KOTA BHARU 13 Jan. – Paras air Sungai Golok di Kelantan sudah melepasi paras amaran berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat pukul 7 petang hari ini, paras Sungai Golok berada pada bacaan 9.10 meter, melepasi paras amarannya iaitu sembilan meter.

Selain itu, Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang turut melebihi paras amaran pada 57.39 meter, manakala Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (33.23) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (20.61) mencecah paras waspada. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: