Menyambung kegelisahan Sdra Razak Ismail, bekas Setiausaha R98, saudara sebenarnya tidak keseorangan, malah beberapa rungutan dapat di kesan ekoran keputusan Majlis Presiden pada Konvensyen 7/1/2018 memutuskan bakal PM ialah Tun Mahathir.

Seawal 10/01/2018, Saudara Hj. Jamal Nasir telah menyuarakan rasa kurang senang beliau di atas keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden, dan menawarkan solusi Win win situation – Gandingan DS Azmin – DS Mukhriz dan Timbalan II dari DAP.

Saya berpendapat keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden adalah seperti memandang remeh dan rendah pengorbanan Dato Sri Anwar yang teraniaya sejak 1998, kesan fitnah dalaman Umno. Sewajarnya Majlis Presiden meletakkan D.S Wan Azizah atau DS Azmin sebagai calon PM. 

Kebimbangan Saudara Razak Ismail – Bimbang Tun Mahathir berpaling tadah adalah berasas. Sejarah tidak boleh di tipu. Tun Dr Mahathir pernah berada berada di dalam UMNO dan bersama pembangkang sewaktu era Tunku Abdul Rahman, dan menikam Tun Hussein Onn untuk mengambil tempat sebagai PM.

Adalah tidak mustahil Tun Mahathir akan pulang ke lubuk sekiranya PH berjaya memenangi Pru 14, atau sekiranya DS Najib kalah pada pru yang akan datang.

Saya sependapat dengan Saudara Rosli Ibrahim (Adinda DSAI), bahawa PKR yang telah sekian lama memperjuangkan agenda reformasi mesti bertindak sebagai tulang belakang wakil PKR sendiri.

Untuk kesekian kalinya, kami merayu Datin Seri segera menyampaikan suara dari bawah, bahawa kami hanya menerima calon dari PKR sahaja sebagai calon P.M.

Khamis malam Jumaat adalah malam perhimpunan sebahagian Otai Reformasi di rumah Yab Datin Seri di Segambut, silalah Yab Datin Seri selami pendapat kami.

*Hj Najib Hamid*

Marshall Reformasi 98

Bandar Baru Bangi.

11/01/2018




Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: