38 terbunuh dalam serangan bom berkembar di Baghdad



BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam serangan berkembar pengebom bunuh diri di Baghdad.

Kementerian Kesihatan Iraq mengesahkan ia sebagai serangan kedua terburuk tahun ini.

Dalam kejadian pada Isnin di Tayeran Square itu lebih 100 yang lain mengalami kecederaan.

Seorang saksi kejadian, Alaa menceritakan detik ngeri terbabit.

“Semua orang di belakang saya terbunuh, mereka semua pekerja, kawan saya Kazim tercedera di kaki dalam letupan itu,” jelasnya.

Tambahnya beliau mengharapkan agar Iraq akan dapat meningkatkan tahap keselamatan kepada penduduknya.

Insiden serangan itu dilakukan dua hari selepas Perdana Menteri Iraq Haider Al-Abadi mengisytiharkan kemenangan ke atas militan Daish Disember lalu dan menyatakan hasrat untuk mengadakan pilihan raya Parlimen pada Mei.

Susulan kenyataan itu penduduk mula bimbang akan berlaku peningkatan serangan untuk mengganggu perjalanan pilihan raya.



Source link

read more

Penang undersea tunnel project probe: Remand of two Datuks extended


datukpenang

MO,15/1/2018, PUTRAJAYA: The remand of two Datuks who were detained to assist a probe into the Penang undersea tunnel project has been extended until Jan 19. Magistrate Khir Nizam Jemari granted the remand extension application by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) here on Monday. The suspects, aged 49 and 59, arrived at the Putrajaya Magistrate’s Court at 9.15am.

Handcuffed and clad in MACC’s orange lock-up attire, the duo was escorted to court by MACC officers. On Jan 10, the MACC attained a six-day remand order against the two men to facilitate an investigation into the controversial project. The remand for the first man, a deputy chairman of a property development company, was obtained at Penang’s Magistrate’s Court; while the remand for the second man, a senior executive director, was secured in Putrajaya.

It is believed that the deputy chairman is being investigated under Section 16(a)(B) of the MACC Act 2009 for soliciting a bribe, which carries a maximum jail term of 20 years and a fine of RM10,000, or five times the value of the bribe, whichever is higher, if convicted. Both suspects were arrested on Jan 9 after the MACC raided the offices of four state government agencies and three property development and construction companies.

Among the offices raided were the Penang Public Works Department, the Penang State Secretary, the Penang Office of Lands and Mines and the Penang Valuation and Property Services Department. The 7.2km undersea tunnel is part of a RM6.3 billion project undertaken by Consortium Zenith. It also comprises three paired roads.

The project has raised numerous controversies in recent months, especially on the high cost of its RM305 million feasibility study, as well as its 21-month development delay.

–NSTP



Source link

read more

Empat laporan polis dibuat terhadap Mahfuz di Pahang


KUANTAN: Empat laporan polis telah dibuat terhadap  Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berhubung tindakannya menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan ceramah politiknya.

Di Kuantan, dua laporan polis dibuat, masing-masing oleh Pemuda UMNO Pahang dan  Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang ini.

Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah yang ditemui berkata semua rakyat Pahang perlu bersatu bagi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mahfuz itu.

“Semua Pemuda UMNO peringkat bahagian di negeri ini  akan membuat laporan polis berhubung isu itu secara berperingkat-peringkat sehingga tindakan diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948.

“Pada masa yang sama kita juga mencabar pembangkang di negeri ini untuk menyatakan pendirian mereka dalam tempoh 24 jam, sama ada menyokong kenyataan Mahfuz atau sebaliknya,” katanya.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang Hassan Mohamad yang ditemui turut mengutuk tindakan  Anggota Parlimen Pokok Sena itu.

“Kami selaku ketua-ketua kampung di negeri ini rasa terhina dengan kenyataan itu dan meminta Anggota Parlimen (Pokok Sena)  berkenaan memohon maaf secara terbuka,” katanya yang membuat laporan itu mewakili 65 ketua-ketua kampung di daerah ini.

Di Pekan, dua laporan polis turut dibuat, masing-masing oleh penghulu-penghulu daerah Pekan dan Persatuan Belia 4B Parlimen Pekan.

Penghulu Mukim Kuala Pahang Hassan Mohamed Sukor berkata seluruh penghulu di daerah itu merasa tersinggung dengan tindakan biadab Mahfuz tersebut.

“Dia (Mahfuz) berani menghina dan memperlekeh tuanku dengan kata-kata biadab tanpa memikirkan akibat serta kesan terhadap reputasi institusi diraja terutama bagi negeri Pahang sendiri.

“Kami menggesa agar Mahfuz meminta maaf secara terbuka atas ucapannya yang kami percaya bersifat hasutan.

“Pada masa sama, kami menuntut agar pihak polis menyiasat kes ini serta ambil tindakan sewajarnya dan membawanya ke muka pengadilan,” katanya kepada Bernama ketika diitemui di IPD Pekan petang ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Ratusan warga Haiti anjur protes di resort milik Trump



FLORIDA: Ratusan warga Haiti di Amerika Syarikat mengadakan tunjuk perasaan di sepanjang jalan menuju ke Mar-a-Lago, Florida yang merupakan salah satu resort milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin.

Tunjuk perasaan dianjurkan susulan ucapan Trump yang menggelar negara Haiti dan beberapa negara lain sebagai negara “lubang najis” pada minggu lalu.

Menerusi video yang disiarkan WPEC-TV, kelihatan majoriti daripada mereka yang hadir membawa bersama bendera Haiti.

Kebanyakkan mereka juga menyelar gelaran yang diberikan Trump terhadap negara mereka.

Sementara itu, kumpulan kecil penyokong Trump yang berada di lokasi sama arah bertentangan turut membawa bendera Amerika Syarikat dan membawa sepanduk menandakan sokongan mereka kepada presiden berusia 71 tahun itu.

Pada minggu lalu, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House

Sejurus itu, Trump mengakui bahasa yang digunakan agak melampau, tetapi tidak menghina Haiti atau negara-negara miskin lain.

Kenyataan berbaur penghinaan itu turut merujuk kepada beberapa lain seperti El Salvador dan beberapa negara Afrika.



Source link

read more

Pesara polis sambut baik pengumuman PM


14BH290416AY053.transformed_0MO, 15/1/2018, KUALA LUMPUR: Pengumuman empat insentif oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menjaga kebajikan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkan kena pada masanya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pengumuman Perdana Menteri itu membuktikan pesara polis tidak pernah dipinggirkan dan pengorbanan mereka sentiasa dihargai.

“Saya amat bersyukur dengan khabar gembira diumumkan Perdana Menteri kerana ia dapat membantu menjaga kebajikan bekas polis lebih-lebih lagi mereka amat berjasa kepada negara.

“Ini adalah usaha murni dan baik dilakukan kerajaan terutama dalam memperuntukkan kuota khas haji, rumah mampu milik dan peruntukan untuk Tabung Amanah Warisan PDRM,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Musa berkata, walaupun tidak lagi berkhidmat, pesara polis adalah aset penting kepada negara kerana pengalaman dan kepakaran mereka boleh dimanfaatkan dalam membantu meneruskan agenda pembangunan negara.

Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Datuk Dr Hassan Yusof, berkata idea Perdana Menteri untuk menubuhkan Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis di peringkat kontinjen di seluruh negara amat bertepatan.

“Sebelum ini, Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis hanya di peringkat Pusat dan dengan adanya di peringkat kontinjen, kebajikan pesara polis akan lebih tersusun dan memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka.

“Terima kasih Perdana Menteri kerana sering mengambil berat kebajikan pesara polis. Peruntukan diberikan dalam Tabung Amanah Warisan PDRM berupaya membantu pesara polis terutama mereka yang bersara ketika berpangkat rendah,” katanya.

Najib ketika berucap pada majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis bersama Perdana Menteri pagi tadi mengumumkan empat khabar gembira buat 123,000 pesara PDRM iaitu peruntukan RM3 juta setahun selama tiga tahun untuk Tabung Amanah Warisan PDRM, kuota khas haji, kuota khas skim Rumah Mampu Milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM dan mewujudkan Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis di setiap negeri.



Source link

read more

Sultan Pahang dalam keadaan sihat – Adnan Yaakob


BENTONG: “Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dalam keadaan sihat, semua ‘excellent’,” tegas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini.

Kenyataan Adnan itu sebagai menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya baginda gering.

Ini berikutan penularan sebuah video yang memaparkan keadaan Sultan Pahang.

“Tuanku Sultan dari segi ‘vital sign’ iaitu tekanan darah, nadi dan sebagainya, serta ‘systemic finding’ seperti jantung, paru-paru, buah pinggang semuanya dalam keadaan terbaik.

“Tuanku boleh keluar walaupun kena bergerak atas ‘wheelchair’, ada masa Tuanku boleh berjalan… cuma atas faktor usia, Tuanku lebih suka naik wheelchair dan suka beristirehat sahaja,” katanya.

Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Anak Pahang (BAP) di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi menerima bantuan persekolahan berupa wang tunai berjumlah RM200 tiap seorang.

Adnan berkata sebelum ini tugas memerintah negeri diberikan kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah bagi membolehkan baginda menimba pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Sebab itu tugas-tugas itu diberikan kepada anakanda baginda Tengku Abdullah,” tegas Adnan.

— BERNAMA



Source link

read more

Cranberries lead singer Dolores ORiordan dies suddenly at 46


DUBLIN: Dolores O’Riordan, the lead singer of Irish rock group The Cranberries, died suddenly on Monday at the age of 46 during a trip to London for a recording session, her publicist said.

The Irish group, which combined indie guitar with O’Riordan’s distinctive Irish lilt and yoddle, shot to fame in the 1990s with hits like “Linger” and “Zombie.”

The band was one of the most successful rock groups of that decade, selling over 40 million records, according to the group’s official website.

“Irish and international singer Dolores O’Riordan has died suddenly in London today,” publicist Lindsey Holmes said in a statement.

Holmes said O’Riordan died after travelling to London for a short recording session, but she declined to comment on the possible cause of death.

“Family members are devastated to hear the breaking news and have requested privacy at this very difficult time,” Holmes said in an emailed statement.



Source link

read more

Hari bahagia Yuna makin hampir?


yuna1.jpg.transformedMO, 15/1/2018, KUALA LUMPUR: Netizen mula tertanya-tanya kemungkinan penyanyi mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna bakal disatukan dengan pengarah, Adam Sinclair, tidak lama lagi.

Ia berikutan perkongsian foto sekitar sambutan majlis dikenali sebagai ‘parti bujang’ Yuna bersama beberapa teman rapat dalam akaun Instagram, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel di pinggir ibu kota itu dihiasi indah dengan belon aneka warna manakala tetamu menggayakan pantsuit warna senada iaitu merah jambu.

Menerusi perkongsiannya itu, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 31, melahirkan rasa syukur kerana dapat meraikan acara penuh bermakna itu bersama rakan sebiliknya yang dikenali sejak 13 tahun lalu ketika menuntut di universiti.

Namun, penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Crush, hasil paduan suara bersama penyanyi Usher itu, tidak menyatakan tarikh majlis akad nikah dan resepsi perkahwinannya.

Difahamkan, majlis resepsi akan diadakan di sebuah pusat konvensyen antarabangsa pada 28 Januari depan berkonsepkan Melayu Lama.

BH Online cuba mendapatkan pengesahan berhubung pernikahan Yuna menerusi pengurusnya, Nor Zaina Wardah atau Wawa.

Wawa memberitahu sidang media khas akan diadakan tidak lama lagi.

“Segala maklumat mengenai majlis perkahwinan Yuna akan diumumkan dalam sidang media khas.

“Jemputan media akan menyusul kemudian,” katanya yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Yuna mengikat tali pertunangan dengan Adam yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair, pada 5 Ogos tahun lalu selepas dirisik pada 27 Mac.



Source link

read more

10 lelaki paling kacak di dunia. Ada pilihan anda yang tersenarai


SIAPA lelaki paling kacak di dunia tahun ini? Fattah Amin? Itu mungkin pilihan anda dan yang pasti itu pilihan Fazura.

Laman web World’s Top Most tahun ini menyenaraikan 10 lelaki paling kacak 2018 meliputi pelbagai latar belakang dari putera diraja, pelakon sehinggalah model. Dari Eropah sehinggalah ke Asia.

Berikut senarai Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 menurut World’s Top Most.

10. Putera Williams

Dilahirkan pada 21 Jun 1982 di United Kingdom, Williams merupakan putera sulung kepada pasangan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana.

Berkahwin dengan Catherine Middleton pada April 2011, Williams cukup dikenali dengan keramahannya selain aktif dalam program kemanusiaan dan alam sekitar.

9. Tom Cruise

Bagaikan tidak dimamah usia itulah yang dapat dilihat pada pelakon Mission Impossible ini. Lahir pada 3 Julai 1962, Cruise sudah menawan hati peminatnya di seluruh dunia sejak lebih tiga dekad lalu.

Tidak sekadar tampan, Cruise juga cemerlang dalam bidang lakonan dengan tiga Anugerah Golden Globe sudah berada dalam genggamannya.

8. Noah Mills

Pelakon dan model Kanada ini lahir pada 26 April 1983. Dengan ketinggian lebih enam kaki sepasang mata dan rambut berwarna perang melengkapkan ciri lelaki menawan pada Mills.

Tidak mahu terlalu memikirkan Bollywood, Mills lebih selesa menumpukan kerjaya lakonan dan peragaaan di negara kelahirannya.

7. Salman Khan

Jangan terkejut kerana pelakon berusia 53 tahun ini turut disenaraikan. Menjadi ikon perfileman Bollywood sejak era 80-an lagi Salman masih pegang watak hero sehingga kini.

Pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita, Salman sehingga kini masih belum mendirikan rumah tangga.

6. Omar Borkan Al Gala

Mungkin tidak dikenali di Malaysia namun jejaka berusia 29 tahun ini cukup terkenal di Asia Barat.

Lahir di Iraq pada 23 September 1989, Omar jadi kegilaan ramai gadis malah pernah menerima hadiah kereta daripada salah seorang peminat wanitanya.

5. Denzel Washington

Denzel Washington

Pelakon kategori A Hollywood ini cukup cemerlang di layar perak terutama menerusi lakonannya sebagai pejuang Islam kulit hitam Amerika Syarikat, Malcolm X.

Genap usia 63 tahun pada 28 Disember lalu. Washington masih tegap malah masih mampu melakonkan babak aksi.

4. Robert Pattinson

Namanya meningkat naik selepas membintangi trilogi filem pontianak Twilight. Pattinson yang lahir di United Kingdom sebenarnya memiliki kemahiran lain iaitu menggubah muzik.

Pada 2008 Pattinson pernah dinamakan sebagai Lelaki Paling Seksi oleh People Magazine.

3. Godfrey Gao

Godfrey Gao

Lahir di Taiwan pada 22 September 1984 Gao memiliki ketelitian dalam soal berpakaian.

Model yang terjun dalam dunia lakonan ini memiliki aura tersendiri sehingga mampu mencairkan hati wanita yang menatap wajahnya. Namun sehingga kini masih hidup solo.

2. Brad Pitt

Memiliki pesona tersendiri, Pitt memang layak berada dalam senarai ini. Ketepikan kisah peribadinya yang lara, Pitt adalah permata Hollywood. Tidak hanya sekadar berlakon dia juga adalah seorang penerbit.

Berusia 53 tahun dan sudah dua kali menduda, Pitt bukan hanya aktif di pentas lakonan malah juga terkenal dengan kerja-kerja amal.

1. Hrithik Roshan

Hrithik Roshan

Pernah dianggap sebagai pencabar kepada Shah Rukh Khan satu ketika dahulu, Hrithik sebenarnya memiliki kebolehan yang sukar ditandingi pelakon Bollywood lain.

Tidak hanya tampan, pelakon Kaho Na Pyaar Hai ini yang kini berusia 44 tahun juga memiliki bentuk tubuh yang menarik dan semestinya pandai menari.



Source link

read more

Vokalis kumpulan The Cranberries Dolores ORiordan meninggal dunia


LONDON: Vokalis kumpulan The Cranberries, Dolores O’Riordan meninggal dunia pada Isnin.

O’Riordan, 46 tahun, dilapor menghembuskan nafas terakhir di London. Punca kematiannya masih belum diketahui.

Kumpulan sensasi The Cranberries ditubuhkan di Limerick, Ireland pada 1989 dan mencipta fenomena di pentas muzik antarabangsa pada awal 1990-an.

Selain O’Riordan, kumpulan ini turut dianggotai tiga ahli lain iaitu pemain gitar Noel Hogan, pemain bass Mike Hogan dan pemain drum Fergal Lawler.

Antara lagu kumpulan ini yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini ialah Zombie, Linger, Ode To My Family dan Dreams.

The Cranberries berpecah pada 2003 namun kembali bersatu pada 2009.

Sepanjang tempoh ahli kumpulan itu memilih membawa haluan masing-masing, O’Riordan tampil menghasilkan album solonya sendiri iaitu “Are You Listening?” pada 2007 dan “No Baggage” pada 2009.

Pada 2017, mereka menghasilkan sebuah album akustik “Something Else” dan telah mengadakan konsert jelajah di Eropah dan Amerika Utara.

Namun pada ketika itu durasi konsert jelajah tersebut terpaksa dipendekkan kerana O’Riordan mengalami sakit tulang belakang.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons