Kem pelarian tegang, Rohingya enggan pulang ke Myanmar – Luar Negara


GUNGDUM, Bangladesh 21 Jan. – Ketegangan dilaporkan memuncak di beberapa kem pelarian Rohingya di Bangladesh hari ini berikutan rancangan penghantaran pulang etnik itu ke Myanmar.

Berpuluh-puluh daripada mereka dikatakan membantah operasi tersebut dengan memegang kain rentang ketika wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee dijadual melawat kem-kem berkenaan hujung minggu ini.

Pemimpin Rohingya di situ mendakwa, beberapa anggota tentera Bangladesh mengugut untuk merampas kad catuan makanan milik mereka jika enggan pulang ke Myanmar.

Di bawah perjanjian yang dipersetujui antara kerajaan Myanmar dan Bangladesh minggu lepas, kumpulan pelarian tersebut dijangka dihantar pulang ke dua pusat penerimaan termasuk sebuah kem sementara bermula Selasa lalu untuk tempoh selama dua tahun.

Bagaimanapun, kumpulan pelarian terbabit dikatakan enggan memberikan kerjasama melainkan jika keselamatan mereka terjamin.

Selain itu, mereka juga mahu supaya kerajaan Myanmar mengiktiraf dan memberikan kerakyatan selain menyediakan kediaman baharu, masjid serta sekolah yang dibakar atau dirosakkan dalam operasi ketenteraan Myanmar sebelum ini.

Ketika ini, dianggarkan seramai 655,500 penduduk Rohingya berada di Bangladesh selepas melarikan diri dari Rakhine, utara Myanmar gara-gara kekejaman tentera negara tersebut. -REUTERS



Source link

read more

PANDAI AZMIN “MAIN KAYU TIGA”!!! ~ SEMUT HITAM


Memang pakatan pembangkang adalah pakatan wayang. Akhirnya topeng muka penuh pura pura Azmin terhadap PAS di Selangor sudah ditanggalkan. Azmin sudah tunjuk isi hati sebenarnya. Siapa yang lebih Azmin sayang, antara PAS dan PAN. Azmin pilih PAN.

Semuanya bermula pada 14 Januari 2018, akhbar Sin Chew Daily melaporkan Roslan Shahir Mohd Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor dipecat sebagai dari jawatannya dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Azmin Ali bertindak demikian untuk membalas dendam tindakan PAS tidak melantik orang PKR sebagai penyelaras pilihanraya di Kelantan. Selain itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi terpaksa mengadap Sultan Selangor untuk mengadu mengenai peruntukan wakil rakyat PAS yang telah disekat Azmin.

Azmin Ali ada membuat penafian bahawa dia menyekat peruntukan wakil rakyat PAS, namun penafian Azmin itu dibidas oleh penyokong PAS bernama Hanisya Abdul Hamid di facebook yang menulis demikian :

“Kalau ianya tidak berlaku mengapa perlu Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi nak menghadap Tuanku Sultan Selangor untuk mengadu tindakan zalim, tidak beretika dan tidak berhati perut tanpa berperikemanusiaan ini?

“Mohon Azmin Ali henti berpolitik murahan sekadar membuat penafian sedangkan realitinya adalah sebaliknya,” kata Hanisya.

Politik kayu tiga Azmin ini akhirnya memakan dirinya sendiri. Tahun lepas lagi, Azmin sudah main kayu tiga untuk pujuk Hadi Awang, kemudian selang enam hari sahaja Azmin jumpa pula dengan Mat Sabu untuk bincang tentang pilihanraya.

PAN adalah “isteri yang sah” manakala PAS pula sudah jadi janda setelah berkuburnya Pakatan Rakyat dalam pembangkang. Sudah sah “bercerai” bila PAS sudah tiada lagi dalam pembangkang. Namun di Selangor, Azmin Ali ambil “janda” untuk bersamanya dalam “rumah”  kerajaan negeri Selangor.

Hayat “janda” yang bernama PAS ini memang tidak lama. Seperti yang sudah dijangkakan, menyekat peruntukan wakil rakyat PAS adalah tanda awal “janda” bernama PAS ini akan dihalau keluar dari rumah Azmin.




Source link

read more

Kembara ilmu bersama mahasiswa UniSZA


HULU TERENGGANU: Seramai 60 pelajar tingkatan dua dan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang menyertai program motivasi dan pemantapan matlamat sebagai pelajar cemerlang di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang.

Program anjuran Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu bertujuan membantu peserta meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan juga sosial.

Ketua Unit Kaunseling UniSZA, Rosni Mohammad, berkata program selama satu hari itu dikendalikan oleh 10 fasilitor dari pembimbing rakan siswa (PRS) UniSZA yang terlatih.

“Mereka telah membantu pelajar sekolah ini untuk mencungkil potensi diri serta menanam sifat kepimpinan dalam diri mereka sebagai seorang pelajar.

“Melalui program ini pelajar mampu bertanggunggjawab dengan diri sendiri berdasarkan penentuan matlamat yang telah ditetapkan,” katanya.

Menurut Rosni, individu yang mengetahui kelebihan dan kelemahan diri akan lebih berkeyakinan, berfikiran positif selain produktif untuk menjadi seorang pelajar berjaya.

______________________________________________________________________________________

*Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.



Source link

read more

Lima maut dalam keganasan anti-kerajaan



KINSHASA: Lima maut, puluhan lagi cedera dalam siri keganasan anti-kerajaan di Congo, yang tercetus gara-gara  tuntutan rakyat supaya Presiden Joseph Kabila berundur.

Korban yang dicatatkan melibatkan kawasan Kinshasa, namun tiada pengesahan sama ada ia turut melibatkan anggota polis. 

Pihak berkuasa keselamatan Congo terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan tembakan untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) memaklumkan sehingga kini 69 orang ditahan di seluruh negara.

Siri keganasan ini umpama ulangan apa yang berlaku 31 Disember lalu.

Polis menembak mati tujuh orang pada malam menjelang tahun baru, selepas perjanjian dimeterai untuk menetapkan tarikh pilihan raya baru, membebaskan tahanan politik dan mengurangkan ketegangan di negara Afrika tengah itu.

Mandat Kabila yang sepatutnya berakhir pada Disember 2016, bersetuju mengadakan pilihan raya pada penghujung 2017.

Namun Suruhanjaya Pilihanraya memaklumkan pengundian hanya boleh diadakan pada Disember 2018.

Pemerhati politik mendakwa Kabila sengaja menunda tarikh pilihan raya untuk mengekalkan kuasanya.

Pemerhati antarabangsa pula memberi amaran ketegangan politik bakal mengancam kestabilan negara berkenaan.

Kabila boleh mengekalkan kuasa sehingga pilihan raya akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak boleh bertanding kerana perlembagaan menghadkan tempoh penggal presiden.



Source link

read more

Beruntung jatuh cinta dengan rakan baik sendiri – Nadiyah Shahab



KUALA LUMPUR: Pelakon drama ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’, Nadiyah Shahab bersyukur kerana jatuh cinta dengan rakan baik sendiri.
 
Rakan baik dan juga bakal suami yang dimaksudkan oleh Nadiyah itu merupakan pelakon Ben Ali.
 
Nadiyah menyatakan perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.
 
Kapsyen tersebut disertakan dengan foto yang merakamkan detik bahagia Nadiyah bersama Ben Ali sewaktu majlis pertunangan mereka.
 

Menerusi ruangan komen foto itu juga, pengikut Instagramnya meluahkan rasa tidak sabar mahu melihat Nadiyah berkahwin selain mengucapkan tahniah.
 
Selain Nadiyah, drama karya Siti Rosmizah arahan oleh Along Kamaludin terbitan SR One Sdn Bhd itu, menampilkan Datuk Farid Kamil, Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah dan ramai lagi.
 
Saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).



Source link

read more

Presiden Somalia pecat Datuk Bandar Mogadishu – Luar Negara


MOGADISHU 21 Jan. – Presiden Somalia, Mohamed Abdullahi Mohamed hari ini memecat Datuk Bandar Mogadishu, Thabit Abdi Mohamed dalam usaha menyekat gerakan pemimpin itu mendapatkan kuasa autonomi lebih besar untuk bandar ini.

Menurut kenyataan daripada pejabat Presiden, tempat Thabit digantikan oleh Menteri Maklumat ketika ini, Abdirahman Omar Osman.

Tidak lama selepas pemecatan itu dibuat, Mohamed Abdullahi turut mengerahkan pasukan keselamatan agar bersiap sedia jika terdapat sebarang tunjuk perasaan di seluruh Mogadishu susulan tindakan berkenaan.

Difahamkan, Thabit hanya sempat menggalas tanggungjawab itu selama sembilan bulan sahaja sebelum dipecat. -AFP



Source link

read more

UniSZA meterai MoU dengan AIT Ireland


KUALA LUMPUR: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeterai kerjasama strategik dengan Anthlone Institute of Technology (AIT), Ireland bagi mengembangkan aktiviti pendidikan antara kedua-dua institusi.

Naib Canselor UniSZA, Prof  Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latiff, berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada program pertukaran mahasiswa antara dua universiti serta pertukaran tenaga pengajar dan para penyelidik.

“Selain itu, kerjasama tersebut juga meliputi pertukaran maklumat dalam bidang akademik dan penerbitan, selain berkerjasama dalam persidangan antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UniSZA dan AIT, di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, pihaknya turut menjalin kerjasama dalam projek-projek penyelidikan bagi menyuntik lebih banyak elemen inovasi dan teknologi dalam menghasilkan produk lebih berkualiti antara kedua-dua buah negara.

UniSZA diwakili oleh Naib Canselornya dan disaksikan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa,Cornelius Anuar Abdullah Mc Afee manakala AIT pula diwakili Presiden, Prof. Ciaran O Cathain.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA, Briged Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussein.

Pada majlis yang sama turut diadakan MoU antara UniMAP Holdings dan AIT.
______________________________________________________________________________________

*Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.



Source link

read more

Parti SDP Jerman setuju runding tubuh kerajaan dengan parti pimpinan Merkel



BONN: Parti haluan tengah-kiri Jerman, Parti Sosial Demokrat (SDP) meluluskan usul untuk mengadakan rundingan bagi menubuhkan kerajaan campuran dengan parti pimpinan Canselor Jerman, Angela Merkel, Parti Kesatuan Demokratik Kristian (CDU).

Sejumlah 362 anggota parti SDP mengundi menyokong rundingan berbanding 279 menolak dalam mesyuarat parti yang diadakan pada Ahad di Bonn.

Keputusan dibuat selepas SDP dan CDU mencapai persetujuan awal terhadap pelan dasar untuk mengadakan rundingan rasmi bagi penubuhan kerajaan campuran awal bulan ini.

CDU memutuskan untuk mengadakan rundingan dengan SDP, selepas gagal capai keputusan dengan sekutunya, Kesatuan Sosial Kristian, Bavarian CSU untuk menubuhkan kerajaan sejak pilihan raya September lalu.

SPD sebelum ini enggan berunding dengan CDU, selagi Merkel berkuasa.

Namun pemimpinnya Martin Schulz berubah fikiran selepas CDU gagal tubuhkan kerajaan dengan mana-mana parti politik lain.

Ini adalah rundingan menubuhkan kerajaan paling lama pasca pilihan raya.

SPD sebelum ini pernah memerintah bersama CDU selama lapan tahun, namun selepas kekalahan terburuk dalam pilihan raya, Schulz bertegas mahu menyertai pembangkang.

Sementara itu keputusan SPD berunding untuk tubuh kerajaan dengan CDU disifatkan sesuatu yang positif.

Merkel menegaskan isu ekonomi bakal mendominasi rundingan penubuhan kerajaan campuran itu.



Source link

read more

Cakaplah apa pun saya tak boleh halang – Fadzil Zahari



KUALA LUMPUR: Pelakon Fadzil Zahari akui tidak ambil peduli komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap abangnya, Datuk Farid Kamil.
 
Fadzil berkata, dia tidak boleh menghalang masyakat untuk terus bercakap mengenai isu penahanan Farid baru-baru ini.
 
“Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing.
 
“Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif,” ujarnya.
 
Tambah Fadzil, apa yang penting adalah sokongan daripada keluarga terhadap Farid yang masih menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.
 
“Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun.
 
“Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar,” katanya.
 
Menurut Fadzil lagi, isteri Farid, pelakon, Datin Diana Danielle ada bercakap mengenai isu melanda suaminya, namun tidak boleh berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi.
 
Terdahulu, Farid dirawat dalam tempoh beberapa hari bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih seperti biasa.
 
Menerusi kenyataan Fadzil, Farid tidak pulang ke rumah sesiapa sejurus dibebaskan dengan jaminan Selasa lalu sebaliknya terus dibawa ke pusat rawatan.



Source link

read more

Jangan lupa hargai jasa, pengorbanan besar tentera – Nasional


KUALA TERENGGANU 21 Jan. – Semua pihak perlu menilai kepentingan ungkapan bahawa negara yang mempunyai jiwa besar adalah mereka yang benar-benar menghargai jasa serta pengorbanan besar pahlawan atau perajurit.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, beliau mengakui cukup tersentuh dengan kata-kata serta ungkapan sedemikian yang sekali gus meletakkan martabat anggota tentera yang telah banyak berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

Justeru itu, beliau menyeru semua pihak supaya jangan lupa segala jasa dan pengorbanan besar para perajurit dan bakti mereka perlu dihargai serta dikenang.

“Ungkapan ini amat besar maknanya, saya ingat lagi kata-kata iaitu negara yang punyai jiwa yang besar adalah mereka yang tahu hargai jasa pahlawan (perajurit).

“Jadi, saya seru pihak luar sana untuk sama-sama dokong golongan veteran ini, hargai apa yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Veteran ATM Negeri Terengganu di TH Hotel & Convention Centre di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menarik perhatian, lima poliklinik tentera dijangka siap dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) melibatkan lima buah negeri.

“Kesemua lima poliklinik itu akan dibina secara berperingkat iaitu di kem Penrissen, Sarawak; kem Seberang Takir (Terengganu), Kuantan, Sungai Petani dan Sabah,” jelasnya.

Raja Mohamed Affandi berkata, pembinaan poliklinik itu bagi memenuhi keperluan golongan tentera, keluarga mereka serta veteran tentera.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons