KUALA LUMPUR 13 Jan. – Nama Fatimah Mohsin dalam dunia rekaan pakaian atau gaun pengantin dikenali di negara kelahirannya Singapura.



Pakaian pengantin rekaan Fatimah Mohsin

Fatimah Mohsin

Memulakan karier sebagai jurusolek dan penata gaya selama lebih 20 tahun bersama stesyen penyiaran, wanita berdarah kacukan India ini didedahkan dengan pengalaman fesyen dan rekaan sehingga mendorongnya untuk memperbaiki diri dengan mengikuti kursus rekaan fesyen.

Usaha gigih Fatimah yang juga seorang ibu disokong bukan sahaja oleh keluarga tetapi rakan-rakan sekeliling bagi merealisasikan nama Fatimah Mohsin berdiri sebagai seorang pereka pakaian atau gaun pengantin yang gah di negara jiran, Malaysia.

Malam tadi Fatimah memperlihatkan 34 helai gaun pengantin rekaannya di atas pentas peragaan yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Usai showcase fesyen, ketika ditemui wartawan Utusan Online, Fatimah memberitahu mengapa rekaan gaun pengantin menjadi pilihannya untuk diperagakan oleh peragawati pilihannya.

“Perjalanan saya sebagai seorang pereka fesyen berdasarkan kerjaya yang pernah saya ceburi di stesyen penyiaran di Singapura.

“Sebagai seorang pereka fesyen bukannya saya tidak melahirkan rekaan fesyen yang lain-lain namun hati saya lebih cenderung dan dekat kepada rekaan gaun pengantin,” katanya.

Fatimah turut melahirkan rasa terharu dan penghargaan kepada para hadirin yang hadir untuk menyaksikan showcase peragaan fesyen gaun pengantinnya seperti selebriti Datuk Khadijah Ibrahim, aktres Janna Nick dan penyanyi, Ezzlyn kerana membakar semangatnya untuk melangkah lebih jauh lagi dalam industri fesyen.

Menjelaskan kelainan showcase malam tadi, Fatimah berkata, kehadiran dua penyanyi, Shakira dan Aishah Aziz yang bergilir-gilir menyanyi secara live mengiringi peragawati-peragawati berjalan sepanjang pentas peragaan adalah bagi menghilangkan rasa bosan hadirin yang hadir untuk melihat rekaan-rekaan yang diperagakan.

Tidak salah jika showcase peragaan fesyen dijalankan di luar kotak kelaziman namun apa yang penting, tumpuan mata setiap hadirin tetap kepada gaun-gaun pengantin bermotifkan moden sambil dikekalkan ciri tradisional yang dihasilkan oleh rekaan Fatimah.

Kata Fatimah lagi, rekaan yang dihasilkannya untuk showcase malam tadi adalah berdasarkan inspirasi India dan Mediterranean.

“Kali pertama dahulu ketika saya mengadakan showcase rekaan saya lebih ke arah modern wear.

“Kali ini saya mempertontonkan detail atas fesyen seperti jahitan manik-manik tanpa kompromi ke atas kualiti dan gaya.

“Fabrik yang digunakan datangnya dari Dubai dan Paris. Bagaimanapun saya juga menggunakan fabrik dari Jakarta kerana di Singapura agak sukar untuk mendapatkan material,” katanya.

Dengan jahitan yang kemas pada rekaan Fatimah, hasilnya bukan sahaja bergaya kepada si pemakai tetapi juga menampakkan harga yang mahal.

Langkah seterusnya ujar Fatimah, beliau berhasrat untuk membuka sesuatu di Kuala Lumpur.

“Terus terang saya katakan di sini, di Singapura agak sukar untuk mencari mereka yang berkemahiran dalam kerja tangan seperti menjahit manik.

“Saya menggunakan pekerja menjahit manik di Johor. Jadi, hasrat saya adalah untuk membuka worksyop selain daripada mengembangkan lagi perniagaan yang saya jalankan secara dalam talian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Video oleh HASNURUL MOHAMED



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: