CYBERJAYA 13 Jan. – Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memperlekehkan sendiri masyarakat Melayu apabila menganggap budaya kaum itu penyebab mereka ketinggalan.

Beliau berkata, kaum tersebut tidak komited, tidak rajin, kadangkala kurang amanah dan sering mencari jalan mudah.

“Saya percaya kebolehan Melayu sama dengan orang Eropah dan orang Jepun tetapi masalahnya adalah budaya.

“Kita suka bila kerja sikit tapi gaji besar. Bukannya sebab kita tidak boleh tapi sebab kita tidak mahu. Ini masalahnya,” katanya ketika menjadi ahli panel pada program Bicara Wawasan 2020 di sini hari ini.

Dr. Mahathir bagaimanapun sebelum ini dilaporkan berkata tindakannya meminta maaf pada Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, Selangor baru-baru ini adalah kerana mengikuti adat Melayu.

Beliau dalam perhimpunan itu telah meminta maaf kepada semua pihak  sepanjang menjadi Perdana Menteri dan penglibatannya dalam politik.

Sementara itu, Dr. Mahathir menambah, ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan, terdapat kes yang mana kakitangannya pulang kerja pada pukul 3 petang atas alasan bagi mengelakkan kesesakan trafik.

Beliau menegaskan, kerajaan bagimanapun telah membayar kakitangan itu untuk bekerja sehingga pukul 4.30 petang.

“Untuk menjadi negara maju, kita kena bekerja lebih kuat dari negara maju. Kalau kita lari, kita kena lari lebih pantas dari orang lain. Tetapi di Malaysia mempunyai terlalu banyak cuti umum. Menang bola pun cuti,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: