61515729606_sheila-konsert-tunda-headerMO, 13/1/2018 – PEMINAT setia ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kesal berikutan pengumuman penundaan konsertnya di Jakarta yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari depan.

Menerusi pengumuman yang dibuat menerusi akaun Instagram rasmi IME Indonesia semalam, konsert itu terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal.

“Kami sangat kesal untuk memaklumkan bahawa Sheila Majid The Concert Jakarta 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari 2018 terpaksa ditunda kerana masalah teknikal.

“Tiket yang dibeli masih sah untuk konsert baharu yang akan diumumkan tarikhnya,” maklum akaun penganjur konsert tersebut.

Penganjur turut memohon maaf atas masalah tersebut dan meminta peminat menghubungi pihak terbabit untuk pertanyaan lanjut.

PEMINAT setia ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kesal berikutan pengumuman penundaan konsertnya di Jakarta yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari depan.

Menerusi pengumuman yang dibuat menerusi akaun Instagram rasmi IME Indonesia semalam, konsert itu terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal.

“Kami sangat kesal untuk memaklumkan bahawa Sheila Majid The Concert Jakarta 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari 2018 terpaksa ditunda kerana masalah teknikal.

“Tiket yang dibeli masih sah untuk konsert baharu yang akan diumumkan tarikhnya,” maklum akaun penganjur konsert tersebut.

Penganjur turut memohon maaf atas masalah tersebut dan meminta peminat menghubungi pihak terbabit untuk pertanyaan lanjut.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: