Hina Sultan Pahang: Mahfuz enggan mohon maaf – Politik


KANGAR 14 Jan. – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan tidak akan memohon maaf berikutan tindakannya yang dikatakan menghina dan menjadikan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenaka ketika memberi ceramah politik.

Katanya, dalam ucapan itu yang boleh disemak di YouTube mengenai perbandingan Sultan Pahang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bukan bermaksud menghina sebaliknya memuji di mana di dalam usia tua kedua-dua mereka masih boleh memimpin.

Malah katanya, beliau juga mendoakan agar Sultan Ahmad diberikan kesihatan yang baik untuk terus memimpin Pahang.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana bukan menghina (Sultan Pahang),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sembang Santai bersama beliau di Kampung Syed Omar di sini hari ini.

Pemuda UMNO Pahang dalam satu kenyataan hari ini menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.

Ketua Pemudanya, Mohd Shahar Abdullah dilaporkan berkata, tindakan itu jelas mencerminkan kebiadapan dan kecetekkan akal pemimpin pembangkang yang jelas tidak menghormati institusi diraja di negara ini.

Sebelum itu, video berdurasi 6.38 minit memaparkan ceramah politik Mahfuz bersama Pakatan Harapan yang antara isi kandungannya membandingkan antara Sultan Pahang dan Dr. Mahathir  tular di laman media sosial.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Genap 42 tahun Najib zahir rasa sedih kehilangan bapa


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas kepulangan ke Rahmatullah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang genap 42 tahun, pada hari ini.

“Dalam kesedihan, ada terpalit perasaan bangga bahawa Ayahanda meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara. Bagi saya, tiada pengorbanan lebih tinggi daripada itu. Al Fatihah,” kata perdana menteri menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya.

Allahyarham Tun Razak, yang dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan Malaysia’, meninggal dunia pada 14 Jan 1976 akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

Beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 22 Sept 1970.

Antara langkah pembangunan yang dilaksanakannya adalah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menekankan strategi serampang dua mata bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan.

— BERNAMA



Source link

read more

Filem Bollywood kontroversi Padmavati dibenarkan sebagai Padmaavat 25 Januari ini



DARI Padmavati kepada Padmaavat. Filem Bollywood kontroversi ini akhirnya mendapat tarikh tayangan di beberapa tempat di India.

Pengeluar filem, Viacom18 Motion Pictures mengumumkan tarikh tayangan Padmavaat  25 Januari 2018.

Sebelum ini ia dijadual ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2017 tetapi ditangguhkan kerana berlaku protes di beberapa negeri disebabkan jalan ceritanya mengenai percintaan dua individu berlainan agama. 

Filem arahan Sanjay Leela Bhansali yang sebelum ini dikenali sebagai Padmavati, akan ditayangkan dengan nama baru seperti dicadangkan lembaga penapis.

Padmavaat akan ditayangkan  dalam tiga bahasa, Hindi, Tamil dan Telugu. Bagaimanapun, ia masih dilarang tayangannya di Rajasthan dan Gujarat. 

Menurut Viacom18 Motion Pictures menerusi tweetnya, Padmaavat merupakan filem India pertama yang akan ditayangkan dalam teknologi IMAX 3D.

Padmavaat mendapat kelulusan dari CBFC dengan sijil tayangan U/A selepas melakukan lima pengubahsuaian seperti yang dicadangkan lembaga tersebut.

Filem lakonan bintang-bintang terkenal Bollywood Deepika Padukone, Shahid Kapoor dan Ranveer Singh ini menimbulkan kontroversi kerana didakwa menyeleweng daripada fakta sejarah oleh kumpulan konservatif.

Bagaimanpun, dakwaan ini dinafikan Sanjay.



Source link

read more

TNB kejutkan KLHC – Hoki


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Menerapkan strategi menyerang awal sebaik wisel permulaan dibunyikan adalah faktor kejayaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengatasi juara Piala Tan Sri Alagendra, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-2 dalam perlawanan kedua Liga Perdana, hari ini.

Jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasruddin berkata, strategi tersebut ternyata membuahkan hasil apabila Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan meletakkan pasukannya di depan seawal minit kelima setelah memanfaatkan pukulan sudut penalti, sekali gus meraih motivasi penting dalam aksi itu.

“Untuk meraih semangat tinggi dan motivasi penting ketika berdepan pasukan yang hebat, kami perlu berada di depan terlebih dahulu. Dengan strategi menyerang awal, nampaknya misi itu berjaya.

“Kami berada di depan sebanyak empat kali sebelum KLHC merapatkan kedudukan. Jadi, ia menunjukkan bahawa strategi ini berhasil. Cuma strategi ini sangat memenatkan. Jadi saya mahu anak-anak buah saya berehat secukupnya.

“Permainan seterusnya pada Rabu ini, jadi kami ada masa panjang. Kami boleh melihat semula video perlawanan tadi bagi mencari kekurangan untuk diperbaiki,” kata Nor Saiful sejurus tamat perlawanan itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini.

Ternyata kejutan awal tersebut telah menjadikan TNB lebih bersemangat dengan menambah tiga gol berturut-turut menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-10, Firhan Ashaari (minit ke-18) dan Muhammad Shahril Saabah (minit ke-48) masing-masing melalui jaringan padang.

KLHC yang ketinggalan 0-4 ketika cuba bangkit merapatkan kedudukan setelah pemain importnya, Jang Jonghyun dari Korea Selatan meledak dua gol hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-51 dan 60, namun tetap gagal untuk mengatasi kedudukan TNB.

Kemenangan tersebut membolehkan TNB, yang langsung tidak menggunakan khidmat pemain import, mengekalkan kedudukan teratas Liga Perdana dengan enam mata. Mereka bakal berdepan pasukan berstatus adiknya, TNB Thunderbolts pada Rabu ini di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ketepikan perbezaan cari persamaan gesa Ahmad Zahid kepada umat Islam


KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan mencari titik persamaan demi memastikan syiar Islam terus subur di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam situasi agama Islam di seluruh dunia diasak daripada pelbagai sudut dan berpecah-belah, beliau berkata umat Islam di negara ini perlu terus bersatu menentang asakan termasuk Islamofobia melalui contoh dan akhlak yang baik.

“Carilah titik pertemuan… cari titik persamaan melebihi titik perbezaan agar Islam terus menjadi agama syumul di negara kita,” katanya semasa berucap di Majlis Mahabbah Rasulullah 2018 di Masjid Al Bukhary, Jalan Hang Tuah, di sini malam ini.

Majlis kali kelima itu merupakan anjuran UMNO Parlimen Bukit Bintang.

Ahmad Zahid turut mengingatkan walaupun mengikut jangkaan jumlah umat Islam dunia dijangka bertambah kepada tiga billion menjelang 2050, namun dikhuatiri ‘lenyap’ jika tidak mempunyai kekuatan.

“Kita khuatir ada hadis menyatakan di akhir zaman nanti umat Islam begitu ramai tetapi dikhuatiri menjadi seperti buih di lautan. Ertinya akan hilang kerana ditiup ombak atau angin di laut,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri memberi contoh terdapat negara Islam yang tidak menyokong resolusi menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel baru-baru ini.

“Kenapa keadaan ini berlaku? Kerana umat Islam dipecah-belahkan, dikuasai oleh satu kuasa yang menjadikan mereka lemah dan takut. Kita harap keadaan seperti ini tidak terjadi di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, majlis berkenaan dimulakan dengan zikir Wirdul’latif dipimpin Habib Ali Muhammad Al-Saggaf dan solat Maghrib berjemaah diimamkan Ahmad Zahid sendiri.

Maulana Al-Sheikh Afeefuddin Al-Jailani dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid kemudian menyampaikan ceramah dalam majlis yang dihadiri lebih 1,500 jemaah.

Majlis berakhir dengan jemaah berselawat beramai-ramai dan bacaan doa kesejahteraan sebelum menunaikan solat Isyak.

— BERNAMA



Source link

read more

Pesawat nyaris terjunam di Laut Hitam – Luar Negara


ANKARA 14 Jan. – Seramai 162 penumpang dan anak kapal sebuah pesawat komersial berdepan detik mencemaskan apabila kapal terbang yang dinaiki tergelincir di landasan licin dan hampir terjunam ke dalam laut.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Trabzon, utara Turki, petang semalam ketika pesawat Pegasus Airlines mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Pesawat tersebut berlepas dari Ankara, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.-AFP



Source link

read more

Najib hadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Razak


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini, malam ini.

Majlis yang diadakan ketika genap 42 tahun pemergian Tun Razak pada hari ini, dihadiri isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda perdana menteri Tun Rahah Mohamed Noah.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohammad Akmal Abdul Aziz mengetuai bacaan Yasin dan tahlil, yang diadakan selepas solat Maghrib.

Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia itu meninggal dunia pada 14 Jan 1976 akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

Digelar Bapa Pembangunan Malaysia, Allahyarham Tun Razak mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 22 Sept 1970.

— BERNAMA



Source link

read more

21 maut 38 cedera dalam kemalangan bas di Cameroon



Dschang: 21 orang terbunuh manakala 38 cedera apabila sebuah bas hilang kawalan sebelum melencong dan terjatuh ke dalam gaung di barat Cameroon pada lewat Sabtu.

Bagaimanapun pemandu bas dan empat penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut gabenor wilayah barat, Awah Fonka angka kematian mungkin akan meningkat.

Kerajaan Cameroon berkata, bas yang tidak berdaftar membawa 70 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Dschang ke Douala di Wilayah Barat.

Punca kejadian masih disiasat dan kesemua penumpang yang cedera kini menerima rawatan di hospital tempatan.



Source link

read more

16 cedera bot meletup – Luar Negara


KRABI 14 Jan. – Seramai 16 orang cedera selepas bot laju membawa 26 pelancong China meletup berhampiran kawasan perairan di Pulau Phi Phi lewat petang tadi.

Portal Bangkok Post melaporkan, bot laju, King Poseidon 959 yang turut membawa lima warga Thailand dan tiga kanak-kanak bergerak dari jeti Rassada di wilayah Phuket menuju ke pulau berkenaan.

“Ketika bot itu melewati gua Viking berhampiran kawasan Phi Phi Le di wilayah Muang, pemandu bot berkenaan menyedari terdapat kebocoran bahan api dan terus meminta petugas untuk mengambil alih stereng sementara dia pergi memeriksa enjin bot.

“Semasa dia membuka penutup salah satu daripada tiga enjin itu, berlaku letupan besar dan api marak merebak ke seluruh kapal. 16 cedera dengan lima daripada mereka, termasuk pemandu melecur teruk,” kata seorang pegawai penyelamat.

Seorang pegawai siasatan bencana setempat berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital di Krabi dan Phuket.



Source link

read more

Dua lelaki ditahan sedang jual beli dadah


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki ketika sedang menjalankan urus niaga menjual dadah di belakang sebuah rumah di Mengkuang Titi, di sini dan merampas heroin serta syabu bernilai RM11,000 dalam serbuan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil risikan dan intipan yang dijalankan, polis menyerbu belakang rumah itu kira-kira pukul 1 pagi tadi sebelum menahan lelaki berusia 37 dan 47 tahun itu.

“Dua lelaki itu yang menyedari kehadiran polis telah bertindak mencampakkan satu bungkusan surat khabar ke atas tanah dan cuba melarikan diri namun mereka berjaya kami tahan.

“Pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibuang itu adalah heroin seberat 573.4 gram dan polis turut menemui 6.8gm syabu bersama mereka. Semua dadah berkenaan bernilai RM11,000,” katanya di sini hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan awal, mereka merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak tahun lepas dan pasaran mereka adalah sekitar daerah SPT.

Nik Ros Azhan berkata lelaki berusia 47 tahun itu mendapatkan bekalan berkenaan daripada seorang lelaki di Perai dan identiti lelaki tersebut telah dikenalpasti serta usaha mengesannya giat dijalankan.

Katanya polis juga merampas dua buah motosikal jenis Honda Ex5 dan Modenas Kriss serta wang tunai sebanyak RM2,110 bersama dua lelaki itu.

“Berdasarkan siasatan, rumah itu didiami lelaki berusia 47 tahun berkenaan bersama keluarganya dan dia yang tidak bekerja itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

“Manakala rakannya merupakan penternak lembu serta mempunyai 13 rekod lampau. Mereka yang positif dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons