KUALA LUMPUR 13 Jan – Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menanam sebutir bom tangan di tepi longkang berhampiran sebuah kondominium di Jalan Kuchai Maju 13, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 40-an tersebut ditahan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, di sini kerana berkelakuan mencurigakan selain disyaki menagih dadah, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek mendakwa bom tangan terbabit diperolehnya daripada seorang rakan warga Thailand sejak dua tahun lalu.

Menurutnya,  bertindak ke atas maklumat tersebut, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom (UPB) dan anjing pengesan (K9) pergi ke lokasi dengan dipandu arah oleh suspek ke tempat bom tangan itu ditanam.

“Sebagai langkah keselamatan, keseluruhan penghuni Blok B kondominium tersebut diarah mengosongkan unit masing-masing sebelum kerja mengorek dan mengeluarkan bom tangan dilakukan.

“Satu objek menyerupai bom tangan ditemui oleh pasukan UPB yang kemudian diletakkan dalam ‘bekas selamat’ untuk proses analisis,”  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mazlan, tiada unsur terrorism dalam kejadian berkenaan dan suspek tidak mempunyai niat meletupkan atau mencederakan sesiapa. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: