JASIN: Pemilik sebuah kedai emas mengalami kerugian kira-kira RM200,000 selepas premisnya dipecah masuk, di Jalan Datuk Gan Heng Soo, Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Suprintendan Arshad Abu berkata, kejadian yang dipercayai berlaku malam tadi itu, hanya disedari kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu oleh pemilik premis apabila mahu memulakan operasi.

Berdasarkan siasatan mangsa yang berusia 58 tahun itu hanya menyedari kedai yang diusahakan sejak lebih 20 tahun itu dipecah masuk selepas mendapati terdapat kerosakan pada peti besi di bilik keselamatan.

Selepas pemeriksaan, mangsa mendapati barang kemas bernilai RM200,000 serta wang tunai RM20,000 telah dilarikan.

Jelas Arshad, mengikut siasatan awal, dipercayai sekurang-kurangnya dua suspek terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Suspek dipercayai masuk melalui bumbung premis dan melarikan diri menggunakan pintu di bahagian belakang.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berdekatan dalam mengenal pasti identiti suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: