KANGAR 13 Jan. – Barisan Nasional (BN) negeri ini memberi jaminan mana-mana wakil rakyat yang terpaksa digugurkan daripada menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak akan berkecil hati sebaliknya mereka akan terus berjuang demi kemenangan parti.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perjuangan dalam kalangan pemimpin adalah iklas demi kepentingan rakyat dan parti.

Dalam masa sama katanya, senarai calon yang terdiri daripada muka lama dan baharu telah dihantar kepada pucuk pimpinan tertinggi parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan tentukan calon muktamad nanti.

“Dalam kalangan kami iklas dengan perjuangan, iklas untuk bantu rakyat. Kalau kami tidak terpilih lagi, kami sudah berpuas hati dan kalau dipilih kita akan terus berjuang untuk kemenangan parti.

“Apa yang penting, kita pastikan BN menang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan BN negeri di Taman Aman, Jalan Raja Muda di sini malam ini.

Mengulas lanjut Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sesiapa sahaja calon BN yang menang dalam pilihan raya nanti diharap dapat terus berbakti kepada rakyat.

“Jangan ketepikan rakyat, yang pilih kita adalah rakyat dan jangan lupa kita sudah berjanji kepada mereka dan perlu ditunaikan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, BN yakin akan dapat mencapai kemenangan 100 peratus dalam PRU-14 di negeri ini termasuk mengambil balik kerusi yang tewas pada pilihan raya lalu iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan dan Sanglang.

Katanya, dua kerusi tersebut adalah hak BN yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lalu.

“Kita kalah bukan disebabkan pembangkang kuat tetapi parti kami berbeza pendapat pada masa itu. Kali ini, kita tidak mahu mana-mana pihak campur tangan dalam urusan parti,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: