KUALA LUMPUR 13 Jan. – Selepas beberapa hari mendiamkan diri di laman sosial, pelakon Datin Diana Danielle kini mula berkongsi rasa hati di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun tidak tahu makna sebenar perkongsian itu memandangkan tiada kapsyen yang ditulis.

“Balance” dan “Growth” adalah dua gambar yang dimuat naik Diana sejak 13 jam lalu.

Sebelum itu Diana terus diburu media selepas suaminya Datuk Farid Kamil ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada Khamis lalu.

Menerusi kenyataan Fadzil Zahari yang juga adik Farid, dia memberitahu, kemungkinan abangnya itu berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat berjumpa dengan dua orang anaknya.

Diana bagaimanapun menyangkal kenyataan tersebut dan memberitahu kenyataan adik iparnya itu sama sekali tidak benar.

Sementara itu ketika netizen terus ‘membelasah’ Farid nampaknya rakan artis lain memberi sokongan buat pasangan tersebut.

Menerusi beberapa status yang dimuat naik di laman Instagram selebriti seperti Fizo Omar, Rozita Che Wan, Lisa Surihani, Zul Ariffin dan Izara Aishah, selain memuat naik gambar Farid dan Diana, mereka juga turut meminta peminat agar mendoakan semoga keluarga ini kuat dalam mengharungi dugaan yang sedang dihadapi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: