Penutupan pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat bakal berakhir



WASHINGTON DC: Penutupan pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat dijangka berakhir selepas kedua-dua Republikan dan Demokrat bersetuju untuk meluluskan bajet sementara bagi menampung kerajaan sehingga 8 Februari ini.

Senator Chuck Schumer berkata pihak Demokrat hanya akan memberi lampu hijau kepada bajet tersebut jika pihak Republikan bersetuju meneruskan program yang memberi perlindungan kepada pendatang asing muda daripada dihantar pulang ke negara masing-masing.

Schumer menjelaskan penutupan pentadbiran selama tiga hari itu bakal berakhir dalam beberapa jam lagi.

“Kami akan mengundi hari ini untuk membuka semula kerajaan dan meneruskan perbincangan bagi mencari penyelesaian bagi masalah itu,” tegas beliau.

Schumer turut menyangkal Presiden Donald Trump kerana tidak membantu dalam mencari persetujuan kedua-dua pihak dan menyatakan kali terakhir beliau bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat itu pada Jumaat sebelum penutupan kerajaan bermula.

“Ketika kami mencari penyelesaian kepada masalah ini, Presiden kami hanya berdiam diri,” kata Schumer.

Senator New York itu berkata beliau memberi harapan tinggi kepada perbincangan mengenai kumpulan pendatang asing, iaitu 700,000 kanak-kanak yang dibawa masuk ke Amerika Syarikat dan diberi perlindungan di bawah program yang diluluskan semasa pentadbiran Barack Obama.

Ketua Senat Republikan Mitch McConnell berkata pihaknya akan mempertimbangkan undang-undang mengenai kumpulan pendatang tersebut, keselamatan sempadan serta bantuan bencana.

“Kita harus bergerak ke hadapan dan langkah pertama adalah untuk mengakhiri penutupan ini,” kata McConnell.

Sementara itu, Trump, dalam satu kenyataan yang dibaca oleh Setiausaha Media White House berkata satu penyelesaian jangka panjang tentang pendatang ini akan dipersetukui hanya jika ia memberi faedah kepada Amerika Syarikat secara keseluruhan.



Source link

read more

Tak goncang kuat pun – Syatilla Melvin nafi cederakan anak



KUALA LUMPUR: Pelakon Syatilla Melvin menafikan dakwaan netizen beliau menggoncangkan tangan anaknya, Syeriv Samheizy dengan kuat hingga menyebabkan kecederaan dalam sepotong video yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini.

Jelas Syatilla, sebagai ibu dia tidak tergamak menyebabkan kecederaan atau menyakitkan anaknya sendiri dan situasi yang berlaku tidak seperti yang digambarkan netizen.

“Video itu cuma separuh, selebihnya anak saya siap ketawa lagi apabila saya bergurau dengannya. 

“Kalau tengok depan-depan tak ada pun saya goncang tangan anak saya kuat-kuat pun. Itu rutin harian saya dengan anak saya.

“Kalau fikir logik takkan ada ibu nak sakitkan anak sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman top 20, Anugerah MeleTOP Era (AME 2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Syatilla bagaimanapun tidak menyalahkan peminatnya yang khuatir dengan keadaan anaknya.

“Sebenarnya ramai peminat Sheriv yang sayangkan dia. Saya tak marah pun, malah tiada sebab untuk saya marah. Saya terima setiap teguran dengan positif,” tambahnya.

Sheriv tercalon dalam kategori Si Cilik MeleTOP di samping 19 pencalonan awal antaranya Yusuf Iskandar, Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Aisy Mateen.
 



Source link

read more

Perkukuh industri perkapalan | Merdeka Online


SIBU, Jan 21 -- The USD8 million 80 meter long landing craft King Islander 2 built by local shipbuilding company Vitawani Shipbuilding Sdn Bhd berthed at the Sungai Rajang today. The vessel was handed over to Australian state owned Tasmanian Ports Corporation Pty Ltd in Sibu today. --fotoBERNAMA (2018) COPYRIGHTS RESERVED

MO, 22/1/2018, SIBU: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sarawak mahu bekerjasama dengan persatuan pemilik limbungan kapal dan pelbagai agensi lain, termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti industri perkapalan negeri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, berkata langkah itu seiring usaha kerajaan negeri dalam menerapkan ekonomi digital dan Industri 4.0 dalam memacu agenda perindustrian Sarawak.

“Industri perkapalan dan baik pulih kapal perlu meneroka kaedah terbaru yang ditawarkan dalam Industri 4.0 bagi meningkatkan teknologi pengeluaran dan operasi mereka.

“Ini penting bagi memastikan pemain industri mampu bertahan dan bersaing dalam persekitaran industri global yang mencabar melalui kos operasi yang lebih kompetitif yang mampu dicapai jika mereka cepat menggunakan teknologi baharu yang sudah wujud dalam Revolusi Industri 4.0,” katanya selepas majlis penyerahan kapal pengangkut yang dibina syarikat perkapalan Sibu, Vitawani Sdn Bhd kepada Perbadanan Pelabuhan Tasmania dari Australia, di sini, hari ini.

Dinamakan King Islander 2, kapal bernilai RM24 juta itu dan berukuran 80 meter panjang mampu menyelesaikan masalah pengangkutan di Pulau King, Tasmania.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sarawak percaya industri perkapalan negeri ini mempunyai potensi untuk terus berkembang melalui penerokaan segmen pasaran baharu termasuk pembinaan kapal perikanan dan kapal persiaran.

Beliau turut menghargai kepercayaan diberikan Perbadanan Pelabuhan Tasmania kepada syarikat perkapalan dari Sarawak bagi membina kapal pengangkut berkenaan.

“Industri perkapalan di negeri ini bermula 105 tahun lalu dengan penubuhan Brooke Dockyard pada 1912 oleh Rajah Sarawak sebelum perniagaan berasaskan pembinaan kapal mula bertapak di Sibu pada sekitar 1930-an.

“Sejak itu, industri ini berkembang pesat dengan kadar eksort pada tahun 2016 mencecah nilai RM376 juta, manakala rekod sehingga November 2017 menunjukkan nilai kapal dieksport mencecah RM320 juta,” katanya.

Sehingga kini, 100 syarikat perkapalan dan pemilik limbungan beroperasi di Malaysia, dengan 60 daripadanya beroperasi di Sarawak.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, 40 syarikat berpangkalan di Sibu. Jadi, warga Sibu boleh menggelarkan tempat mereka sebagai pusat pembinaan dan baik pulih kapal negara.

“Malah, dalam pelan jangka panjang, memang menjadi hasrat kita menjadikan Sibu sebagai hab pembinaan dan baik pulih kapal negara,” katanya.



Source link

read more

Ringgit diunjur mengukuh pada paras 3.8 – 3.9 tahun ini kata HSBC


KUALA LUMPUR: Prestasi ringgit yang mencatat momentum pengukuhannya baru-baru ini, diunjur berterusan dan mencecah paras antara 3.8 dan 3.9 berbanding dolar AS pada tahun ini, kata HSBC.

Pengarah Urusan/Ketua Bersama Penyelidikan Ekonomi Asia HSBC, Frederic Neumann juga menyifatkan ringgit tidak ‘dinilai berlebihan’ pada tahap ini dan masih perlu mencatat lebih banyak peningkatan selepas mengalami penyusutan secara ketara sejak dua tahun lepas.

“Kami juga positif terhadap prospek pertumbuhan Malaysia dan menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2017 mencatat 5.9 peratus dan muncul sebagai ekonomi membangun ketiga terpantas di ASEAN selepas Filipina dan Vietnam,” katanya pada taklimat media bersempena Forum Unjuran Asia dan Inisiatif ‘Belt Road’ (BRI) 2018 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Neumaan berkata walaupun angka pertumbuhan KDNK kukuh susulan penyusutan nilai ringgit itu ternyata meningkatkan eksport, HSBC bagaimanapun mengunjurkan penurunan kecil KDNK pada 5.1 peratus tahun ini susulan kenaikan ringgit.

Merujuk Kadar Dasar Semalaman (OPR), Neumann menjangkakan pelaksanaan langkah tegas yang lebih menyederhana tahun ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) diunjur melaksanakan hanya satu kenaikan kadar faedah tahun ini yang berkemungkinan besar pada Mac ini.

“Kenaikan lebih banyak tidak perlu bagi mengelak tekanan inflasi. Malah, kemungkinan untuk kenaikan berkenaan diumumkan minggu ini juga terlalu awal kerana bank pusat itu perlu menunggu lebih banyak data membabitkan inflasi,” katanya.

Selain itu, Neumann berkata Malaysia perlu memanfaatkan BRI itu bagi mengambil peluang daripada pasaran China berikutan kedudukan negara itu sebagai pemacu enjin pertumbuhan Asia ketika ini serta bakal muncul sebagai ekonomi terbesar dunia menjelang 2024.

Menurutnya, Agenda 2025 China – dasar perindustrian bagi mentransformasikan negara itu sebagai peneraju perusahaan global, akan menyaksikan peningkatan perbelanjaan modal kerana China perlu mengimport lebih banyak jentera dan produk berteknologi tinggi dari negara lain sebagai teras sektor terbabit.

“Ini sudah pun memberi manfaat untuk negara-negara seperti Taiwan, Jepun dan Jerman namun kami percaya Asia Tenggara turut mendapat faedahnya.

“Singapura menghasilkan beberapa produk berteknologi tinggi seperti jentera semikonduktor dan penggerudian manakala di Malaysia pula membabitkan peningkatan eksport elektronik,” katanya.

Nuemann turut membangkitkan mengenai keperluan rantau ini meningkatkan laluan perkapalan selain kapasiti pelabuhan dan rel dalam usaha merebut peluang pasaran China yang pesat berkembang.

Sementara itu, Ketua Pembangunan Perniagaan Renminbi (RMB) Global HSBC, Candy Ho berkata pembiayaan ringgit kekal relevan untuk BRI di Malaysia walaupun terdapat permintaan ketara terhadap RMB.

“Kami melihat peningkatan permintaan itu merangkumi pelbagai aktiviti rentas sempadan. Namun pada masa sama, mata wang domestik juga penting dari segi projek infrastruktur di serata negara berbeza.

“Malah, adalah biasa bagi syarikat meningkatkan mata wang domestik mereka kerana ini lebih berkesan dari segi kos,” katanya.

Menurutnya, bagi pasaran modal Malaysia yang memiliki kelebihan dari segi penawaran sukuk juga mempunyai kapasiti sebagai sokongan terhadap projek-projek infrastruktur tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Polo Ralph Lauren lancar pakaian Olimpik Musim Sejuk pasukan AS



POLO Ralph Lauren melancarkan pakaian yang akan digunakan pasukan Olimpik Musim Sejuk Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan bermula 9 Februari depan.

Bagi majlis perasmian pasukan AS akan menggunakan pakaian berasaskan warna merah, putih dan biru manakala pakaian berasaskan warna putih akan digunakan pada majlis penutup.

Kedua-dua pakaian itu dilengkapi dengan teknologi yang mampu mengekalkan suhu badan atlet sepanjang tempoh temasya itu.

Menurut Ketua Pegawai Inovasi syarikat itu, David Lauren selain pakaian aksesori lain yang diperkenalkan termasuk topi ski berwarna biru laut dan bandana bertemakan AS.

Lauren menjelaskan pakaian yang tersebut turut mendapat perhatian peminat selepas ia laris dijual apabila diperkenalkan kepada umum.

Jenama tersebut merupakan penaja rasmi pakaian bagi jawatankuasa Olimpik Amerika dan Pasukan AS sejak 2008.



Source link

read more

Sarawak teroka minyak di daratan


KUCHING 22 JANUARI 2018 (KCM3612/KCH40N). Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tengah) memukul gendang sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Zon 2 (Samarahan) di Kuching. STR/SANDRA ALBERTZ

MO, 22/1/2018, KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak melalui anak syarikatnya, Petroleum Sarawak (PETROS) berhasrat meneroka aktiviti carigali minyak di kawasan daratan di negeri ini dengan memanfaatkan teknologi sama digunakan dalam industri petroleum di Asia Barat, khususnya di Oman.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, berkata ia sebahagian daripada usaha memperkukuhkan pertumbuhan industri petroleum negeri ini, susulan lawatan kerjanya ke Oman dan beberapa negara Asia Barat, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.

“Kita melawat Oman yang begitu luas padang pasirnya, manakala di seberang lautnya pula ialah Iran. Di Oman, kita berpeluang meninjau kerja-kerja carigali minyak di padang pasir, menggunakan pelbagai teknologi terkini yang sesuai dipraktikkan di Sarawak.

“Menggunakan teknologi canggih itu, Oman mampu mengeluarkan jutaan tong minyak sehari dari telaga padang pasirnya. Atas sebab itu, kita turut membawa wakil PETROS untuk merintis teknologi sama kerana kemungkinan di bawah (daratan) Miri, kita turut memiliki sumber minyak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 2 (Samarahan) di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini.

Abang Johari yang juga menteri bertanggungjawab terhadap sumber minyak dan gas negeri, berkata pendekatan terbaru itu diyakini mampu mengekalkan kedudukan industri petroleum sebagai penyumbang utama ekonomi negeri.

Malah, beliau melihat perkara itu sebahagian daripada usaha memastikan ekonomi negeri terus berada pada landasan kukuh, sekali gus kekal sebagai kuasa ekonomi utama di negara ini.

Pada masa yang sama, katanya, Kerajaan Sarawak juga sebagai mengenalpasti mekanisme baharu untuk pelaksanaan kutipan cukai terhadap pihak menjalankan aktiviti pengeluaran hasil petroleum di negeri ini.

“Ini penting supaya cukai itu dapat dimanfaatkan kerajaan negeri bagi menjalankan lebih banyak projek pembangunan yang berorientasikan kepentingan rakyat kita. ia termasuk pembinaan semula sekolah dan tadika usang yang masih banyak di seluruh negeri tanpa perlu menunggu peruntukan Kerajaan Pusat.

“Kita juga akan menggunakan sumber pendapatan cukai itu bagi menampung kos pembinaan sistem grid bekalan air paip negeri ini yang dijangka mencecah RM1 bilion bagi fasa pertamanya yang akan menyalurkan air bersih dari Empangan Hidro Batang Ai,” katanya.

Abang Johari berkata, inisiatif itu bagi mengatasi masalah bekalan air bersih yang masih berterusan berlaku di kebanyakan kampung dan rumah panjang di kawasan pedalaman dan luar bandar membabitkan Bahagian Samarahan hingga ke Sebuyau dan Tanjung Manis, Mukah.

“Kemudian, fasa seterusnya projek grid itu bagi menyalurkan air bersih dari Empangan Hidro Bakun dan Empangan Hidro Baleh, sekali gus menawarkan suasana kehidupan selesa kepada rakyat, khususnya masyarakat pedalaman dan luar bandar,” katanya.



Source link

read more

Surat palsu Identiti dakwaan doktor tegur pakaian pramugari diragui


DAKWAAN seorang pelancong dari New Zealand berkenaan pemakaian kru kabin sebuah syarikat penerbangan antarabangsa yang dikatakan mencolok mata, diragui dan dipertikai.

Portal dari negara tersebut Whaleoil.co.nz, mendakwa terdapat beberapa ketidakpastian terhadap surat aduan yang dimuat naik ke Facebook oleh individu bernama Dr June Robertson itu.

“Pertama, kesalahan penggunaan ayat dalam surat tersebut seperti bukan datang daripada seorang doktor yang mempunyai ijazah dalam perubatan.

“Kedua, terdapat satu komen di laman Facebook yang menunjukkan bukan kami sahaja yang mencurigai keaslian Dr. June Robertson, tetapi pengguna Facebook juga.

“Ketiga, terdapat satu laman web yang menyatakan dakwaan tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh rakyat Malaysia dan antaranya adalah penggunaan bahasa Inggeris yang lemah.

“Keempat, alamat yang disertakan dalam surat tersebut adalah tidak sepadan dan ia menunjukkan alamat orang lain iaitu, James Robertson yang merupakan jururawat di Capital & Coast Health.

“Terdapat profil June Robertson di LinkedIn yang tiada nama dan tiada gambar. Ia jelas menunjukkan tiada sebarang informasi berkaitan June di situ,” lapor portal itu dalam satu artikel baru-baru ini.

Terdahulu, individu bernama ‘Dr. June Robertson’ dari Wellington mendakwa sering datang ke Malaysia atas urusan kerja dan sudah menganggap negara ini sebagai negara keduanya.

Namun dalam surat yang dialamatkan kepada seorang Senator itu, Robertson berkata satu insiden yang berlaku baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), membuatkan dia terkejut dan berasakan perlu memberi teguran, lapor portal berita News.com.au.

BACA: Doktor ini tegur pramugari ‘belanja’ seluar dalam dan ‘lurah’ di KLIA



Source link

read more

Pencapaian pelajar luar bandar meningkat


MUSA_AMAN_SANDAKAN_48822953.jpg.transformedMO, 22/1/2018, SANDAKAN: Kerajaan negeri menghargai usaha Jabatan Pendidikan Sabah meningkatkan prestasi kecemerlangan murid di sekolah luar bandar dan pedalaman.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata berdasarkan taklimat serta tinjauannya ke setiap daerah, beliau mendapati prestasi murid luar bandar serta pedalaman negeri itu sudah meningkat.

Katanya, usaha jabatan itu selaras dengan hala tuju kerajaan yang menumpukan aspek pendidikan dalam memajukan negeri menerusi usaha membangunkan modal insan.

“Ia pencapaian yang harus dibanggakan hasil usaha guru serta Jabatan Pendidikan negeri sebagai penggerak dan pendidik anak bangsa.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita sentiasa menyokong usaha murni ini. Saya sendiri ketika mula menjadi Ketua Menteri, memperkenalkan pelan hala tuju dengan mengangkat beberapa sektor penting seperti pelancongan kerana kita sedar konteks ini besar dan ia menjadi kenyataan sekarang.

“Begitu juga sektor pertanian kerana kita ada tanah yang luas dan subur, pembuatan dan pembangunan modal insan,” katanya ketika merasmikan Program Bicara Profesionalisme Pendidikan dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Sri Libaran, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi serta Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul.

Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Pusat yang menyalurkan pelbagai peruntukan bagi membantu sekolah di Sabah.

Sementara itu, Maimunah berkata, pada tahun ini, seramai 38,174 murid dan pelajar layak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) membabitkan peruntukan kira-kira RM38.1 juta, sekali gus membantu mengurangkan beban ibu bapa.

Katanya, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sandakan menerima RM3.75 juta untuk diagihkan kepada 37,526 murid di daerah itu.

“JPN juga dalam usaha memenuhi Dasar 90:10 untuk pengambilan guru daripada kalangan anak Sabah.

“Setakat Januari ini, kita sudah mencapai 84 peratus bagi sekolah rendah dan 77.7 peratus bagi sekolah menengah.

“Kita yakin dapat mencapai dasar berkenaan menjelang 2019 menerusi usaha melantik guru interim,” katanya.



Source link

read more

Mufti Wilayah Persekutuan Hadiahkan Iqram Dinzly Arnab


KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghadiahkan pelakon kontroversi Iqram Dinzly dua arnab dalam pertemuan pada Sabtu lalu.

Selain itu, agamawan tersebut turut menghadiahkan beberapa buku tulisannya, jubah dan kopiah kepada Iqram.

Dalam pertemuan tersebut, pelakon Johan As’ari yang menemani Iqram turut menerima cenderahati daripada Zulkifli.

Menerusi Instagramnya, Zulkifli memberitahu ada maksud ingin disampaikan menerusi buah tangan yang diberikan kepada Iqram dan Johan.

“Kami hadiahkan beberapa buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandungannya.

“Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah.

“Tidak lupa dua arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang,” tulisnya.

Zulkifli juga berharap agar hadiah yang diberikan kepada Iqram dan Johan dapat mengeratkan lagi hubungan mereka.

“Semoga hadiah yang tidak seberapa itu dapat mengikat hubungan persaudaraan kita untuk terus saling berhubung dan mengeratkan ukhuwwah,” ujarnya.

Dalam pada itu Zulkifli turut mengucapkan terima kasih kepada Iqram dan Johan kerana sudi berkunjung dan terbuka untuk berbincang.

“Terima kasih kepada mereka berdua dan rakan-rakan yang mengunjungi kami serta berbincang dengan kami dengan penuh kemesraan dalam liqa’ tersebut.

“Kami berdoa agar kita semua sentiasa ditaufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT,” katanya menerusi entri yang dimuat naik pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, Zulkifli menjemput Iqram hadir ke pejabatnya menerusi sepucuk surat terbuka bertarikh 27 Disember untuk membincangkan masalah dihadapi aktor tersebut selepas video aksi pelik pelakon itu menjadi perbualan netizen dan tular di laman sosial.
 

 
 Foto: Instagram Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri
 



Source link

read more

Malaysia bantu tangani isu serantau


KUALA LUMPUR 22 JANUARI 2018. Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kanan) diiringi Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) Ministry of Foreign Affair, Malaysia, Datuk Mohamad Sadik Kethergany (tengah belakang) beramah mesra dengan lima orang pelajar terbaik pada Majlis Konvokesyen Diploma Diplomasi di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), Jalan Wisma Putra. NSTP/ASWADI ALIAS.

MO, 22/1/2018, KUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa berada di landasan hadapan dalam menangani cabaran dan isu serantau bagi membentuk komuniti Asia yang lebih inklusif serta berjaya menjelang tahun 2025.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata tindakan itu secara tidak langsung memacu usaha pembangunan Malaysia dan kawasan serantau secara keseluruhan.

Pada masa sama, katanya, Wisma Putra akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan dan memberi sokongan moral terhadap mereka yang memerlukan.

“Dari Bengal (di India) ke Syria, diplomat mengetengahkan penderitaan manusia di kawasan berkenaan. Mereka sudah mengambil langkah penting dalam menyelesaikan isu berbangkit.

“Kita juga akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan pelajar dan warga Malaysia di luar negara terjamin, terutama mereka yang berada di zon konflik,” katanya berucap pada majlis konvokesyen diploma Diplomasi di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di sini , hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim dan Ketua Pengarah IDFR, Datuk Mohamad Sadik Kethergany.

Pada majlis itu, seramai 18 Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) menerima diploma Diplomasi selepas menamatkan program pengajian selama enam bulan di IDFR.

Program itu dijadikan platform untuk pegawai terbabit meningkatkan kemahiran profesional dan nilai diplomat bagi melaksanakan tugas dengan jayanya.

Reezal Merican berkata, beliau menekankan empat elemen penting bagi memastikan pegawai terbabit melaksanakan tugas selari dengan visi dan misi Wisma Putra.

Katanya, mereka perlu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sistem perdagangan dan ekonomi negara, selain sektor undang-undang antarabangsa.

“Kedua, saya menggesa pegawai berkenaan mengambil kelas bahasa antarabangsa. Seterusnya, mereka perlu meningkatkan kemahiran pentadbiran awam, termasuk analisis komunikasi, pemasaran dan perancangan.

“Keempat, saya juga ingin tekankan mengenai keperluan latihan bagi menerapkan perasaan empati, berikutan mereka akan menghadapi situasi yang memerlukan perasan empati untuk berinteraksi dengan warga Malaysia di negara luar,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons