi.

“Saya akan terus ke Hospital KPJ Damai untuk pemeriksaan,” katanya.

Faliq berkata, Peter akan dibawa ke Hospital KPJ Damai selepas mengadu tidak sihat.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: